Kalau diimbas kembali peristiwa-peristiwa silam dalam tahun ini yang berkaitan seni hiburan, banyak kenangan manis yang dialami bakat-bakat seni dari Sabah. Dalam bulan Mac bakat mentah dari Kg. Ketiau Putatan, Norayu Damit (Ayu), mengejutkan negara bilamana dinobatkan sebagai juara One In A Million untuk musim kedua. Dua bulan selepas itu, Stacy menamatkan penantian lima tahun masyarakat negeri ini untuk menyaksikan wakil dari Negeri Di Bawah Bayu mengungguli juara Akademi Fantasia. Program realiti Gangstarz musim dua terbitan TV3, juga menyaksikan One Nation Emcee (O.N.E) yang dianggotai sebahagian besar bakat dari negeri ini muncul sebagai juara. Satu lagi kejuaraan yang juga disandang oleh anak watan Sabah ialah menerusi Reynaldo Pagie yang menjuarai salah satu kategori pada Fiesta Melodi Asean di Vietnam.
Tahun 2008 juga menyaksikan kemunculan Suria FM Kinabalu dalam bulan Ogos. Siaran radio ini merupakan segmen khas stesyen radio Suria FM kepada pendengar-pendengar di Sabah. Malangnya hanya pendengar-pendengar di Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan di sekitarnya (sebahagian kecil Penampang, Tuaran, Tamparuli dan Papar) sahaja yang dapat mengikuti siaran berkenaan. Kemunculan Suria FM Kinabalu yang menggunakan 'cakapan Sabah' sepenuhnya oleh DJ yang bertugas memberi inspirasi kepada Sabah FM mewujudkan program yang diberi nama "Bah Ngam Lah Bah Tu!" bermula November, setiap hari dari jam 2 hingga 4 petang. Perkembangan ini menggambarkan pihak-pihak tertentu 'tersedar' betapa masyarakat negeri ini begitu dahagakan program radio bersuasanakan tempatan (akhirnya ada tindakbalas juga kan! Ndak sia-sia dBOS-fm jadi mangkin! Oops...terlebih sudah...terpuji pula diri sendiri!). Bayangkanlah sebelum ini bila ada sesi 'phone-in' terasa begitu janggal sekali bila mendengar DJ yang bertugas menggunakan slang KL dan si pemanggil 'cakap Sabah'. Adakalanya kedua-dua pihak begitu menghadapi kerumitan sampai tersasul-sasul. Setiap kali mendengar sesi perbualan durang saya kerap bersuara "aiyaa...susah-susah...cakap Sabah sajalah!".
PERTISA juga mengadakan majlis anugerah untuk menghargai sumbangan penggiat-penggiat seni hiburan tempatan. Harap-harap diteruskan tahun hadapan dan bukannya empat tahun sekali.
Demikianlah sedikit sebanyak peristiwa-peristiwa manis yang dialami oleh dunia seni hiburan tempatan kita sepanjang tahun 2008 (Ada lagi yang saya tidak tersebut kah? Apa? Survey terbakar? ishh...itu peristiwa berdarah) Dalam erti kata lain...2008 has been very, very good to us. Adakah kejayaan-kejayaan yang dikecapi dalam tahun 2008 bakal berulang di tahun 2009? Sama-samalah kita nantikan (silap haribulan ada mengkali yang menang di peringkat antarabangsa)
30 Dec 2008
Bye..bye...2008!
29 Dec 2008
Ebi - Pahlawan Cinta
Ebi - Pahlawan Cinta
Ku tak tahu apa yang ku lakukan untukmu
Dan ku tak tahu apa ada di hatimu
Ku tak tahu apakah dosa dan salahku
Dan ku tak tahu apa niat di hatimu
Memang tak pernah ku menyangka
Aku hidup dalam dilema
Akan ku lawan sampai mati
#
Aku cinta
Wanita itu
Suatu ketika dulu
Tertulis di hatiku
Ku tak peduli apa kau lakukan padaku
Kerana ku tahu perangaimu macam hantu
Ku tahu ku bukan yang terbaik untukmu
Dan kau juga bukanlah srikandi cintaku
Memang tak pernah ku menyangka
Aku hidup dalam dilema
Akan ku lawan sampai mati
Aku cinta
Wanita itu
Wanita yang selalu
Menyakiti hatiku
woo...woo...woo
Yang terjadi usah ditanya
Kerna ini 'kan jadi sejarah
Pahlawan cinta
(ulang # dan ##)
...selamat menyanyi (Playlist 1)
26 Dec 2008
Penghibur dicari
The Divine Masters
ADA yang beranggapan naib juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Lotter sudah tenggelam dek dihanyut arus deras kemunculan banyak muka baru dalam program realiti sama. Nampaknya tanggapan itu nyata tersasar.Anak muda berusia 26 tahun itu tidak hilang seperti disangka, sebaliknya dia masih melunaskan tanggungjawab sebagai anak seni walaupun penglibatan dirinya masih boleh dibilang dengan jari.Tidak mudah melatah dengan nasib kurang menyebelahi dirinya, Lotter tetap mahu menyanyi sambil menghibur jiwa peminat yang selama ini menyokong kariernya.Diam anak sulung daripada enam beradik ini rupa-rupanya bukan kosong, sebalik terisi dengan kemunculan The Divine Masters (TDM), sebuah kumpulan berpaksi kepada alunan irama rock alternatif.
Kalau Lotter nekad membuat keputusan itu, barangkali ada kata-kata sinikal yang mengaitkan pemilik nama lengkap ini, Lotter P. Edwin Edin berjauhan hati dengan keadaan kurang membahagiakan diri.
"Saya bukannya merajuk atau kecewa seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak sebelum ini. Saya ada saja di sini teruskan kegiatan seni, cuma undangan nyanyian tidaklah sebanyak seperti waktu awal melangkahkan kaki keluar daripada AF4.Banyak masa dihabiskan di kampung halaman di Mambakut, Sabah sambil sesekali mengadakan pertunjukan pentas, lalu merencana masa depan untuk membawa haluan diri ke tahap lebih baik. November tahun lepas kontrak saya bersama Maestro Talent and Management tamat. Lantas sekarang dengan rasminya saya keluar daripada pihak pengurusan itu. Buat masa ini, saya menguruskan kerjaya sendiri sambil dibantu oleh makcik yang juga merangkap pengurus saya," ungkap Lotter ketika hadir di pejabat Utusan.
Dek cinta terlalu mendalam terhadap bidang muzik, Lotter mengambil inisiatif mewujudkan TDM agar jiwa yang masih bergelora kepada lapangan seni dapat diteruskan, tanpa perlu menjadi mimpi di siang hari.Paling menarik, Lotter yang memegang takhta sebagai vokalis sebenarnya mengundang tiga adiknya; Lister berusia 24 tahun, Luther, (23) dan Leill Petrus Edwin Edin (18) yang mempunyai skil bermain alat muzik untuk bergabung, lantas meredah onak cabang seni yang tidak berkesudahan.
Menurut Lotter, sebulan selepas mengucapkan salam perpisahan dengan Maestro, dia terus menubuhkan TDM yang dilihat berpotensi untuk mara ke depan apatah lagi grup ini bukan sembarangan sebaliknya dianggotai ahli keluarga sendiri.
"Disember tahun lepas, saya dan adik-adik sebulat suara menubuhkan TDM. Impian untuk satukan kami adik-beradik sebenarnya sudah lama singgah dalam fikiran, malah rancangan itu sudah ada sebelum saya menyertai AF4 lagi. Saya dapat idea untuk ada kumpulan sendiri sebab adik saya pandai bermain alat muzik. Kami sememangnya menggemari muzik sejak dari kecil lagi, ditambah ada juga yang pandai gubah lagu. Pada mulanya hanya saya dan dua adik lain, Lister serta Luther saja yang tersenarai untuk menyertai kumpulan ini disebabkan Leill masih bersekolah.
"Setelah saya keluar AF4, Leill tamat persekolahan. Dia juga berbakat di dalam bidang muzik, jadi tiada salahnya untuk saya mengajak dia sekali sertai kumpulan kami. Dari situlah timbulnya cerita untuk kami empat beradik ini bersatu. Justeru, kalau ada yang cakap saya tubuhkan TDM selepas keluar AF4 dan sebab nasib saya kurang baik dalam bidang nyanyian, itu memang salah dan tidak benar sama sekali. Saya menghabiskan tempoh hampir setahun untuk membuat latihan rapi terhadap vokal dan mengajar adik-beradik saya berdepan dengan orang ramai termasuk para media," jawab Lotter sambil diperhatikan tiga adiknya yang ternyata kagum dengan kepetahan si abang menjawab soalan.
Bercakap tentang relevan nama TDM, Lotter menerangkan bahawa ia memberi pengertian terindah yang sukar digambarkan dengan luahan rasa luaran.
"Kami tidak mempunyai sebarang asas atau pelajaran tentang muzik. Jadi kami sekadar mencampurkan segala bunyi-bunyian ke dalam muzik yang ingin kami ekspresikan. Dengan bakat tidak seberapa yang kami miliki, TDM dapat menjalankan eksperimen untuk menghasilkan karya bermutu meski kami tidak pernah menghadiri sekolah berkaitan muzik secara professional. Itulah matlamat utama kami menceburkan diri dalam bidang seni suara," akui Lotter.
Enggan menoleh belakang, sebaliknya Lotter bersama tiga darah dagingnya itu menyetujui untuk bergandingan dalam TDM.Mereka menata konsep berbeza dengan grup lain sedia ada di Malaysia, iaitu rock alternatif, namun digarap mengikut acuan rentak Sumazau.
"Itu boleh dikira sebagai keistimewaan TDM selain menampil adik-beradik dalam satu kumpulan muzik sama. Kami sengaja suntik elemen etnik dalam garapan muzik disebabkan mahu memperlihatkan pembaharuan. Dengan lirik ditulis dalam bahasa Melayu dan diterapkan irama tradisional, maka kami harap album kami yang bakal dipasar Mac atau April tahun depan akan diterima ramai," mohon Lotter sambil disetujui si adik yang lain.
Bercerita lebih lanjut tentang album yang kini berada dalam nisbah 50 peratus untuk disempurna sebelum benar-benar boleh berlagu bebas di udara, beritahu Lotter, album sulung TDM memuatkan sebanyak lapan buah lagu. Menarik sekali dalam album yang menggunakan bajet sendiri ini apabila tiga bahasa diselit - bahasa Melayu, Inggeris dan Dusun.
Lister yang hanya terdiam mulai mengambil tempat Lotter untuk mengungkap serba-sedikit tentang album yang secara sah bakal menjadi hak milik TDM selang beberapa bulan lagi.
"Lagu yang sudah disiapkan dalam album ini adalah Di Sampingmu, Fell In Love, She's Gone dan Merpati. Lagu-lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh kami serta ia juga mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan termasuk proses rakaman. Kami rakamkan lagu-lagu ini di sebuah studio di Damansara. Pengalaman merakam lagu memang payah pada awalannya, namun lama-kelamaan kami berjaya atasi kesulitan itu. Lagu Di Sampingmu sekarang sudah dimainkan di beberapa stesen radio tempatan. Kami cukup terharu dengan sambutan lagu ini. TDM mahu lakukan yang terbaik dalam usaha mengembang nama kumpulan ini ke tahap lebih atas. Buat masa ini, kami masih belajar banyak perkara untuk memperbaiki taraf TDM.
"Kami berikrar untuk sentiasa dapatkan ilmu baru, lantas ia dapat diaplikasi dalam muzik kami," tutur Lister dalam nada cukup bersemangat untuk memacu langkah sebagai anak seni, ibarat Lotter yang terlebih dulu menempuhi tempias glamor sejak dua tahun lalu.
24 Dec 2008
23 Dec 2008
Felix - Aku Juga Iya
Mari kita dengar dan menyanyi bersama-sama single terbaru Felix Agus bertajuk Aku Juga Iya
Felix Agus - Aku Juga Iya
Kamu sedang kecewa
Aku juga...iya
Dia telah tinggalkan kamu
Aku juga...iya
Nasib kita serupa
Mangsa noda cinta
Lelaki dan wanita sama
Sering sakit menyakiti
Korus:
Tapi tak mengapa
Aku bisa menemani mu
Di saat-saat seperti ini
Aku tahu kemahuanmu
kesetiaan dan kebahagiaan
(ulang 2 kali)
Aku mahu dampingi kamu
Kamu bilang...iya
Aku mahu cintai kamu
Kamu bilang...iya
Pararap...pararap...pararap...pararap
(Ulang korus)
Ayu kita mulai menyatu
Selagi sering memerlukan
Biarkan kisah lama berlalu
Kita bikin cerita baru
(habisss)
So amacam? Apalah ko bilang? Aku Bilang....BEST! First time dengar terus terpesona. Yang ini saya rasa boleh tembusi pasaran Indonesia, lebih-lebih lagi nama penyanyinya ada bunyi Indon. Silap-silap bisa dipanggil Felix Bagus! Hehe...
Lagu boleh didengari di Playlist 1 (kalau mau yang kualiti bagus jangan lupa dapatkan yang original ya!)
Episod - Berhasrat tembusi Indonesia
Selebriti Borneo melaporkan Esther Apolonius berjaya terpilih dalam Top 12 OIAM3 walaupun statement masih ada tanda soal (?) :). Kalau betul (harap-harap lah betul) saya tidak hairan. Tapi yang saya terhairan sikit bila terbaca info berikut.
"Pernah menghadiri sesi ujibakat OIAM 1 dan 2, Akademi Fantasia 2,3,4,5 dan 6, Mentor 1 dan 2. Pernah disenaraipendekkan bersama Velvet di dalam AF4, namun Velvet lebih bernasib baik."
So rupa-rupanya hampir kesemua sesi ujibakat (kecuali anjuran TV3) beliau pernah hadiri pula sebelum ini. Mmmm...sampai hati juga juri tidak pilih kan! Untuk tambahan kepada info di atas, beliau juga merupakan juara Sugandoi Kaamatan 2005 :)
22 Dec 2008
Video muzik Hanya Di Mercu
Kelas dan menarik sekali video penyanyi yang dikatakan ujud dalam sejuta ni :=). Lokasi penggambaran, mengingatkan saya filem Lord of The Ring.
20 Dec 2008
Christmas decor
Christmas trees everywhere
Buhavan Square Donggongon
A Christmas Party is being held today (20 Dec)
Kompleks Karamunsing
City Mall
Oops...hehe
November hit list
1. Mamai Misteri - Antara Aku Dan Dia (transferred to Playlist 1)
2. Felix - Nokosuai Ginawo Ku
3. Danny FM - MKP
4. Stacy - Raya Datang Lagi
5. Frescy F. Landong - Natalup Natagak Tupus Nu
6. Denis Gais - Piuhangan Di Tolumis
7. George Lian - Insodu Tongkiad Noh
8. Clare - Nung Noilaan Oku
9. Francis L - Adat Kampung
10. Clarice - Adaa
Maybe weekly hit list not a bad idea huh?!
It's Christmas
So I've uploaded some Christmas songs....hit it!
Orait Nopoh!
...sorry kami tidak memutarkan lagu-lagu sebegitu, langkah mayat kami dulu...(padahal sudah putar sampai habis hehe..)
Kami hanya memutarkan lagu sebegini...
....ada faham!
dBOS-fm..."orait nopoh!"
19 Dec 2008
Pengiklan semakin kreatif
Tidak cukup dengan billboard, badan bas, badan teksi dan badan kapal terbang.pengiklan semakin giat memerah otak mencari sumber atau idea baru ruang pengiklanan. Badan manusia saja belum...kalau ada...I rela you..hehe! Masa di KL dulu saya terserempak dengan sekumpulan pengiklan di Lot 10, guna tektik terbaru (time tu lah) durang sengaja kasi jatuh kad bersaiz kad kredit ke lantai. Ramailah orang yang curious termasuk saya kutip those cards rupa-rupanya iklan along *LOL*.
I don't know when it started, while doing some groceries this afternoon the print out receipt is nothing like i've seen before.
Tabik saya kepada orang yang terfikir idea ni, memandangkan print out receipt ni sudah sekian lama ujud, tapi baru sekarang durang terfikir. I think it's quite effective. Bolehlah iklankan album atau single baru kamu nanti kalau tidak mahal lah...hehe :)
17 Dec 2008
Lotter & The Divine Master - Di Sampingmu
BEST! BEST! BEST! Mamai suka...*sambil head banging*
Azharina - Rawan
The song is on Playlist 1
Mari dengar lagu baru
Memang best...tapi macam mana sudahkah status lagu ini di carta-carta pop?
Pianka - Yang Besar Besar
"...kalau mahu jadi pacar ku, aku mahu yang BESAR-BESAR saja!"..ya ampun bu rakus banget kamu!
This song is taken from the original soundtrack of Cicakman 2. Mungkin kamu tau siapa penciptanya :)
P/s: Hmm...(I really, really hate to say this) tapi bila dengar lagu-lagu keluaran dari seberang Laut China Selatan, it's pretty obvious the quality is distinctive than what we're having here. The mixing (vocal plus music) is sooo well balanced, solid and one thing noticeable is the "punchy" sound. Kalau produksi tempatan macam lebih mengutamakan bunyi vokal (macam takut-takut tu vokal terbecampur sama muzik). Kita ibaratkan sajalah vokal tu umpama sebatang kayu yang terapung di laut; bagi produksi luar kayu tesebut berada tepat-tepat dipermukaan air, tergerak-gerak mengikut alunan ombak..serasi bersama ombak dan kadang-kadang tersimba sikit-sikit dengan air laut (to me it's ok if that happens). tapi produksi tempatan pula kayu tersebut terbang berada di atas permukaan air...sakti oh kan (takut tersentuh air) :). Macam tu lah perumpaan saya. Jangan kecil hati ya...anggaplah sebagai kritikan membina
16 Dec 2008
Cabaran AG berakhir
Yang pelik tentang MyStarz ni, penyingkiran dibuat diawal rancangan sedangkan perserta-peserta telah membuat persiapan untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Apa salahnya kalau biarkan kesemua peserta habis buat persembahan dan buat penyingkiran dipenghujung rancangan macam AF. Satu lagi kepelikan, peserta-peserta yang dibahagi dua kumpulan, diberi tema yang berbeza. Sepatutnya untuk berlaku adil kedua-dua kumpulan diberi tema yang sama.
Bermulanya satu 'Episod'
I had gone through all the tracks in their debut album entitled "Episod Cinta" and one word to describe it, Hebat!
Kesemua trek pun bagi saya amat menarik, cuma terpulang kepada genre muzik yang anda gemari. Kalau anda berjiwa sentimental, lagu Harijadi Mu sudah pasti memikat jiwa. Lagu ini mempunyai melodi, lirik atau tema yang menarik, imagine you go to your girlfriend's birthday party and you saw her romantically with other man...ndak ko menangis? Larry Q has an amazing voice although at one point it reminds me just a little bit of another Sabahan singer, Ricardo (oh ok! I hear objections).
Lagu Bergaya mempunya attitude tersendiri, take a listen...(sikit aja tau)
Best kan! sesuai sekali kalau dipinjam untuk iklan Levi's
The lady in the group named Suri is awesome, here's just a sample of her line
I think she can belt out the song Mengapa with ease.
There are quite a number of strong tracks here. Needless to say Episod can move on without the help of Shawnskins. Is he permanent or just a guest rapper? What about promotional tour? You know wa'em sayin'...I mean....err....never mind.
And my 5 sen worth finding
Lagu: B+
Vokal: A-
Muzik: B-
Adunan : C+
Sampul : B
15 Dec 2008
Gagap by Stacy
Monday rambling
The three-day International Power Boat Race in KK Waterfront just concluded yesterday. KK folks were treated with a row of concerts over three nights. The first one, on Friday featured Ayu, Saturday – Marsha and O.N.E and last night – Fiq and Faizal Tahir but I only joined the crowds on Saturday night. Of course local artistes are featured too, mostly new faces (at least that’s what I saw on Saturday). There was this lady singer, with tudung, sounded 90% like Siti Nurhaliza singing Ku Pendam Sebuah Duka with a piece of paper in her hand. She’s reading the lyrics! The funny thing is the audience roared bagai nak rak when she appeared on stage (with her ala-a-princess busana muslim) but non of the crowds clapped after seeing her read the lyrics (no matter how good she sounds). Best kan audience KK, instead of ‘booing’ they just keep quiet…very the polite one I tell you! Hehe.
Anyway I'd like to say sorry to AG for being eliminated from MyStarz last night. As if I can feel, it must be a wonderful feeling and experience he had gone through in the competition. You get the chance to showcase your talent on tv watched by million viewers. Besides meeting famous personalities you also gain valuable lessons from them. Everything is sponsored, the grooming, the food, etc. Your daily routine is nothing but works to realise your dream to becoming a star. These are probably the reasons aspirants, like AG, don’t want to be dragged to the exit door. But elimination is the name of the game, it’s inevitable. But the way I see it (in most reality shows) early exit or not, doesn’t guarantee you achieve your ultimate dreams. As the saying goes, rezeki ada di mana-mana, mungkin bukan di MyStarz.. Do you guys know Amelia AF3 and Amirul AF4 are auditioning for OIAM3? (of course plus few other famous names). So looks like AF is not the ultimate ground to realise your dream as most people believe. As for AG, I would really love to see him and Da' Prince in Gangstarz next season. Keep on trying folks! Ermm…do I have to mention I did vote for him…oops!
Like it or not, I change my blog template. I thought of not changing it (pemalas bah) but the new features are so tempting. The problem is I can only enjoy those features if I upgrade my template, and to upgrade means to change it from classic to new version. I really love the blog list feature. This is actually what tempted me to change the look. Now I can easily monitor your blogs right here, just like a security guard in a control room looking at the multi screen security monitor. Tiwas ja siapa yang malas update blog, tergelincir blog kamu saaana bawah. I thought of naming the list as “Index Saham” instead of Blog Chart tapi nanti orang fikir ini financial blog pula. But one thing I notice, the update is only applicable for blogs with blogspot platform (correct me if I’m wrong). So those yang guna blogdrive, blogsome, wordpress, even dot com macam ndak buli (sorry folks). And another thing I notice, the update is not instant. Not so sure though how often it is updated (I have yet to explore extensively). So do not panic, after you update yours…you come here and find that it’s still at the bottom.
Adey…punyalah mencarut, to end my carutan I feature this video yang si Defoo featured di blog dia, tus sa pun nda mo ketinggalan bah kunun cos I think this video has a very strong special element (not to mention the two leading kid actors...hehe). Being on YouTube for 7 months it should have been watched 50,000 times malangnya baru 6,000 yang tinguk….
Credit Marcellus
14 Dec 2008
Here comes Marsha....
Kerna
Wow...class!....love it! Lovely voice...ada bunyi Sheila Majid sikit-sikit and then ada iras-iras Camelia (or shall I say Marsha is the improved version of Camelia..hehe)
Terus saya dibuai mimpi. Dalam mimpi saya telefon kunun dia...
Me : Hello Marsha...sa sudah dengar lagu baru kau. Punyalah best sa bilang kau...I love it a lot!
Marsha: Tengkiu...tengkiu...tengkiu!
Me: Tapikan sebutan "temu" ko kadang-kadang terbunyi "tomu" kadang-kadang "tamu"..."tempuh" kadang-kadang "tompuh"
Marsha: Sa sengaja bah tu...habis kalau sa kasi perfect betul-betul nanti orang tidak sangka pula yang menyanyi tu Diva Dusun. Kalau bulikan sa nda mo bah bila durang dengar tus durang guessing..guessing..."ini penyanyi baru indon mana pula ni?"..sa mau sekali dengar tus durang tau yang nyanyi tu sumandak Dusun....mantad Tamparuli!
Me: Oh yakah...macam tu pula...buli baitu kalau kau...alasan diterima!
Sayang
Terus saya terjaga and continue listening to Sayang sebelum terlena balik
Lagi-lagi termimpi call dia kunun...
Phone ringing and suddenly answered by a male voice
Male voice : Hello! sshaper (siapa) tu?
Me : *Silent*
Male voice : Hellooo! Yer! sSHAPER tu?... Marsha busy...tengah rekoding?
Me : Ma'apin ya pak...ssshhilap (silap) nombor pak!...ma'apin ya...permisshhi (permisi) pak!...ermm...pak pak...aaa...errm...nokosshhirit kuo no?! *caabut!*
...Kekekek!
Check out the full version on radioblog - Malay1 playlist. *Sigh* just can't wait for the full album..
13 Dec 2008
Superstar Tuavon ke final AJL
Wajib tayang!
Pengumuman mengejut lagu Dingin as the sixth ballad selected to final just make me question and question the credibility of the ‘juri-juri yang maha arif’. It’s a good song indeed, compared to Hanya Di Mercu unfortunately Ziana didn’t perform it flawlessly. But still…campur tolak, campur tolak…Dingin deserves to be in the final. Dan apa pula motif ‘juri-juri yang maha arif’ angkat kedua-dua lagu by Faizal Tahir ke final? Almost everyone predicts that he’ll win big this season but personally I’d like to see Meet Uncle Hussin grab the grand title. Apa pun yang penting Stacy (hopefully will win persembahan terbaik), Ayu (walaupun questionable), Julfikar (hope his creative song will win Etnik kreatif) and errm…kumpulan laki si Velvet (walaupun aku nda berapa favour “Yang Pernah”) akan beraksi di final.
12 Dec 2008
Area 18: Band popular Tawau
11 Dec 2008
Media tertipu (?)
Oleh Norhadiani Baharom
Harian Metro
SELAMA ini mereka terbuka membicarakan soal cinta dan mengakui mahu menamatkan percintaan dua tahun itu dengan ikatan perkahwinan.
Malah, keterbukaan vokalis kumpulan Estranged, Richael Datuk Lawrence Gimbang, 26, dan Velvet Lawrence Aduk, 21, cukup disenangi peminat serta kebanyakan teman media kerana mereka bukan spesies artis yang hipokrit.
Disebabkan itu, ramai terkejut dan terkilan dengan tindakan pasangan ini merahsiakan perkahwinan mereka pada 5 Disember lalu, di Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah.
Bahkan, wartawan Berita Harian yang sudah berada di lokasi tidak dibenarkan membuat liputan.
Mengimbas kembali siaran artikel bertajuk Rich, Velvet Kahwin 2009 menerusi sisipan Rentak Artis Popular (RAP) di Harian Metro pada 31 Oktober yang lalu, Rich menafikan akan berkahwin hujung tahun ini sebaliknya menyatakan kesediaan mendirikan rumah tangga pada 2009.
Antara petikan artikel berkenaan, Rich mengakui ada perancangan untuk berkahwin, tetapi bukan pada November seperti yang diuar-uarkan.
Malah, mengakui belum ada sebarang tarikh ditetapkan.
“Saya dan Velvet belum sempat berbincang mengenai tarikhnya kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Lagipun, masa tidak begitu sesuai sekarang untuk membincangkan hal itu memandangkan Estranged masih dalam rangka promosi album kedua, Remain Unknown.
“Sebab lain, saya belum cukup wang untuk berkahwin. Bagilah saya peluang cari duit banyak-banyak dulu dan bila tiba saatnya nanti, pasti perkara baik ini akan saya kongsi bersama media dan peminat,” katanya.
Kenyataan itu jelas membuktikan kata-kata Rich bercanggah dengan tindakannya. Jika mahu menjaga ruang ‘privasi’ apakah wajar menipu pihak media.
Difahamkan, Rich dan Velvet terpaksa menyorokkan perkahwinan mereka atas permintaan keluarga masing-masing.
Datin Natasha Hudson pernah melakukan perkara sama, apabila merahsiakan perkahwinannya dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari tahun lalu.
Kesan tindakan itu, Natasha seperti dipulau selama setahun oleh media kita. Apakah Rich dan Velvet tidak mengambil pengajaran daripada kes yang pernah berlaku kepada artis lebih senior sebelum ini?
Rich dan Velvet tidak seharusnya berdolak-dalih mengenai perkahwinan mereka. Jika enggan mengundang pihak media sekalipun, jelaskan saja sebabnya demi menghormati permintaan keluarga. Dalam hal ini, pihak media sudah semestinya memahami situasi mereka.
Sementara itu, Solihuddin Hormat (Din) selaku pemain gitar rhythm Estranged, mewakili Rich memohon maaf sekiranya ada pihak terasa dengan perkahwinan rahsia Rich.
“Saya mewakili Rich dan Estranged meminta maaf seandainya perkahwinan sahabat saya itu membuatkan wartawan berkecil hati.
“Kami sendiri tidak bermaksud merahsiakan hal ini tetapi sebagai kawan kami harus menghormati permintaan Rich yang enggan perkara ini diperbesarkan.
“Segala keputusan yang dilakukannya di luar bidang kuasa kami. Apapun saya mendoakan kebahagiaan Rich dan Velvet hingga ke anak cucu,” katanya.
Sementara pemain dram Estranged, Azwin Andy Abdul Malik atau Andy, yang turut menjadi saksi perkahwinan Rich dan Velvet berharap mereka tidak ‘banned’ hanya disebabkan perkahwinan rahsia itu.
“Soal perkahwinan, rumah tangga adalah hak peribadi mungkin disebabkan itu Rich enggan menghebahkannya. Saya pasti, Rich terpaksa melakukan keputusan ini kerana menghormati permintaan keluarga.
“Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan tahniah. Velvet yang saya kenali sebagai seorang gadis yang baik dan sebagai kawan saya mengharapkan Rich akan sentiasa bahagia, melayari rumah tangga dengan baik dan berkekalan hingga akhir hayat,” katanya.
Sepintas coretan mengenai majlis perkahwinan mereka Jumaat lalu, Rich dan Velvet yang dipertemukan menerusi program realiti Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2006 melafazkan ikrar perkahwinan tepat jam 4.30 petang, di taman berhampiran ballroom Shangri-La Tanjung Aru Resort.
Pada sebelah malam pula, sebuah majlis resepsi diadakan di hotel sama dan antara artis yang hadir i Farhan (AF4), Marsha (AF3) dan Felix Agus (AF3), selain anggota Kumpulan Estranged, Andy dan Din.
Pada majlis itu, Farhan bertindak sebagai pengapit Velvet manakala Rich diapit oleh rakan sekolahnya dulu.
Bapa pengantin lelaki, Datuk Lawrence Gimbang juga tidak melepaskan peluang mendedikasikan sebuah lagu duet romantis yang disampaikan bersama Farhan kepada pasangan pengantin.
Selain Farhan, Felix dan Marsha antara kenalan rapat mempelai yang membuat persembahan. Bagi tidak mengecewakan tetamu, Velvet menyampaikan sebuah lagu sebelum berduet dengan suaminya.
Rich yang mengarang ucapan indah buat isterinya, tidak ketinggalan menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu popular Estranged seperti ‘Itu Kamu’ dan ‘Aurora.’
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim.
10 Dec 2008
Malam Anugerah Pertisa 2008
9 Dec 2008
7 Dec 2008
Anugerah PERTISA 2008
6 Dec 2008
The 'Episod' begins
4 Dec 2008
Sejarah PERTISA
Alkisah begitulah sejarah penubuhannya. Rupa-rupanya pengasas utama tak lain tak bukan reporter hiburan NST pula kan :) (ingat tu murid-murid, nanti ada soalan dalam kertas peperiksaan). MARTISA (Majalah Artis Sabah) bila pula? Hehe...
3 Dec 2008
AG hampir tersingkir
2 Dec 2008
The DOs and DON'ts on stage
'Don't invite VVIPs on stage or dedicate songs'
Kota Kinabalu: State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun advised local entertainers to avoid inviting VVIPs such as the Head of State to sing or dance on stage.
"It is also wrong to dedicate the song to the VIPs or VVIPs during such events," he said.
As performers, they must do their homework by surveying the audience to determine if there are VIPs among the crowd, he said at the closing of the Dance, Music and Vocal Workshop at Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa.
He also urged operators of four or five-star resorts and hotels in Sabah to strive to employ only local performers in their lounges. This is to ensure local talents are given the opportunity to showcase their musical talents.
Very few locals are employed as lounge performers in four or five-star resorts and hotels in the State because most of them were denied the opportunity, he said.
Nevertheless, he urged local musicians and singers to improve their performance. "Never take shortcuts in your performance particularly your dressing and choreography, among others,".
He said they must be observant and never take their performance lightly, especially in front of an audience. "Make it a culture and practice to always give the best because what they (spectators and tourists) see is what they perceive of Sabah."
He said people pay top money to see them belting out tunes and songs and thus the performers must provide the best show.
Towards this end Masidi did not mince his words on the quality of vocals among local performers. The most glaring weakness was that the singers loved to imitate the original vocalists.
He said they ought to interpret the original song using their own vocals and strive to enhance their repertoire as well. The performance should be about the person's singing talent, performance quality and also creative talent.
As performers must be proud of their own voice because imitating other vocals "kills the art in their voice". "I noticed that not many are striving hard to articulate their repertoireÉso, please if you want to become professional, improve on your performance."
Singers must also pronounce correctly the words and exercise regularly so that they have stamina on stage and are able to hit the high notes with ease.
On dance performances, he said the difference between local dancers and dancers from Bali are that the latter were serious in their craft.
Performing Bali dancers were employed in many sectors such as farming, teaching and transportation, among others, during the day but when the sun goes down, they don their traditional costumes to perform in front of audiences.
"These dancers perform with passion and exude enthusiasm because of their deep and keen interest in the traditional dance that leave a lasting impression on the spectators."
He said this was why many tourists return to Bali, he said, adding that Sabah is also blessed with a wealth of traditional dances from the various ethnic groups. The 10-day workshop was organised jointly by Sabah Cultural Board and National Culture and Heritage Academy (Aswara).
Also present were Chairman of Sabah Cultural Board, Datuk Wilfred Madius Tangau, Aswara Rector, Dato' Omar Awang and Permanent Secretary Datuk Suzannah Liaw.
Hmm...siapa juga yang berani mati pigi jemput Head of State menyanyi atas pentas? Pernah kah?..hehe. Anyway, next time you have a singing contest ala AF you can invite this minister to be the critic
1 Dec 2008
Da Prince
Keningau FM: Dijangka bermula 1 January 2009
Sebagai permulaan 4 jam siaran dalam Bahasa Melayu, 2 jam Dusun dan 2 jam Murut.