30 Dec 2008

Bye..bye...2008!

Kurang dari 25 jam dari sekarang tahun 2008 akan melabuhkan tirainya.

Kalau diimbas kembali peristiwa-peristiwa silam dalam tahun ini yang berkaitan seni hiburan, banyak kenangan manis yang dialami bakat-bakat seni dari Sabah. Dalam bulan Mac bakat mentah dari Kg. Ketiau Putatan, Norayu Damit (Ayu), mengejutkan negara bilamana dinobatkan sebagai juara One In A Million untuk musim kedua. Dua bulan selepas itu, Stacy menamatkan penantian lima tahun masyarakat negeri ini untuk menyaksikan wakil dari Negeri Di Bawah Bayu mengungguli juara Akademi Fantasia. Program realiti Gangstarz musim dua terbitan TV3, juga menyaksikan One Nation Emcee (O.N.E) yang dianggotai sebahagian besar bakat dari negeri ini muncul sebagai juara. Satu lagi kejuaraan yang juga disandang oleh anak watan Sabah ialah menerusi Reynaldo Pagie yang menjuarai salah satu kategori pada Fiesta Melodi Asean di Vietnam.


Tahun 2008 juga menyaksikan kemunculan Suria FM Kinabalu dalam bulan Ogos. Siaran radio ini merupakan segmen khas stesyen radio Suria FM kepada pendengar-pendengar di Sabah. Malangnya hanya pendengar-pendengar di Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan di sekitarnya (sebahagian kecil Penampang, Tuaran, Tamparuli dan Papar) sahaja yang dapat mengikuti siaran berkenaan. Kemunculan Suria FM Kinabalu yang menggunakan 'cakapan Sabah' sepenuhnya oleh DJ yang bertugas memberi inspirasi kepada Sabah FM mewujudkan program yang diberi nama "Bah Ngam Lah Bah Tu!" bermula November, setiap hari dari jam 2 hingga 4 petang. Perkembangan ini menggambarkan pihak-pihak tertentu 'tersedar' betapa masyarakat negeri ini begitu dahagakan program radio bersuasanakan tempatan (akhirnya ada tindakbalas juga kan! Ndak sia-sia dBOS-fm jadi mangkin! Oops...terlebih sudah...terpuji pula diri sendiri!). Bayangkanlah sebelum ini bila ada sesi 'phone-in' terasa begitu janggal sekali bila mendengar DJ yang bertugas menggunakan slang KL dan si pemanggil 'cakap Sabah'. Adakalanya kedua-dua pihak begitu menghadapi kerumitan sampai tersasul-sasul. Setiap kali mendengar sesi perbualan durang saya kerap bersuara "aiyaa...susah-susah...cakap Sabah sajalah!".

PERTISA juga mengadakan majlis anugerah untuk menghargai sumbangan penggiat-penggiat seni hiburan tempatan. Harap-harap diteruskan tahun hadapan dan bukannya empat tahun sekali.

Demikianlah sedikit sebanyak peristiwa-peristiwa manis yang dialami oleh dunia seni hiburan tempatan kita sepanjang tahun 2008 (Ada lagi yang saya tidak tersebut kah? Apa? Survey terbakar? ishh...itu peristiwa berdarah) Dalam erti kata lain...2008 has been very, very good to us. Adakah kejayaan-kejayaan yang dikecapi dalam tahun 2008 bakal berulang di tahun 2009? Sama-samalah kita nantikan (silap haribulan ada mengkali yang menang di peringkat antarabangsa)

29 Dec 2008

Ebi - Pahlawan Cinta

Kali pertama mendengar lagu ini ialah semasa Konsert Ambang Merdeka di KK Ogos lalu. Ebi memperdengarkan lagu hasil karya beliau sendiri buat pertama kali, eksklusif untuk penonton di KK malam tu, dia bilang :)

Ebi - Pahlawan Cinta

Ku tak tahu apa yang ku lakukan untukmu
Dan ku tak tahu apa ada di hatimu
Ku tak tahu apakah dosa dan salahku
Dan ku tak tahu apa niat di hatimu


Memang tak pernah ku menyangka
Aku hidup dalam dilema
Akan ku lawan sampai mati


#
Aku cinta
Wanita itu
Suatu ketika dulu
Tertulis di hatiku

Ku tak peduli apa kau lakukan padaku
Kerana ku tahu perangaimu macam hantu
Ku tahu ku bukan yang terbaik untukmu
Dan kau juga bukanlah srikandi cintaku

Memang tak pernah ku menyangka
Aku hidup dalam dilema
Akan ku lawan sampai mati

(ulang #)

##
Aku cinta
Wanita itu
Wanita yang selalu
Menyakiti hatiku
woo...woo...woo

Yang terjadi usah ditanya
Kerna ini 'kan jadi sejarah
Pahlawan cinta

(ulang # dan ##)

...selamat menyanyi (Playlist 1)

26 Dec 2008

Penghibur dicari

Kalau tengok syarat-syarat penyertaan, bakat yang dicari adalah bakat yang betul-betul 'fresh'. So siapa-siapa yang rasa dia memenuhi syarat dan berbakat, tunggu apa lagi!