30 Dec 2010

Artis Seberang Laut

Atas permintaan, terimalah artikel dari wartawan hiburan sensasi yang gigih menemuramah artis-artis menganggotai band group (dari Filipin) yang sedang membuat gig di KK. Saya rasa temuramah sebegini sedikit sebanyak memberitahu kita tentang pahit getir durang ni berkecimpung dalam dunia seni. Maklumlah disanakan banyak persaingan. Bolehlah artis-artis tempatan kita jadikan inspirasi perjuangan durang ni. Macam artis di bawah ni yang pernah menyanyi free of charge semata-mata untuk membuktikan bakat beliau (ko sanggup?). Lepas tu dia bilang lagi walaupun dia khusyuk melibatkan diri dalam dunia nyanyian tapi tetap sambung belajar...gitu!

29 Dec 2010

The Divine Masters - Keluhan Hati

All set to top the chart here :)









I like the guitars arrangement over the intro/outro...macam ada brake and suspense...suspense sikit :=)

Yazer - Spektakular

Duh janggalnya mo eja tajuk lagu ni dalam BM.









Satu demi satu lagu si Yazer ni keluar tapi setakat ini bagi saya, masih belum ada yang betul-betul 'spectacular' yang mampu memberi impak jangkapanjang. Apapun Yazer tetap dan masih ada di persada seni. I like his natural rock tone(somebody please give him the right song).

Wilton Hamdih - Umandak

Macam banyak single si Wilton sejak akhir-akhir ni, adakah dia telah menghasilkan sebuah album? Apapun mari dengar salah satu singlenya yang berjudul Umandak







28 Dec 2010

Pengiktirafan Berganda

Lagu berjudul 'Love Scale' ciptaan pemuzik terkenal Sabah, Roger Wang telah memenangi dua anugerah di majlis anugerah berprestij anjuran Persatuan Wartawan Hiburan Wilayah Persekutuan (PWH). Anuegrah-anuegrah tersebut ialah "Top 10 Lagu Asal (Antarabangsa)" dan "Artis Antarabangsa Persembahan Terbaik". Anugerah kedua tu saya rasa diberikan kepada penyanyi yang mempopularkan lagu ini di peringkat antarabangsa iaitu penyanyi Hong Kong Jacky Cheung



Wow, who would have thought dalam banyak-banyak lagu yang dimuatkan dalam album pertama "Double Take" (Roger and Mia Palencia) lagu Love Scale (nyanyian asal Mia Palencia) ni pula si Jackie Cheung pilih.

Beginilah rupa kaset album durang yang pertama yang dikeluarkan pada tahun 2000 :=). Love Scale berada pada Trek 5 Side A.



Yang lucunya pasal album durang nikan saya terjumpa di satu gerai menjual kaset yang sedang ligat memutarkan lagu-lagu dangdut di Lahad Datu dulu tahun 2000. Saya tidak sangka betul akan terserempak kaset durang ni di kalangan kaset-kaset penyanyi dangdut..haha. Sempat pula saya tanya itu penjual "original kah ni?" habis masa tu durang baru lancar album ni di KK 2,3 hari sebelum tu. Saya terus sambar dan layan dalam kereta. Best!

Berabis juga saya cari versi Jackie Cheung ni, rupa-rupanya dia bukan nyanyi dalam bahasa Inggeris, tapi Mandarin, tajuk pun dalam bahasa mandarin (patutpun susah mo cari). Tapi akhirnya jumpa juga.

Lagu Blues Kita - Momain Blues ft Jiaja

Memandangkan ada 2,3 ja lagu blues di sini ni, apa kata kita tambah koleksi lagu blues dengan menampilkan sebuah lagu blues berjudul Blues Kita oleh kumpulan Momain Blues featuring Jiaja.







27 Dec 2010

Buzzing Joker - E Korohianku

Mari kita dengar lagu rock Dusun oleh kumpulan dari Keningau, The Buzzing Joker









Lagu Tupusku Dika - Oliver Muji

Kepada kawan kita yang meminta lagu dari Oliver Muji "Tupuskuu Dika" hari tu, nah terimalah lagu yang diminta. Anggap jalah ini sebagai hadiah Krismas :=)







25 Dec 2010

Happy Christmas

To those who celebrate Christmas, wishing all of you

a blessed & joyous Christmas..

Merry Christmas!

20 Dec 2010

Peringatan Untuk Gadis Sabah

Sekiranya anda seorang gadis yang sedang mabuk asmara dilamun cinta dengan jejaka Afrika yang dikenali melalui laman sosial terutamanya Facebook, teruskanlah membaca. Menurut Menteri Luar Negara, Datuk Anifah Aman, sehingga sekarang seramai 149 wanita Malaysia merengkok di penjara luar negara kerana ditangkap akibat mengedar dadah. Mereka telah disabit kesalahan dan dihukum samada seumur hidup atau hukuman mati. Beberapa akhbar baru-baru ini melaporkan sindiket dari Afrika yang gigih 'memikat' gadis-gadis Malaysia untuk dijadikan 'keldai dadah' (pengangkut dadah).

Bagaimanakah sindiket ini beroperasi? Menurut polis, jejaka-jejaka dari Afrika mencari mangsa mereka melalui laman sosial di internet terutamanya Facebook. Setelah berkenalan dengan gadis-gadis tempatan mereka mula menabur ayat-ayat cinta, romantis dalam usaha menawan hati si gadis supaya bersetuju menjadi kekasih mereka. Operasi mereka akan menjadi mudah dan licin apabila hubungan mereka sampai ke tahap sepasang kekasih, lebih-lebih lagi apabila si jejaka sampai ke tahap melamar gadis tadi. Menurut polis, peringkat ini sebenarnya hanyalah sekadar memperdaya gadis tersebut agar tidak mengesyaki apa-apa yang buruk akan berlaku.

Beberapa kes lepas mendapati gadis-gadis tempatan diminta membawa bungkusan misteri ke luar negara untu diserahkan kepada orang-orang tertentu. Dalam kes ini gadis tersebut mengembara berseorangan. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini si gadis dan pasangannya mengembara bersama, namun setibanya di destinasi yang di tuju jejaka tersebut akan menghilang diri dan meninggalkan gadis tersebut terpinga-pinga di negara orang, bersama-sama dengan beg yang mengandungi dadah. Demikianlah penerangan yang diberi oleh polis berhubung 'keldai dadah'.

Yang sedihnya enam wanita Sabah telah menjadi mangsa setakat ini. Adakah anda mangsa seterusnya? Malah wanita Sabah, Christina Anak Luke Niju, 22 tahun dari Sandakan merupakan mangsa terakhir sindiket "keldai dadah" ini. Beliau terpedaya melalui Facebook dan akhirnya ditangkap di China pada bulan April tahun lepas. Berwaspadalah, terutama sekali bila anda dihampiri oleh jejaka Afrika di Facebook. Difahamkan jejaka-jejaka ini akan menerima pulangan lumayan sekiranya misi mereka tercapai. Apa pula pulangan yang bakal anda dapat? Gunakanlah akal fikiran anda, fikirkan tentang keluarga dan masa depan anda. Biar menyesal hari ini daripada menyesal hari esok. Sebab sekiranya anda telah disabit kesalahan tiada siapa yang dapat membantu anda. Meraung di penjara pun tiada guna...hanya tikus-tikus, semut-semut ja yang mendengar raungan anda. Hukuman tetap hukuman.

Sebarkan juga berita ini kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat andai anda yang mempunyai anak-anak gadis.

Sila baca berikta keratan akhbar berikut untuk maklumat lanjut (klik imej untuk paparan lebih besar)

18 Dec 2010

Bakat-bakat Cilik

Beberapa video semasa pertandingan akhir Bintang Kecil 2010 peringkat Zon Sabah pada Ogos lalu. Unfortunately tiada pula video sang juara adik Presley Petrus.



I bet he must be the one who won the best dress (kalau ada kategori tu lah). Mana mo cari kolar baju macam tu :=)

Cuba masa kicik-kicik dulu, time mo minta mama kamu duit, kamu nyanyi ni lagu siap dengan lontaran suara, perasaan dan showmanship macam tu budak di atas, saya gerenti bukan RM1 tapi RM10 kena kasi..haha.



Yang ni saya rasa kalau sudah besar ngam join group acapella atau vocal group. Maklumlah kan kalau perhatikan kebanyakan vokal group mesti ada satu orang yang chubby (kadang-kadang chubby dan botak), so dia ni sesuai mengisi quota anggota berbadan chubby dalam vocal group :=). jangan marah yer dek..pakcik gurau je.

Credit

15 Dec 2010

Velvet Buka Kedai Kek

Ndak picaya..baca ni :)



Syabas!...nanti saya pegi Lintas Plaza, guarantee saya pi cari ni kedai...Cupcake Calender (hmm napa lah dia ndak kasi nama ja Velvet AF4's Cupcake...eh nanti lain pula orang pikir kan)

CupCake Calender Facebook.

CupCake Calender Website.

Alvin_MY Jadi DJ

Selamat ber-DJ kepada my cyber friend :=) Alvin_MY. Sayang sekali siaran kamurang saya ndak dapat dengar (tempias-tempias ja bah). Bukan KK-FM ja, Hitz..ERA..MY..semua ndak buli dengar dengan jelas dari tempat saya. Padahal semua berpengkalan di KK. Kalau ikut linear distance adalah lebih kurang 20 km dari tempat saya tinggal. Yang hairan si Othoe yang di KL pula boleh dengar dengan jelas, terang dan tajam ala-ala TV HD beyond...haha.

Hitz, Era dan My, Rasmi di KK

One of my friends who is following this blog from Sandakan (hello Mr. L..how are you..we'll be going to Sandakan again next week) SMS me with this joke "do you happen to moonlight as the Daily reporter by the name of Neil Chan?" (hahaha). It's so happen that I didn't update this blog for long and coincidently a new reporter appears on the daily, reporting subjects which are very close to my heart..music and environment (although I seldom write about environment here cos it's too damn serious topic). In addition to that, our first name is 98% sounds alike :). Well, if I were to disguise myself and use a Chinese-sound name, I already have my pick which is Elton Chong! My second pick is Elvis Bruce Lee..haha. But I don't think any daily will allow their reporters to publish fake name.

So here's the news about the official launching of three AMP's radio stations in KK as reported by it's-not-me-Neil Chan.



My only hope is the stations especially Era and Hitz will not just play locally (Sabah) produced songs through their 10 am - 1 pm slot (meant for KK/Sabah listeners alone). If they find the songs are good (in terms of composition and recording quality)and have the potential to be aired nationwide (through their main station) why not give it a go. In my opinion the songs like those in Ivye's album (Konspirasi Cinta dan Suratan Terakhir), The Ariez and Atama should be given the shot (mungkin banyak lagi lagu-lagu lain tapi lagu-lagu dari album durang ni ja yang saya sempat dengar dan yang saya rasa sedikit sebanyak telah mencapai industry standard)

If this really happens, we'll probably see an out-bound star from here in one of these days/months/years :)(without participating the made in KL reality shows).

6 Dec 2010

Promosi Album Norizs

Selepas pelancaran lagu single "Kekosongan" oleh Zuraidah, menyusul seorang lagi artis Sabah yang telah melancarkan album sulung beliau kelmarin (5 Disember, di Hotel Hyatt KK). Beliau yang dimaksudkan ialah Norizs Rizs. Album diberi nama "Dia Wanita" itu memuatkan dua belas trek dan pra dengar boleh diikuti pada video promosi berikut.



More pics and videos on the links below.

Fan Club Facebook
Personal Facebook
Blogspot Fan Club

4 Dec 2010

“Kekosongan” Bakal Mengisi Ruangan Seni Zuraidah

Setelah hampir setahun terperam akhirnya lagu “Kekosongan” oleh Zuraidah Ahmad ciptaan Asmin Mudin bakal berkumandang di corong-corong radio tempatan. Majlis pelancaran single ini berlangsung di Buhavan Square Donggongon semalam (3 Dis) sebagai sebahagian daripada slot konsert “From Studio to Live Performance #2” anjuran D’Angels Music Academy (DMA). “Saya sekadar menumpang acara tahunan sekolah untuk melancar single ini” kata Zuraidah merendah diri. “Kalau ikutkan hati memang sudah patah semangat, berbagai cabaran dan dugaan ditempuhi selama ini lebih-lebih lagi dalam membuat persediaan untuk pelancaran malam ini” ujar beliau lagi. Menurut gadis berperwatakan ceria ini, beliau hampir berputus asa untuk meneruskan hasrat melancar “Kekosongan” apatah lagi bila semuanya dilakukan pada saat-saat akhir ditambah dengan beberapa rancangan asal sebelum ini yang gagal terlaksana. “Rancangan awal mau jual terus 100 unit pada malam pelancaran, tapi memandangkan versi karaoke tidak sempat siap maka terpaksalah diketepikan dulu rancangan tersebut, yang penting majlis berjalan dengan lancar”.

Majlis pelancaran menyaksikan penyerahan “goodie bags”, yang memuatkan CD single berkenaan dan poster kalender, kepada wakil-wakil media elektronik termasuklah radio-radio online seperti Utara FM, Sabahan FM dan tidak ketinggalan dBOS-fm (walaupun...“it’s NOT radio, it’s dBOS-fm!” – apapun terimakasih banyak-banyaklah kepada Cik Zuraidah kerana sudi menjemput). Zuraidah seterusnya mencapai mikrofon memperdengarkan “Kekosongan” secara live kepada penonton sejurus selepas upacara penyampaian “goodie bags” selesai.

Ditanya tentang perancangan selepas pelancaran “Kekosongan”, beliau menyatakan tiada perancangan khusus setakat ini, “saya hanya akan meneruskan pengajian saya di DMA” ujar gadis yang kini berada pada tahap Grade 2 jurusan vokal dan violin di akademi muzik berkenaan. “Tapi adalah juga perancangan untuk memuatkan single ini dalam album kompilasi yang bakal diterbitkan oleh Skyline” tambahnya. Ketika diujakan pertanyaan berhubung album penuh, menurutnya semuanya bergantung kepada keadaan “perancangan tu mungkin ada tapi bukan pada masa yang terdekat ini, lagipun bukan senang mencari material untuk bikin album, kalau ada sumbangan karya dari mana-mana pihak, maka adalah album saya nanti” jelasnya yang juga meminati lagu genre Irama Malaysia.

Menurutnya lagi apa yang dilakukannya sekarang bukanlah untuk mengejar glamour atau populariti sebagai artis, “kalau ikutkan memang tiada semangat sudah ni, tapi yang membuatkan saya kuat semangat ialah bila terkenangkan arwah ibu yang pernah balik-balik bertanya bila mau siap CD, bila mau launching, rupanya beliau ‘kesuntukan masa’” tambahnya yang mula menitiskan airmata. “Bila terkenangkan semua itu rasa betul-betul terkilan dan saya lakukan ini sebagai hadiah buat arwah mama sebagai menunaikan hajat beliau” luahya lagi sambil mengesat-ngesat airmata. Temubual bersama artispun terpaksa dihentikan bila suasana menjadi hening dan pilu.


Apapun all the best to Zuraidah, syabas juga buat Asmin Mudin

CD single “Kekosongan”

CD ini menyenaraikan dua trek iaitu Trek 1 – audio dan Trek 2 – MTV. Malangnya bila dibuka, Trek 1 betul-betul “kekosongan” (‘the file is empty’, read the notice on my screen). Nasib baik Trek 2 (MTV) tidak kekosongan. Kekuatan lagu ini pada saya terletak pada lirik lagu (hasil nukilan bersama Asmin dan Zuraidah) lebih-lebih lagi bila dinyanyikan dengan penuh penjiwaan. Dengan melodi yang simple, fokus lagu lebih menjurus kepada penceritaan penuh penghayatan menerusi sebuah irama. Walaupun penyanyi mampu membawa lagu dengan range yang besar, namun untuk lagu ini vokal yang lembut, merdu dan berbisik lebih ditekankan untuk kesesuaian lagu. Lagu ini mungkin boleh saya samakan dalam kategori seperti lagu “Teringin” oleh Shima (yang tidak mempamerkan julat sebenar vokal Shima) dan juga lagu “Terkilan” (duh lupa pula nama penyanyi...hehe...was it Khaleeda? Ex-wife si Azman Adnan bekas pemain bola kebangsaan). Untuk mereka yang benar-benar ‘kekosongan’ yang masih tercari-cari sesuatu agar dapat menjamin sebuah malam yang sentiasa ‘sentosa’ (saya ambil dari lirik ok), jemputlah layan lagu ini. This song is for you.

I like the concept of the album cover.



Audio (2 min)








MTV



dBOS: Sering “kekosongan” wallet..hukk..hukk.

Konsert Tahunan D'Angels Music Academy

Konsert tahunan D'Angels Music Academy (DMA) telah berlangsung semalam (3 Dis) bertempat di Buhavan Square Donggongon Penampang. Konsert bertema "From Studio To Live Performance #2" ini antara lain memberi peluang kepada penuntut akademi muzik berkenaan mengaplikasi pembelajaran teori dan praktikal, yang selama ini dilangsungkan di dalam studio, ke situasi sebenar di atas pentas untuk tatapan ramai. Ini merupakan siri kedua konsert seumpamanya diadakan, siri pertama telah berlangsung pada tahun lepas di tempat yang sama. Beberapa aktivti menarik diadakan kali ini untuk menampilkan sedikit kelainan dengan siri konsert sebelumnya. Antaranya ialah majlis pelancaran single pertama, salah seorang penuntut jurusan vokal dan violin akademi tersebut, Cik Zuraidah Ahmad yang berjudul Kekosongan.

Zuraidah semasa menyampaikan lagu kantonis

Konsert dibahagikan kepada empat slot iaitu persembahan lagu-lagu KDM, persembahan pelbagai jenis lagu, persembahan dari pelajar BiMC Certificate dan akhir sekali slot pelancaran lagu tunggal Cik Zuraidah Ahmad, Kekosongon ciptaan Asmin Mudin (yang juga menjadi pengacara konsert malam itu). Konsert diserikan juga dengan penampilan penari-penari latar yang mengiringi beberapa persembahan artis.


Saya hanya sempat mengikuti konsert tersebut dari jam 8.30 pm dan memang banyak lagu-lagu yang menarik dan menghibur dipersembahkan. Antaranya seperti lagu Tanak Kampung, Sumandak Kudat dan sebagainya. Persembahan lagu ku Ada Kamu oleh pelajar Rufena Eusbius antara yang mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Beberapa 'sifu' akademi berkenaan seperti Betcy Michael dan Diana Stephen juga turut melontarkan suara mereka. Lagu inggeris Somewhwere Over The Rainbow dendangan Diana cukup mencuri perhatian, membuat saya terhenti menikmati roti canai, semata-mata untuk memberi tumpuan :)(kelas, I tell you). Persembahan lagu kantonis Shanghai Beach oleh Cik Zuraidah tidak kurang menariknya (confirm boleh ganti penyanyi asal Frances Yip :)). Persembahan lagu-lagu Christmas Medley menyusul selepas slot keempat sebelum sidang media berlangsung.

Senarai lengkap peserrta-peserta konsert