31 Jan 2007

Mari menari Poco Poco

Ya tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu dan bapa-bapa!...selamat datang ke kelas tarian Poco Poco. Kepada kalian yang belum pernah mendengar apa itu tarian Poco Poco...nah..klik saja di SINI untuk penerangan yang cukup detail. Rupa-rupanya "Poco Poco" ini bermaksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah..kikikik! (aduh bodynya!...Poco Poco gitu!!)

Baiklah kalau sudah sedia! Ayuh kita mulakan! Untuk itu perhatikan aja betul-betul gerak langkah...nona-nona manis dan pria-pria ganteng mengikuti rentak lagu Poco Poco dendangan Yopie Latul dalam video di bawah. Lagu versi Yopie Latul ini cukup popular dan bolehlah dianggap sebagai lagu atau muzik rasmi untuk tarian Poco Poco...SELAMAT MENCUBA!


Waaduhh...bagus banget kamu! Untuk pengetahuan kalian, gerak tari di atas sebenarnya hanyalah sekadar tahap beginner! Syabas! kerana berjaya melepasi tahap beginner...beri tepukan pada diri sendiri! Nah sekarang nyata kamu sudah mahir, apa kata kalian teruskan aja ke tahap advance dengan mengikuti pula gerak tari seperti dalam video di bawah. Tapi sebelum itu cikgu ingin membuat disclaimer yang cikgu tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekejangan pada otot-otot pinggul ataupun kecederaan pada otot-otot pinggang semasa mengikuti tarian Poco Poco tahap advance....versi tsunami-taufan-puting beliung di bawah...cikgu nasihatkan agar segera longgarkan dulu otot-otot......READY! Good luck!





P/s: In case ada yang berminat mendengar versi asal lagu Poco Poco dendangan Arie Sapulette (pencipta dan penyanyi asal) saya upload juga di radioblog (teringin juga mau dengar versi Felix Agus!..kekekek!). Adakah kita bakal menyaksikan persembahan tarian Poco Poco dalam konsert AF5?

30 Jan 2007

Richado: bakat 'out-bound' dari Sabah?

Selama ini kebanyakan bakat-bakat yang popular dari Sabah biasanya terkenal di seluruh negara melalui pertandingan-pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan. Mendiang John Gaisah, Flora Santos dan Atomic Power contohnya adalah antara bakat yang dikenali menerusi pertandingan Bintang RTM dan Bakat TV. Tidak ketinggalan bintang-bintang yang lahir dari program realiti. Terdapat juga beberapa artis seperti Nadia dan Den yang, walaupun tidak menyertai sebarang pertandingan, tetapi 'berhijrah' ke Kuala Lumpur dan menjadikan KL sebagai pengkalan permulaan melebarkan sayap seni mereka ke serata negara. Namun terdapat juga artis tempatan Sabah yang cuba menjadikan tempat sendiri (hometown) sebagai pangkalan dalam usaha mereka melebarkan sayap ke persada seni negara. Gelaran 'out-bound local talent' (established themselves locally, here in Sabah, before spreading out) amat bersesuaian diberikan untuk artis-artis dalam kelompok ini. Antara mereka yang saya rasa berada dalam kategori ini termasuklah Double Take, Atama (?) dan yang terbaru Richado.




Bukan Kisah Fantasi; Lambang Cinta julang nama Richado dalam masa yang singkat

Oleh Boyd PV


SEGALANYA berlaku tanpa dirancang. Selepas menamatkan pengajian dalam jurusan muzik di Universiti Malaysia Sabah. Richado pada mulanya berhasrat untuk menerbitkan album orang lain tetapi tidak bertemu dengan penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaannya. Sekadar ingin mencuba, pada tahun 2006, Richado merakamkan sendiri lagu ciptaannya, Lambang Cinta dan menghantar single itu ke Sabah fm. Di luar jangkaan penyanyi ini, lagu itu tersenarai dalam carta Hits Di Sabah FM dan muncul sebagai lagu yang paling lama bertahan dalam carta (25 minggu). Ia satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi penyanyi yang memulakan kerjayanya di Sabah. Tambahan lagi lagu itu bersaing dengan lagu daripada penyanyi-penyanyi tanahair. Tidak berhenti setakat di situ, Lambang Cinta turut membawa bakat Richado ke Kuala Lumpur dan tersenarai dalam carta Jom Dengar Xfresh FM. Tempat ketiga adalah pencapaian terbaiknya dalam carta itu. Juga di Xfresh FM menerusi carta Independent Top Ten, lagu yang sama pernah menduduki tempat ke-2. Di Muzik FM, pencapaian terbaiknya ialah tempat keempat dan lagu itu juga kerap mendapat ruang siaran di KLFM. Richado turut mencuri ruang dalam carta Local Top 10 di Sabah Vfm menerusi lagu Inggerisnya, Sumandak Kota Marudu, yang ketika ini menghuni tangga ke-6.

Laluan Richado mencipta nama di pentas nasional tampak begitu mudah - umpama sebuah kisah fantasi. Apapun andaian anda, itulah realitinya. Dalam masa kurang setahun, penyanyi kelahiran Kota Marudu ini mula mendapat tempat di hati pendengar seluruh negara. "Saya bersyukur dengan penerimaan pendengar terhadap single saya Lambang Cinta. Saya sendiri tidak pernah menyangka sambutannya begitu menggalakkan. Bermula dengan sebuah single, saya akhirnya membulatkan tekad untuk muncul dengan sebuah album penuh, maka lahirlah Ricardo - The Beginning Of A Tune," kata penyanyi berumur 24 tahun ini ketika berkunjung ke pejabat Daily Express baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, sedang nama Ricardo mula menjadi sebutan peminat, hakikat sebenar di sebalik tabir kerjaya penyanyi yang petah berbicara ini ialah album solonya belum pun ada di pasaran! "Memang benar, album sulung saya Ricardo - The Beginning Of A Tune belum ada di pasaran. Nama saya mula dikenali hanya menerusi single Lambang Cinta. Di Sabah, lagu Sumandak Kota Marudu turut mempopularkan nama saya. "Sebab itulah saya melihat pencapaian ini sebagai satu kebetulan. Saya bermula dengan single Lambang Cinta untuk mencuba bakat dan tidak sangka pula saya diterima baik oleh peminat. "Mengenai album solo itu, ianya sudah siap sepenuhnya dan kini menunggu masa yang sesuai untuk melantik syarikat yang akan mengedarkannya," kata Ricardo yang membayangkan album sulung dengan kos mencecah RM20,000 itu akan berada di pasaran dalam masa terdekat ini.

Ricardo sedar untuk berjaya dalam bidang ini, setiap perkara membabitkan perjalanan kerjayanya perlu diuruskan dengan profesional. "Kerana itulah saya melantik syarikat The Convolvulus Entertainment untuk menguruskan kerjaya saya. Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan Convolvulus kerana kegigihan mereka dalam mengetengahkan nama saya," jelas anak keempat daripada lima beradik ini. Berkonsepkan R&B Pop dan Ballad Soul, album Richado - The Beginning of Time memuatkan 10 buah lagu yang mampu membuai perasaan si pendengar.

Seawal trek pertama, anda diperdengarkan dengan kelunakan vokal Richado menerusi lagu Kuperlukanmu. Mendengar lagu ini buat pertama kali, anda pasti menyangka ianya dinyanyikan oleh artis Indonesia. Hakikatnya memang begitu kerana susunan muzik dan melodinya banyak dipengaruhi oleh muzik dari negara jiran itu. Trek kedua menguji kemampuan Richado memperdengarkan lagu dalam bahasa Inggeris, When You're Gone. Selain lagu ini, dua lagi lagu Inggeris yang dimuatkan dalam album ini ialah Sumandak Kota Marudu (Trek 7 -menampilkan Kinabalu Kings) dan You Are Special To me (Trek 8). Lagu-lagu lain yang pasti menarik minat anda ialah Jangan Pergi, Semakin Jauh, Bahaya (menampilakn Alvy D, Jojo, Decipher dan Nazrie JIAJA) dan Kau Yang Ku Puja. Dua lagu lain ialah Lagu Untuk Tidurmu dan lagu hits Lambang Cinta (menampilkan Yohana)

Melihat kepada penampilan Yohana dalam lagu Lambang Cinta, mungkin ada pembaca yang ingin tahu siapa sebenarnya gadis itu. "Yohana adalah adik bongsu saya. Dia sedang mengikuti pengajian di UiTM Alor Gajah dan pembabitannya dalam album ini hanyalah secara kebetulan apabila saya hampir kecewa kerana gagal mencari penyanyi wanita yang sesuai untuk menyanyikan beberapa rangkap dalam lagu ini." katanya. Menerusi gandingan vokal Richado dan Yohana maka lahirlah lagu hebat Lambang Cinta. Namun nama Richado lebih banyak disebut berbanding Yohana, mungkin kerana faktor penggunaan perkataan "featuring" dan bukan "duet" ketika memperkenalkan Yohana dalam album ini, sila komen. "Saya tidak fikir itu satu masalah. Kesemua penyanyi yang terbabit dalam album ini adalah "featuring", termasuk Yohana. Album ini memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian saya. Lagipun Yohana sendiri sebenarnya sedang merangka kerjaya nyanyiannya sendiri."

Bagi anda yang masih agak samar mengenai latarbelakang penyanyi ini, Richado atau nama penuhnya Richado Tawith lahir pada 31 Ogos 1982 di Kota Marudu. Meminati bidang penciptaan lagu dan penghasilan muzik, dia mula mencipta lagu ketika berada di sekolah menengah. Pada tahun 2000, dia mendapat sokongan dan galakan daripada bapanya untuk mendalami bidang muzik (bapanya sendiri, Tawith pernah menjadi penyanyi satu ketika dahulu) dan mengambil bidang seni persembahan dalam jurusan Muzik di UMS. Tamat pengajian, Richado menimba pengalaman bekerja di beberapa buah syarikat berkaitan muzik di Sabah dan Kuala Lumpur sebelum bertugas sebagai Pegawai Kebudayaan di DBKK sehingga kini.

Single Lambang Cinta membuka ruang untuk Richado muncul dalam beberapa persembahan pentas termasuk di Stadium Bukit Jalil sempena Sukan Fespic KL'06 tidak lama dulu.

"Saya mengharapkan agar peminat akan terus memberi sokongan kepada kerjaya saya yang baru bermula." katanya. Terbabit dalam dunia glamor ini, Ricardo sedar dia akan terdedah kepada pelbagai gosip yang ada ketikanya terlalu kejam. Belumpun jauh perjalanan seninya, dia sudahpun mula dikaitkan dengan Salima AF4. Entah apa lagi yang bakal menunggunya selepas ini. "Gosip dan artis umpama isi dan kuku. Bagi saya, kalau sekadar usikan tidak mengapa seperti yang berlaku sebelum ini di mana saya dikaitkan dengan Salima. "Tapi jika diuji gosip yang mencabar maruah diri dan keluarga, saya akan bersuara jika perlu. Apapun, saya sudah bersedia mengharungi dunia hiburan yang penuh dugaan ini. Doakan kejayaan saya," katanya mengakhiri perbualan.



P/s: So kepada mereka yang pernah e-mail saya berhubung Richado, harap berpuashati dengan artikel ini. Seperti mana yang saya jelaskan album beliau belum berada di pasaran.

Berhubung ejaan nama tu sayapun kurang pasti mana satu yang betul "Richado" atau "Ricardo" yang pasti bunyinya ialah "RiKado".

29 Jan 2007

Elsewhere: American Idol 6

Nick Zitsmann vs William Hung

Meet Nick Zitsmann, arguably 'the worst rejectee' on American Idol 6. That makes him the close challenger to the infamous William Hung. He said his co-workers strongly encourage him to go for the audition. I guess it's just a fake encouragement and I can imagine how his co-workers fell to the ground laughing out loud watching his tuneless, robotic move on national TV!

And did they say they are both engineers?!!...arrrggggHh!!


P/s: Oooppss...looks like the videos are no longer available. Obviously they've been removed for violating the terms of use. They were not uploaded by me...but by other YouTube member who doesn't bother about YouTube TOS concerning copyright material. Applause to YouTube for taking such action (or FOX TV probably submit a complain!)

28 Jan 2007

More traffic nightmare!

This event had caused massive traffic chaos along the ever busy Jalan Bundusan yesterday. I don't understand why they decided to open a business along a road which is well known for its traffic nightmare. There's even no ample parking space around the premise, forcing car owners to park their vehicles by the roadside. Hmmm...talking about proper planning this is one good example.

Floral Fest 2007

Sabah's float that won the Theme Trophy...not bad! (green toad?,lizard?,iguana?)





The overall champion, the float from Penang

27 Jan 2007

Blast Off: Andalusia umpama telur di hujung tanduk!

Mampukah mereka bertahan minggu ini dan mara ke minggu seterusnya. Anda akan ketahui lebih kurang dua jam dari sekarang. Inilah satu-satunya wakil kumpulan dari Sabah yang masih mampu bertahan setelah One Nation Emcee, Hinava dan Cosmic tersungkur satu persatu.

Untuk mengundi Andalusia sila SMS BAND<>ANDA and send to 32888 or fixed line, dial 13713 and press 6.

Malang sekali saya jarang dapat menonoton rancangan ini gara-gara jadual rancangannya yang tidak sesuai dengan jadual saya.

Ujibakat AF5 Sabah!

Wow...terus menerus mendapat sambutan. Hopefully one of them will be the winner! Mungkin juga tu sumandak yang tuuuna malu-malu di depan sekali ataupun tu lelaki yang berdiri angkat tangan, yang pasti semuanya ada putungan bintang pujaan...




Promosi filem Possessed di Sabah

Kurang pastilah pula samada filem ini dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin. Ada Amber Chia (dalam laporan di bawah, dia ni kononnya memilih watak...mungkin hanya mau watak yang menampilkan kecantikan dan keseksian diri dia saja....hehe). Syarifah Aliyah pun ada juga berlakon dalam filem ni.


Serba boleh harapan Amber Chia, Alvin Wong
Oleh Suzan Ahmad

KEDATANGAN 2007 terus diceriakan lagi dengan kemunculan filem dan bakat-bakat baru. Menerusi Seed of Darkness arahan Michael Chua, peminat dapat berhibur dengan sebuah lagi filem seram buatan Malaysia. Ia mempertaruhkan aksi supermodel tempatan, Amber Chia bersama pelakon drama bersiri dan iklan yang semakin terkenal, Alvin Wong.

Amber dalam satu temu bual dengan Bintang Popular berkata, sewaktu didekati Michael, dia meletakkan beberapa syarat sebelum menerima pelawaan beliau.

Antara syarat itu adalah dia enggan membawa watak seorang ibu kerana berasakan dia masih muda selain menolak watak hantu yang baginya cukup menakutkan.

Bukan terlalu memilih, tetapi Amber akui syarat itu diletakkan supaya dia tidak mengganggu pembikinan sebuah filem dan kerja semua krew.

"Biarlah saya beraksi dengan watak yang saya selesa daripada memaksa diri untuk berlakon watak-watak yang saya tidak gemar buat masa ini. Jadi saya lega apabila Michael bersetuju memberikan watak pakar sakit jiwa kepada saya," kata Amber.

Nyata bidang peragaan fesyen sudah terlalu sebati dengan jiwa Amber.

Baru-baru ini, apabila dia muncul di pentas KL Fashion Week memperagakan koleksi Zang Toi, ramai penonton memberikan tepukan gemuruh kerana dia membuat catwalk dan memberikan pose liuk lentuk yang begitu menawan.

Jadi kenapakah model Guess ini tiba-tiba dia terjun pula ke bidang lakonan?

"Saya adalah seorang yang suka mencuba. Saya selalu fikir peluang akan datang sekali seumur hidup," katanya yang sudah membintangi beberapa drama TV serta dua filem lain, Possessed dan The 3rd Generation.

Katanya lagi: "Bagi saya berlakon memberikan keseronokan serta kepuasan yang lebih mendalam berbanding modelling. Kita berpeluang menjadi manusia yang berbeza-beza personalitinya di dalam lakonan. Tapi saya sedar, saya masih baru dan banyak kelemahan. Jadi saya sedia dikritik."

Alvin pula yang wajahnya banyak menyerikan iklan komersial tanah air secara peribadi menganggap Seed of Darkness sebagai satu percubaan anak tempatan yang berani dan kreatif.

"Berapa ramai anak muda kita yang berani berhabis-habisan bajet yang besar demi untuk mencuba sesuatu yang baru? Semuanya kerana mahu memberi kepuasan dan hiburan kepada penonton filem. Bagi saya, Seed of Darknesss ada twist plot yang baik dari segi penceritaan," ujar Alvin.

Sejak muncul dalam bidang lakonan, jarang Alvin membawa watak serius. Jadi inilah peluang untuk peminat melihat dia beraksi dengan sesuatu yang lebih segar.

"Semestinya orang akan terus mempersoalkan, mampukah saya membawa watak serius? Hingga saya sendiri melihat keadaan itu sebagai satu masalah.

"Tapi Michael mempunyai pandangan yang berbeza. Dia mahu membuang imej sedia ada dalam diri kami menerusi Seed of Darkness.

"Saya harap satu hari saya akan membawa peranan lain pula supaya lebih versatile," jelas Alvin yang sudah berkecimpung dalam kerjaya lakonan TV, teater dan drama sejak lebih 10 tahun lalu.

Sumber

26 Jan 2007

Sabah tourism

Jesselton Point


Agnes Keith House

25 Jan 2007

The confusing C major lesson..


HOW TO: Play All Major Chords By Learning The Secret Formula Wit - video powered by Metacafe



A friend (who never touch musical instrument) was learning the lesson above...struggling he asked "macam mana mau main lagu?". Bila aku tengok...hmmm patutpun! The tutor should have used left hand to play chord (so that you can use right hand to play the melody). So the thumb as shown on the video is suppose to be your pinky. And it's got to be "PINKY down, 3 open, 2 open"...the key under your PINKY is the name of the major chord. So kalau mau nyanyi lagu Dusun selalunya pakai 3 chord saja...C, G and F atau D! (how's that for a lesson!)....fahamm..murid-murid?!



P/s: But not so sure if the lesson above is meant for left-handed!

The tricky tsunami

At one glance the earthquake that happened on Sunday, in Molucca Sea, Indonesia met the criteria to trigger tsunami. We can’t blame the PTWC (Pacific Tsunami Warning Centre) or the Japan Meteorological Agency for issuing the tsunami warnings, as they might have expected so. With the epicentre about 165 km to the east of Manado Sulawesi, it bears much similarity to the conditions that triggered massive waves in Dec 2004. This forced our local TV station to flash the warnings repeatedly on TV! But as it turned out to be, the 'big star' did not turn up. Shall I just say it was an anti-climax? So, if a strong underwater earthquake (7.6 on the Richter scale) did not cause big waves, then what actually will trigger tsunami? I strongly believe there are other contributing factors that need further study by scientists. Could it be due to some specific patterns in the ground vibration movement or distribution during earthquake? (After all, the winds, the clouds, the sea waves are all formed in various patterns depending on the daily or seasonal climatic and environmental conditions). Could it be due to some other patterns as well? The (earth) crack pattern maybe (?) What about the type of rock and soil surrounding the epicentre? Perhaps, at this juncture, the scientists are as puzzle as I am. Only God the Almighty knows what it is. Unless the mysteries surrounding the calamity are fully discovered, the people in the coastal area of Sabah will have to get use to ‘celebrating’ the ‘Tsunami Fest’, every time there is a submarine quake thousands of kilometres away from home. I can imagine how uncomfortable they are!



So according to the report above, if it is only an alert (berjaga-jaga) there's no need to lari bertempiaran. Kalau mau laripun boleh lagi berlenggang maintain ayu...atau maintain macho! But if it is a 'warning'...run for your life! Tapi kalau yang tengah mandi tu...make sure kamu sempat grab underwear...kekek! (palis-palis). Actually this reminds me satu cerita masa the first Tsunami Fest 2005, yang melibatkan penduduk pantai di Pantai Barat (KK and it's surrounding). Ada kunun sekumpulan pemuda, yang tinggal di Tamparuli tapi durang lari menyelamatkan diri ke Gunung Emas Tambunan! (motif?? kekek!)...ngam-ngam pula tu Saturday night! Bukan pula tsunami laut yang melanda, tapi tsunami pertengkaran rumah tangga!

24 Jan 2007

Promo Konsert Heart


Click to enlarge/read

Ya...bapa-bapa...ibu-ibu...kalian jangan khuatir....konsertnya tetap diadain...

23 Jan 2007

John Gaisah Memory Hits 2


Ini merupakan album Memory Hits ke 2, dari penyanyi yang dianggap sebagai lagenda dalam dunia hiburan Kadzandusun. Memuatkan 16 trek kesemuanya dan memang berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang gemar membuat koleksi lagu-lagu beliau. Sebelum inipun kami memang memiliki hampir kesemua album-album beliau dalam bentuk kaset, tapi memandangkan tiada skill membuat arkib maka berhilangan entah ke mana kaset-kaset tersebut. Yang adapun, kebanyakannya menghasilkan bunyi yang tenggelam timbul bila dimainkan. Jadi nampak gaya kena membuat koleksi semula lagu-lagu John Gaisah dalam bentuk digital.

22 Jan 2007

Tsunami threat




Click pics to enlarge

My sister who resides in Tawau (luckily on elevated level) felt nothing happened (mungkin telampau khusyuk tengok video Bawang Merah...hehe)

Sabah tourism

Kundasang


Borneo train




Rock climbing




I'm a bit surprise to learn the location of this rock climbing activity. I'm very much familiar with it, but never thought that it is being used for such activity until I read this article. There is an active quarry development nearby (infact the rock wall above was a former quarry itself). It's a very nice place with crystal clear stream just a few steps away. It is suppose to be very peaceful and tranquil...errr...if not for the presence of the quarry nearby.






21 Jan 2007

Album kedua Sanie

As usual hujung minggu I took the opportunity to wander around town and tempat persinggahan wajib sudah semestinya kedai jual kaset (actually I've been thinking the right word to call this shop..kedai kaset? kedai CD? kedai jual album muzik? music store?) but since people are more familiar with kedai kaset...so hentam saja lah. Nampak gaya masih belum ada album-album tempatan baru dikeluarkan untuk tahun ini. Yang ada hanyalah album-album keluaran tahun lalu. I bought few CDs... local's, national's and international's CDs. But since this blog promotes only local products so I mention local CD sajalah. I bought, Memory Hits John Gaisah Exclusive Series 2 dan Sanie's second album Nung Gumuli Ko which I'm featuring here.



Keseluruhannya 80% lagu-lagu dalam album kedua Sanie adalah berkonsep sentimental balada (mungkin beliaulah pencabar terdekat Danny F. Malinggi kalau ditakdirkan berebut anugerah King of Sentimental Ballad...kalau ada anugerah sedemikianlah). Diselitkan juga sebuah lagu dalam Bahasa Melayu (satu trend yang saya rasa patut digalakkan) berjudul Sucinya Cinta Mu...mmm..not bad! Kalau diusahakan lebih sedikit lontaran suara tu...ada harapan mencapai taraf penyanyi Indon, Glenn. Semoga lagu ini bakal tercalon dalam Carta Artis Sabah (CATS) di Sabah FM seperti lagu Sayang nyanyian Lydia Kalidin (yang sudahpun tercalon). Lain-lain lagu yang memikat pendengaran saya termasuklah Ginowoon Ku (duet bersama penyanyi pub Rozza), Erika, Nung Gumuli Ko (judul album), Linggang Lingkung-Lingkung dan Pogun Sabah (irama keroncong). Keenan-enam lagu ini telah saya upload di radioblog.

**************************************************

Anak Yang Hilang!

Terlanjur baca kegagalan filem keluaran tempatan "Anak Yang Hilang", tergerak juga hati mau paparkan keratan akhbar berikut mengenai drama realiti seorang anak yang hilang (anggaplah saja ini ala-ala dbosfm community service...kekekek). Actually banyak lagi yang pernah dipaparkan sebelum ini. Yang saya hairan sikit, kebanyakan mereka yang hilang dilaporkan berada di Semenanjung tapi laporan disiarkan di akhbar tempatan Sabah. Macam mana juga pembaca-pembaca (terutama di Semenanjung) tahu perihal laporan tersebut(?) sekiranya bantuan mereka diperlukan.


20 Jan 2007

Marsha rakam album



Velvet tidak lagi bernaung di bawah Maestro?

OK...semua tahu Maestro telahpun melepaskan Diddy yang kini di bawah pengurusan F-ter Six Records dan semasa membaca sebuah artikel berhubung Haziq ada perenggan yang menyebut Velvet bernaung di bawah Frimzz Records. Frimzz Records adalah juga penganjur Superstar On Tour yang sedang berlangsung sekarang ini, di mana Velvet merupakan salah seorang artis yang mengambil bahagian.

Mahu mencari syarikat rakaman untuk mengedarkan album (Sumber)

Bagaikan satu trend untuk pelajar-pelajar Akademi Fantasia yang kini seringkali mengambil syarikat rakaman luar untuk membuat album mereka.

Antaranya seperti Velvet yang kini bernaung di bawah Frimzz Records dan Adam AF2 yang sudahpun merakamkan album bersama-sama KRU Records.

"Ada beberapa buah syarikat yang sudahpun menawarkan saya untuk merakamkan album. " Tetapi saya harus meneliti pilihan-pilihan yang ada agar saya dapat mencari syarikat yang baik serta mampu untuk mempertengahkan genre irama asli sebagai konsep utama album pertama saya nanti," ujar Haziq mengani rancanganya untuk album studio pertama.


American Idol is back!

The dark side of American talents is exposed again! Before AI we were only served the best talents from the US, Elvis, Michael J etc, but now we see all of them including the worse among the worst. Suprisingly those terrible talents are brave enough to brag around, over-perasan, talking out loud on how talented they are and why they should be the next American Idol. "I come in a complete package!" said one lady hopeful who, to me, looks like Miss Piggy. "That include good voice?" interrupt Ryan Seacrest. "Well...why are you here if you don't have "the voice"!" the lady continued bragging. But as most other terrible talents she was rejected with comments from judges that she sounds more horrible than a one year old baby crying! "I have a degree in vocal performance you know!" she said upon being rejected (from bragging to pleading). *LOL* those are just part of the funniest moments on American Idol...it's time to enjoy watching more natural clowns on TV...nothing can make me laugh genuinely than watching AI...

Bengkel Sugandoi 2006: Sesi Soal Jawab (Bhg 2)

Sesi soal jawab di bawah lebih memfokus tentang kaedah pengadilan Pertandingan Sugandoi.

Sessi 3: Soal Jawab Bersama Penceramah, Rayner Ajumal

David Yuntalla: Bagaimanakah pemarkahan kepada penyanyi yang menyampaikan lagu-lagu Kadazandusun dengan menggunakan nada ala Bahasa Inggeris?
Rayner Ajumal: Perkara ini tidak boleh diterima

Soalan: Jika dalam lagu karaoke ada suara latar, bolehkahdiadakan suara latar jika lagu itu dipertandingkan?
Rayner Ajumal: Ini bergantung kepada penganjuran yang membenarkan penggunaan suara latar. Saya rasa ini boleh dibuat asalkan suara latar itu tidak menjadi suara utama. Penyanyi harus jangan pilih lagu yang ada suara latar panjang sehingga mengelirukan para pendengar atau pengadil. Ini kerana kita lebih berminat mendengar suara penyanyi utama.

Marcus Payus: Macam mana mempraktikkan pengiraan pemarkahan yang menyeluruh untuk semua anggota pengadil sedangkan tempoh lagu itu disampaikan hanya ada tempoh tiga (3) minit sahaja?
Rayner Ajumal: Kita mengadili secara keseluruhan, termasuklah vokal dan persembahan. Kita mesti ada standard.

Rayner Udong: Bagaimana tentang penggunaan vibrator suara?
Rayner Ajumal: Dalam penggunaan vibrator, jika penyanyi itu kedengaran seperti kesejukan dan berlebih-lebih, ini tentunya akan memudaratkan persembahan tersebut. Jika ada salah seorang ahli dalam persembahan koir yang berlebih-lebih dari segi vibrator, ini boleh membawa padah kepada mutu keseluruhan persembahan koir tersebut.

Appolonius Jimi: Apakah pendapat penceramah tentang pengadilan dengan cara undian sms, seperti yang diamalkan dalam Akademi Fantasia (AF)?
Rayner Ajumal: Ini kurang sesuai sebab pengundi itu mungkin ramai yang kurang matang dari segi menilai lagu-lagu. Lagipun, mungkin pemgundi-pengundi itu terdiri daripada pelbagai kelompok yang mempunyai berbagai kepentingan. Bagaimanapun, ini semuanya hiburan, tertakluklah kepada kita semua sama ada mahu menyertai undian sms ataupun sebaliknya.

Soalan: Bagaimanakah pengadil boleh membuat pengadilan yang memuaskan jika dia tidak faham Bahasa Kadazandusun?
Rayner Ajumal: Memang ada masalah jika pengadil itu mengadili lagu-lagu Kadazandusun jika dia sendiri tidak faham bahasa tersebut.

Evaristus Gungkit: Adakah format pengadilan sepertimana yang disampaikan oleh penceramah tadi pernah dilaksanakan sebab saya nampak ianya berbeza dengan apa yang digunakan di RTM?
Rayner Ajumal: Ini kami telah gunakan di maktab perguruan Sabah. Ini memang bergantung kepada pihak penganjur. Saya juga ada melihat RTM dan pihak-pihak lain menggunakan format pengadilan (pembahagian pemarkahan) yang berlainan. Bagaimanapun, dalam semua format ini memang ada persamaan-persamaannya.

Soalan: Dimanakah kita harus masukkan aspek disiplin?
Rayner Ajumal: Soal disiplin itu dimasukkan dalam aspek penampilan.

Soalan: Apa pendapat penceramah tentang markah bonus? Contohnya, bila ada satu peserta sahaja yang telah menyanyikan sebuah lagu yang susah dengan mudah dan baik. Adakah penyanyi berkenaan harus diberikan markah bonus?
Rayner Ajumal: Tidak perlu

Soalan: Apakah pendapat saudara tentang peranan pengkritik?
Rayner Ajumal: Saya rasa kurang sesuai diadakan pegkritik kerana ini boleh menjatuhkan semangat penyanyi yang buat persembahan.

Soalan: Kebanyakan peserta Sugandoi, lagu-lagu Kadazandusun itu di “modified’kan seperti lagu yang bukan rock dijadikan rock. Jika berlaku demikian bolehkah diberi markah?
Rayner Ajumal: Kita lihat syarat-syarat pertandingan. Ada peserta yang tunjukkan kreativiti atau membuat improvisasi, ini kita boleh buat pertimbangan. Tetapi jika melodi “out”, lirik “out”, tidak perlulah bagi markah.

Nycholas Udong: Kadang-kadang ada masalah teknikal seperti gangguan “power blackout” semasa satu persembahan itu sedang dibuat. Adakah pertimbangan itu harus dibuat supaya penyanyi itu dibenarkan menyanyi balik?
Rayner Ajumal: Paling baik, dia diberi peluan menyanyi sekali lagi.

Soalan: Dalam Sugandoi semi final, ada peraturan-peraturan seperti mesti pakai pakaian tradisi. Bagaimanapun mungkin ada penganjur yang menerima “pressure” dari pihak-pihak tertentu sehinggakan penganjur membenarkan peserta yang tidak pakai pakaian tradisi terus menyertai semasa semi-final dan akhirnya berjaya masuk final?
Rayner Ajumal: Para peserta harus patuhi peraturan-peraturan supaya kontroversi dapat dielakkan.

David Yuntalla: Jika ada masalah yang dihadapi penyanyi, bolehkah “band boys” di arah berhenti di pertengahan persembahan itu?
Rayner Ajumal: Jika ada masalah teknikal seperti mikrofon rosak, bekalan letrik terputus. Boleh

Robert Leo: Bagaimana pengadil seperti Kadazan atau Murut mengadili lagu Dusun?
Rayner Ajumal: Memang penting bagi pengadil faham lagu-lagu yang diadilinya.

Fulgentius Angkangon: Bagaimanakh wujudnya pengadilan yang “bias”?
Rayner Anjunal: Pengadil tidak seharusnya “bias”.

Juliana Andrias: Bagaimana kriteria seorang pengadil yang baik?
Rayner Ajumal: Secara ringkas, pengadil itu mesti ada pengetahuan, pengalaman dalam bidang musik dan keperibadian


(BERSAMBUNG)

14 Jan 2007

Sesi Soal Jawab dan Rumusan pada Bengkel Sugandoi 2006

Semasa saya melakukan "rombakan kabinet" (mengemas atur kabinet buku) sayapun terjumpalah Buku Cenderamata Sugandoi 2006, di mana terkandung di dalamnya Sesi Soal Jawab dan Rumusan semasa Bengkel Sugandoi yang diadakan dalam bulan Mac tahun lalu (hmmm..macam mana pula saya boleh ter miss kasih post di sini tahun lalu..anyway better late than never kan!) Menarik juga isu-isu yang diluah serta diketengahkan yang banyak berhubung kait dengan masalah-masalah yang membelengu aktiviti seni suara di Sabah terutama di kalangan masyarakat Kadazandusun. Ikuti sahaja artikel tersebut di bawah.

Bengkel Sugandoi Anjuran Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2006 Pada 19hb Mac 2006 Di Hongkod Koisaan, Penampang

Soal Jawab dan Rumusan

catatan Allan G Dumbong


Sessi 1: Soal jawab bersama penceramah Encik Manisegaran Amasi

Evaristus Gungkit: Daripada ceramah tadi, saya mendapat tahu RTM ada membayar royalti lagu-lagu yang dimainkan oleh RTM. Bagaimanakh RTM membayarny?

Manisegaran: Setiap lagu yang dimainkan oleh RTM itu ada dicatatkan dalam log book mereka. Ini boleh disemak, dan boleh dituntut. Bagaimanapun dalam hal tuntutan royalti itu, ianya tidak dibayar jika ianya dipersembahkan oleh badan-badan sukarela. Royalti juga tidak boleh dituntut jika lagu itu tidak didaftarkan dalam badan-badan seperti MACP.

Dr Lungkiam Dambul: Salah satu kriteria untuk dapatkan hakcipta ialah melalui penerbitan. Contohnya artikel-artikel yang ditulis dan dimuatkan dalam majalh-majalah terkenal. Siapakah pemegang-pemegang hakcipta dalam hal tersebut, penulis artikel ataupun penerbit majalah berkenaan?

Manisegaran: Ada dua pihak. Jika artikel disumbangkan dan majalah itu telah membayarnya, hakciptanya menjadu milik penerbit. Bagaimanapun nama penulis itu harus ditulis dan diiktiraf oleh majalah berkenaan. Jika artikel itu sudah dibayar oleh majalah berkenaan, ini bererti hakcipta telah dipindahmilikkan. Begitu juga dengan gambar-gambar yang diterbitkan oleh majalah-majalaj tetapi gambar-gambar itu diambil oleh orang lain.

Sessi 2: Soal jawab bersama penceramah saudara Andrew Poninting (AP)

Julius Gudok: Bolehkah penyanyi ataupun pemuzik meminta bantuan daripada guru-guru musik Kadazandusun yang berkelayakan, seperti mereka yang menganggotai Orkestra Koisaan?

AP: Boleh, tiada masalah. Amat baik jika rakaman lagu-lagu itu diiringi Orkestra Koisaan.

Evaristus Gungkit: Saya tertarik dengan persoalan “kenapakah lagu-lagu Kadazandusun dan Murut tidak mampu menembusi pasaran”. Tetapi persoalannya ialah lagu-lagu Sabah yang lain seperti Flora Santos, K Hassan, Akademi Fantasia 3 juga tidak dapat menembusi. Adakah kerana musik mereka ini datang dari Sabah? Adakah juga adil jika penyanyi-penyanyi tempatan itu dijemput menyanyi di khalayak umum sedangkan mereka tidak dibayar? Saya rasa mereka ini harus diberi ganjaran yang sewajarnya kerana mereka juga harus mempersiapkan diri dengan baik dan kemas sebelum membuat persembahan dan kesemua ini memerlukan belanja. Saya juga cadangkan di sini agar artis-artis “boycott” jemputan-jemputan menyanyi yang hanya “free of charge”. Saya juga cadangkan supaya penyanyi-penyanyi Kadazandusun menyertai PERTISA. Selain daripada itu, penyanyi-penyanyi muda janganlah asyik mencari glamour sahaja tetapi pergunakanlah bidang seni suara ini sebagai satu karier dan sebagai satu sumber pendapatan.

Soalan: Bagaimanakah jika kita anjurkan anugerah bagi menghargai sumbangan penyanyi-penyanyi, penulis-penulis lirik, pencpta lagu Kadazandusun? Ini penting untuk wujudkan persaingan sihat dan boleh membantu promosi?

AP: Ini boleh difikirkan oleh badan-badan seperti PERTISA

Wakil Nabawan: Saya kurang bersetuju dengan pendapat penceramah bahawa lagu-lagu Kadazandusun tidak mampu tembusi pasaran luar Sabah. Pada pendapat saya, ada artis-artis tempatan kita seperti John Gaisah yang telah berjaya mencipta nama dalam pertandingan di peringkat nasional, tetapi lagu-lagu mereka telah tidak dirakamkan. Satu lagi contoh ialah Stella Ansibin, yang sebenarnya telah tembusi pasaran Filipina. Ada juga yang buat persembahan lagu-lagu Kadazandusun dan Murut di USA, dan telah mendapat sambutan hangat. Saya rasa, penyanyi-penyanyi kita mampu tembusi pasaran luar tetapi hakikatnya kita kurang mendapat sokongan dan bantuan ke arah itu. Bagaimanapun, semua ini belum terlambat lagi dan kita harus meningkatkan usaha-usaha promosi kita.

David Yuntalla: Saya ada cadangan bagaimana kita boleh mengawal kualiti lagu-lagu Kadazandusun. Kita perlu tubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawal kualiti lagu-lagu yang disiarkan di radio (RTM).

Wakil dari Berita Harian dan NST: Saya rasa trend industri hiburan di Malaysia mula menunjukkan minat dan bakat-bakat dan lagu-lagu di Sabah. Ini memberikan kita peluang untuk menyajikan lagu-lagu yang bersesuaian dengan trend ini. Bagaimanapun kita mesti tingkatkan kualiti lagu-lagu kita.

Benedict (Tambunan): Saya melihat bahawa kini ada seolah-olah satu trend yang menggunakan dua bahasa dalam pembikinan lagu-lagu Kadazandusun seperti yang dibuat oleh Atama (mencampurkan Kadazandusun dan Inggeris) dan Appolonius Jimi (Bahasa Melayu dengan Kadazandusun). Persoalan saya ialah adakah cara mereka ini boleh diterima, dan adakah ini nanti boleh digelar sebagai “lagu rojak”?

Rayner F. Udong: Menyentuh tentang metafora yang mengatakan bahawa “bagaimana epal itu dipilihdari kalangan banyak oren dalam bakul”, saya rasa kita menghadapi beberapa halangan dalam usaha kita untuk memastikan lagu-lagu Kadazandusun itu dipilih dari ribuan lagu lain. Halangan termasuklah ada pihak-pihak yang menganjurkan acara-acara di Kuala Lumpur merekabentuk rancangan-rancangan hiburan mengikut citarasa pendengar-pendengar di KL. Oleh itu saya cadangkan agar ada pihak-pihak yang ada “political will” untuk membantu memastikan “epal itu dipilih daripada oren”.

Soalan: Untuk memastikan supaya “epal itu dipilih daripada oren”, kita khususnya KDCA dan PERTISA harus anjurkan bengkel-bengkel atau kursus-kursus dalam:

i) Bagaimanakah membuat teknik-teknik rakaman yang baik;
ii) Bagaimanakah menggunakan teknik-teknik vokal yang baik dan betul.

James (Telupid): Merujuk kepada isu-isu artis-artis Kadazandusun dijemput menyanyi di khalayak ramai dengan “free of charge”, saya merasakan bahawa perkara seperti ini kadangkala tidak dapat dielakkan dalam penganjuran dalam acara-acara seperti Sugandoi di peringkat daerah. Bayangkan jika peruntukan yang diberikan untuk menganjurkan acara sangat kecil. Bagaimanakah kita mampu membayar artis-artis yang dijemput menyanyi dengan memuaskan?

13 Jan 2007

Imbasan dunia seni Sabah 2006

Sudah tiga belas hari tahun 2006 meninggalkan kita. Belum terlewat agaknya kita mengimbas perjalanan dunia seni Sabah tahun lalu.

“Deddy M Borhan bukti kemampuan anak Sabah”

Oleh Boyd PV
(boyd_pv@yahoo.com)

Menyingkap lembaran 2006, kita tentunya berbangga dengan pencapaian Deddy M Borhan yang dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Perfileman Finas 2006, 10 November lalu. Anugerah itu diterimanya dari Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) Dr Rais Yatim, sempena Hari Finas Ke-25. Terbaru mengenai penggiat seni veteran ini, beliau turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Papita Jasamu Dikenang 2006 bersama-sama dengan Datuk Ahmad Nawab, Ahmad Idris dan Fauziah Nawi. Anugerah ini adalah di antara anugerah yang disampaikan lewat majlis Anugerah Kecapi Papita 2006, anjuran Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) di Ibu Negara, baru-baru ini.

Turut menjadi kebanggaan penduduk negeri ini ialah Laila Elok, penyampai radio di Sabah FM yang menerima pengiktirafan tertinggi dalam kerjayanya apabila dinobatkan Personaliti Radio Paling Versatil dalam Anugerah Seri Angkasa 2005. Sebelum menaiki pesawat ke ibu negara untuk malam penuh bersejarah itu, ramai yang meragui kemampuan anak Sabah ini menjulang anugerah bagi kategori ditandinginya kerana nama-nama yang turut tersenarai itu bukan calang-calang orang. Namun, Laila menafikan semua tanggapan negatif itu dan pulang dengan trofi yang akan menjadi kenangan paling manis dalam kerjayanya dibidang penyiaran.

Tahun 2006 juga melahirkan beberapa bakat baru Sabah yang berjaya menempatkan diri mereka di ‘sangkar emas’ Akademi Fantasia. Namun Nora tersingkir seawal konsert pertama disusuli Rich di konsert ketiga. Mengatur langkah penuh liku Lotter membuatkan penyokongnya mengalirkan air mata apabila terpaksa mengusung bagasi keluar kerana undian yang diterimanya di konsert ke-7 tidak mencukupi untuk dia terus bertahan di Akademi. Bagaimanapun, sudah namanya Akademi Fantasia, ia hadir dengan pelbagai kejutan. Lotter kembali pada konsert ke-9 menerusi undian Afmasuk dan dia tidak mensia-siakan peluang itu apabila menghadirkan persembahan sehabis baik di konsert akhir dan muncul naib juara di belakang Faizal. Velvet, yang tidak pernah meninggalkan Akademi Fantasia, sekadar menduduki tempat kelima. Selepas program Akademi Fantasia 4 menutup tirainya, bintang-bintang AF ini dibawa menjelajah beberapa lokasi utama di Sabah untuk menjayakan beberapa konsert. Sambutan yang diterima bagai satu fenomena.

Fiq, anak muda dari Sandakan, turut melakar nama di Kuala Lumpur menerusi rancangan realiti TV, Mentor musim kedua terbitan stesen televisyen popular, TV3. Bukan sahaja Fiq menjuarai Mentor 2, dia turut mengalahkan peserta dari Indonesia, Ima, juara program Bintang Cari Bintang (Indonesia), apabila juara dua negara itu dipertemukan di pentas Juara Antara Juara. Kumpulan Jiaja juga mengangkat nama Sabah di pentas nasional apabila menjuarai musim kedua rancangan Blast Off di Astro.

Senario hiburan di Sabah turut meriah dengan pelbagai gosip yang menyinggahi selebriti-selebriti tempatan. DJ Selina Light yang bertugas di Sabah Vfm digosip menjalinkan hubungan dengan artis Maestro Talent, Felix Agus. Mereka dikatakan intim dan kerap bertemu apabila Felix bercuti atau membuat persembahan di Sabah. Tidak cukup dengan itu, gosip itu ditambah lagi perencahnya dengan mengatakan mereka kerap berbalas SMS romantis. Dalam satu temubual eksklusif bersama DJ Selina, dia bagaimanapun enggan mengesahkan kesahihan gosip itu. Kesempatan bertemu dengan Felix ketika sidang media Sabah Fantasia Tour 2006, artis kelahiran Kota Belud itu ditanya mengenai kesahihan gosip cintanya dengan DJ Selina dan, seperti yang dijangka, Felix menafikannya. “Saya terkejut apabila gosip seperti timbul. Sebenarnya, antara saya dan dia (DJ Selina) tidak ada hubungan istimewa. Apa lagi jika diistilahkan intim. Seingat saya , kali pertama saya bertandang ke RTM Kota Kinabalu, saya akui pernah memberikan nombor telefon saya kepada rakan-rakan DJ-DJ di sana untuk memudahkan urusan kerja,” kata Felix. “Mengenai dakwaan SMS romantis, itu tidak benar. Dakwaan bersiar-siar juga tidak betul. Saya hairan bagaimana cerita ini timbul,” jelasnya yang turut mengaku sedikit terganggu dengan gosip liar itu.

Masih berkisar mengenai gosip cinta, penyanyi KDM Ivye Alexandra turut digosip bercinta dengan juara KDM Idol, Reno Rodney Fabianus. Namun, berkali-kali ditanya, kedua-dua artis ini mengunci rapat mulut mereka. Bagaimanapun ketika penulis berbalas SMS dengan Ivye mengenai perkembangan terbarunya, penyanyi Hiti Oku Poingandad ini akhirnya mengakui Reno adalah kekasihnya. Kelakarnya, sehingga artikel ini ditulis, Reno masih menafikan perkara itu. Ivye juga turut dihimpit gosip liar apabila hidupnya dikatakan ditaja oleh sesorang. Namun, Ivye menafikan perkara itu. Ivye, juga dikatakan sangat kecewa apabila penggambaran telemovie My Land Below The Wind (MLBTW) terbitan Del Este Pictures terpaksa ditangguhkan kerana keadaan jerebu. Ivye sepatutnya memegang watak utama dalam telemovie itu dan telah membuat banyak persediaan untuk penampilan sulungnya dalam telemovie. Bagaimanapun, apabila penggambaran telemovie itu ditangguhkan, ia mengecewakan bukan sahaja Ivye tetapi juga pelakon-pelakon lain yang terbabit. Ivye dikatakan menghilangkan diri selepas itu dan gagal dihubungi sehingga namanya dikhabarkan akan digugurkan daripada senarai pelakon MLBTW. Bagaimanapun, semua itu berakhir apabila pengurus produksi MLBTW, yang juga pemilik Del Este Pictures, Jamil Majingkin, mengesahkan bahawa senarai pelakon akan dikekalkan apabila projek sulung syarikatnya itu memulakan penggambaran Januari ini.

Bagaimanapun, perkhabaran terbaru menyebut projek itu ditangguhkan bukan kerana masalah jerebu sebaliknya ia disebabkan perkara lain berkaitan soal ‘kepercayaan yang terhakis’. Sejauh mana benarnya dakwaan itu, hanya penerbitnya sahaja yang mempunyai cerita sebenar. Apapun, peminat Ivye dan penggemar telemovie tempatan pasti setia menunggu telemovie MLBTW yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Filem Anak Yang Hilang arahan dan terbitan Mazlan Maginda pernah diwar-warkan akan menguji pasaran luar negara. Bagaimanapun, filem yang kononnya menelan belanja RM9 juta itu berdepan dengan seribu satu macam masalah dan tidak memungkinkan ia menemui penonton.

Artis kontroversi, Max, turut mendapat perhatian apabila dia tiba-tiba meninggalkan syarikat rakaman Sabah Records yang menaunginya untuk bersama Skyline sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak Sabah Records. Max mendakwa dia tidak pernah mengikat sebarang kontrak dengan Sabah Records bagaimanapun pemilik Sabah Records, CT Siong mendakwa sebaliknya. Bak kata pepatah ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’, Max akhirnya menyepi apabila Skyline mengambil keputusan membatalkan sebarang rundingan dengan penyanyi itu kerana pengurusan Skyline enggan diheret sama ke dalam kontroversi yang dicipta sendiri oleh penyanyi Guli No Id Doho itu. Lama menyepi, Max mengejutkan peminatnya apabila dia mengumumkan telahpun memeluk agama Islam beberapa minggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, tahun ini. Semoga Max akan dapat menemui apa yang dicarinya dalam hidup ini.

Kebelakangan ini, komposer/penulis lirik terkenal, Asmin Mudin, mula menyumbangkan suaranya dalam album-album artis KDM. Selain bersama Lydia Kalidin dalam lagu Tewas Kotoh, Asmin turut berduet dengan abangnya, Kimin, dalam lagu Palis-Palis, Jauh-Jauh, yang dimuatkan dalam album kedua artis Skyline itu. Ada sebab kenapa Asmin kini ingin turut sama dikenali sebagai penyanyi. “Saya sebenarnya merajuk dengan sikap segelintir artis tempatan kita yang pernah saya bantu. Bila sudah agak berjaya, mereka seperti tidak nampak kita. Lalu di depanpun tidak menegur, macam kita tidak ada di sana. Daripada bersusah payah membantu menaikkan nama artis itu dan ini, ada baiknya saya tampil dengan album saya sendiri,” Asmin pernah memberitahu. Namun menurut Asmin, projek album solonya mungkin mengambil masa untuk disiapkan kerana dia sibuk dengan komitmen lain, termasuk pengajiannya.

Banyak album artis tempatan memasuki pasaran tahun ini, tetapi penghasilan telemovie agak berkurangan. Pertandingan-pertandingan nyanyian seperti KDM Idol dan Idola Sabah juga tidak diadakan tahun ini walaupun diwar-warkan ia adalah acara tahunan. Bercakap mengenai Idola Sabah, tidak banyak perkembangan didengar mengenai artis-artis yang muncul menerusi program itu sekalipun di penghujung tahun 2005, mereka begitu bersemangat untuk mencipta nama di Sabah dan Ibu Negara. Selain terbabit dalam beberapa tajuk telemovie tempatan termasuk Khabar Dari Borneo, tidak banyak perkembangan yang boleh dibanggakan mengenai artis-artis Idola Sabah. Secara keseluruhan, perkembangan industri hiburan di Sabah tahun ini agak suram. Namun kita harapkan kedatangan tahun baru 2007 akan membawa sinar lebih terang.

11 Jan 2007

Muatnaik koleksi lagu

dBOS-fm sedang dalam proses memuatnaik koleksi lagu-lagu ke radioblog. Lagu-lagu disusun mengikut abjad A - Z. Walau bagaimanapun ada beberpa perkara yang perlu dimaklumkan berhubung muatnaik ini;

1. Lagu-lagu hanya dimainkan dalam jangkamasa singkat antara 1:30 - 2:00 minit (selain daripada untuk discourage "stealing" - individu yang waras hanya akan steal lagu yang penuh -tujuan disingkatkan adalah juga untuk mengecilkan saiz fail)

2. Susunan abjad tidak semestinya mengikut turutan. Ini kerana sistem radioblog telah diprogram untuk meletakkan secara otomatik di bahagian atas senarai, mana-mana directory/folder yang mengandungi upload terbaru atau update. Maknanya sekiranya ada lagu baru di muatnaik dalam saluran abjad R misalannya, secara otomatik R akan bergerak ke atas senarai.

Semoga terhibur...

9 Jan 2007

Sabah tourism

Just a couple of interesting articles related to Sabah tourism taken from Sabah Malaysian Borneo magazine. I collected those articles for my personal reference and I guess it's appropriate to feature them here in conjuction with the Visit Malaysia Year 2007 (there will be more to come)






8 Jan 2007

Pastor jadi artis rakaman

Jonathan Tse berkongsi pengalaman dalam album Purpose

Tidak kejar glamor


Oleh Boyd PV
(boyd_pv@yahoo.com)

Sekalipun album sulungnya sudah berada di pasaran lebih setahun yang lalu, peminat di Sabah masih belum mengenali Jonathan Tse penyanyi berumur 24 tahun dari Labuan. Hakikatnya, bukan glamor yang dicarinya ketika muncul dengan album bahasa Inggeris berjudul Purpose. “Bagi saya album ini sangat istimewa dan mempunyai makna yang cukup peribadi,” kata Jonathan yang ditemubual Jumaat lepas. Menerusi album penuh yang memuatkan 10 buah lagu ini, Jonathan berkongsi pengalaman hidup yang dilaluinya. “Kerana itulah, album ini cukup memberi kepuasan kepada saya kerana melaluinya, saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman dalam lagu-lagu yang saya ilhamkan sendiri,” jelas Jonathan yang mula diperkenalkan kepada peralatan muzik seawal umur 5 tahun. Ketika itu ibu bapanya mendaftarkan Jonathan untuk mengikuti kelas organ. Dari situlah dia mula mengenali apa itu muzik. Namun, minatnya berubah apabila dia semakin meningkat dewasa. “Saya mengikiti kelas organ hanya setakat Tahap 8 dan mengambil keputusan untuk beralih kepada gitar klasik akustik selepas itu kerana saya rasakan ia lebih sebati dengan jiwa saya,” jelasnya.

Bercakap lebih lanjut mengenai Purpose, album ini sebenarnya mencabar pendengar untuk mencari siapa diri mereka yang sebenarnya. “Ketika tercetus ilham untuk muncul dengan album ini, saya tidak pernah terfikir untuk mencari keuntungan daripadanya tapi lebih kepada mengajar pendengar untuk memikirkan lebih serius mengenai soal kehidupan,” tegasnya. Bunyinya agak berat namun menurut Jonathan, album-album komersil yang membanjiri pasaran ketika ini lebih menjulang nilai-nilai bersifat dunuawi. “Kerana itulah saya mengambil pendekatan berbeza dengan memberi alternatif kepada mereka. Ini bukan album yang bercakap sepenuhnya mengenai soal kerohanian tetapi tidak dinafikan pengisiannya mengajak pendengar untuk berfikir mengenai kehidupan,” katanya. Buktinya, lagu trek ke-3, Formality kerap menjadi pilihan penyiar-penyiar stesen radio X’Fresh FM dan Hits FM. Selain Formality, album yang dihasilkan dengan kos mencecah RM 35,000 ini turut memuatkan lagu So Beautiful, Supernatural, Season Without Love, All For Me, Purpose (tajuk album), Change, Shape My Life I pray, My Everything dan Showtime. Ia memuatkan pelbagai genre lagu termasuk pop, rock, jazz, balada dan gospel, antara lain.

Dengan kos pembikinan setinggi itu, rasanya ia satu pembaziran jika album ini tidak dipromosi dengan lebih berkesan. “Saya akui promosi album ini tidak dibuat secara menyeluruh. Dihasilkan oleh label bebas, Purpose Records, saya masih mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album ini,” jelasnya mengenai album itu yang turut mendapat kerjasama pemain gitar terkenal, Roger Wang. “Album ini dilancarkan di Kuala Lumpur (Disember 2005) kerana ketika itu saya masih bekerja di sana. Album ini belum dipromosi di Sabah dan mungkin itu sebabnya kenapa nama saya tidak begitu dikenali di sini sebagai penyanyi. Apapun untuk tahun 2007 ini, memandangkan saya kini telah ditukarkan bekerja di Kota Kinabalu, saya fikir adalah lebih sesuai jika labum ini dipasarkan dalam bentuk pek semula,” jelasnya yang membayangkan penambahan lagu dan kulit album yang baru untuk album repacakaged itu.

Bersama Purpose Records, label yang ditubuhkan atas namanya, Jonathan turut menerbitkan sebuah album berbahasa Cina berjudul Dream Faith, membabitkan 10 orang penyanyi. “Ini adalah projek terbaru saya dan album itu akan dilancarkan pada 12 Januari ini.” Pada umur 23 tahun (lahir di Kota Kinabalu pada 26 April, 1983), peminat pasti tidak pernah menyangka bahawa jejaka ini mempunyai kerjaya sepenuh masa sebagai Pastor di All Saints Cathedral di Karamunsing, Kota Kinabalu. “Apabila diundang menjayakan persembahan, saya akan perkenalkan siapa diri saya dan apa kerjaya saya. Saya fikir itu pendekatan terbaik kerana saya ingin peminat menerima saya seadanya,” akuinya. Atas sebab itu jugalah maka Jonathan pernah menolak tawaran untuk membuat persembahan di beberapa buah kelab di sekitar Kota Kinabalu. Dan ia juga menjawab persoalan mengapa lagu-lagunya lebih berkisar mengenai kehidupan. Maklumat lanjut mengenai penyanyi ini, anda boleh melayari web
www.jonathantse.com

Related site:

Jonathan soundclick (He is very kind enough to upload two songs for download, and thanks to Iter for introducing me to this website)

6 Jan 2007

Visit Malaysia Year 2007- Official Theme Song

Title : One Golden Celebration
Composer: Kieran Kuek
Lyrics by: Paul Lingan & Kieran Kuek
Vocal: Juwita Suwito

Malaysia

There’s a place not far away
Different faces yet all the same
With a million dreams
In one golden celebration

Malaysia

It’s the place for us to be
It’s the time to feel so free
With a million smiles
In one golden celebration

Malaysia

Come and spread your wings
There’s so much to see
There’s a million colours
Right before your eyes
It’s one golden celebration

Come and spread your wings
There’s so much to see
There’s a million colours
Right before your eyes

It’s time to celebrate
It’s one golden celebration

Mari Adik Adik
Mari Abang Abang
Mari Ramai Ramai
Mari Bergembira

Mari Adik Adik
Mari Abang Abang
Mari Ramai Ramai
Mari Bergembira

Feel the magic in the air
Every moment and everywhere
With a million thrills
In one golden celebration

Malaysia

A million colours, a million dreams
A million smiles and a million thrills
For you and me
In one golden celebration

Malaysia

Spread your wings
And take your flight
One celebration
One delight
It’s the time for us to be
One golden moment for you and me

A million colours , a million dreams
A million smiles, a million thrills
It’s the time for us to be
One golden moment for you and me

Come and spread your wings
There’s so much to see
There’s a million colours
Right before your eyes
It’s one golden celebration

Come and spread your wings
There’s so much to see
There’s a million colours
Right before your eyes

It’s time to celebrate
One golden celebration
(Malaysia)
It’s time to celebrate
It’s one golden celebration

Mari Adik Adik
Mari Abang Abang
Mari Ramai Ramai
Mari Bergembira

Celebration

Mari Adik Adik
Mari Abang Abang
Mari Ramai Ramai
Mari Bergembira

Malaysia truly Asia

Download: One Golden Celebration (right click mouse and click 'save as')

Fiq tetap perlu Amy


5 Jan 2007

Lotter muatkan lagu etnik Sabah dalam album pertama

Oleh Jubaida Abdul Hamid
Hiburan Harian Ekspres

KEHADIRAN tahun baru 2007 memberi seribu satu makna kepada Lotter atau nama penuhnya Petrus Edwin Edin kerana katanya, banyak rancangan dan aktiviti sudah disusun sepanjang tahun ini.

Dia yang berharap dapat menghasilkan album sulung tahun ini, ingin memuatkan pelbagai lagu etnik, Sabahan di samping azam yang kuat untuk terus berjaya dalam bidang seni suara. “Saya akan terus mengekalkan azam untuk mencapai segala impian pada tahun 2007. Tahun ini ialah tahun sibuk bagi saya kerana selain merakamkan lagu album sulung, saya juga mempunyai jadual yang padat untuk mengadakan AF Tour di seluruh Malaysia dan Brunei yang dijangka berlangsung pada Januari dan Febuari ini,” katanya ketika mempromosi album ‘The Best of Lotter’ bersama penyanyi tempatan Den Bisa, di Dewan Masyarakat Lahad Datu pada 27 Disember lalu.

Di majlis itu lebih 1,500 peminat memenuhi dewan untuk menyaksikan persembahan kedua-dua artis tersebut. Bagi Lotter, 23, dia sangat teruja dengan sambutan peminat memandangkan ia adalah pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Lahad Datu setelah bergelar artis. “Peminat di sini sangat ‘sporting’ dan sambutan sangat bagus sekali,” katanya ketika mengadakan konsert selama lebih satu jam. Lotter yang terkenal dengan ‘Pringgg’ menyampaikan empat lagu antaranya ‘Azizah’,’Sedang Ingin Bercinta’, ‘Bila April’ dan ‘Chow Kit Road’.

Nasihat Lotter kepada peminat sempena tahun baru ini:”Apa yang penting yakin pada diri sendiri, terus berjuang pada diri dan percaya pada diri bahawa segala yang dilakukan berpandukan kebaikan.” Mengenai album sulungnya, artis yang tidak pernah lokek senyum itu berkata:”Sebagai hadiah kepada peminat yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sebagai artis baru, saya akan merakamkan album sulung tahun ini. Pada awal Januari ini, saya akan masuk studio untuk ‘recording’...pada masa ini juga saya sedang sibuk membuat lagu sendiri untuk dimuatkan dalam album itu,” katanya yang mahu memuatkan lagu Kadazandudun dalam album pertama. “Kalau boleh saya ingin menyampaikan lagu-lagu bahasa tempatan Sabah kerana secara tidak langsung dapat mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2007,” katanya.

Walaupun banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur sejak bergelar artis muda, Lotter tidak pernah melupakan kampung halamannya. Sempena Krismas lalu Lotter mengadakan rumah terbuka di rumahnya di Membakut Sabah. Pengalaman menyambut perayaan Krismas pada tahun ini dirasakan sangat berbeza kerana sudah bergelar artis. Kehadiran ramai saudara, rakan-rakan dan jiran serta peminat memberinya satu perasaan istimewa semasa berada di kampung. “Sambutan Krismas lalu merupakan pengalaman pertama saya sebagai seorang artis, dan ia amat istimewa sekali kerana ramai peminat dan kenalan baru datang ke rumah. Saya mula bercuti sejak 25 Disember 2006 dan selepas itu saya akan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 3 Januari ini,” ujarnya

Telemovie Ampal 3


4 Jan 2007

Album baru Clarice

Sebuah album yang menarik dari Clarice menampilkan lagu-lagu yang berbagai rentak. Antara lagu yang memikat pendengaran saya ialah Le Abang Kenyalang ciptaan Ernest Vannier Matha. Lagu ini pada saya lebih mirip Sayang Kinabalu. Sebuah lagu dangdut berjudul Dangdut Teh Tarik juga dimuatkan, namun vokal Clarice yang bunyinya agak 'serius' dan tak cukup 'ceria' kurang sesuai mendendangkan lagu sebegini. Lagu Sinding Ponisiou ciptaan Umbut (Asmin Mudin) yang pernah dirakam sebelum ini oleh Leena (KDM Idol) juga dirakam semula. Tak pasti apa motif disebalik rakaman semula ini sebab tiada kelainan dari segi susunan muzik dsb. Bagi saya tiada cacat celanya persembahan suara lembut remaja Leena membawakan lagu tersebut. Lagu-lagu seperti Twist I'm Sorry, Joget Korohian (tertarik dengan bunyi-bunyian instrument muzik yang digunakan dalam lagu ini persis alat muzik akustik terutama bunyi string. Mungkin kehadiran serta penglibatan Jazz - pemuzik intrumental dalm album ini memberikan sedikit sebanyak sentuhan akustik) dan Bujangan Kinabalu (yang ini mengingatkan saya kepada lagu Sumandak Kinabalu) tidak kurang menariknya. Walau bagaimanapun album ini mungkin menaruh harapan kepada lagu-lagu sentimental seperti Siou dan Ama Apa 2 sebagai killer songs.


2 Jan 2007

SMS New Year messages

I received a number of New Year greetings sent over to me via SMS. While most of them are short and simple (after all that's what SMS is all about), a couple of them are long messages (sent in two or three series of SMS). Unfortunately I've to delete most of them, in order to recover more memory space of my mobile phone. This include one message that reads something like "Happy New Year 2007...365 days of happines...52 weeks of fun....8,760 hours of bla..bla..bla...525,600 seconds of..." something like that. Another message reads "Happy New Year with abundance of blessing, happines, health and prosperity throughout 2007". But out of all the messages, I received this beautiful poem (but not too sure if it's originally written by the sender).

It reads; "Sweet words are easy to say.....sweet things are easy to buy....but sweet people are difficult to find. Life ends when you stop dreaming. Hope ends when you stop believing. Love ends when you stop crying. Friendship ends when you stop sharing. So share this with whoever you consider a friend. To love without condition...to talk without intention...to give without reason and to care without expectation...HAPPY NEW YEAR 2007!"

....very well written!

Kimin Mudin


Bah sudah sia upload demo lagu-lagu si Kimin (sikit-sikit aje ye). Dipersilakan dengar di radioblog. Kamu reviewlah sendiri-sendiri OK! Ala-ala self-service gitu. Entah kenapa sia ni semakin hari semakin pemalas (penyakit tahun baru mengkali). Tapi secara keseluruhannya saya suka Palis-Palis Jauh Jauh, Kinolohingan, Langadku, Rikot Noh, Joget Biasalah Tulun Tokou dan Tipu-Tipu Lambiding.



1 Jan 2007

Patent: band Indon buat rakaman di Sabah??


Posting pertama tahun ini dimulakan dengan satu pertanyaan "apakah ahli-ahli kumpulan ini dari Indon, tempatan tulen atau...dot..dot dot???"

Mereka menggelarkan diri mereka PATENT. Kalau anda kerap ke kedai menjual kaset/CD nescaya anda akan terserempak dengan CD kumpulan ini yang diletakkan bersama-sama dengan album-album keluaran tempatan yang lain. Memandangkan tertera logo Sabah Records maka saya terus mengandaikan ini merupakan album tempatan. Sejurus memutarkan CD ini di rumah sambil membaca-baca kredit pada sampul album terteralah kata-kata berikut, "Special thanks..........Sabah Record Sabah Malaysia pimpinan C.T Siong merangkap producer, Sudin Kansut Manager PATENT, Pemda Kab. Nunukan, Bupati Nunukan, Bupati Bulungan....semua keluarga PATENT di Indonesia, RTM, Radio Indonesia Maroni FM, Devia FM, Ambalat FM.....Gress FM Tarakan.....bla..bla..bla". Nah dong! nyata terbukti memang mat-mat Indon! Kok kenapa sih kalian pilih Sabah? Mungkin juga mereka ini duduk di sebelah timur laut Kalimantan yang lebih dekat dengan Sabah, justeru memilih Sabah (KK) daripada Jakarta. Walau bagaimanapun PATENT tidak menampilkan muzik rock sepertimana yang biasa disajikan oleh top band dari Indon masa kini seperti Radja, Peter Pan, Dewa, Padi dsb. Jenis muzik rock mereka lebih mirip kepada kumpulan rock Malaysia era 80 an seperti Bumiputera Rockers, May, Search dan yang seangkatan dengan mereka. Best juga hasil karya mereka terutamanya lagu yang diangkat sebagai judul album Lepaskan dan Air Mata Tsunami. Anda bolehlah mendengar demo lagu-lagu mereka pada saluran PATENT di radioblog. (demo hanya akan berada di radioblog selama seminggu sahaja)