30 Apr 2007

Gangstarz 29 Apr

E-Voke




It looks like they depend so much on a solo singer with the rest merely serve as back-up vocals. The choreography lately is not as energetic as their first three acts (or the camera didn't focus properly?). I guess they have to go back to their performance as they did in the first few weeks. (I think doing Taragang Rasuk is not a bad idea....lain dari yang lain)

Infinatez



Love the Sayang Kinabalu...bravo!

29 Apr 2007

Konsert AF5 minggu 7

Statement selamba Aznil berhubung dara dan tiada dara, pendedahan eksklusif pelajar-pelajar buang angin bersepah di akademi dan sesi bertemu ibu bapa adalah antara rencah dalam konsert AF5 minggu 7 semalam yang telah mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. But before that here's my personal review of the students' performance last night

Joget Pahang - Siti Nurhaliza : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar
Apasal pelajar perempuan saja yang menyanyi part solo? Sampai tercungap-cungap Heliza menyanyi rangkap dia dan hampir tidak terdaya menarik suara pada bahagian bernada tinggi. Mila ok, sebab dia ambil part rangkap awal, masih fresh dan banyak stamina lagi. Candy yang dapat rangkap akhir sekali (setelah kepenatan menari) hampir-hampir tak terdaya, nasib baik masih termampu melontar suara dengan baik.

Heliza - Rindu Merindu (Fauziah Idris)
I've never heard of this song before. Nama penyanyi (Fauziah Idris) pun tak pernah dengar...oops! Anyway I think Heliza dah buat yang termampu. Tapi saya perhatikan suara dia sejak kebelakangan ini begitu kurang bermaya, tak se-energetic semasa beberapa minggu-minggu awal. Heliza seperti mengalami kesukaran menarik suara pada part tinggi dan kerap kedengaran tak menepati sasaran (kelas vokal tak berkkesan?). dB level - 60%

Shawal - Joget Kaki Lima (Dahlan Zainuddin)
Persembahan yang baik. Tidak banyak kesilapan nada tersasar cuma agak terganggu sedikit dengan vokal beliau yang kadang-kadang kedengaran 'rusty' untuk menyampaikan lagu sebegini. dB level - 72%

Aswad - Penyu Menangis (Sudirman)
Probably the plus point is, he delivered it in his own way. Tak terikut-ikut penyanyi asal. Tapi 'cara' tersendiri beliau kurang menarik. Part yang berlenggok dia buat teknik rebonding (read; diluruskan). I think lebih baik kalau arrangement muzik lagu ini diubah terus ke rentak pop untuk menyesuaikan dengan teknik nyanyian Aswad. Irama Malaysia Aswad kira kurang menjadi menerusi lagu ini. dB level - 65%

Ebi - Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah)



Soalan, Kenapa pakaian beliau tiba-tiba ditukar ke suit moden? Memang kurang menepati konsep. Lagu ini juga agak tricky. Sebuah lagu bertema kekecewaan yang didendangkan dalam irama rancak. Ebi kena pandai allocate bila masa berdendang dan bila pula masa bersedih (seimbangkan). Tapi saya perhatikan beliau terlalu banyak bergerak (kurang kawalan). Anyway, pitching wise, not bad vocally, not much problem. Begitu juga dengan ekpresi wajah sedih dan kecewa beliau, agak berpatutan. dB level - 70%

Dafi - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
I'm quite impress with the way he hit the low note, agak tepat. The mass claim that he doesn't have an impressive voice, so the least that Dafi could do is to hit the note precisely. A slight improvement from his performance last week. dB level - 70%

Candy - Tari Silat Melayu (Aishah)



Kekuatan vokal Candy terus terserlah dalam lagu ini. Lenggok Melayu asli dapat dilakukannya dengan baik. Konsep kostum juga amat bertepatan. Namun seperti juga Ebi, Candy nampak macam banyak bergerak dan kurang kawalan pergerakannya (nampak gaya ada pelajar yang keliru dengan istilah 'menguasai ruang' dan 'menguasai pentas'). Kesilapan yang Jee sebut tu sebenarnya bukanlah terlupa lirik, tapi lebih kepada keadaan teragak-agak nak masuk cue yang betul untuk rangkap yang seterusnya (barisan 'amboi-amboi' yang sepatutnya diulang empat kali untuk hampir-hampir dibuat dibuat dua kali sahaja). Kesilapan ini tak akan ketara sekiranya penyanyi latar pandai mengambil peranan mereka. Tapi nampak gaya back-up singerpun terkeliru sekali. dB level - 75%

Mila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Kelemahan Mila dalam menepati sasaran note rendahnya mirip penyanyi yang cuba melawan kekuatan bunyi muzik. It's not precise but still considered within the range of the tune (not a big pitching problem anyway). seperti biasa part nada tinggi dapat dilangsaikannya dengan baik. Lenggok lagupun disampaikan dengan bersahaja dan semulajadi. Another good performance from her. Kepuasan - 72%

Aizat - Ada (M.Nasir)
Aizat bertuah kerana lagu ini tak banyak lenggok Melayu aslinya. So setakat semalam lenggok Melayu asli Aizat belum berapa teruji. Walau apapun persembahan Aizat cukup bertenaga. Kawalan pitching and nafas yang agak baik. Bak kata pengkritik suara beliau tak ada flat, kondominium dsb and as Ogy said simply entertaining (FYI dalam Diari Extended Aizat ada sebut beliau pernah hadiri kelas vokal sebelum ini. Penjelasan beliau berhubung teknik yang beliau pelajari,i.e, tarik nafas dari hidung dan elakkan dari mengangkat/menggerak bahu semasa inhaling sama seperti yang pakcik pelajari dulu....*grin*) . dB level - 85%

Joget Si Pinang Muda - Noraniza Idris : Dinyanyikan oleh Semua Pelajar
Alahai konsep choirlah pula. Pada awalnya kedengaran amat baik sehinggalah percubaan mengharmonikan lagu tersebut di mana kedengaran harmoni-harmoni sumbang. Tak cukup latihan kot!

The farting extravaganza - So finally AF exposed the bad behaviour among some of the male students. For those who watched Diary Extended this is nothing new. In fact I was startled the first time I learnt about this in Extended. You don't simply break wind in front of everyone. Other fellow students probabaly can tolerate such behaviour but not the tenaga pengajar. I guess the reason for exposing those scenes are just a reminder yang kita perlu beradab sopan, sebab perlakuan sebegitu sering dikaitkan sebagai perlakuan yang kurang beradab. Sesuai dengan tema konsert berkaitan dengan budaya tempatan yang kaya dengan peradaban dan sopan santun.

A tale of virgin and not virgin - Between Erra and Fasha...errr.....I mean how can Aznil really confirm who is virgin and who is not! *LOL* (well....his expectation could be wrong...who knows!)

Bengkak hatinya bengkak! - "Tak tahu adik tak tahu!"...haaaa...macam itulah kan lirik lagu Penyu Menangis. Kesian tu kesianlah juga pada Aswad yang terpinga-pinga bila ibu bapa rakan-rakan pelajar lain satu persatu muncul di pentas. Tapi pada umur 27 tahun saya rasa tak perlulah simpati berlebih-lebihan. It's already a matured age, lainlah kalau umur baru 10 tahun. Tapikan Aznil pun perlu simpati juga. Dia ni saya tengok macam terasa sangat bakat nyanyian beliau sudah dilupa dan dipinggirkan oleh orang ramai, maka sering saya perhatikan dia ni asyik mencuri-curi peluang menunjuk-nunjukkan bakat nyanyian beliau dalam AF. Inilah peluangnya kan? Sebab berjuta-juta mata bertumpu ke kaca televsiyen pada ketika itu. So semalam is the highlight of his showing off. Satu kejutan. I think lebih syahdu kalau gesekan biola saja memainkan lagu Ayah dan Ibu ataupun mainkan saja lagu Sudirman. Anyway, sebagai membantu Aznil sukalah saya mengingatkan kamu semua yang dia ni boleh menyanyi bukan mengacara sahaja ok! Ingat tu! Pernah ada album dulu tapi kurang mendapat sambutan.

Oh ya hampir terlupa...syabas dan thanks for the live band...I love live band...karaoke-karaoke dan minus one ni macam sudah muak! Pasal Aznil cuba mempengaruhi pengkritik supaya beri lampu biru tu, kan pakcik dah sound sejak minggu lepas lagi, baru sekarang saya perhatikan semakin ramai orang memprotes tindakan beliau, memang tak logik.

28 Apr 2007

Persaingan fan clubs semakin sengit

Setelah kita dikejutkan dengan kemunculan Elvis di pentas Amerian Idol, entah apa kejutan yang bakal ditampilkan pada konsert AF malam ini (entah-entah Aizat berduet dengan Beyonce..LOL). Kalau ikut fantasi saya, tema lagu-lagu irama Malaysia malam ini, bakal menyajikan satu suasana yang cukup meriah. Siapalah agaknya dua orang penonton yang bakal membawa pulang TV plasma 42 inci (penonton di rumah tak der hadiah ker?). Kalaulah saya yang hadir ke dewan malam nanti, saya akan mengenakan pakaian tradisi pahlawan Iban atau Murut (you guys know how they look like).....gerenti eye catcher habis! Yang pasti di minggu-minggu terakhir begini persaingan di kalangan fan clubs begitu sengit sekali (yes I said fan clubs, bukannya persaingan di antara pelajar, pelajar-pelajar tak bersaingpun). Fan club manakah yang kalah malam ini? Pasti akan terjawab nanti. In the meantime here's the clip semasa pelajar-pelajar membuat pembentangan seperti yang ditayangkan pada diari semalam.


Kalau ikut pemerhatian saya dalam Diari Extended, tidak dinafikan persembahan Aizat menyampaikan lagu berjudul Ada dendangan M. Nasir agak menyerlah. Saya jangkakan beliau bakal mendapat empat lampu biru. Lain-lain pelajar yang berpotensi mendapat empat lampu biru ialah Mila, Shawal dan besar kemungkinan Candy.

27 Apr 2007

Menakjubkan!

Mati hidup semula!

Almost perfect...except that it's a kind of a one-sided interaction...no touching and hugging....whatsoever! The crowds just clapping non-stop as if they're just too fascinated.
I'm startled, very startled...


But don't dream to see similar performance here in Malaysia. Not because of the technology...but faham-fahamlah. Baru mainkan lagu orang yang sudah tiada, sudah ramai pihak yang membantah (you know what I mean if you read the paper otherwise click here)


*Berdiri juga bulu roma nampak orang yang sudah tiada muncul di pentas...*LOL* macam real pula tu!

26 Apr 2007

Kejutan pertama dalam sejarah American Idol

Program realiti yang cukup popular di Amerika, American Idol telah mempersembahkan sebuah konsert istimewa "Idol Gives Back" yang bertujuan menjana dana untuk membantu kanak-kanak miskin di Amerika dan juga di Afrika. Barisan artis-artis dan selebriti terkemuka antaranya Celine Dion, Annie Lennox, Bono, Rascal Flatts, Ellen De Generes, Ben Stiller, Earth Wind and Fire, Carrie Underwood, Kelly Clarkson dan errr.... ELVIS PRESLEY (huh!?)) muncul membuat persembahan. Agak menyentuh perasaan juga semasa ditayangkan video clip Simon Cowell dan Ryan Seacrest turun padang melawat kanak-kanak yang begitu merempat nasib mereka di Afrika pada konsert American Idol semalam.

Celine Dion duet with virtual Elvis!

Difahamkan program khas tersebut telah berjaya mengutip derma, melalui undian SMS, melebihi USD 3o juta ! (Woww!). Konsert tersebut juga telah membuat kejutan buat pertama kalinya dalam sejarah American Idol (did I say first time...hehehe). So what is the kejutan? It's something not new to us with AF...but for Americans they were sort of kena kejutan elektrik...*LOL*

Besar harapan agar AF akan mengikuti jejak langkah American Idol mengadakan konsert khas ini. Sedap juga hati ini setiap kali menghantar undian SMS. Sebab selain daripada mengundi peserta kegemaran kita, sumbangan kita juga akan disalurkan kepada mereka yang miskin dan memerlukan bantuan (terus teringat trajedi menyayat hati adik Donny John Duin..*sigh*).

*Just can't wait to watch the concert aired over Star TV this evening...it's about three hours from now.

25 Apr 2007

Yang tersingkir dilupa jangan

Noni



Part 2, Part 3 (ada adegan Noni main silap mata...fuyoo magic)

Farha




Part 2

24 Apr 2007

Gangstarz 22 Apr

E-Voke medley of songs


Infinatez - Baby You


*Hmm...since I re-install the software the picture tends to disfigure. Not so sure what happened, configurations seem to be normal. Hopefully it gets better.

23 Apr 2007

The colour version

Ebi's fans are probably dying to see the colour version of his infamous highlighted-straight-hair (pakai anting-anting pula tu!). Errr...the pic is scanned from newspaper so bahagian page belakang newspaperpun terscan sekali...errggh! Yuppp...he still look like the friend I was talking about (ooopss...hehehaha....minus the ear ring and the highlighted hair of course)

Kick-start for Kaamatan

Gangstarz

Defoo and Infinatez




V/c coming soon...

22 Apr 2007

Gali, kreatif dan BIRU!

*LOL*...tiba-tiba ada main tekan-tekan lampulah pula. Teringat rancangan "apa kata survey!" (lupa nama rancangan). Huh...pembukaan dengan lagu koboi? Apa kena mengena? Lainlah kalau lagu-lagu konsert berkisarkan tema country song. Kehadiran budak-budak kecil begitu memeriahkan pembukaan konsert (idea Aznil lah ni kan?). Ada pengkritik jemputanlah pula (macam sah, pengkritik tetap kurang memuaskan). Kudsia pula masih di alam msuim AF 1,2 dan 3 di mana pelajar diberitahu kedudukan mereka di awal konsert, sehingga tersilap terpecah telur kepada Rizal (pelajar tak tahu kedudukan dorang Kudsia oi!). Penglibatan artis-artis popular seolah-olah AF cuba menumpang glamourlah pula.

Rizal - That Thing You Do (The Wonders)
Gabungan penari dengan kostum dan koreografi era 60-an, menjadikan persembahan Rizal catchy dan amat menghiburkan. Nada suara tak banyak tersasar tapi kedengaran juga suara terkucil pada beberapa bahagian termasuk part screaming (sounds funny). Sebutan English taklah teruk sangat (boleh difahami) cuma perlu sedikit polishing sebab kalau menyanyi pop English song, kena guna completely American twang, lidah banyak kena twist to sound more American (this is another interesting topic to talk about). Satisfaction? - 60%.

The song actually is not an oldies. It exists in late 90's (after Rizal was born). Filem dibuat ala-ala setting 60-an so lagu-lagu pun mengikut era tersebut tapi dibuat pada hujung 90 an. So Aznil kena buat homework sikit...kena gali sikit


Shawal - Peronda Jaket Biru (Awie/Wings)
Pembawaan beliau agak cantik untuk part sebelum korus dan high note. Masuk part high note, mula kenampakan dan kedengaran keperitan dan keseksaan Shawal melontar suaranya (risau pula kalau-kalau otot belakang beliau tiba-tiba kejang *lol*). Not much pitching problem. Tapi part screeching diakhir lagu tidak menjadi. A good solo...one-man show without much help from props, dancers etc. Satisfaction? - 75%


Heliza - Nafas Cahaya(Misha Omar)
Dua persembahan yang hangat meriah dari Rizal dan Shawal tiba-tiba didinginkan oleh Heliza. She sets a tranquil ambience in her performance. Music minus-one kedengaran tak seimbang dengan muzik live gamelan (kalau dengar melalui TV, tak pastilah kalau dalam dewan). Iringan muzikpun macam hampir-hampir tidak kedengaran. Kawalan suara secara total agak baik namun memang sudah diagak beliau akan menerima teguran suara berbunyi Datuk Siti. Mungkin rangkap korus lagu Gadis dan Bunga dengan lirik diubah ke "matanya lirik-lirik selalu, mukanya tetap kontrol ayu!" sesuai ditujukan kepada Heliza. Satisfaction - 60%

Aswad -Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan)
I beg your pardon! But I kinda like his performance this time. Ekspresi muka itu kira ok (boleh pakai) dan vocal control boleh tahan (kalau didengar suara saja...tidaklah rosak sangat). Yang agak kelakar bila dia buat kejutan bergelek di akhir lagu. But it's fine with me. Setakat sebuah persembahan yang amusingly funny untuk hiburan malam minggu Aswad berjaya menghidupkannya, tapi untuk sebuah pertandingan yang perlu diadili I think he is far from it. Satisfaction - 65%


Candy - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)



I think the make over this time is not that pleasing (*lol*, when it comes to Candy I've to look from head to toe). Yang menariknya, Candy berjaya menyingkir bayangan penyanyi asal dalam persembahannya. Rangkap korus yang agak penting dalam lagu ini, dapat dilunaskan beliau begitu baik dan berkesan (cuma yang spoil sikit suara Shawal adakalanya kedengaran agak kuat). Namun begitu, rangkap-rangkap lain yang memerlukan delivery yang agak laju masih banyak perlu diperbaiki (it's all about proper timing of breathing, yang saya perhatikan kurang diberi penekanan dalam pembelajaran di AF). Ekspresi wajah beliau amat baik dan dibuat seolah-olah menyampaikan sebuah cerita. Namun Candy masih perlu banyak bimbingan dari segi pergerakan pentas. Pergerakan beliau ke kiri dan kanan pentas akan lebih menarik jika diselang seli sekali-sekala dengan membuat pusingan (twist around...ala-ala memperagakan baju). But overall it's still a not disappointing performance from her (empat lampu biru and another lampu biru from me..hehe). Satifaction - 80%

Ebi - Jujur (Radja)



*LOL*, masa Ebi buat persembahan I was unable to fully concentrate on his performance, I kept grinning most of the time. With his new hairdo, I don't mean to say he looked funny, infact he looked smashing. The reason I grinned? Sebab ada iras-iras muka my coursemate (Sabahan) masa di kampus dulu (tak sangka pula ada persamaan...I was like OMG!...hahaha!). Anyway persembahan Ebi keseluruhannya tidak mengecewakan. Tidak banyak masalah dalam lontaran suara, cuma adakala kedengaran suara agak menggigil pada rangkap-rangkap note rendah. Ekspresi wajah amat bagus, persembahannya begitu 'bersatu' (second best after Al-Jannah). Cuma yang kurang kena, ialah part beliau tiba-tiba berputar di penghujung lagu. Kalau rambut Ebi terus macam tu, aku terpaksa biaslah sama Ebi ni..hehe! Satisfaction - 80%

Dafi- Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi)(Harlem Yu)
Persembahan ala-ala "Aku Pencinta Wanita" dalam minggu kedua. Dafi menampilkan ciri-ciri seorang jejaka romantik menerusi lagu ini. Aksi turun pentas menjemput Jee menari (secara spontan dia bilang) bolehlah dianggap satu pembaharuan (walaupun Mawi pernah buat, tapi lebih mengikut koreografi untuk lagu bonus mereka dulu). Tapi nampak macam berlaku curanglah pula sebab sebelum itu dia pergi mendapatkan Candy (tak tahu apa motif part dengan Candy diadakan, baik ditiadakan langsung). Kawalan suara agak bagus juga. Satisfaction - 65%

Aizat - Perpisahan (Anuar Zain)
Let's just split his not-so-appreciated personality from his talent (especially with this song). I think para pengkritik terlalu dahaga untuk mendengar suara pelajar laki-laki yang power bergema (resonance projection) dalam AF musim ini dan buat pertama kali dapat dinikmati dalam persembahan Aizat. Rangkap awal amat baik namun terdapat sedikit kelemahan pada rangkap sebelum korus. But then he ovecame it all at the high big note dengan projeksi suara bergema. Suasana setting yang disesuaikan dengan lagu beliau, sekali dengan video klip filem Cinta begitu mengkhusyukkan dan banyak membantu persembahan Aizat. Tidak mustahil terdapat segelintir penonton yang obsessed. Penjiwaan vokal dan ekspresi amat bagus. Good performance. But I think the key is slightly lower...got to check! Satisfaction - 85%

Mila - Drama (Ning Baizura Ft Nikki & Yanie)
Aksi ala-ala pergerakan patung dengan ekspresi wajah serius amat menarik. Lontaran suara pada part korus cukup lantang, tapi pada rangkap low note sering tidak kedengaran (masalah mikrofon?). Kekuatan vokalnya agak terserlah menerusi lagu ini. Cuma yang mungkin spoil sikit ialah muzik minus one yang ketara bunyi synthesizer (kurang dramatik). Satisfaction - 78%

Lagu-lagu bonus amat berterabur terutama lagu Awas. Pengkrtik nampak semakin berlembut (mungkin sebab mereka sendiri banyak dikritik kot?). Probabaly kehadiran Kudsia is to protect those students, but since the critics gave mostly positive comments so she's a bit late for that role. Back to the blue light, I think Aznil tak payahlah jerit-jerit siapa pengkritik yang beri lampu biru. He said he's not influencing tapi asyik bertanya "tak nak bagi lampu biru ker?", which I think he shouldn't do. Penyingkiran Rizal? Hmmm....ramai yang ramal. So syabas yang meramal dengan tepat...nah! saya bagu kamurang hadiah berupa lampu biru! But overall it's a good show my personal ranking...1.Aizat, 2.Candy, 3.Ebi, 4.Mila, 5.Shawal, 6.Dafi, 7.Aswad, 8.Rizal, 9.Heliza










21 Apr 2007

Siapa bakal tersingkir?

Ulasan pra-konsert (berdasarkan pemerhatian di Diari Extended)

Aizat - Perpisahan (Anuar Zain)
Sebuah lagu yang agak 'big' bagi Aizat. Sukar bagi beliau neghayati lagu dari segi vocal delivery. Mungkin bukan genre yang sesuai untuk beliau (lagu ini salah satu wish-list Shawal). Mungkin juga Anuar Zain telah meletakkan satu standard yang agak tinggi untuk lagu ini.

Aswad -Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan)
Kurang pasti kenapa Aswad memilih lagu ini. Mungkin beliau hendak menyerlahkan versatility dalam persembahan beliau. Bagi saya satu pemilihan yang kurang bijak. Memandangkan putaran pinggul beliau teramatlah janggal, maka disuruh hanya menggerak-gerakkan bahu sahaja. Maka kelihatanlah lagak beliau seperti jejaka murahan yang bertungkus lumus menggoda seorang wanita, sambil mensengaukan suaranya.


Candy - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
Amat merisaukan juga bila key lagu dinaikkan two steps higher. Walaupun memiliki vocal tone yang unik dan menarik, vocal delivery Candy agak kurang ceria pada rangkap-rangkap bukan korus. Sesekali kedengaran beliau tersiksa menarik suara pada high note. Part korus (matanya lirik-lirik...) akan banyak membantu Candy dalam persembahannya. Pentomin (kalau tak silap Shawal bakal jadi gadis menjual bunga!) akan memberi sedikit kacau ganggu. Arahan Cikgu Remy agak Candy bergelek seksi pada part "matanya lirik-lirik.." bagi saya agak keterlaluan dan kurang bersesuaian.

Dafi- Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi)(Harlem Yu)
Kita bakal menyaksikan persembahan ulangan "Aku Pencinta Wanita". Kecuali susah payah menghafal lirik Mandarin, tiada cabaran lain bagi Dafi dalam lagu ini.

Ebi - Jujur (Radja)
Sebuah lagu yang boleh dianggap makanan Ebi. Mungkin mudah bagi beliau, sebab itu beliau tidak banyak berlatih (tidak seperti lagu-lagu beliau pada konsert 2,3,4 dan 5). Secara kasar dapat menjiwai lagu, tapi jangan terkejut bila beliau mendapat kritikan pedas dari segi tiada originality.

Heliza - Nafas Cahaya(Misha Omar)
Walaupun key lagu direndahkan, Heliza masih struggle hendak menyempurnakan part korus "kalimaaah...". Part tersebut yang perlu diulang-ulang memerlukan kawalan nafas yang bukan sembarangan. Semasa latihan beliau masih tak mampu melakukannya seperti yang diharapkan.

Mila - Drama (Ning Baizura Ft Nikki & Yanie)
Sebuah lagi "big" song untuk pelajar. Banyak gangguan pada lontaran suara Mila semasa berlatih juga semasa membentangkan lagu ini. Part Candy bersoprano mungkin sedikit sebanyak overshadowed Mila dan mungkin mendapat appreciation dari penonton.

Rizal - That Thing You Do (The Wonders)
Hmm...macam rosak lagu ini dibuat Rizal. Lagu yang sukar disatukan dengan Rizal (seperti air dan minyak). Sebutan English begitu pelat kemelayuan.

Shawal - Peronda Jaket Biru (Awie/Wings)
Sebuah lagu yang kurang sesuai untuk Shawal. Shawal memmbawa lagu ini mengikut acuan vocal tone beliau yang memang tiada bunyi rock tapi sengaja di'pecah-pecahkan" agar kedengaran rock sikit.

Melihat kemampuan pelajar-pelajar mempersembahkan lagu mereka, I predict banyak kritikan pedas bakal ditembakkan kepada mereka. Konsert bakal menjadi seperti beberapa konsert yang dianggap hambar sebelum inii.



20 Apr 2007

Ebi dan tukang kebun

Click image to enlarge


Kalau Ebi ditakdirkan juara, dia mesti cari tukang kebun tu sampai dapat...hehe!

19 Apr 2007

At last...

Sanjaya Malakar, the under-talented but unflappable singer who horrified and captivated millions in his improbable “American Idol” run, was finally voted off the show Wednesday night. Dia ni ala-ala standard AF...very pitchy!

Peserta Sabah di KDI4 (Jakarta)

Dalam kita sibuk dengan program AF, di Indon sedang berlangsung program realiti pencarian bintang dangdut KDI4 (kalau tidak silap sudah masuk musim keempat). So why do I care? Sebab terselit peserta dari Sabah, Marcelus Gatisi di antara 19 orang peserta yang sedang bertanding! (Waduh dong! Lo sampai Jakarta...kamu bertanding!). Marcelus is not new to Sabah music scene. Pernah terpilih sebagai peserta undian SMS paling popular dalam pertandingan Bintang RTM 2004 (bersama-sama Izwan Pilus). Kalau ikut ranking beliau berada di kedudukan bottom three sekarang ni. Malangnya kita enggak bisa ngundi dong! Kalau bisapun mungkin kosnya mahal...so kena jadi pemerhati saja deh! All the best to him, kalau tidak jadi juarapun mungkin bakal disambar syarikat-syarikat rakaman di sana.

Belum banyak info dari website KDI4, sebab masih banyak underconstruction...tidak sabar nontonin video-videonya...pasti hebat banget.

Candy vs Emilia Contessa

kalau mendengar suara Candy terutama bila dia jamming-jamming di akademi, terus teringat vocal tone penyanyi sensasi Indonesia Emilia Contessa (sekarang sudah veteranlah). To me she's the real Indonesian diva (suara dia ni kononnya pernah mendapat gelaran suara wanita paling lantang di dunia). Nak cakap seratus peratus sama tu tidaklah juga, tapi mungkin bolehlah diistilahkan sebagai berada dalam satu kategori. Kalau John Gaisah pernah mendapat gelaran Tom Jones (Sabah kah Asia durang bilang tu?) Kini ada Emilia Contessa Sabah..hehe. Take a listen to Emilia's golden oldies songs, Burung Dalam Sangkar dan Penasaran. I also upload Candy's Gadis dan Bunga versi praktis dengan Cikgu Adnan. If you're interested to listen to more of Emilia's songs just type her name on YouTube search engine...berlambak di sana.

18 Apr 2007

Aktiviti Pertisa


17 Apr 2007

"Mengkritik" pengkritik?

Semasa pelajar-pelajar perempuan sedang warming up sebelum berlatih lagu bonus Gig tiba-tiba kak Sherry, memanggil mereka dan meminta mereka membuat confession di bilik pengakuan. Pengakuan berhubung apa? Berhubung samada pelajar setuju atau tidak kritikan-kritikan pengkritik terhadap mereka selama ini. Pelajar perempuan kebingungan dan teragak-agak samada hendak melakukannya atau tidak sebab bunyinya seolah-olah mereka diminta 'mengkritik' pengkritik pula. Suara Heliza langsung tidak kedengaran dalam perbualan tersebut. Beliau hanya mampu berdiam, mungkin sebab terasa ada udang di sebalik batu ataupun risau kalau dia meluahkan sesuatu akan bakal menjejaskan kedudukan (?). Permintaan kak Sherry (atas arahan pihak atasan ler tu) betul-betul mencabar ketelusan pelajar (hehe). Klik rakaman audio 'confession' di radioblog untuk mengetahui intipati perbualan mereka

Bakal juara AF dari Sabah?

...semuanya bergantung pada jari anda! Let's hope for the best!


....and some snapshots of Candy

16 Apr 2007

Tugasan pelajar Minggu 6

Aizat - Perpisahan (Anuar Zain)
Aswad -Yang Sedang-Sedang Saja(Iwan)
Candy - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)<--radioblog
Dafi - Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi)(Harlem Yu)<--radioblog (dia nyanyi lagu Cina? Hebat!)
Ebi - Jujur (Radja)
Heliza - Nafas Cahaya(Misha Omar)
Mila - Drama (Ning Baizura Ft Nikki & Yanie)
Rizal - That Thing You Do (The Wonders) ...amboi lagu English! Hehe (ni lagu favourite sya ni ah..jaga kalau rosak!)
Shawal - Peronda Jaket Biru (Awie/Wings)

*Lagu di radioblog lagu-lagu yang jarang dengar
(yang saya pun curious macam mana tu lagu)

Gangstarz

Last night was another elimination show. The groups G18, Luscious and Equal Star received the lowest votes and had to leave the show. E-Voke...will be still in the running despite being in the bottom six.


Saya setuju dengan pendapat juri, lagu mereka kali ini kurang sesuai. Koreografi tidak seperti sebelumnya dan agak berterabur sedikit.

*Defoo's Infinatez is also safe. Err..terdapat gangguan semasa cuba merakam persembahan Infinatez (my laptop freezes...errghh!)

15 Apr 2007

Tersingkirnya penyeri Diari AF

Arrrrggh! What happened! Kesiannya Dekna. Tak sangka! Teramatlah kejutan. Saya sangat-sangatlah mengharapkan salah seorang pelajar lelaki akan tersingkir minggu ini. Vokal berkarakter di kalangan pelajar-pelajar AF5 ada pada pelajar-pelajar wanita dan bukannya pelajar lelaki. Tapi nampak gaya hanya tinggal tiga dara pingitan sekarang ini. Mampukah mereka terus bertahan? Sayapun tidak berani jawab. Kalau boleh biarlah kekal ke final. Tiga perempuan dan dua lelaki. But at first I thought it was Ebi (I was like oh..oh!). Why? Because selepas bagasi dihantar ke pentas, kamera terus fokus wajah emak Ebi. This thing happened minggu lepas, sebelum Fatin dan Farha diumumkan tersingkir. It also happened semasa AF3 sebelum Akma tersingkir, di mana kamera terus fokus pada wajah ahli keluarga mereka sebelum mereka diumumkan tersingkir.

Konsert kali ini menampakkan beberapa glitch. Dimulakan dengan mikrofon Rich tidak berfungsi dan diakhiri dengan stage crew yang kasar menolak pelajar-pelajar masuk ke belakang pentas, sehingga salah seorang pelajar lelaki (Rizal?) hampir tersungkur. Mungkin stage crew tersebut frust sangat kot sebab Dekna tersingkir. In between those two glltches, cameramen pula macam tergedik-gedik mencari wajah-wajah perempuan cantik di kalangan penonton, terutama semasa persembahan Candy. Candy looks so fabulous that night (I think her best make over so far). Tapi cameramen asyik-asyik fokus wajah Heliza. Sepatutnya penyanyi latar tak boleh jeling-jeling pada kamera, mereka kena fokus. Tapi lain pula cerita penyanyi latar AF ni, macam terlebih-lebih posing depan kamera. Memang kejutan betul! Ok then...on to persembahan pelajar

1. Aizat - Itu Kamu (Estranged)
Overconfident? Rasa macam itulah. Sekadar melunaskan lagu ini, beliau boleh dianggap berjayalah juga, walaupun showmanshp Aizat terutama adegan beliau melompat tu kurang menarik (faham-fahamlah kan saiz badan). Walau apapun yang pasti Rich jauh lebih baiklah!

2. Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Gerakan menari tarian a go go memang dahsyat. Kira all out lah dia ni part menari. Tidak banyak improvisation, ad lib dan counter melody yang boleh dibuat untuk lagu ini, so Dafi nyanyi sebiji seperti lagu asal. Kawalan pitching agak bagus juga, cuma suara kurang vibrator justeru kedengaran kurang power.

3. Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
Tak pastilah samada disebabkan sound system kah apa, suara Mila kurang menjadi sepertimana beliau membentangkan persembahan di hadapan tenaga pengajar. Harapan untuk melihat persembahannya sebagai killer performance tak menjadi. Vokal Mila seolah-olah tidak mencapai head tone macam ditahan-tahan dan kurang gemanya pada part korus (kedengaran agak 'nipis'). Part sebelum korus amat cantik pembawaannya walaupun struggle pada note paling rendah. Walau apapun Mila telah mencuba yang terbaik and I like her performance.

4. Aswad - 60’s TV (OAG)
Errr...macam katunlah persembahan Aswad kali ini. Penampilan dengan hair extension dia tu actually not bad (nampak handsomelah juga), tapi lebih sesuai untuk persembahan lagu reggae bukannya alternative punk. So penampilan dengan konsep lagu sudah out! Pergerakan lagilah out. Everything is out for Aswad malam tu. (I think the reason why he still stays, sebab ramai orang masih percaya akan bakat beliau ini setelah melihat video klip beliau di minggu pertama. Masih ramai pihak yang ternanti-nanti kemunculan beliau seperti dalam video klip).

5. Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
Terlalu fokus kepada persembahan video klip, seolah-olah dia hanya bernyanyi untuk Shawal. Walaupun kepenatan tercungap-cungap, nasib baik jugalah energy suara mampu bertahan sehingga ke akhir lagu. Pitching agak banyak tersasar kali ini (mungkin terlalu penat). Tidak banyak yang menarik tentang persembahan Heliza kali ini. (Tapi yang saya hairan apa relevannya mempamerkan baju kelip-kelip Ramlah Ram? Lainlah kalau lagu yang dinyanyikan ialah "Kau Kunci Cinta Ku Dalam Hati Mu". Kenapa tidak bagi saja Heliza lagu itu, barulah nampak relevannya)


6. Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)

Vocal delivery? Secara umumnya OK! Hampir-hampir tidak kedengaran sumbang. Penghayatan dari segi ekspresi wajah dan gesture juga ok, tapi tidak pada ekspresi vokal. Vocal tone Ebi masih belum cukup soulful dan kurang 'warna-warni'nya. Penampilan? Very well groomed, terserlah ketampanan. Tentu ramai yang suka dengan penampilan back-combed rambut beliau. (To me his killer performance so far is still Al Jannah)

7. Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)

Kalau diamati betul-betul, persembahan Candy adalah salah satu yang agak baik pada konsert minggu ini. Dari segi stage dan vocal performance she has done an exceptionally good job jika dibandingkan dengan yang lain, walaupun berlaku sedikit glitch (suara terkering) di awal verse. Penguasaan pentas not bad. Dari hujung ke hujung dia bergerak. Ogy mengatakan persembahan Semua Jadi Satu beliau lebih menarik, sebab pada saya persembahan tersebut diiringi penari latar (so nampak meriah). Kalau Candy diberi koreografi dengan penari latar untuk persembahannya, I'm sure it is equally good (if not better). Dari segi penampilan walaupun tidak dinafikan begitu anggun kali ini namun the make over makes her look like a matured woman, sedangkan lagu ini lebih berkonsepkan (rock) keremajaan. I was expecting they dress her up in a hip teenage girl outfit (boleh juga attract more teenage fans). Dalam Diari Extended, Candy ada buat gimik headbanging masa music bridge. That's what the choreography should be...i.e. rock sikit....suasana meriah....aramaiti...kena bagi happening. Together with some back up dancers they should put her at the end...the highlight of the show (Hmmm....tenaga pengajar hilang kreativitikah atau disengajakan?)

8. Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
It's an under par performance. Versi yang cukup selamat. Ada satu part high and big note (pada versi asal) tidak disampaikan. Memandangkan key direndahkan, maka terselamatlah Rizal dari ancaman pitching tersasar berlebihan.

9. Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Hanya sedikit kedengaran pitching tersasar pada note rendah verse sebelum korus, the rest are fine to my ear. Pergerakan (gesture) Dekna belum menampakkan perubahan/peningkatan, malah masih stereotype dengan gesture bouncer 'gagah' beliau sambil terus menuding jari kepada penonton. Ekspresi wajah juga kurang memberi impak. As Ogy said, this is her big chance to redeem everything...yet she didn't deliver well! But I still like the identity of her vocal tone yang macam ada bunyi terpeleot sikit.

10. Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Kenapa giliran beliau diletak pada akhir show? Is it because penganjur expect it's going to be the highlight or the killer performance of the show? Jauh sekali. Vokal beliau kedengaran 'tenat' macam tak cukup sihat. Seperti dijangka gelekannya mencetus sorakan bingit dalam dewan tapi adakalanya sakitlah juga mata tengok gelekan dia ni.

Pengkritik kali ini seolah-olah mengelak puji-pujian. Ogy tu actually setiap minggu lebih kurang sama saja (ayat) kritikan beliau, cuma yang membezakannya ialah lontaran suara. Adakala di minggu-minggu tertentu beliau mengaplikasi lontaran suara marah, minggu-minggu lain pula dia guna versi lembut. Dia nikan pelakon berkaliber so terrorlah buat ekpresi vokal yang berbagai-bagai walaupun skrip dia sama saja. Syafinaz? I always like her comments, bernas dan membina. Tapi teringin juga nak tengok dia ni jadi guru vokal AF di masa akan datang. Hattan pula? Macam kekeringan idealah. Musical arrangement? Ramai komplen. Tapi bagi saya not that bad as compared dengan minggu pertama. Mungkin gangguan yang dimaksudkan ada kena mengena dengan mixing (?) ditambah lagi dengan sistem bunyi yang macam tidak seimbang. But I still don't get why Roslan Aziz diberi mandat buat susunan muzik, macam tak logik. Anyway walaupun persembahan pelajar agak sekata, tiada yang kira outstanding my ranking....1 Mila, 2 Candy, 3 Aizat, 4 Dafi, 5 Ebi, 6 Dekna, 7 Syawal, 8 Heliza, 9. Rizal dan 10. Aswad.

14 Apr 2007

Pra-konsert AF minggu 5

Konsert AF malam ini bakal menghidangkan lagu-lagu berbagai rentak dari berbagai genre. Siapakah yang bakal menyerlah pada malam nanti?. Mampukah Ebi mendapat perfect 10 lagi dari Ogy seperti minggu sudah? Berikut adalah tinjauan saya berdasarkan pemerhatian semasa latihan serta pembentangan tugasan.

1. Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Beliau begitu mengawal 'pitching' sehingga kurang bergerak semasa membentang lagu ini. Koreografi A Go Go amat menarik sekali. Saya jangkakan persembahan beliau bakal menggamatkan dewan

2. Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
Sebuah lagu berirama dangdut. Kalau dalam latihan, Shawal diminta menjadi penari gelek untuk lagu ini. Mungkin kehadiran Shawal bakal memberi keceriaan pada lagu ini justeru mengundang jeritan bingit dari penonton. Heliza pula kekal dengan suara beliau yang lembut tak berapa tajam menyengat (less piercing).

3. Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Sebuah lagi lagu dangdut pada konsert nanti. Gelekan beliau walaupun tak sehebat Inul bakal menggamatkan dewan. Dari segi vokal, pada pendengaran saya suara beliau kurang memberi keceriaan pada lagu ini.

4. Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Lagu ini seolah-olah dalam wish list Dekna. Beliau amat teruja semasa mula-mula mendapat lagu ini lalu berlatih terus-terusan. Beliau cukup rajin berlatih dan tidak henti-henti bertanya kepada tenaga pengajar. Vokal beliau kedengaran agak sengau (ala-ala Anita Sarawak). Dekna tetap dengan aksi trademark beliau yang suka menuding jari ke depan (malangnya tiada tenaga pengajar yang menegur tabiat beliau ini)

5. Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
'Key' lagu direndahkan dalam dua step ke bawah untuk memberi keselesaan kepada Rizal menyampaikan lagu ini. Probabaly it's gonna be one of the boring performances that night (the other one could be Ebi's)

6. Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
Ini mungkin bakal menjadi 'killer performance' malam nanti. Mila begitu bersungguh-sungguh berlatih lagu dalam wish list beliau ini. Mengikut perancangan awal barisan bernada paling tinggi lagu ini yang berbunyi "hebatkah cinta" telah dipotong (macam kena censorlah pula). Mungkin kerana risau Mila tidak mampu melakukannya. Namun Cikgu Adnan tak berpuashati kerana menurut beliau part line tersebutlah dinanti-nanti oleh penonton nak dengar. Mampukah Mila menarik suara beliau untuk part yang tinggi ini? Sama-samalah kita tunggu

7. Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
persembahan beliau agak kurang bermaya. Ebi seolah-olah kurang cocok dengan irama sentimental. Susunan muzik digubah ala-ala konsep robato (free melody) satu konsep yang lazim digunakan oleh penyanyi jazz seperti Nora Jones. Kita bakal menyaksikan satu persembahan dalam sebuah lounge dari Ebi menerusi lagu ini. I hate to say this but probably this is going to be anothet boring performance. But I hope i'm wrong!

8. Aswad - 60’s TV (OAG)
Mungkin hendak menyahut cabaran Ogy yang inginkam Aswad 'trigger' sikit di konsert-konsert akan datang, maka Aswad memilih lagu dari genre alternative punk kali ini. Gigih membetulkan sebutan "watching"nya sebab kekadang tersebut "washing". Sebutan Inggeris beliau walaupun taklah seteruk mana, tapi mungkin bakal mengundang komen negatif. Persembahan semasa latihan kira ok....kira havoclah juga, cuma ayunan tangan masih meniru Karam Singh Walia!

9. Aizat - Itu Kamu (Estranged)
Lagu ini Aizat trade dengan Ebi. Setakat pembentangan kelmarin (Jumaat), Aizat belum seratus peratus ready. Lirik masih belum berada di hujung lidah dan beliau juga menerima banyak teguran dari Cikgu Shafi.

10. Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
Ini merupakan lagu wish list Candy. Seperti Dekna beliau sangat teruja. Namun semasa latihan, persembahan beliau agak mengecewakan. Candy agak struggle pada part korus. Lagu yang sepatutnya dibawa dengan mood ceria, manja (dan gedik-gedik sikit) dibawa beliau dengan mood yang amat terseksa! Vokal beliau pada part korus begitu 'strain' sekali walhal beliau sepatutnya relaks. Ekprsei wajah beliau, yang sepatutnya tersenyum ceria dan manja, nampak dikerutkan macam terseksa pada part korus (hmmm). Semua ini gara-gara 'key' lagu ditinggikan satu step dari key lagu asal. Nasib baik Cikgu Fati nampak ketidakserasian ekspresi wajah candy dengan tema lagu ini lalu memberi teguran dan nasihat yang sepatutnya pada saat-saat akhir. Saya hanya mengharapkan Candy berpegang kepada nasihat Cikgu Fati, otherwise nanti habis diherdik pengkritik



13 Apr 2007

Nikki,Yanie bawah ‘ketiak’ Ning

Nikki,Yanie bawah ‘ketiak’ Ning

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

SETIAP kali tiba sambutan Minggu Setiausaha, nama Ning Baizura Hamzah (Ning), 32 tidak pernah ketinggalan menjadi pilihan penganjur untuk menghiburkan tetamu. Kredibilitinya diketahui umum dan penampilannya di pentas tidak pernah mengecewakan

Tahun ini Ning memulakan persembahan menghiburkan tetamu di Hotel Sheraton Subang diiringi ‘anak didiknya’ Nikki dan Yanie.

Hampir 15 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan ternyata memberikan kelebihan kepada penyanyi kelahiran Kajang, Selangor itu untuk memberikan persembahan terbaik.

Tempias kehebatan Ning dalam menghiburkan tetamu turut dirasai Nikki dan Yanie apabila diberi peluang menyanyi sebaris dengannya.

Ning berkata, walaupun masih baru dan mentah, dia bangga apabila dua artis yang bernaung dibawah syarikat rakaman ditubuhkan, Artistes United Records mampu menghiburkan tetamu.

“Walaupun tidak hebat sekurang-kurangnya mereka sudah memberikan yang terbaik. Ternyata tetamu sendiri terhibur dengan persembahan mereka. Harapan saya, Nikki dan Yanie menggunakan peluang diperoleh untuk belajar mengatasi kelemahan dilakukan hari ini.

“Secara peribadi, saya berpuas hati dengan persembahan diberikan Nikki. Lagipun dia punya pengalaman apabila muncul pertama kali bersama saya dalam persembahan sempena Minggu Setiausaha tahun lalu.

“Berbeza Yanie dia nampak sedikit gugup di awal persembahan kerana ini kali pertama dia tampil di hadapan khalayak dalam suasana lebih eksklusif,” katanya.

Bagaimanapun sebagai artis baru Nikki dan Yanie boleh dikatakan beruntung kerana mempunyai artis sebaik Ning untuk membimbing mereka dan diberikan peluang untuk membabitkan diri dalam persembahan besar dan tinggi jangkaan penontonnya.

Timbul persoalan sampai bila kedua-dua bintang muda ini mahu bergantung kepada Ning dan berada di bawah telunjuknya?

“Tidak adil sekiranya ada yang menuduh mereka sebenarnya menumpang tuah. Lagipun sebagai mentor kepada mereka sudah tentu saya akan terus membimbing mereka sehingga Nikki dan Yanie boleh berdiri atas kaki sendiri.

“Tetapi untuk membentuk bakat muda menjadi penghibur yang baik memakan masa panjang. Selagi mereka belum berada dalam senarai terbaik selagi itu mereka akan terus berada di bawah ‘ketiak’ saya.

“Saya berikan masa kepada Nikki lima tahun lagi dan Yanie pula enam tahun. Selepas itu saya pasti apabila mereka berada di pentas menghiburkan tetamu sempena Minggu Setiausaha, waktu itu saya akan menyaksikan persembahan mereka dari bawah,” katanya.

Bagi menjayakan persembahan menarik di Hotel Shereton Subang juga tidak mudah. Hampir sebulan Ning melatih Nikki dan Yanie terutama dalam mencari kesempurnaan membabitkan keserasian vokal dan gerak tari. Malam sebelum persembahan bermula, mereka mengadakan latihan sehingga jam 2 pagi.

“Saya mahukan kesempurnaan tetapi dalam waktu sama saya tahu Nikki dan Yanie turut bekerja keras bagi memastikan persembahan ini mantap. Kami berlatih sehingga Yanie jatuh sakit. Walaupun petang ini dia demam segalanya diketepikan demi memuaskan hati tetamu,” katanya.

Persembahan menarik dimulakan Yanie mendendangkan lagu popular Datuk Siti Nurhaliza, Destinasi Cinta dan diteruskan dengan duet bersama Nikki, Teman Tapi Mesra.

Sebaik Ning muncul di tengah pentas, persembahan diteruskan dengan lagu dari filem Dreamgirls, I’m Coming Out nyanyian asal kumpulan Supremes. Gerak tarik menarik dengan paduan suara mantap persembahan mereka mendapat sorakan kira-kira 1,000 tetamu yang memenuhi dewan besar Sheraton Subang.

Ning turut memberi ruang kepada anak didiknya meneruskan persembahan secara solo dengan Nikki menyanyikan lagu Caramu dan Yanie mengambil peluang mempromosikan lagu dari album sulungnya yang bakal menemui peminat Jun ini, Warna Cinta. Yanie juga mendendangkan lagu popular Ning, Curiga sebagai penghargaan buat Ning.

Sebagai penghibur serba boleh, selain menyanyikan lagu popularnya Awan Yang Terpilu, Ning turut mendendangkan lagu Kantonis, Pang Yau. Persembahan diakhiri dengan duet Cinta Di Akhir Garisan oleh ketiga-tiga mereka. Persembahan pada hari itu turut digamatkan dengan celoteh Dee selaku pengacara majlis.

Pada 12 April ini, Ning bakal menghiburkan tetamu di Hotel Shangri-La bertemakan Fergalicious Diva. Persembahan dianjurkan Global Walk Sdn Bhd turut membariskan Adibah Noor dan Sheila Rusly selaku pengacara majlis. Di persembahan itu Ning sekali lagi menampilkan Nikki.

*Ayoyo...itu macam kah? Semoga mereka tidak kelemasan berada di 'bawah' sana

12 Apr 2007

Noni akui sukar bawa lagu Siti

Penyingkiran Noni pada konsert minggu keempat lalu memang tidak menghairankan. Kegagalan membawakan lagu popular Datuk Siti Nurhaliza, Pastikan dengan baik telah membawa padah pada Noni.

Perkara itu sememangnya diakui sendiri oleh anak kelahiran Sabah ini.

"Terus-terang, memang saya sukar untuk bawa lagu itu. Pitching pun berterabur. Tetapi malam itu memang saya sudah buat yang terbaik.

"Saya pilih juga lagu tersebut kerana ingin cuba menyanyi lagu Melayu sebab sepanjang tiga minggu di AF, saya tidak pernah membawa lagu bahasa Melayu langsung," kata Noni.

Atas kesilapannya itu, ujarnya, dia menerima keputusan penyingkirannya pada malam itu yang Noni sifatkan sebagai tidak bernasib baik.

Gadis berusia 18 tahun ini juga turut mengulas mengenai label 'gedik' yang dilemparkan kepadanya oleh sesetengah pihak sebagai tidak berasas.

"Terpulanglah kepada orang nak cakap apa, asalkan saya sendiri tahu saya sentiasa menjadi diri saya sendiri. Apapun, saya ingin minta maaf jika ada yang merasakan saya memang berperangai seperti itu," kata Noni lagi.

Babak Candy jamming


And for a not very clear reason...artikel tentang Dafi..*LOL*

11 Apr 2007

Artis dan ALbum

Jovita Johnny

Boleh dengar sampel lagu-lagu dia ni di SINI


S. Welly

10 Apr 2007

Tribute to female soccer star


9 Apr 2007

Pilihan juri AF5

Saya setuju sangat dengan pendapat Hattan berhubung perbandingan dengan bakat dari Indon. Bayangkan kalau juara AF tidak mempunyai karakter suara yang kuat dan kita tampilkan ke Indonesia atau ke mana-mana kawasan Asia Tenggara berkongsi satu pentas dengan artis-artis dari sana, dijamin menerima sindiran sinis! Kalaupun Candy tidak ditakdirkan menjadi juara AF musim ini, sekurang-kurangnya pengakuan ketiga-tiga juri di atas sudah cukup membuktikan beliaulah juara di hati mereka yang betul-betul celik seni!

8 Apr 2007

Ulasan Konsert AF minggu 4

Fatin - Joget Gila Bayang (Anita Sarawak)
Sebuah lagi lagu yang amat bersesuaian dengan corak penyampaian Fatin yang begitu serasi dengan genre irama Malaysia, justeru dapat disempurnakan oleh beliau dengan cukup baik. Lenggok irama kemelayuannya begitu semulajadi dan cukup bersahaja. Penampilan beliau yang begitu anggun menambahkan lagi seri lagu tersebut. Lontaran nada suara juga tidak banyak masalah dan hampir-hampir sempurna. Cuma tone suara beliau yang agak lembut mengurangkan keceriaan lagu tersebut, terutama pada rangkap korus. Memandangkan sudah empat minggu beliau membawa lagu dari genre yang sama (irama Malaysia), teringin juga mendengar Fatin membawa lagu dari genre lain, malangnya impian tidak kesampaian bila beliau diumumkan sebagai salah seorang dari tiga pelajar tersingkir.


Shawal - Izinkan Ku Pergi (Kaer)
Persembahan drama pentomin menambah keasyikan persembahan Shawal. Walaupun memiliki suara yang agak 'jantan' namun persembahan vokal beliau begitu sekata, kurang 'berwarna-warni'. Saya menjangkakan sedikit perubahan melodi dengan penggunaan head tone, namun tidak dilakukan. Persembahan vokal beliau juga kerap dicacatkan oleh beberapa nada yang tersasar. .

Candy - Setia Ku Korbankan (Fauziah Latiff)

Tak pasti apa yang mengganggu Candy, perkataan "inilah.." tidak disebut dan hanya dimulakan dengan perkataan "dugaan". Namun selepas itu Candy menampilkan satu elemen yang begitu membezakan beliau dengan pelajar-pelajar lain; suara yang cukup lantang, mantap dan gemersik. Projeksi suara 'head tone' beliau begitu terserlah dalam lagu ini. Setibanya beliau pada rangkap penutup untuk barisan lirik "andainya tak mungkin kumiliki....", rancangan awal untuk mengubah sedikit melodi pada baris ini tidak menjadi (Candy sebelum ini ada mencipta melodinya sendiri yang agak menarik untuk bahagian ini, sebelum diubah oleh Cikgu Adnan pada saat-saat akhir). Mungkin dalam kebingungan, beliau akhirnya memillih untuk menyanyi melodi asal Jee (itupun hampir-hampir tak disuarakan). Aksi beliau cuba menghafal beberapa melodi yang diubah mendapat perhatian Jee, justeru timbullah komen Jee yang berbunyi "masa bermain dengan vokal, you must be sure. Masa Candy nak ubah-ubah tadi tu, you must be sure!". Walau apapun yang penting persembahan vokal Candy cukup terserlah 'warna warni' nya dalam lagu ini (ada whisper, husky dan head tone yang sharp dan nyaring). Jika dihayati betul-betul adakalanya boleh meremang bulu roma!

Farha - As Long As You Love Me (Backstreet Boys)

Satu persembahan yang agak mudah dilaksanakan oleh Farha. Koreografi yang menarik banyak membantu mencantikkan persembahan beliau. Nada suara juga kebanyakannya well in tune, cuma lontaran suara agak kurang berkeyakinan semasa adlibs (sedikit out of tune pada adlib yang akhir). Walaupun sebutan English agak baiklah juga, namun bunyi suara beliau yang agak keras menyebabkan lagu ini kurang diberi penjiwaan English. Mungkin some people are not meant to sing in English.(Tapi square hat dia ni macam kecil untuk kepala dia)

Aswad - Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)
Antara persembahan dengan 'pitching' yang hampir sempurna. Persembahan beliau kali ini begitu menjadi. Namun showmanship masih perlu diperbaiki. Kelihatan agak stereotype dengan persembahan yang sebelumnya.

Mila - Benci Tapi Rindu (Diana Nasution).
Satu keistimewaan Mila semasa menyampaikan lagu ini ialah 'bunyi' suara beliau yang begitu jelas kedengaran (tidak kedengaran sayup-sayup seperti kebanyakan pelajar lain). Mungkin ini sedikit sebanyak berkaitan dengan pengalaman beliau menyanyi di pub, justeru begitu bijak dan mahir dengan teknik penggunaan mirofon (keadaan yang sama juga saya perhatikan pada Fatin dan Aswad). Persembahan vokal yang agak menarik walaupun percubaan beliau menambah lenggok pada beberapa bahagian lagu mengakibatkan sedikit nada tersasar. Sekali lagi satu peningkatan buat Mila.

Heliza - Torn (Natalie Imbruglia)
Key lagu agak rendah untuk suara beliau. Suara beliau yang begitu lembut, kedengaran sayup-sayup terutama pada bahagian nota rendah lagu ini. Ekpresi wajah dalam menghayati lagu ini agak baik. Satu percubaan untuk menampilkan versatility beliau malangnya tidak berapa diendahkan oleh juri.


Rizal - Di Ambang Sore (Ahmad Jais)
Persembahan vokal dengan nada yang kerap tersasar landasan. Beliau gagal memberi impak berkesan pada lagu ini. Gubahan musik yang kurang menarik dilemahkan lagi dengan persembahan Rizal yang kurang bermaya.

Aizat - La Camisa Negra (Juanes)
Iringan live band begitu menghidupkan persembahan Aizat. Tidak banyak nada suara tersasar walaupun menyampaikan sebuah lagu rancak dan banyak melakukan pergerakan. Beliau perlu meningkatkan lagit showmanship beliau semasa menyampaikan lagu-lagu sebegini. Satu persembahan yang begitu menghiburkan dan bagi saya yang terbaik malam itu.

Dekna - Salam Untuk Kekasih (Nadia)
Lagu yang agak bersesuaian dengan vokal dan gaya penyampaian beliau. Gangguan nada tersasar banyak ketara pada low note. Secara keseluruhan satu persembahan yang baik dari Dekna. Satu peningkatan yang baik dari beliau. Walaupun lirik berbunyi "salam maaf permisi ku undur diri..." yang diulang-ulang membawa mesej yang menakutkan yang pasti Dekna terselamat malam itu.

Dafi - Zikir Kasih (Amir Ukays)
Koreografi menarik banyak membantu persembahan beliau. Tona suara dalam kategori lembut gemersik (kurang "sharpness") bukannya tak menarik, tapi agak kurang berkesan membawa lagu berirama Malaysia. Namun lenggok suara beliau amat menarik dan tak sangka pula Dafi sebagai seorang yang dikatakan dari golongan keluarga elit (berada) dan urban boleh membuat lenggok irama Malaysia dengan baik. Seperti biasa ekspresi wajah beliau, yang diistilahkan oleh peminat fanatik wanita sebagai cute sedikit sebanyak menyerikan persembahan beliau.

Noni - Pastikan (Siti Nurhaliza)

Kesulitan beliau menyanyikan lagu ini semasa latihan nampaknya berterusan sehingga ke pentas konsert. Walaupun melakukan satu permulaan yang agak baik, namun vokal Noni mula kehilangan tenaga selepas korus pertama. Maka bermulalah kesulitan dalam usaha beliau meletak nada suara pada tempat-tempat yang sepatutnya. Kebanyakannya gagal menepati sasaran. Peragaan gaun yang cukup menarik sedikit sebanyak mengalihkan tumpuan saya daripada terus mendengar suara beliau kepada mengamati penampilan beliau.

Ebi - Kasihnya Laila (Jinbara)

Kredit:teaoya

Malam itu bolehlah dianggap sebagai malam mempromosikan Ebi. Dengan transformasi penampilan diri yang diberikan, Ebi kelihatan begitu yakin sekali. Gerak langkah beliau semasa menyampaikan lagu tersebut sehingga melompat ke bawah pentas, seolah-olah sambungan kepada sesi peragaan yang dilakukannya sebelum itu. Cukup berkeyakinan. Projeksi suara yang cukup keras cuba ditampilkan oleh Ebi dalam lagu ini. Malangnya kedengaran banyak nada yang tidak menepati sasaran, terutama pada bahagian rangkap korus. Screeching yang dilakukan juga kurang menjadi. Walau apapun keagresifan persembahan beliau sungguh diluar jangkaan dan berjaya memukau penonton, sehingga juri terlupa komen tentang 'pitching' beliau (mungkin kalau Hattan ada pada malam itu beliau akan menyentuh perkara ini)

Rata-rata pelajar menunjukkan peningkatan dalam persembahan mereka. Walau bagaimanapun sesuatu yang saya kurang puashati ialah kualiti penyanyi latar. Bunyi suara penyanyi latar agak tidak seimbang. Kedengaran suara dari penyanyi latar agak kuat dari penyanyi utama. Bukan sahaja kuat tapi adakalanya kedengaran sumbang dan sedikit sebanyak mencacatkan persembahan. Saya teringin mendengar kualiti penyanyi latar seperti yang pernah dibimbimg Sham Kamekazee.

Carta persembahan terbaik
1.Aizat 2.Candy 3.Mila 4.Fatin 5.Aswad 6.Shawal 7 Farha 8.Dekna 9.Heliza 10.Ebi 11.Dafi 12.Rizal 13.Noni
Sketsa kelakar - Back Street Boys cakap Melayu..*LOL*
Penyingkiran
Tiga penyingkiran sekaligus memang kejutan yang sungguh sadis dan tidak adil pada pelajar. Mila agak beruntung, sebab di minggu-minggu beliau berada di tangga dua atau tiga terbawah kebetulan minggu tersebut tiada penyingkiran. Ini berlaku pada minggu pertama dan ketiga.




Gempar artis-artis Sabah

Ebi (bakal artis)

Antara gambar-gambar Ebi yang telah menjana arus elektrik di badan peminat-peminat fanatiknya terutama wanita dan ehemm...segelintir lelaki. Arus eletrik tersebut bakal mengalir ke rumahnya lantas menjadikan rumahnya terang benderang. Semoga beliau tidak menerima kejutan elektrik!

Percubaan menayang six-pack...siapa nda nampak six-pack dia pindik umur!


Don't play! play!..eh! Ebi juga kah ni?


Adam - Tidak ditaja dan bukan gay

Sama seperti artis lain, jejaka berusia 23 tahun ini pastinya tidak dapat lari daripada tempias gosip yang kadang kala menguris hatinya.

Jika sebelum ini heboh dikatakan dirinya gay, terbaru Adam dikatakan ditaja atau lebih senang cakap artis simpanan.

Dalam nada tegas Adam berkata, “Saya senang sahaja, berani kerana benar takut kerana salah. Kalau orang nak buat cerita tentang saya, tolong tampil dan cakap depan saya. Bukan cakap di belakang saya. Saya cabar orang yang buat fitnah itu untuk tampil bercakap secara live depan TV pun saya tak kisah.”

Tambahnya bukannya mudah untuk menutup mulut orang-orang yang suka membuat cerita seperti itu dan dia mengakui sedikit sebanyak cerita-cerita negatif tersebut memberi impak terhadap reputasinya.

“Susah nak cakap tapi jika dulu peminat saya 100 orang dan mereka mempercayai saya. Tapi bila gosip macam ini keluar mungkin 20 atau 30 mula tertanya-tanya , eh betul ke saya macam ini, macam itu.

“Macam gosip kata saya gay, pastinya dah ada tanda tanya di minda mereka, betul atau tak saya gay. Malanglah saya terkena gosip sebegitu,” ujarnya. (Selanjutnya)

*Takkanlah sudah ada syarikat sendiri menjual baja, masih timbul fitnah ditaja! Hmmm...dunia! dunia! Lepas ni mungkin Ebi pula yang bakal menerima gossip serupa...hehehe!

7 Apr 2007

Felix: Saya bukan bidan terjun Mawi

28-03-2007 01:41:40 PM
Radin Sri Ghazali
(mStar online)

Felix Agus kini tampil dengan album studionya yang pertama Aku Pencintamu
(Foto The Star oleh M Azhar Arif)

Biar lambat asalkan berkualiti... Begitulah falsafah penyanyi berasal dari negeri di bawah bayu ini mengenai album studionya yang pertama 'Aku Pencintamu'

Felix atau nama sebenarnya Felix Agus membuktikan penantiannya selama setahun lebih untuk melancarkan album pertamanya itu ternyata berbaloi.

"Saya tidak mahu membuat sesuatu secara terburu-buru. Biarlah lambat asalkan saya mampu memperoleh kepuasan maksima untuk diri saya sendiri serta peminat-peminat saya," ujarnya di majlis pelancaran album Aku Pecintamu di Karma Bistro baru-baru ini.

"Saya tidak pernah dipinggirkan oleh mana-mana pihak. Saya memahami bahawa pihak Maestro Talent mempunyai ramai lagi artis yang bernaung di bawah mereka.

"Lantas, mereka mempunyai komitmen yang banyak dan mereka bersikap adil agar kami semua dapat merakamkan album," ujar pemuda berusia 24 tahun ini apabila ditanya adakah beliau terkilan kerana diabaikan oleh pihak pengurusannya.

Felix menafikan bahawa dirinya terkilan kerana dirinya dilayan sebagai bidan terjun untuk rakannya, Mawi
(Foto The Star)

Freddie Fernandez selaku Pengurus Besar Maestro Talent Management yang turut menghadiri majlis tersebut berkata kekurangan komposer serta penerbit merupakan punca kepada kelewatan album Felix, graduan kelahiran Akademi Fantasia musim 4.

"Susah untuk mencari komposer pada masa sekarang. Asyik-asyik orang yang sama dan mereka sibuk mengendalikan artis-artis lain.

"Kami belum lagi temui mana-mana komposer baru yang dapat menyumbangkan lagu kepada artis-artis kami," ujar Freddie lagi.

Walaupun puas menunggu setahun lamanya, album solo Felix hanya memuatkan lapan buah lagu seperti Aku Pencintamu, Jiwa Kita Cinta Kita, Padam dan Nyala serta Setia Menanti.

"Dengan jumlah lagu yang sikit, kita dapat membantu mengurangkan harga CD dan kaset yang berada di pasaran.

"Tindakan ini juga dapat membuat pembeli mampu membeli CD yang original dan lama-kelamaan tabiat ini akan membantu industri muzik kita yang kian tenat gara-gara cetak rompak," ujar Freddie lagi mengenai relevan memuatkan sebanyak 8 buah lagu sahaja.

"Malah, pembikinan album yang memuatkan 8 buah album juga diterima oleh pihak AIM untuk melayakkan diri sebagai calon," tegasnya lagi.

Album Felix yang sudahpun berada di pasaran sejak sebulan turut melihat hasil kerja komposer popular seperti M.Nasir, Sham Kamikaze, Tam Spider dan Ajai.

Album Aku Pecintamu turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan peminat Felix yang sudah lama menanti kelahiran album studionya yang pertama.

Kini album tersebut sudahpun terjual sebanyak 8,000 unit dalam masa sebulan sahaja.

Walaupun separuh daripada penjualan album tersebut laris di negeri kelahiran jejaka berketurunan Dusun itu, Freddie tetap percaya bahawa peminat-peminat Felix yang berada di Semenanjung Malaysia turut memberi sokongan kepada pemuda tersebut.

"Peminat dia berada di mana-mana sahaja baik di Sabah mahupun di sini. saya percaya peminat-peminat Felix di Semenanjung akan terus memberi sokongan sepertimana yang ditunjukkan oleh peminat-peminatnya di Sabah," ujar Freddie lagi.

Saya bukan bidan terjun Mawi

Walaupun selesa dengan kehidupan yang agak low profile, Felix akur bahawa dirinya masih tidak dapat larikan diri daripada kontroversi sebagai seorang artis.

Ini termasuk desas-desus yang sering mengatakan Felix bagaikan bidan terjun untuk acara-acara yang membabitkan Mawi.

Semuanya bermula dengan insiden Felix yang menggantikan juara AF tersebut semasa peringkat separih akhir balada pada tahun yang lalu.

"Saya tidak merasakan bahwa saya ini dibuat sebagi bidan terjun. Malah saya rasa berbangga kerana pihak pengurusan dan Mawi sendiri memberi saya kepercayaan untuk menggantikannya untuk pertandingan seperti Muzik-Muzik.

"Mana tahu, pada suatu hari nanti giliran Mawi pula yang akan tolong gantikan tempat saya," ujar Felix yang kelihatan tenang ketika diajukan soalan-soalan panas ketika berlangsungnya sidang akhbar pada petang itu.

Felix bersama Freddie Frenandez semasa majlis pelancaran albumnya
(Foto The Star)

Tidak serik jadi pelakon

Selain daripada isu bidan terjun, kegagalan filem sulung Felix yakni Misi:1511 turut dipersoalkan.

"Saya merupakan orang baru dalam industri ini. Saya harus mencuba sesuatu yang baru untuk menguji kemampuan saya.

"Ini termasuk berlakon menerusi filem tersebut. Saya tidak pernah sekali merasakan kecewa mahupun menyesal untuk berlakon dalam filem itu.

"Asalkan saya tahu saya sudah memberi yang terbaik, itu sudah memadai," ujarnya yang kini sibuk dengan persediaan filem keduanya Aduh Saliha bersama rakannya baiknya Mawi.

Konsert Minggu 4 - Ramalan persembahan pelajar

Just for fun!...ramalan berdasarkan pemerhatian di Diari Extended, semasa pelajar berlatih dan membuat pembentangan di hadapan tenaga pengajar.

Fatin - Joget Gila Bayang (Anita Sarawak)
Suara terlalu lembut dan pergerakan agak lembik dan kurang memberikan suasana ceria ketika menyampaikan lagu ini. Mengikut perancangan, beliau akan memulakan persembahan di bahagian dalam pentas berdekatan skrin sambil melihat bayang-bayang. Walaupun Cikgu Shafi memberi jaminan beliau mampu menyanpaikan lagu ini dengan baik sebab lagu agak straight forward, kelihatan juga babak Fatin menangis risau tak dapat bawa (huh?), Mungkin kurang di gali kot?

Noni - Pastikan (Siti Nurhaliza)
Nampak macam bermasalah, tidak cukup nafas katanya. Lalu berbagai teknik digunakan untuk memanjangkan nafas beliau, termasuklah penggunaan teknik mekanikal oleh tenaga pengajar mat salleh dalam kelas pemanasan vokal. Sampai habis bahagian diaphragm beliau ditekan-tekan. Samada berkesan atau tidak tunggu sajalah konsert malam ini.

Ebi - Kasihnya Laila (Jinbara)
Sesi beliau berlatih, paling kerap ditampilkan dalam Diary Extended. Ada kala dapat dilakukan dengan baik adakalanya tidak. Yang pasti Ebi mengalami kesukaran pada part nada tinggi. Suara beliau begitu kedengaran meneran dan masih belum berjaya hitting the right note. Solution, rendahkan key lagu beliau.

Aizat - La Camisa Negra (Juanes)
Salah satu lagu kegemaran saya. I think dia mampu membawa lagu ini dengan baik. Kemungkinan bakal mendapat kritikan positif.

Shawal - Izinkan Ku Pergi (Kaer)
Lagu ini sepatutnya amat sesuai jika Dafi yang menyanyikannya. Walau bagaimanapun semasa latihan/pembentangan, persembahan Shawal kurang memuaskan. Bayangkan kalau waktu latihanpun banyak pitching beliau lari (terutama part low note) tak tahulah macam mana masa konsert nanti

Heliza - Torn (Natalie Imbruglia)
Key lagu agak rendah untuk suara beliau. Suara terlalu lembut dan kedengaran sayup-sayup justeru sebutan kurang jelas. Beliau perlu rapatkan lagi mikrofon bila menyanyi part rendah. Lagu ini definitely not suitable for her. Tapi kena respeklah juga sebab beliau berani ambil risiko. Mungkin untuk melarikan diri jauh-jauh dari bayangan Siti Nurhaliza.

Farha - As Long As You Love Me (Backstreet Boys)
Yang kelakarnya Farha kerapkali cakap lagu ini terlalu boring! (Mujur tidak ditayangkan di Diari Astro Ria..hehe kalau tidak habislah dikutuk di Saluran @ 15). Beliau komplen music minus one kurang keceriaan justeru menambahkan keboringan lagu ini. Banyak koreografi dilakukan untuk mengisi ruang kosong pada lagu ini. Lontaran suara Farha agak keras tapi sebutan English kira oklah juga.

Candy - Setia Ku Korbankan (Fauziah Latiff)
She did well most of the time masa practise, sehinggalah Cikgu Adnan mencadangkan beliau mengubah sedikit lenggok pada penghujung lagu tersebut. Terus beliau bingung (kalau bingung, I think she should stick to her original rendition). Mempunyai sedikit masalah tempo namun lontaran vokal begitu menarik terutama part korus. Penghayatan, facial expression kerap ditegur Cikgu Fati sebab masih perlu improvement.

Dekna - Salam Untuk Kekasih (Nadia)
Agak baik persembahan beliau semasa latihan. Terutama lontaran suara (kurang sikit flat, apartment etc). Namun sekali lagi pergerakan masih kurang memuaskan..kurang rock!

Dafi - Zikir Kasih (Amir Ukays)
Mmm...key music diturunkan (menjadikan lagu kurang bermaya). Suara agak soft tapi lenggokan lagu asli boleh tahan

Rizal - Di Ambang Sore (Ahmad Jais)
Lenggokan suara amat baik dan disampaikan dengan cara beliau tersendiri.
Mungkin salah satu persembahan pelajar yang bakal menerima pujian.

Aswad - Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)
Atas kehendak beliau key lagu dinaikkan...woww!! He said dia lebih selesa menyanyikan lagu bernada tinggi. Tapi dia nikan agak tone deaf sikit, masa kelas Cikgu Shafi beliau bermasalah untuk tune suara mengikut bunyi piano!

Mila - Benci Tapi Rindu (Diana Nasution).
Hmmm....macam jadi lagu asli pula lagu ni bila Mila nyanyi. I don't quite like her rendition. Gubahan muzikpun tidak sesuai pada pendengaran saya.

6 Apr 2007

Kisah Candy

5 Apr 2007

Penyakit "buta seni" AF melanda AI?

Mangsa terbaru Gina Glorksen (tengah)

American Idol (AI) yang sudahpun memasuki musim keenam telah melahirkan ramai juara yang tidak perlu dipertikaikan bakat mereka. Pemilihan juara walaupun melalui undian umum, lebih berpihak kepada mereka yang betul-betul menonjolkan bakat senisuara yang cemerlang. Tidak kisahlah samada yang menjadi juara berbadan gemuk, tidak secantik atau tidak sekacak peserta-peserta lain, sebab fokus terus diberikan kepada keunikan bakat senisuara peserta-peserta. Begitulah istimewanya American Idol. Namun pada musim keenam ini, kebanyakan media mula mempersoalkan kredibiliti AI apabila salah seoarng pesertanya Sanjaya Malakar terus terselamat dan kekal bersaing pada minggu (mungkin juga minggu-minggu) yang akan datang. Antara komen media US adalah seperti di bawah ini

Perhaps someday kids will be reading about this ‘American Idol’ season in a sociology course. When did America lose faith in “reality TV”? What causes teenage girls to ignore the cost of text messaging and vote for the vocally challenged? Why do certain people make it their mission to destroy a seemingly harmless show?

Sounds familiarkan? Di mana ya saya pernah dengar komen macam ini? Tentulah di AF! While America is worried and use the future tense, our kids have already get used to it since 2005. Looks like we are more advanced..... dalam hal-hal buta seni ni.

Diari 4 Apr

Kelmarin merupakan hari yang paling membengangkan. Hampir setengah hari taip laporan and then save file sebelum lunch. Balik dari lunch sambung buat kerja...masa buka fail, hilang entah ke mana. Lama jugalah tercari-cari fail yang maha penting itu bila akhirnya didapati fail disahkan corrupt. Berpinar-pinar pandangan putih mata. Rupa-rupanya sytem damaged. Terpaksa buat semula recovery window system. Demikianlah diari realiti kelmarin dan sekarang marilah kita saksikan pula satu babak menarik Diari AF semalam.

Kekekekek!...punyalah kelakar, boleh tahan juga skrip spontan durang ni...*LOL*

Actually time giliran Ebi buat sketsa, cikgu Fati terkejut sebab dia pilih Shawal jadi Laila. Memandangkan durang sudah sehari suntuk praktis so cikgu Fati suruh teruskan sajalah. Tergelak sakanlah cikgu Fati dan pelajar-pelajar lain. Memandangkan nampak memang janggal, cikgu Fati suruh Ebi ganti Laila dengan perempuan real, tapi Ebi macam teragak-agak nampak segan silu mahu pilih, last-last Candy tawarkan diri...so selamatlah si Ebi.

Video-video lain seperti Farha menyanyi lagu Bajau untuk kak Sherry, Heliza menghayati lagu Torn.."lying naked on the floor" (Ouchh!) dan bakat lakonan semulajadi Candy boleh disaksikan di SINI


4 Apr 2007

Guitar duo to launch album in KK

3 Apr 2007

E-Voke campaign banner

Undio noh E-Voke! Nampak gaya sedang berlangsung kempen meraih undi (banner and flyers) perjuangan kumpulan E-Voke dalam rancangan Gangstarz TV3. Syabas kepada penggerak kempen ini...all the best to E-Voke.
Siap dengan banner lagi!