18 Jun 2010

Stephen Masil Muncul Dengan Album Sulung

Petikan artikel Hiburan Harian Ekspres 26 Mei 2010

STEPHEN Masil yang popular dengan lagu Guminavo Zou Diau bakal melancarkan album solo VCD Karaoke pertamanya pada 27 Mei ini (Khamis) di Pusakag Café, Donggongon Penampang, `)ermula pukul 7.30 malam."Album tersebut akan dilancarkan oleh aktivis seni tempatan, George Motuyun. Selain itu, penggiat seni hiburan tempatan, juruhebah RTM Sabah bahagian Kadazan, rakan artis dan peminat juga dijangka hadir untuk menyerikan lagi majlis itu," katanya. Album itu yang menggunakan namanya sendiri sebagai tajuk memuatkan sepuluh buah lagu. Antaranya ialah, Poingkuo Zou Sumanganu Diau, Guminavo Zou Diau, Koiho Koh Ii Nangku, Oi Ati, Karaja Putung Gata, Id Kohungguzan, Joget Kanou Manari, Monongkotohuod, Pason Dii Ina, Muhang Daa. Rata-rata lagu yang termuat dalam album pertama Stephen ini adalah hasil ciptaannya sendiri sambil dibantu oleh Jeffery Avitus, Jeffery Koroh, Roger Alum, Douglas Henry dan juga Asmin Mudin. Untuk pembikinan album pertamanya ini, Stephen berganding tenaga dengan komposer muda dan berbakat, Douglas Henry. Selain Douglas, pemuzik lain seperti Alex Anthony (Lexxband rdxx) dan Don (Apple Studio) turut sama menyumbang usaha dalam pembikinan album ini. Sementara itu, konsep kulit album Stephen Masil juga merupakan idea kreatif Douglas Henry. Katanya: "Format album terbitan Pusakag Production .ini adalah dalam bentuk VCD Karaoke dan Audio CD, iaitu kombinasi '2 dalam 1'." "Kami juga akan menjual album ini dengan harga promosi pada hari pelancaran itu nanti," tambahnya lagi. Stephen juga sempat merakamkan penghargaannya kepada mereka yang terlibat di dalam penghasilan albumnya. "Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan album solo pertama saya ini, sehinggalah album ini berjaya diterbitkan. Saya juga mengharapkan agar mendapat sokongan dan dorongan mantap dari peminat seni hiburan tempatan supaya saya dapat terus berkarya dan diterima ramai," katanya.


Album ni dijual sekali berserta CD karaoke (2 dalam 1). Terdapat sepuluh trek kesemuanya termasuk lagu Guminavo Zou Diau yang pernah dimuatkan dalam album variasi Pusakag dulu (boleh dengar di radioblog Playlist 3). Lagu ini masih menjadi lagu terbaik dalam album ini, mungkin pesaing terdekat ialah lagu Koiho Koh Nangku yang dinyanyikan secara berduet dengan Betcy Michael. Lagu lain yang menarik minat saya ialah Muhang Daa kerana susunan muzik yang agak kreatif, seakan-akan muzik pop biasa tapi bila didengar betul-betul ada paduan beat sumazau :).

Mari kita dengar lagu pada trek 3 berjudul Karaja Putung Gata, lagu ini dituju khas pada pengkritik lirik KDM hari tu :-).







A Highly-trained Singer And KK Jazz Fest

Lama pula tidak turun ke ladang :-)...I thought of sticking a notice here "blog ini akan terhenti-henti buat sementara untuk memberi laluan kepada Piala Dunia"..haha. Anyway let's take a look at this article about another Sabahan who has been here, been there...done this, done that...met this person, met that person but decided to come back home...sounds familiar?

KOTA KINABALU: One of the new and refreshing faces in this year's 2010 KK Jazz festival is 30-year-old Rene Barrow, a Sabahan professional singer. He will be featured in the UMS Big Band's special guest appearance on the second day (June 19) of the festival. "Surprisingly, I was invited to do some Big Band stuff for this year's KK Jazz Festival, so I'm looking forward to it. I never dreamt that I would become a professional singer. Becoming a preacher was all I had ever wanted to do. Interestingly, my Mum first fell in love with my Dad because she heard him singing in a choir. So, you never know...maybe one day, someone will hear me singing and fall in love with me too!" he quipped. Barrow also appeared at the Jazz Festival Fringe events at Hyatt Hotel with Jackfruit, a local Soul-Jazz band.

Born in Kota Kinabalu, he attended Kinabalu International School and lived in Malaysia for 14 years, the UK for 13 years, the US for two years, Japan and Sweden for six months each, and West Africa for two months. Barrow is the youngest child of Dr Richard Barrow and Phebe Te-Cheng whose family was originally from China. Phebe's father, Harry Shen, was one of the first architects/engineers sent by the British Government in Hong Kong to work in Jesselton (now Kota Kinabalu) in 1951. Working with the Public Works Department (JKR), he was involved in a number of different projects, including the construction of the State Istana on Signal Hill.

It was only in September last year that Barrow decided to come home to Kota Kinabalu so that he could spend more time with his parents. Barrow is grateful to the Minister of Tourism,Culture and Environment, Datuk Masidi Manjun, saying "It's really Datuk Masidi who has helped me to come home." The Minister had suggested that Barrow work as a vocal trainer for the Sabah Cultural Board by virtue of his qualification in vocals. He has gained a distinction in Grade 8 Acoustic Guitar, and completed Radio Presentation and Voiceover courses. While studying at the ICMP (Institute of Contemporary Music Performance in UK), Barrow, who has a BA (Hons) degree in Interior Design and a Certificate in Biblical and Intercultural Studies, also had the privilege of doing an audition workshop with Dorian Holley. Holley was Michael Jackson's vocal director and a vocal coach on American Idol. "About nine of us performed a song of our choice in front of him and an audience of singers, and he would critique us, telling us what we did wrong and how to improve. After I had performed a Jazz standard called Don't Get Around Much Anymore, he (Holley) came up on stage and said, "I hope that you don't take this the wrong way, but I have nothing to say. That's exactly the way it should be done and this is how everyone should try to do it. Well done!' When he said that, my confidence shot through. the roof!" he said elatedly. Currently, Barrow gives the dancers and musicians of the Sabah Cultural Board, lessons in vocal technique, music theory and harmony, and teaches on the different aspects of being a contemporary vocalist. Barrow got into music through the Church in the UK. His brother-in-law taught him how to play the guitar when he was 13. Throughout his teens and twenties, he played the guitar in church, eventually becoming a "worship leader".
(Credit Mary Chin of Daily Express)

Wow...what a jaw-dropping profile! So I rushed googling just to sample his singing and found his MySpace. My comment (ko ada berani mati mo komen anak didik Dorian Holley? *LOL*)...to me biasa-biasa saja, adalah juga mirip-mirip Amir Yussuf sikit. The vocal tone sounds very der orang poteh gitu! I enjoy listening to his "All Along The Watchtower", ada part scatting tapi vocal range dia lebih selesa menyanyi "City Next To The Sea" (I love this one, talking about KK kah this?). Since he has distinction in radio presentation and voiceover course, I wonder if he's into becoming radio presenter (DJ), we badly...badly...need a good male presenter at Sabah VFM English segment.

Artikel dalam versi Melayu.

14 Jun 2010

Album Sulung Donna

Album ini kalau tidak silap saya mula berada di pasaran sekitar April tahun ini. Album yang memuatkan sebelas trek kesemuanya menampilkan lagu-lagu dalam bi-lingual, iaitu Dusun (5 trek) dan Melayu (6 trek). Bertuah sungguh penyanyi yang pernah merangkul gelaran juara pertandingan KK City Idol 2008 ini kerana album beliau mendapat sentuhan dari nama-nama yang kira gah di persada seni tempatan Sabah, antaranya Deddy M Borhan, Jasnie MY dan Ramli Ahmad. Tidak cukup dengan itu, album ini diglamourkan lagi dengan penglibatan orang kuat Bandaraya Kota Kinabalu, tidak lain tidak bukan Datuk Bandar KK sendiri, Datuk Ilyas Ibrahim yang menyumbang dua buah lirik.

Setelah mendengar keseluruhan trek dalam album ini, betapa saya sendiri dapat merasakan kesungguhan dan kudrat yang dicurahkan penyanyi ini menggalas tugasan menyanyi lagu berbagai genre dan tema. Berdasarkan pengamatan saya vokal 'sasa' Donna, amat sesuai menyanyikan lagu-lagu yang keras, power dan banyak 'belting'. Lagu Aku Ku benar-benar menggambarkan penampilan suara beliau yang saya maksudkan. Bila mendengar lagu ini saya rasakan beliau sedang berada dalam 'comfort zone' tersendiri. Lagu-lagu lain bolehlah saya kategorikan 'soft' yang memerlukan pembawaan dalam mode 'lembut dan manja'. Adakalanya penyanyi berjaya dan adakalanya kedengaran sedikit 'struggle' menukar ke mode tersebut. Keberanian penyanyi menyampaikan lagu berentak joget (Joget 3K) dan keroncong (Keroncong Bandaraya) harus diberi pujian. Walaupun kurang mencengkam, kerana lagu sebegini memerlukan lenggang-lenggok yang khusus di samping suara yang extra lembut dan lunak (terutama lagu keroncong) tapi secara keseluruhannya penyanyi mampu juga memberi justice kepada lagu-lagu tersebut.

Trademark penggubah muzik Jasni MY, yang menggabungkan bunyi-bunyian akustik dengan synthesizer, begitu sinonim dalam album ini. Bunyi string kedengaran begitu hidup, padat dan mantap dalam lagu Pamasiku dan tidak kurang menariknya juga dalam lagu Tondu Unduk Ngadau.Keseluruhannya kualiti lagu-lagu dan produksi untuk album ini bolehlah dibanggakan dan sedikit sebanyak telah mengangkat standard album-album tempatan.

**********************************

Sambil-sambil tu mari kita berhibur pula dengan gambar yang cukup dramatik ini...kekekek

Salahkan bola


Sebelum gambar yang paling atas tu, sepatutnya ada lagi gambar dia sudah rangkul tu bola (bola sudah dirangkul tapi pandai terlepas...hehe). Seluruh dunia terkejut (teringat pula aksi aku membubut, menangkap ayam). Steven Gerard in an interview blames the ball. Is something really wrong with the new Adidas ball? Sebab sebelum WC start pemain-pemain sudah merungut pasal ada yang tidak kena with the new ball.

11 Jun 2010

Lirik Merendahkan Imej KDM

Lirik lagu-lagu KDM kena kritik lagi..hehe. Selain daripada terlalu bertemakan 'aramaiti', pengkritik bilang terlalu banyak berunsur cinta dan err...sex! (Ya kah?)

Mail Mathew
Daily Ecpress

KENINGAU: Sabah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Council of Elders (Penatua) urged the Kadazandusun Cultural Association (KDCA) and other KDM cultural associations to act on the tendency lately to produce songs containing lyrics that are lowering the community's image.

Its deputy chairperson, Robert Linggi, said young song composers nowadays are using love-laced lyrics that could cause "outsiders to think cheaply of the KDMs." He cited the songs Mansau Ansau Aku (Looking for a partner), Mantau Sementara (Temporary in-law) and the Murut song Tinaluan Lair Ulu Nagauk Ra Sarandaman (Groggy after overnight drinking).

"We do not want a negative perception," he said, adding that these songs are also a bad influence on the community's youngsters. He said PKR is willing to work with the KDCA and other KDM-based associations to put right the situation. Surely, we don't want others to think that the KDM community only likes to have fun and indulge in drinking. There are songs in the market whose lyrics are heavy on love and sex."

He believed the KDM community is not short of good and professional singers and it would be better if the composers focus on goodness and educational values.
Linggi said he proposed this to the KDCA because its Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan is now in the Government.

"Because of his position, he could propose this for the sake of the KDM future and image," he said. He said that should the PKR form the government, the proposal would be implemented, adding he has raised the issue with several KDM leaders in Barisan Nasional (BN).


Maka dengan itu marilah kita undi PKR :=).

Well..this is not a new thing. In my opinion our lyrics to some extent have improved a lot. RTM is really monitoring the situation. Lagu-lagu yang diputarkan di radio kira selamat didengar. Yang lain-lain tu anggap ja lah hiburan underground (termasuk dalam blog ini..hehe). It's all up to the individual's taste. Lagipun dalam sesebuah album tu ada banyak lagu, bukan semua lagu berlirik seperti pengkritik tu cakap...ada lirik serius, nasihat, perayaan dan lain-lain.

*********************************************


Dari Kelas Tarian Ke Jinjang Pelamin

PELANTUN lagu Learning You, Alvin Mahathir Yunus. atau lebih dikenali sebagai
Alvin MY kelihatan segak mengenakan pakaian tradisional Dusun Tindal di sebelah isteri tersayang, Dazeree Joan Joannes, ketika majlis resepsi di Kota Belud baru-baru ini. Bernmla dengan pertemuan pada pertengahan 2009 ketika hersama-sama menghadiri kelas tarian. perasaan cinta mulai tersemai di antara Alvin 29 dan Dazeree. 25. Mereka mengikat tali pertunangan pada I8 Mac, tahun ini dan diperkukuhkan lagi dengan akad nikah pada 18 Mei, tahun ini. Majlis resepsi itu juga dimeriahkan dengan kehadiran bberapa artis tempatan, antaranya Betcy Michael dan Atama. (Kredit Richado Unto Hiburan Harian Ekpres)

Tahniah semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!

More pics at Alvin's Facebook

10 Jun 2010

Industri Muzik Di Sabah Ada Perkembangan

Articles on the My Music Part 1 showcase at Shenigan last month, was it 25 May? Can't recall..:).

Ricardo Unto
riqiriqi@gmail.com

ARENA muzik di Sabah semakin giat berkembang dan perkembangan ini mencuri perhatian
artis-artis dari luar Sabah untuk memberanikan diri menjejak kaki ke sini. Ini terbukti menerusi program My Music Part 1 yang diadakan di ibu negeri baru-baru ini.

My Music Part 1 menghimpunkan lapan artis individu dan berkumpulan yang dipersembahkan dalam dua malam. Program hiburan ini dijayakan oleh Alibi Music dan Cado Creative Events & Production (CCEP). Selain itu, Alibi Music juga menjadikan My Music Part 1 sebagai pembuka tirai kepada Alibi Promo Tour untuk tahun ini.

"Alibi Promo Tour pada tahun ini bermula di Kota Kinabalu. Antara artis-artis Alibi yang terlibat ialah The Fabulous Cats, Nabil Zamanhuri, Marsha, Lah Ahmad, Ezlynn, Han dan penampilan istimewa artis Singapura, Sleeq," jelas Pengurus Kanan Alibi Music, KC Ismail.

"Selepas KK, kami mengadakan gig di No Black Tie, KL. Insya Allah selepas ini kami akan ke Hard Rock Cafe Pulau Pinang dan banyak lagi tempat lain," tambahnya lagi.
Alibi Music adalah satu-satunya syarikat rakaman yang mempunyai rangkaian artis dari 3 negara Malaysia, Singapura dan Indonesia dan menjadikan Alibi Music antara syarikat rakaman terbaru yang agresif menyemarakkan industri muzik tempatan.

"Sebenarnya Alibi Music, namanya sahaja yang masih baru. Sebelum ini, semua urusan berkaitan muzik dikendalikan oleh Metadome. Melihat sejarah Metadome, sebenarnya syarikat ini sudah beroperasi hampir 8 tahun lamanya. Baik artis baru mahupun
yang sudah ada nama, kebanyakan mereka punya keyakinan terhadap Alibi, kerana melihat sejarahnya sebelum ini.

"Strategi dan rancangan pemasaran Alibi Music membuatkan banyak artis-artis mahu bekerjasama dan berada di bawah label kami. Alibi punya cara tersendiri. Malah kami juga pernah mengendalikan bintang antarabangsa seperti Anggun, Afgan, Dewa 19, Mulan Jameela dari Indonesia dan banyak lagi," kata KC.

Kepada satu soalan, KC menjawab: "Saya rasa industri muzik di Sabah secara keseluruhan ada improvement. Ini dapat dilihat dengan lahirnya ramai bintang-bintang baru dari Sabah yang telah berjaya mencipta nama di Semenanjung." KC, yang pernah menjadi DJ di sebuah stesen radio tempatan dahulu juga tidak menafikan prospek untuk membawa artis-artis naungan Alibi Music ke Sabah sekali lagi

"Ya, sudah tentu ada perancangan. Show yang lebih besar... masih dalam perancangan, insya-Allah," jelasnya. Namun demikian, di kala keghairahan artis-artis di bawah naungan Alibi Music menjayakan My Music Part 1, kedengaran suara-suara sumbang yang mengkritik program ini dan juga program-program lain yang dijayakan oleh CCEP.

"Ada yang mengatakan sesuatu yang besar seperti ini (My Music Part 1), perlu ada publisiti yang meluas. Ya, saya tidak nafikan ini," kata Richado Tawith, yang mengendalikan CCEP. Tambahnya lagi: "Ada juga yang memberi respons negatif mengenai barisan artis yang membuat persembahan. Mereka tidak berpuas hati kerana tidak dijemput untuk membuat persembahan, dan mempersoalkan kenapa perlu memanggil artis luar' dan bukan artis ternpatan di Sabah.

"Sebenarnya, kami hanyalah pengurus program ini, dan bukan penganjur... kami hanya menolong Alibi Music kerana mereka yang melantik kami. Walau bagaimanapun, ada juga artis-artis dari Sabah yang buat persembahan, seperti Marsha, Han dan Zizi. Tambahan pula, Alvin MY diberi penghargaan untuk membuat persembahan pembukaan untuk kedua-dua malam."

Artis-artis yang membuat persembahan pada kedua-dua malam itu ternyata tidak menghampakan penonton yang hadir. Rata-rata penonton berpuas hati dengan persembahan yang diadakan. Namun, kehadiran penonton pada malam itu agak hambar, dan ini mungkin disebabkan oleh harga tiket yang dilihat terlalu mahal, tambahan pula diadakan pada hari biasa dan bukan pada hujung minggu.

"Ya, harga tiket memang agak mahal. Lain kali, kami akan kurangkan harga tiket dan kurangkan artis yang akan membuat persembahan. Tapi harga itu ditetapkan disebabkan oleh perbelanjaan yang perlu ditanggung... logistik, penerbangan, dan lain-lain.

"Sebenarnya CCEP tidak berkira sangat pasal mengaut keuntungan. Yang penting, kita di sini tidak ketinggalan dengan perkembangan muzik di Semenanjung. Dan kami menunjukkan sokongan kami kepada industri muzik terutama orang Sabah, dan membolehkan mereka mendekati artis-artis kesayangan mereka," jelas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Lambang Cinta ini bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Richado juga sempat ditanya mengenai perkembangan karier muziknya sendiri. "Saya menyanyi?... kadang-kadang ada juga saya menyanyi. Kalau ada perminttin atau jemputan, saya pergilah. Lagipun saya sibukjengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya juga menceburi bidang pener..
.(err artikel asal pun memang tergantung di sini..hehe)

Apa pun syabaslah kepada penganjur...

Kredit Hiburan Harian Ekspres

9 Jun 2010

Pesta Kaamatan Pertisa 2010

8 Jun 2010

Marsha Digoda Lesbian

BUKAN mudah menjadi wanita cantik, sering mendapat godaan dari golongan lelaki adalah sesuatu yang normal namun bagi Marsha Milan Londoh atau lebih senang dipanggil Marsha mengakui sering mendapat perhatian dari golongan kaum sejenis (Lesbian).

Walau bagaimanapun, menurut Marsha, dia tidak pernah memberi sebarang reaksi negatif kepada golongan ini, malah menganggap mereka sebagai peminat yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

"Saya hairan juga kemana sahaja saya pergi sering mendapat perhatian, bukan dari lelaki tetapi kaum wanita.

"Tapi saya tidak pernah menghindari mereka malah menghargai salam perkenalan yang dihulurkan dan menganggap mereka sebagai kenalan baru," jelas bintang Akeademi Fantasia ini.

Ketika ditanya sebabnya, Marsha sendiri tidak tahu jawapan yang menyebabkan ramai golongan lesbian tertarik kepadanya.

"Entahlah, saya juga tidak tahu kenapa, mungkin sifat mesra saya kepada semua orang telah disalah anggap oleh mereka. Tapi apa pun selagi tidak menganggu keselamatan saya tidak kisah," jelasnya.

Dalam pada itu, Marsha juga bakal mempromosikan single terbarunya berjudul Ruang Kedua bersama Julian Cety dari Perancis tidak lama lagi.

"Lagu tersebut sudah diputarkan dicorong radio dan sambutan juga agak baik, kami tengah menunggu Julian Cety untuk datang ke Malaysia dalam jangka masa terdekat ini bagi mempromosikan single terbaru ini," katanya.(credit mStar online)


Mungkin lesbian-lesbian tu nampak si Marsha ni cantik, menarik tapi masih solo macam tiada orang berkenan, so durang pigilah approach dia mana tau ada nasib.....ini kes lesbian mencuba nasib lah ni :). Tidak cuba tidak tau kali durang bilang..hehe.

Dan pengakuan jejaka 'straight' Perancis terhadap Marsha.



Video bonus..

7 Jun 2010

Album Kedua Esther A.C





Beginilah rupabentuk sleeve album kedua Esther Applunius Chin, hasil rekaan Shirley Marie Kenny. Album kedua ini mula dipasarkan pada penghujung Mei lepas dan memuatkan lapan trek kesemuanya. Walaubagaimanapun hanya lima trek merupakan hasil rakaman terbaru manakala tiga trek lagi adalah lagu-lagu yang diambil dari album pertama. Lagu trek pertama berjudul Selalu telahpun dimainkan diblog ini dan rasanya anda sendiri boleh menilai lagu tersebut (untuk tujuan review saya cuma sentuh lima trek yang terbaru sahaja).

Selain Selalu lagu yang tidak kurang menariknya ialah lagu berbahasa Inggeris Miss You Very Strong, not so sure if this phrase is acceptable in standard English but who cares, janji menghiburkan. Rentak dan gubahan muzik lagu ini sedikit sebanyak mengingatkan saya pada lagu Kantoi oleh Zee Avi.










Menyusul seterusnya, sebuah lagu Dusun berentak R & B berjudul Miilang Kito Koposion yang dinyanyikan Esther secara duet dengan Usal Jon Gavis. Hebat gandingan suara mereka berdua umpama mendengar James Ingram dan Anita Baker menyanyi lagu Dusun :). Cuma yang saya 'tidak ketehenen' durasi lagu ini 6:38 minit dan penampilan vokal latar kurang mantap justeru kurang mencapai piawaian telinga saya (tu dia ada piawaian pula telinga saya ni kan..hehe).










Yang menariknya juga dalam album ini ialah bilamana terselitnya sebuah trek lagu Cina berjudul Zhou Chien (bahasa mandarin bah ni kan). Walaupun saya kurang arif tentang lagu-lagu berbahasa mandarin ni, tapi bila mendengar Esther menyanyi lagu ini, tersentaplah juga dan boleh saya simpulkan penyampaian Esther dengan feel-feelnya sekali setaraf dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa Cina di pasaran dunia dan layak masuk mana-mana carta lagu pop mandarin.










Akhir sekali sebuah trek lagu bertemakan perayaan Kaamatan dalam bahasa Kadazan berjudul Lamazo Tokou Kaamatan. Walaupun bertema Kaamatan, tapi lagu ini terkeluar dari 'zon selamat' lagu-lagu dengan tema serupa bilamana rentaknya digubah dalam genre rock and roll dan bukannya pop sumayau seperti lazimnya (tapi sebelum ni pun memang ada juga lagu-lagu kaamatan dalam rentak conventional kan, terutama Cha Cha)

Demikianlah serba-sedikit ulasan untuk album kedua Esther A.C. Secara keseluruhannya album ini memang 'boleh ketehenen' dan berbaloi untuk dimiliki. Oh ya KTV untuk album inipun boleh diperolehi di pasaran (dijual secara berasingan).

Carta Minggu 22

Just wanna highlight the chart for week 22.

Ethnic Pop

1. Donna - Tondu Unduk Ngadau
2. Aldro - Sinding Rumamai
3. Jimmy - Tanak Kampung
4. Joy Misi - Koupusanku Ginawoku
5. Sindey - Nakatibusu
6. TDM - Hiti Noh Pitongkiadan
7. Bintanok - Bintanok Group
8. Esther - Koyadan Id Koposizon
9. Velvet - Tihadku
10. Sindey - Laangku



Kekek...untunglah siapa ada kebun getah harga sekarang RM 2.65/kg - RM 9.45/kg. Soalan teka-teki kita, apakah benda walaupun busuk tapi orang tetap curi? (tiada hadiah siapa dapat jawap tepat)

Malay/Mix


1. Adira - Ku Ada Kamu
2. Stacy - Kisah Kita
3. Petrus Edwin - Resort Burung Garuda
4. Web - Sumandak Sabah
5. Piton - Cakap Mak Bapa Kira Belakang
6. Aim - Penanggung Sepi
7. Ema - Hati Hati
8. David Pinus - Tak Ingin Kembali
9. Kay Kastum & Defoo - This Is Kaamatan
10. Anum - Berakhir Sebelum Bermula


The chart for recent week (week 23) is as shown on the side bar.

4 Jun 2010

Borneo Soul Breakerz on 8TV Showdown

Link Facebook Borneo Soul Breakerz

Borneo Soul Breakerz


Tukoi...nama tu bah..punyalah urban. Kalau saya join durang ni, saya pakai ja nama Tuntuad...habis tarian pun banyak tertonggeng-tonggeng kan..kekekekek! Anyway..syabas! and by the way, bisuk (5 Jun) audition rancangan KEYNOTE di SIA KK.

Rentak Juara 2010

Satu lagi pertandingan yang rancak berlangsung di RTM ialah pertandingan Rentak Juara Musim 4 (apa sudah jadi dengan juara-juara 3 musim lepas?). Setakat ni yang saya tahu kumpulan The Fingers, yang berentap di suku akhir pada 1 Mei lalu, berjaya ke pusingan seterusnya (separuh akhir). Kumpulan Run-Now yang menampilkan Ivye Alexandra sebagai vokalis utama, telah berentap di suku akhir pada 29 Mei lepas tapi tidak tahu macam mana nasib durang ni sebab saya pun tiada tengok...hehe!

Run-Now

Dan bila check official website Rentak Juara 2010....choi!! Sudahlah tiada maklumat tentang peserta-peserta bertanding, kena update pun tidak, buang karan ja pi klik!

3 Jun 2010

Nokuro 29 - Kakal

Yeah they're back! Selepas lebih kurang empat tahun menyepi, kumpulan Nokuro 29 kembali dengan album kedua mereka yang akan dipasarkan tidak lama lagi.



Kalau dulu bertiga kali ini durang berempat

Sebagai hidangan pusas pemanas badan mari kita dengar lagu berikut yang berjudul Kakal versi studio bocor (belum mix dsb)










Buli tahan...

***********************************

SAD NEWS

Passing of "Sayang Kinabalu" singer

2 Jun 2010

Sahabat - Webs ft T-Street

Mari kita dengar lagu yang tidak kurang menariknya ini. Lagu berentak reggae berjudul Sahabat, dendangan Webs ft ReubN of T-Street.










Woww...thumbs up! Nice climax. Reggae music is always fun to listen to. I like the vocal and musical arrangement. Nice audio recording too. Things are getting better with these guys..bravo..keep it up!


Credits go to:

Lyrics by Cyril Teo, MC Roll'N & ReubN of T-Street
Song Arranged by ReubN of T-Street, Herman Iawani of Mern Studio, Cyril Teo
Mixed & Mastered by Herman Iawani @ Mern Studio
Additional Backing Vocals by ReubN of T-Street & Herman Iawani

1 Jun 2010

Local CDs

Just some of the CDs I manage to grab at KDCA. Unfortunately I didn't see any booth promoting CDs of indie bands...Andalusia, Jiaja, Frontman etc (??) :(



Review coming soon!

State Unduk Ngadau 2010


Congrats to all the winners!

The Unduk Ngadau happens to have a Facebook, Crytel's Facebook

She is a familiar face in modelling and beauty pageant contests, and recently chosen as Miss April of Sensuala Calender Girl