30 Aug 2007

Siaran tertunda

MyStarz LG

Rachel

Excellent delivery (btw the early part of the video was interrupted due to heavy rain)

Rubisa

Penghayatan ala penyanyi Indon gitu..


Ebi dalam program Kwek Mambo Anita
Ebi tidak cerita pula kisah tukang kebun yang membantu dia masa audition


...And here's the legend herself

One true entertainer

23 Aug 2007

Mari melancong

Batu-batu misteri di Pitas

Nampak gaya lagenda si Tanggang yang mana kapalnya disumpah jadi batu seolah dibuktikan oleh pulau berbentuk kapal di atas. Mungkin Lagenda kapal Nakhoda si Perak ni kisah si Tanggang versi Pitas. Yang Batu Barunsai itu pun macam bentuk manusia...hehe They should make further research on the tales behind those shapes, gerenti boleh jadi tarikan pelancong.


..Cantiknya


Need no introduction

But I've never been there since..err...1999!


Celyn Resort

This resort is getting much attention lately



Fun in the ice..

Ehemm! First timelah katakan...tapi macam line skating (roller blade) saja kan. Kalau yang itu terror jugalah main sikit-sikit

22 Aug 2007

SIMUSIC Studio

Ini dia orang kuat di sebalik SIMUSIC Studio (SMS). Tapi sebut pasal singkatan SMS Studio ni, saya ada terserempak dengan sebuah lagi studio yang menggunakan singkatan yang sama iaitu Suzie Music Studio berlokasi di Papar. Harap tidak terkeliru. Semoga SIMUSIC Studio terus aktif menghasilkan album-album tempatan berkualiti.




Album Kampung-Kampung

Terbitan TJCTS Studio

21 Aug 2007

Ujibakat OiAM

"I want to be famous!"....

Antara penyanyi rakaman yang turut ujibakat ialah Max, Reno dan Ivye...good luck to them!

Felix jadi hakim pertandingan


...and the so-called "Female Icon" contest.

Macam Miss Sipitang saja si Dorina tu..

Lagu Malaikat dari Judika (Ikon Indon)

While i'm admiring his voice, somebody says he sounds like Saleem Iklim


Lucu juga lirik lagu ni "Malaikat di sampingku mengingatkan...tinggalkan dirimu...Setan pun di sampingku menyuruhku untuk bersama mu.." Duh...setan pun keluar

20 Aug 2007

Dua peserta paling muda tersingkir

Nampak gaya ramalan dua peserta paling muda bakal beraksi di peringkat akhir MyStarz tidak tepat bila kedua-duanya (Rachel, 13 dan Emeer, 12) seolah-olah "disingkir" diakhir konsert MyStarz semalam.

Berakhir cabaran?

Tidak pasti pula, pada awal rancangan MyStarz, penganjur ada menyebut jumlah peserta akhir yang bertanding di peringkat akhir, yakni empat peserta. Sekiranya ada, memang malang sekali peserta yang menduduki ranking keempat semalam kerana hak beliau untuk layak ke final secara otomatik telah "dirampas".

Arrtikel berkaitan
(kalau menurut artikel ini ada dua lagi tempat kosong untuk peserta akhir)

Mia Palencia, Sabahan jazz singer...

Ada betul lah juga cakap dia ni, pasal kurangnya rezeki artis-artis berbakat Sabah kalau setakat berada di Sabah. So if you're think you have that big, extraordinary talent do head for KL to make full use of it...




Gosip! gosip!...(hehe)


Ada pula yang terfikir aku ni si Boyd, wartawan yang menulis gosip tersebut *LOL*. No lah! totally a different person. But I think I know siapa"bekas juara" yang dimaksudkan dalam gosip minggu lepas.

Pasal gosip nikan teringat pula saya liputan "siaran langsung" seorang kawan melalui SMS kepada saya minggu lepas. Actually tujuan beliau buat siaran langsung tu saja mau bagi tahu betapa ruginya saya tidak join durang lunch hari itu sebab menurutnya ada "hidangan istimewa terhidang di depan mata" (he was talking about this lady with a so revealing dress....hot pants and a 'string' top...sitting very close with a guy at a table in front of them). A few minutes later tiba-tiba si kawan SMS balik saying "eh! tu lelaki looks familiarlah exactly macam si *tooot!*...betul ni sumpah!" dia bilang uiina... bersumpah lagi tu (he refers to a Sabahan male singer yang sudah buat album dengan lagu-lagu yang amat menarik, yang sudah berkumandang hingga ke corong-corong radio nasional dan pernahlah juga masuk carta...tapi album dia tu susah betul mau dapat, sampai sekarang saya sendiri tidak jumpa-jumpa). Another SMS coming later "nah bergisil sudah kaki durang geng! Paha tu perempuan landing atas paha tu lelaki sudah"...wakakakak! (but the friend said the guy was in full office attire). A few minutes later datang lagi SMS (probably after this couple had finished their lunch) "itu perempuan pula yang bayar bil!" *LOL*. I said"mengkali tu lelaki terlupa dompetkah" the friend replied "ada dompet dia tu tapi dia bayar yang baki sen-sen saja"...kekekek!. My friend tapuk-tapuk ambil pic, tapi dapat tangkap bahagian belakang dan tepi saja...dari style rambut dan raut wajah memang ada putunganlah dengan artis yang dimaksudkan itu. Ada bakat juga si kawan jadi paparazi...hehe!

KK Ice Skating Rink opened


Selain dari ice skating rink di atas, satu lagi tempat menarik yang baru dibuka kepada awam ialah muzium akuamarin UMS.


18 Aug 2007

Berita sukan

A road to Malaysia Cup...

Penonton masuk stadium free ni apa cerita pula? Patutpun stadium penuh sesak.
It was learnt that the next match with Perak will also be held in Tawau...hehe...ini kes merajukkah apa ni? Maklumlahkan sambutan macam dingin saja selama dimainkan di Likas...

Future heroes...

"Past-past" heroes...(orang lama dilupa jangan)

Liga Borneo...opss..hehe

Hmm...non-favourite pula menang...ni mesti kes pengadil keboringan ni...terus durang main rubic's cube






16 Aug 2007

Personaliti tempatan

DJ Radio


Penyanyi

Sandy Sherel James penyanyi lagu Ganit Ginavo Ku (tangga kelima dalam Carta Lagu Kadazan Popular minggu lepas)

Ex-celebrity

Still remember this lady from Lahad Datu (with tudung now). Once a regular face on TV commercial and had a major role in the film Ghazal Untuk Rabiah. She won the award for Pelakon Harapan through her role in that movie. Dari cakap-cakap orang (yang belum tentu betul atau tidak) dia ni kira OKK gitu...banyak business...termasuk ladang kelapa sawit di Lahad Datu.


15 Aug 2007

Rachel to sing Madonna's Material Girl

...tapi dalam versi Bahasa Melayu. Hmmm... macam manalah tu ah? Belum pernah dengar pula versi BM lagu ni. Lebih kurang begini mengkali "Kerna ku hidup di era materialistik....akulah ...gadis materialistik...intan berlian...kereta juga lipstick...akulah...gadis materialistik...ah!..ah!..ah!!" (hehe...)


Sabah TATAP!

Duh...macam tiada pula berita bolasepak semenjak blog ini dibuka (tau tak aper!). Bukan tidak minat, tapi balik-balik kalah...orang pun frust. Nah amik kau! (harap-harap kali ni menang)

Ok jugalah sekali sekala durang main di Tawau, kurang juga sesak di Likas. Jangan saja kena baling botol air kalau kalah malam ini.

Searching for Bond Girl?

I was a bit blur about the purpose and objective they organise the contest below. Yang pasti ia dianjurkan dan ditaja oleh sekumpulan jejaka-jejaka kacak (bolehlah tahan). I thought probably they're looking for their female partners. Rupanya it's sort of a modelling competition.


And these are the winners for the male version of the competition which was held earlier. Ada putungan James Bond kah?
So ladies if you know how to do the butt kicking ala Michelle Yeoh this is your chance. Tapi masalah dia kena pakai beach wear kan? Bikini kah tu?...hah..apa? No hal?!

Medley dan mikrofon...

Duhh...terkejut juga kelmarin baru beberapa jam upload video Vina Morales di YouTube jumlah viewers terus mencecah hampir 1000 and then terus dapat honor as the 9th most discuss video konon (entertainment kategori). Kalau menang dapat USD 25,000 tidak apalah juga...hehe. Yang lebih dahsyat berlaku peperangan di kalangan viewers. Bukan saja viewers Malaysia vs Filipina tapi juga viewers Filipina vs Filipina..*LOL*. Adakah patut berhentam (bodoh)....bilang orang Malaysia bla...bla...bla dan orang pilipin bla...bla...bla! Racist betul. I thought I just wanna remove the video but upon thinking twice I might as well just remove those bad racist remarks.


As I said earlier semua contestants pun ada kekuatan masing-masing. But what baffled me is the fact that Jac tewas sebab medley songs are not suitable to be performed in singing competition. Patutpun aku ndak pernah menang-menang... asyik-asyik medley lagu Burung Kakak Tua/Lompat Si Katak Lompat dan Bangau Oh Bangau..damn! Why didn't anyone mention it before?. Honestly this is the first time I heard such statement. All this while I thought singing medley songs will give you the extra benefit. Maklumlahkan peserta lain nyanyi satu lagu kau pula nyanyi tiga lagu sekaligus...ndakkah terror tu? Tapikan bila fikir balik statement pasal medley concept ni...saya rasa it depends on what songs you're combining jugalah. To me the trick is to select songs yang mempunyai melody yang hampir-hampir sama dan pandai-pandailah cari bahagian yang bila 'disambung' tidak ketara peralihan from one song to another (kalau lagu-lagu tersebut mempunyai tema yang hampir serupa lagi bagus). Kalau lihat balik medley lagu Jac she connects the next song at the first verse. So ketara sangat perubahan melody...I think if she connects it somehwere at the chorus it's gonna be less noticeable (uiina...macam lebih pandai pula saya dari Ramly M.S...hehe..just my opinionlah).

Tapi bab cara Jac pegang mikrofon tu...dunno what to say lah. Perhaps that's her trademark. Yang first time nampak tu mungkin mengalami 'kejutan budaya' sikit...sebab very unconventional...tup..tup..keluar komen such style is less beautiful. But some people say the act of pulling the mic away is also a sign of insecurity tak kurang juga yang cakap...cheating! Biasalah kan kadang-kadang tu ada penyanyi yang rasa-rasa dia tidak boleh sampai note tinggi terus dia larikan mic jauh-jauh...mau escape! But in Jac's case I think she do it more to balance her voice. But when I looked back at some of her videos while contesting in Malaysian Idol macam jarang pula dia tarik mic sampai dahi atau atas kepala. Perhaps this is one aspect of her singing style, she needs to revise.

Apa pun keputusan telah ditentukan oleh pengadil-pengadil yang maha bijaksana. Kemenangan Vina walaupun bukan sesuatu yang diharapkan tapi bukan juga satu kejutan. She has a very good stage presentation and very poised. Well...afterall she has 15 years of experience behind her (compare to Jac who start joining the mainstream only in 2004). She also performs all over the places....Dublin, Las Vegas...etc. (according to some infos she spends more time performing abroad than in Philippines) Kalau orang macam tu kalah lagilah saya keliru....THE END!

14 Aug 2007

Buletin Hiburan

Salam wazzup! Bulletin Hiburan tanggal 14 Ogos 2007....antara menarik yang dipaparkan kali ini..

- Pertunjukan stuntman percuma di KK sempena 50 tahun kemerdekaan
- Album kompilasi Dusun Rungus
- Segmen gosip
- KK Jazz Festival dan...
- hiburan antarabangsa...

Tapi sebelum itu...tolong jangan betulkan TV anda sebab I memang dalam screen cinemascope gitu!

Kita mulakan Buletin Hiburan kita kali ini dengan pertunjukan stuntman. Orang ramai di sekitar Kota Kinabalu begitu teruja bilamana dihidangkan dengan pertunjukan stuntman percuma oleh beberapa pelakon aksi ngeri di negeri ini. Pertunjukan pertama yang diadakan di Jalan Sulaman, berjaya menarik ratusan penonton. Menurut seorang penonton yang menyaksikan pertunjukan istimewa tersebut mereka dihidangkan dengan aksi kereta bergolek beberapa kali sebelum kereta tersebut berhenti mendarat di sebuah longkang. Ketiga-tiga stuntman yang keluar dari kereta tersebut mengalami sedikit kecederaan ringan namun tetap mendapat sorakan gemuruh dari penonton.

Sementara itu sebuah lagi pertunjukan yang serupa berlangsung di Taman Jumbo Putatan. Pertunjukan percuma kali ini dipersembahkan oleh dua pasang remaja lelaki dan perempuan. Perancangan 'koreografi' untuk pertunjukan stuntman kali ini melibatkan sebuah kereta yang dipandu laju terhuyung-hayang untuk melanggar sebuah penanda jalan "No Entry" sebelum menghentam meja makan yang sedang diduduki pelanggan di sebuah restoran. Walau bagaimanapun sedikit kesilapan dalam koreografi stuntmant tersebut menyebabkan penonton lari bertempiaran lintang pukang. Seorang makcik yang bekerja sebagai pencuci piring di restoran berkenaan tidak diberitahu terlebih dahulu akan pertunjukan tersebut menyebabkan beliau begitu terkejut lalu melompat tinggi sehingga terhantuk siling sambil melatah dengan kuat "hoi...l****u ko panjang! l****u ko pindik!". Usaha sedang dibuat untuk mendapatkan maklumat berhubung jumlah bayaran yang diberikan kepada pelakon-pelakon stuntman tersebut untuk melakukan aksi yang bolehlah dianggap setaraf pengebom berani mati.

Dalam perkembangan yang menarik, sebuah album tempatan yang menggabungkan lagu-lagu Rungus dan Dusun telahpun berada di pasaran. Album diberi nama Album Kompilasi Dusun Rungus itu diterbitkan oleh Tantu Sikit Entertainment. Antara artis yang ditampilkan ialah seorang jejaka berwajah "buli tahan" yang memilih nama Slass sebagai nama glamour beliau. Samada beliau menampilkan lagu berkonsepkan rock Indon, sejajar dengan imej beliau yang miri-mirip rocker Indon, tidaklah dapat dipastikan buat ketika ini.


Kita terus sahaja ke segmen gosip. Gosip kali ini berkisarkan seorang bekas juara pertandingan yang dikatakan tidak menghormati langsung temujanji dengan wartawan. Penyanyi yang 'ditapuk' namanya itu dikhabarkan seolah-olah telah memperbodohkan wartawan yang ingin menemubual beliau apabila tidak muncul-muncul pada masa yang telah dijanjikan. Tindakan beliau bukanlah sekali malah dua kali. Atas faktor ini beliau berpotensi besar untuk mencatitkan namanya dalam Malaysian Book of Records sebagai artis yang kerap mungkir janji...syabas!
Dalam perkembangan yang berlainan,Kota Kinabalu sedikit sebanyak mengikis imej kampungnya bilamana telah menganjurkan Kota Kinabalu Jazz Festival sebuah festival yang memartabatkan irama muzik yang begitu sinonim dengan golongan elit "bandar-bandar". Festival yang berlangsung di Jesselton Point KK itu disertai oleh pakar-pakar jazz tempatan dan luar negara yang digembar-gemburkan begitu terkenal walaupun nama mereka jarang didengari. Seorang peminat muzik tempatan, Mr Lee walau bagaimanapun agak kesal festival tersebut dibuat setelah festival serupa yang lebih happening dikenali sebagai "Miri International Jazz Festival" ujud. "Mili buat jazz...kk pun mau buat jazzkah?...itu Kuching buat International Rainforest Music Festival...nanti amacam? KK pun mau buat kah?" katanya. Sementara itu seorang remaja peminat fanatik AF berkata "apa salahnya jemput artis-artis AF yang boleh nyanyi jazz macam Farhan ker atau Marsha ker...baru happening" katanya sambil mengaus.
Sedikit berita hiburan antarabangsa....penyanyi sensasi Gwen Stefani yang bakal mengadakan konsert julung kalinya di Kuala Lumpur pada 21 Ogos nanti, berjanji akan mengenakan baju yang tidak menjolok mata. Beliau membuat kenyataan tersebut di sebuah majlis pra-nonton pakaian-pakaian yang bakal digayakan beliau sepanjang berada di Malaysia termasuk pakaian untuk konsert tersebut....



Ketika ditanya apakah pesan beliau kepada pihak-pihak yang mengecam konsert beliau kerana tidak sanggup terliur melihat beliau berpakaian terdedah, dengan selamba beliau menjawab..."nah ambik kau!"...sambil memperagakan busana fesyen di bawah...


Dengan itu, Buletin Hiburan berakhir di sini. Sebelum berpisah kita saksikan dahulu video klip Ikon Filipina kategori solo, Vina Morales semasa bertanding di Ikon ASEAN. Menurut pengkririk tetap AF yang enggan dikenali, persembahan Vina semasa mendendangkan Pangako Sayo adalah salah satu contoh terbaik sebuah penyampaian yang cukup "digali" air lagunya, ekpresi wajahnya serta eskpresi vokalnya. Beliau menasihatkan kepada bakal-bakal pelajar AF dan juga bekas-bekas pelajar AF agar mempelajari betul-betul persembahan Vina..."supaya besok akak taklah terjerit-jerit kat you woman!" katanya. Apapun Vina akhirnya dinobatkan sebagai juara Ikon ASEAN...kita saksikan saja video klip nya....salam hormat, jumpa lagi dan TATA!!

13 Aug 2007

Rachel terus mara

Satu-satunya wakil Sabah yang masih bertahan dalam MyStarz...




Walau apapun komen-komen Patrick Teoh (untuk semua peserta) sangatlah membosankan. Why do they choose this Apek to be one of the judges...hmmm

Ikon ASEAN


Nampak gaya pengadil Ikon ASEAN begitu tertarik dengan persembahan Ikon Filipina Vina Morales, sehingga menobatkan beliau sebagai Ikon ASEAN pertama kategori solo. Susah juga untuk memilih siapa yang sepatutnya menang untuk kategori solo sebab ketiga-tiga peserta masing-masing ada kekuatan mereka tersendiri. Mungkin kemenangan lebih berpihak kepada Vina berikutan persembahan keduanya yang agak berlainan dari peserta lain sekaligus menampilkan versatility beliau (siap dengan shake your bon-bon lagi..hehe). Beliau juga merupakan peserta yang paling berpengalaman antara ikon-ikon yang bertanding. Yang menariknya walaupun populariti Vina di Filipina bolehlah dianggap setaraf Datuk Siti di Malaysia, beliau tersenarai ke peringkat akhir Ikon Filipina melalui pilihan 'wild card' (ala-ala Mawi). Mungkin Jac tewas gara-gara persembahan beliau yang hampir sama untuk kedua-dua segmen. But if you ask me, saya lebih tertarik pula pada vokal peserta Indonesia Judika. Untuk kategori berkumuplan pula memang saya telah jangkakan kumpulan Kjwan akan menang. Selepas kekalahan Jac, rasa saya agak sukar untuk mana-mana peserta Malaysia memenangi gelaran Ikon ASEAN selepas ini. Tak pastilah pula kalau Datuk Siti yang bertanding di musim-musim yang akan datang.

11 Aug 2007

The controversial "Negarakuku"

I guess everybody must have read about this controversial song. It is written and performed by a Malaysian Chinese guy named Namewee who is currently working and studying in Taiwan. He probably gets the inspiration from Too Phat to come out with something like this. To me the music is fine (performed in R n B/Hip Hop style). The hooklining part with Negaraku is fun, I like it that I can't resist singing along to Negaraku's tune in R n B style. As for the lyrics, this is where the controversy begins. First he has some bad remarks on the men in dark blue uniform. Next is the azan. But i'm not so sure whether he likes or dislikes the azan (probably a balance between good and not-so-good remarks). Next up he lashed out at the goverment staff before continued grumbling on the fate of the Chinese students like himself. Somewhere at this juncture there is an image of a real human faeces (shit)!*LOL*. So be forewarned! Despite spitting out the negative remarks he continues saying "I like my country" (I think this fellow is really confuse!)

This lad is just trying to exploit his talent and creativity through this song unfortunetly he 'injured' it by hooklining the most respected tune of the nation...the national anthem! To add salt to the injury, he stirs it with some racist flavours. It's a sweet taste for some but so bitter for the others just to take a bite (especially the government). Not so sure how the government will further react to this tune....let's just wait and see!

Negarakuku with English translation

Pesta GATA Sipitang


Woww...si Mas pula, saya ingatkan penari kebudayaan dari Mongolia...hehe

10 Aug 2007

OIAM musim kedua

Rancangan pencarian bakat melalui undian SMS One In A Million musim kedua bakal muncul lagi. Setelah menyaksikan musim pertama tahun lalu, I give this program a thumbs down cos I don't think the winner last season was the best...tapi begitulah hakikatnya program bakat SMS kan?. So kepada anda yang tak kesah sangat diundi melalui SMS anda boleh hadir untuk ujibakat OIAM di KK.

Tarikh: 19/8 (Ahad)
Tempat: Kota Kinabalu, Sabah - Le Meridien Hotel,
Masa: 9 pagi - 6 petang

Sementara itu Roadshow untuk promosi OIAM di KK akan diadakan di Warisan Square pada hari Sabtu 18/8 jam 3 - 4 petang

Selamat mencuba!

Full article here

Infinatez dan Remy....Kisah P.Ramlee

Congrats!!

9 Aug 2007

A good lesson...

It all started with this Ripley's Believe It Or Not news....

And the world responds....

...in China
Pleeeeeease release him...let him go!


...in South Africa
Free the boy! hail to justice!


..in Washington
Free the child!He's only 19!


...in Lebanon
Kaaaauu....terlalu istimewaaaa!!


With such an overwhelming reactions and pressures around the globe.... finally...



....back home at Gaya Street...an emotionally heroic welcome...
Medeka! Medeka! Medeka!

But then....hang on a second! Looks like there are some not so welcoming facts pop up!

-His wayward ways led to his parents separation when he was 13
-He started smoking in Year Three (9 years old?)
-A year later (probably age 10) he had already trying various drugs - via injections, inhaling or smoking
-By Form Two he dropped out of school
-while nabbed by police in KL, he was drunk, mix around with the wrong group of people at the wrong place!
-He admitted to have an "issue" with his mother! (set-set anak derhaka kah ni?)

Aiyooyoo!No wonder his mother didn't turn up to welcome him...could her refusal to bail him (RM1000) done on purpose...just to teach him some good lesson?

Aiyyaaa...manyak jajal punya budak! Long hilo oh! (wrong heroe)


Jail him back! Jail him back!

P/s:Oops..hehe...anyway everyone deserves a second chance right! Hopefuly he had learned a very priceless lesson and will turn over a new leaf.