20 Jul 2006

Undian Lotter seperti disekat?

Oleh Boyd PV

Hiburan Harian Ekspres

Ramai yang berderai air mata ketika hos Aznil Haji Nawawi mengumumkan peserta dari Sabah, Lotter Petrus edwin Edin akan meninggalkan Akademi Fantasia di penghujng Konsert Ke-7, malam Sabtu lepas. Sekalipun menghadirkan persembahan meyakinkan ketika melontarkan vokal lewat lagu popular Sudirman Hj Arshad, Chow Kit Road, kedudukan paling bawah tidak memungkinkan Lotter meneruskan langkah menuju puncak di Akademi. Tapi itulah suratan. Perjuangan Lotter di Akademi terhenti setakat Konsert Ke-7 kerana undian tidak mencukupi. Apapun, itu tidak bermakna langkahnya dalam bidang seni sudah menemui noktah. Seperti yang pernah dilalui bekas pelajar AF4 yang lain – Nora, Karen, Rich, Salima dan Diddy – Lotter kini sibuk memenuhi jadual yang telah diatur oleh Astro. Selain muncul dalam Imbasan Akademi Fantasia Ahad lepas, Lotter turut muncul dalam beberapa program TV termasuk Trek Selebrti, Muzik @ Ria, photocall dan temubual bersama media cetak, persembahan pentas dan banyak lagi. Kehidupan sebenar Lotter sebagai artis sudahpun bermula. Kini dia berdepan dengan dunia sebenar, tidak lagi dikongkong oleh dinding konkrit di Akademi Fantasia.

Penulis menghubungi bapa kepada Lotter, Petrus Edwin Edin, pagi kelmarin untuk cuba mendapatkan perkembangan terbaru bekas pelajar AF4 itu. “Sekalipun Lotter sudah keluar dari Akademi, kami sebenarnya masih belum dapat bercakap dengannya kerana dia masih dikuarantin oleh pihak Astro,” kata Petrus yang dihubungi di rumahnya di kampung Dungau, Membakut. Menurut Petrus, dia cuba menghubungi telefon bimbit anaknya itu pada pagi Ahad tetapi tidak berjaya. “Kami juga merindui Lotter tetapi nombor telefon bimbit beliau tidak dapat dihubungi. Ketika menghubungi wakil Astro, saya difahamkan bahawa Lotter sebenarnya masih dikuarantin dan tidak sesiapa dibenarkan berhubung dengannya melalui telefon, termasuk keluarganya sendiri dan pihak media. Telefon bimbit juga belum diserahkan kepada Lotter. Kami tidak tahu apa sebabnya dan memandangkan Lotter terikat kontrak bersama Astro sekurang-kurangnya sehingga Akademi Fantasia 4 berakhir, kami terpaksa akur dengan keadaan ini. Kerana itu saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat memberitahu sebarang perkembangan Lotter. Kami sendiri masih belum dapat bercakap dengannya.” Mungkinkah kesukaran menghubungi Lotter, sekalipun oleh anggota keluarganya, membayangkan ada satu kejutan yang menanti bekas pelajar Af4 dan penyokong-penyokongnya? “Itu saya tidak berani bagi sebarang komen. Tapi ramai juga yang mengharapkan Lotter kembali ke AF. Bagi kami selaku keluarga Lotter, kami terima keputusan penyingkiran itu dengan hati terbuka. Penyingkirannya malam Sabtu lalu memang memeranjatkan kerana dari segi persembahan, saya fikir Lotter telah melakukan sehabis baik. Kritikan yang diterimanya juga bernada positif.

Tapi memandangkan undian tak mencukupi apa nak buat. Cuma, bercakap mengenai undian, saya agak terkilan kerana undian yang kami hantar kepada Lotter seolah disekat. Ahli-ahli Lotter Fan Club mula menghantar undian seawal Jumaat. Malangnya, balasan kepada SMS yang dihantar hanya diterima selepas Konsert dan selebihnya pada Ahad. Peratusan Lotter juga langsung tidak berganjak walaupun sudah banyak undian kami hantar. Kami mengesyaki berlaku masalah teknikal sehingga undian yang dihantar kepada Lotter seperti tersekat. Pada pagi Sabtu, kami terus menghantar undian dan pada mulanya, kami mendapat balasan bagi mengesahkan undian telah diterima. Malangnya, bermula di sebelah tengah hari sehinggalah konsert berakhir, undian yang kami hantar langsung tidak mendapat pengesahan sehinggalah keesokan harinya.Apapun, mewakili Lotter, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghantar undian kepada Lotter sepanjang anak saya itu berada di Akademi. Cuma saya pinta, janganlah salahkan pelajar-pelajar lain gara-gara penyingkiran Lotter seperti yang kerap kita nampak di karpet Saluran @ 15. Kepada penyokong Lotter, saya minta janganlah timbulkan sebarang kontroversi, apa yang sudah berlaku biarkanlah berlalu. Anggap saja rezeki Lotter di Akademi Fantasia setakat di situ dan terus mendoakan kejayaan Lotter dalam bidang yang dipilihnya.

Dalam pada itu, sebagai bapa kepada Lotter, saya juga berharap agar penyokong-penyokong Lotter terus memberi sokongan kepada peserta dari Sabah yang masih bertahan di Akademi, Velvet. Teruskan menghantar undian kepada pelajar ini untuk menjamin tempatnya di final dan kalau boleh biarlah kita angkat dia jadi juara Akademi Fantasia 4.” Selesai membuat persembahan, Lotter menerima pujian daripada dua pengkritik jemputan, Edry KRU dan Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, pengkritik tetap Adlin Aman Ramlie tidak memberi sebarang ulasan sebaliknya Astro menyiarkan visual hitam putih menunjukkan komen Adlin sewaktu konsert minggu pertama dulu di mana Lotter menyanyikan lagu Azizah. Dalam visual itu, Adlin memberikan pujian menggunung setelah melihat persembahan Lotter:” Awak boleh balik sekarang. Masa final nanti, awak boleh datang balik.” Permintaan Adlin itu tidak berlaku serta merta sebaliknya ia hanya menjadi kenyataan di Konsert Ke-7 di mana Lotter terpaksa mengusung bagasinya sekalipun menghadirkan persembahan yang menghiburkan. Mungkinkah Lotter akan kembali ke final nanti, sepertimana yang dipinta Adlin? Hanya Astro sahaja yang mempunyai jawapannya. Tapi, kalaupun perkara itu tidak berlaku, bak kata sesetengah media, pemergian Lotter cukup bermaruah.

19 Jul 2006

Lotter mangsa konspirasi?

KOTA KINABALU 18 Julai – Penyokong fanatik pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), Lotter di sini tidak puas hati dengan penyingkiran anak kelahiran Sabah itu yang didakwa berunsur konspirasi.Pengerusi Kelab Penyokong Artis Tempatan Sabah merangkap Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Lotter, Mohd. Johawaliah Jamsin berkata, ia berikutan banyak persoalan timbul dengan cara pengendalian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikendalikan Astro.“Seolah-olah terdapat unsur sabotaj apabila SMS undian terhadap penyanyi itu dihantar tidak diterima pada malam konsert. Kes seperti ini sama dengan apa yang terjadi dengan peserta AF2 iaitu Linda dahulu.“Kami berharap pihak Astro bersikap lebih terbuka. Mereka harus dinilai daripada bakat dan bukan daripada perkara-perkara luaran yang tidak ada kena mengena,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Lotter atau nama penuhnya Lotter P. Edwin Edin yang berasal dari Membakut menjadi pelajar ketujuh AF4 tersingkir daripada program realiti itu, Sabtu lalu kerana memperoleh undian terendah berbanding pelajar lain.Mohd. Johawaliah berkata, kelab itu dihujani ratusan panggilan telefon daripada ahli kelab terutama dari Membakut, Beaufort, Papar, #BAIK#nis dan Kota Belud yang meluahkan kekecewaan dengan sistem SMS pada malam itu yang seolah-olah menyekat undian dari Sabah.Beliau berharap pihak Astro dapat menimbangkan semula keputusan penyingkiran Lotter dan tidak mensia-siakan bakat tersendiri yang ada padanya.“Lotter mempunyai potensi besar dan telah dibuktikan melalui pujian oleh pengkritik profesional termasuk komen yang diberikan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza,” katanya.Beliau bimbang kredibiliti Astro dalam mengendalikan rancangan hiburan nombor satu negara itu akan terjejas hanya disebabkan beberapa perkara yang menimbulkan persoalan.
P/s: Masa kami undi..ok saja! Lebih-lebih lagi kalau guna butang R.

Ratu oh ratu!


18 Jul 2006

Artis dan album

Usal


Daniel C. Bansatan

17 Jul 2006

Velvet at home and on stage



Click image to enlarge or right-click mouse to "save-as"

Permulaan bagi Lotter - semoga berjaya!

Tidak seperti AF musim-musim lepas, paling awal menyaksikan pelajar Sabah tersingkir ialah pada minggu ketujuh (Linda). Walau bagaimanapun nasib menyebelahi beliau bila diserap masuk semula melalui undian Afmasuk yang penuh kontroversi. AF musim ini, sebaliknya agak janggal sedikit bilamana berjurut-jurut pelajar dari Sabah turun pentas menarik bagasi (macam berlumba-lumba pula siapa dulu tersingkir). Mangsa malang kali ini ialah pelajar harapan dari Membakut, Lotter. Secara logiknya peserta-peserta AF dari negeri ini mengharapkan sokongan undian dari masyarakat setempat. Malang sekali sokongan yang diterima tidak memadai untuk membolehkan pelajar bertahan sekurang-kurangnya hingga ke minggu akhir. Mungkin juga ada alasan-alasan tertentu kenapa nasib peserta-peserta AF Sabah kali ini tidak lagi seindah dahulu (?). Namun dalam kes Lotter saya menyimpan kepercayaan pengundi beliau bukan sekadar datang dari Sabah terutama dari Membakut. Saya yakin beliau berjaya mengumpul pengundi-pengundi se Malayisa melalui persembahan beliau pada konsert pertama yang disambut dengan puji-pujian. Pengakuan beberapa peminat di KL, “meminati beliau” seperti yang ditayang dalam rancangan Trek Selebriti menambahkan lagi keyakinan kepada andaian yang Lotter memiliki pengundi se Malaysia. Namun begitulah hakikatnya, mangsa penyingkiran AF tidak mengenal asal usul pelajar bilamana jari jemari yang lebih menentukan nasib para pelajar.

Imbasan persembahan pelajar:

Amirul (Oh No Kamu) - Pembukaan persembahan beliau agak lemah sedikit. Namun pada bahagian pengakhiran lagu, persembahan belliau mula nampak bertenaga sedikit terutama selepas melakukan bahagian yang memerlukan beliau menari. Lontaran suara secara keseluruhan masih kurang stabil.

Farhan (Meniti Titian Usang) - Lagu ini kurang bersesuaian dengan tona vokal semulajadi beliau. Namun ini tidak menghalangnya membawa lagu tersebut mengikut keupayaan vokal serta style yang dapat menghidupkan lagu tersebut.

Faizal (Dealova) - Secara kasarnya persembahan beliau bolehlah diberi pujian terutama dari segi penghayatan dan ekspresi wajah.. Tapi jika dihalusi beberapa kelemahan yang nampak ialah pergerakan kaki yang kurang teratur dan seperti biasa aksi mendongak ke langit pada part nada tinggi (mendedahkan ketegangan leher) sehingga kitapun macam terasa sama keperitan beliau menarik suara tinggi.

Velvet (Cara Mu) - Sebuah lagu yang agak susah untuk dihayati hanya dalam tempoh lima hari! Mungkin “hebat” bukanlah huraian yang sesuai untuk persembahan Velvet, tapi yang pasti beliau dapat membawanya dengan baik dengan lontaran vokal tersendiri yang memaksa beliau menggunakan projeksi suara whispered falsetto pada beberapa bahagian lagu tersebut. Cuma yang saya perhatikan ada beberapa bahagian lirik di mana beliau tak yakin menyebutnya lalu cuba dihalakan mikrofon jauh dari mulut. Koreografi tarian dapat dilaksanakan Velvet dengan baik. (Kejutan Astro pada part rap Faizal betul-betul buat saya tergamam – ingatkan betul!)

Lotter (Chow Kit Road) – Memang saya mengharapkan Lotter diberi salah satu lagu dari Sudirman kerana tona vokalnya ada iras-iras Sudirman (saya sedari menerusi lagu Iris). Namun lagu “Chow Kit Road” agak sukar untuk dihafal liriknya (pelajar cuma ada lima hari sahaja untuk menghayati lagu). Akibatnya terdapat beberapa kesilapan lirik yang mengganggu kelancaran vocal delivery. Namun begitu, Koreografi serta tarian breakdance menghidupkan persembahan beliau dan sedikit sebanyak mengalih tumpuan penonton kepada kesilapan yang berlaku. (Pada saya lagu rancak Sudirman “Ku Budak Kampung” ataupun “Aku Penganggur” amat menghiburkan jika dipersembahkan di konsert AF. Lebih-lebih lagi jika tugas tersebut diberikan kepada Lotter)

Haziq (Tak Seindah Wajah) – Sekali lagi sebuah lagu “makanan” beliau, maka dapatlah dibawa dengan penuh penghayatan dan berkesan walaupun dengan tangan yang masih tergigil-gigil (Aiman tak kisah!)

Leez (Ku Gembira Di Samping Mu) – Sebuah lagu yang agak ringkas dan mudah untuk dibawa dan sesuai untuk mana-mana vokal wanita termasuklah Leez. Pergerakan Leez di pentaspun agak menarik. Tapi lebih elok jika part bridge music yang panjang dipenuhi dengan Leez melakukan synchronize dancing bersama-sama dua orang penari. Tidaklah nampak pentas kelihatan kosong.


Pilihan terbaik minggu ini

Vokal terbaik: Haziq (lancar dan kurang silap umpama membuat rakaman album)
Persembahan terbaik: Lotter

14 Jul 2006

Rich tinggalkan zaman bujang dua tahun lagi?

Terkedu peminat Richel L Gimbang (Rich) apabila bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 itu membayangkan dalam rancangan Trek Selebriti mengenai kemungkinan dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Pertemuan singkat denga Rich di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi Khamis lalu dimanfaatkan untuk bertanya lebih lanjut mengenai kenyataan berani mati itu dan perkembanan terbaru Rich selepas tersingkir daripada program realiti paling popular di Malaysia itu.




Click image to enlarge or right-click mouse to save as

Gosip cinta DJ Selina-Felix AF3

SMS romantis pengganti diri?

Oleh BOYD PV

Hiburun Harian Ekspres

boyd_pv@yahoo.com


Belumpun reda gosip panas mengaitkan bintang AF2 Linda Nanuwil dengan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Masidi Manjun, terdengar pula gosip percintaan hangat bintang AF3 Felix Agus dengan seorang personaliti radio Sabah V fm, DJ Selina Light. Hubungan intim mereka dikatakan berputik sejak penghujung tahun lalu apabila Felix bertandang ke RTM Kota Kinabalu. Pertemuan kali pertama di stesan penyiaran itu dikatakan mencetuskan bibit-bibit cinta. Malah ada peminat medakwa pernah beberapa kali terserempak dengan Felix dan Selina di pusat beli belah di Kota Kinabalu. Ada pula yang mendakwa mereka kerap berbalas kiriman SMS romantis, lagak orang bercinta sakan. Sejauh mana benarnya gosip ini? Sejak awal bulan lepas, Hiburan Harian Ekspres kerap diasak dengan pertanyaan daripada pembaca yang inginkan kepastian mengenai gosip hangat itu. Namun semakin perkara itu cuba didiamkan, semakin yang galak membuat pelbagai andaian. Untuk mendapatkan jawapannya , penulis cuba menghubungi Felix. Malangnya, panggilan penulis hanya dijawab pleh mesin. Beberapa pesanan ditinggalkan tetapi tidak pernah mendapat maklumbalas. Kiriman SMS juga tidak pernah dijawab.

Gagal mendapatkan komen Felix, penulis mendekati DJ Selina Light. Pertemuan berlangsung di Amy’s Kitchen, Jalan Gaya, Kota Kinabalu minggu lepas. Diminta mengulas gosip itu. Selina sekadar tersenyum – mengiyakan tidak, menafikan pun tidak. “Saya tidak terkejut dengan gosip ini kerana sebelum inipun saya sudah pernah dengar orang berbicara mengenainya. Malah saya sendiri pernah ditanya soalan itu.” Sebagai artis, Felix cukup dikenali. DJ Selina juga mempunyai nama yang kuat dalam bidang penyiaran. Sudah tentu gosip cinta mereka mengundang rasa ingin tahu peminat. Lagipun, sebelum ini, Felix kerap dikaitkan dengan Akma, teman seangkatan nya di AF3. Kini, tiba-tiba pula Felix dikaitkan dengan DJ Selina. “Saya sebenarnya tidak tahu nak kata apa dan rasa kekok kerana belum pernah ada wartawan tanyakan soalan ini kepada saya. Saya fikir perkara-perkara seperti ini terlalu peribadi untuk diperkatakan.” Terlalu peribadi, ungkapan seolah membayangkan ada sesuatu di antara Selina dan Felix. “No comment,” katanya sambil ketawa manja. Anda dan Felix dikatakan sering bertemu apabila bintang AF3 itu berkesempatan pulang ke Sabah. Malah, ketika berjauhan SMS dikatakan menjadi pengganti diri. Komen anda. “Saya keberatan untuk memberi sebarang komen . Saya ini perempuan, tak manis jika saya berbicara mengenainya. Lagipun apa kata peminat Felix nanti.” Di luar sana , peminat mula bercakap mengenai hubungan anda dengan Felix.

Hiburan Harian Ekspres ingin memberi anda peluang untuk menjelaskan mengenai gosip yang semakin hangat mengaitkan anda dengan penyanyi itu. “Beginilah, saya memahami tugas anda sebagai wartawan. Tapi sebagai seorang perempuan, ada baiknya jika saya tidak bercakap mengenai perkara ini.” Hiburan Harian Ekspres sekadar inginkan jawapan “ya” atau “tidak” daripada yang empunya diri. Dan sekali lagi, Selina menjawab: “no comment.” Selina memberitahu dia lebih selesa bercakap mengenai kerjayanya sebagai penyiar di Sabah V fm dan bukannya gosip cinta. No comment adalah jawapan yang selamat. Tapi ada kalanya ia mengundang lebih banyak spekulasi. Usaha Hiburan Harian Ekspres untuk mengorek kisah cinta mereka tidak berjaya, sekurang-kurangnya buat masa ini.Penulis berharap sangat untuk dapat berbual dengan Felix dalam masa terdekat bagi meleraikan persoalan daripada peminat-peminatnya yang mahukan kepastian.

Diajak bercerita mengenai kerjayanya, Selina kembali bersemangat. “Saya mula bertugas di RTM Kota Kinabalu pada 19 April 2005,” kata DJ berdarah campuran Kokos dan Cina ini. Dilahirkan di Sabah dan dibesarkan di beberapa tempat di Malaysia dan Singapura, Selina fasih bertutur dalam bahasa Cina (Kantonis, Mandarin dan Hakka), Melayu dan Inggeris. Selain bertugas di konti Sabah V fm, Selina menerbitkan rancangan popular stesen penyiaran itu, Local Top 10, sebuah carta lagu-lagu Inggeris tempatan. “Saya mengambil alih program itu daripada DJ Constan ketika dia bertukar tempat kerja ke Traxx FM. Pada mulanya, agak kekok juga mengendalikan rancangan yang sedia mempunyai ramai pengikut itu. “Rasa bimbang pun ada kerana takut tidak menepati jangkaan peminat sedia ada rancangan itu.””Tapi selepas beberapa minggu mengendalikan, saya semakin selesa dan bersyukur kerana peminat rancangan itu dapat menerima cara saya.” Local Top 10 memang mempunyai ramai peminat tetapi ada juga yang tidak berpuas hati kerana senarai lagu-lagu yang bertanding dalam carta agak statik sejak beberapa bulan lepas dengan lagu-lagu yang sama mengisi carta. Komen anda selaku penerbit?

”Itu saya akui tetapi pendengar perlu maklum, tidak ramai penyanyi tempatan kita merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Apabila tidak ada lagu-lagu diterima, lagu-lagu yang sedia ada akan kekal dalam carta. “Kerana itu saya mengalu-alukan mana-mana penyanyi atau kumpulan yang ada merakam lagu Inggeris agar menghantar CD kepada saya untuk kami nilai dan jika sesuai, saya boleh calonkan dalam carta.Lagu itu mestilah ciptaan sendiri dan lirik mestilah dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Kalau bahasa rojak, kami tidak akan terima.”Jadi apa tunggu lagi, ini peluang anda untuk menyertai carta popular Local Top 10. Hantarkan CD anda ke RTM Kota Kinabalu untuk perhatian DJ Selina. Dalam pada itu sekiranya anda ingin memberikan maklumbalas terhadap dua pelajar dari Sabah di Akademi Fantasia 4, Lotter P Edwin Edin dan Velvet Lawrence Aduk, anda boleh menghantar komen anda kepada penulis. Selepas enam minggu di Akademi, anda tentu mempuyai banyak perkara untuk diperkatakan mengenai kedua pelajar itu. Hantarkan komen anda kepada ke alamat boyd_pv@yahoo.com

13 Jul 2006

Gosip Azharina

Azharina persila peminat siasat

Oleh Norhadiani Baharom

Harian Metro Online


KEINGINAN mendalam bergelar artis rakaman memaksa juara Bintang RTM 2001, Azharina Azhar, 21, melakukan pelbagai pengorbanan.

Keputusan paling besar pernah dilakukannya apabila terpaksa memperjudikan kehidupan peribadi yang selama ini menjadi hak mutlaknya kepada umum. Malah, hampir lima tahun bergelar artis dia sentiasa berhati-hati dengan segala tindak tanduk agar tidak mengguris perasaan ibu bapa serta keluarga yang lain.Namun, apa yang meresahkan gadis yang mesra panggilan Rina ini kerana dalam masa memastikan semua pihak menyenanginya tetap timbul gosip tidak berasas membabitkan nama baiknya.

Terbaru, penyanyi popular dengan lagu Elegi Sepi ini dikatakan sudah berkahwin dengan pemuda warganegara Filipina ketika berusia 16 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata.Gosip ini dipercayai menjadi buah mulut masyarakat setempat di kawasan kejiranan Azharina di Kota Kinabalu, Sabah.“Hahaha (ketawa). Saya tidak pernah berkahwin pada usia 16 tahun tetapi mengakui sudah mempunyai anak yang memakai rantai emas Christian Dior di leher.“Seorang berusia satu tahun setengah dan seorang lagi satu tahun tujuh bulan. Mereka adalah kucing kesayangan saya yang dibeli dari London menerusi seorang kawan. Yang seekor itu namanya LV dan satu lagi Hugo Emporio.

“Saya mengakui sebelum ini pernah mempunyai teman lelaki tetapi tidaklah sampai berkahwin atau ada teman lelaki berbangsa Filipina sehingga berkahwin. Semua itu dusta dan bertujuan merosakkan nama baik saya,” katanya.Tambah Rina lagi, dia pernah terdengar gosip sama sebelum ini. Bagaimanapun gadis yang dimaksudkan itu juga dikenali sebagai artis wanita Sabah yang dipercayai sudah berkahwin dengan pemuda Filipina. Mungkin kerana terkeliru penduduk menyangkakan dia adalah orangnya. Nyatanya, cerita seperti ini sedikitpun tidak pernah mengganggu emosinya.“Saya tidak buat silap, jadi untuk apa saya harus marah atau melenting. Bagi yang was-was dengan kenyataan saya ini mereka dipersilakan menyiasat latar belakang saya. “Lagipun tidak ada gunanya menipu, apatah lagi saya datang dari keluarga yang dikenali dan penting (berpengaruh) di Sabah serta mempunyai empayar sendiri.

Justeru, penipuan hanya menjerat diri sendiri.“Sekiranya gosip ini sengaja ditimbulkan untuk memfitnah saya, individu yang mengada-adakan cerita itu akan menerima pembalasan Tuhan. “Harus diingat, Tuhan itu Maha Adil dan sentiasa melindungi orang yang teraniaya dan kebenaran akan terbongkar juga,” katanya.Jelas Azharina, gosip seperti ini bukan pertama kali membabitkan dirinya. Dulu dia pernah dituduh merahsiakan usia sebenar dari peminat.“Saya adalah gadis tempatan Sabah berusia 21 tahun yang dilahirkan pada 1985 sepertimana yang tercatat di dalam kad pengenalan. “Memandangkan wajah saya matang daripada usia sebenar, ada pihak mengambil kesempatan menyebarkan cerita saya sengaja merahsiakan usia sebenar.“Kononnya saya bimbang peminat lari. Saya menerima gosip begini dengan hati terbuka kerana sedar bila sudah dikenali, kejayaan kita akan dicemburui ramai pihak,” katanya

12 Jul 2006

Datuk M nafi berkahwin dengan Linda AF2

Dipersilakan baca...

The New Sabah Times




Keratan akhbar The Daily Express (12 Julai 2006)



P/s: Hmm..luculah juga berita ini. Harap-harap tiadalah spekulasi yang melebih-lebih lepas ini (klik imej untuk versi besar atau right-click mouse to "save as")

10 Jul 2006

Rachel, Fik, Sheera dan Awien

TV3 Mentor ....tunjuk ajar ku Sifu! (aku nda pandai menyanyi!)



Rachel Ansibin - Agak menarik juga persembahan Rachel. Walaupun permulaan beliau agak goyah sedikit, namun tiba ke pertengahan sehinggalah ke akhir lagu, lontaran suara lantang "bergema" beliau begitu memukau. Sekadar membandingkan beliau dengan protege saingan Nieyl, Rachel banyak kelebihannya. Walau bagaimanapun, pergerakan beliau kelihatan agak kasar sedikit dan kerap membongkok (seolah-olah menyanyi lagu rap/hip hop). Diharapkan Mentor beliau (Nurul) dapat memperbaiki aspek ini, sekiranya Rachel layak menjadi protege. Paras wajah Rachel pula bolehlah dianggap yang paling menawan di kalangan peserta wanita (maklumlah pernah menjadi ratu kolej) dan mungkin boleh menjadi daya penarik penonton menghantar undi. (Hmm...dari Tambunan pula)

Untuk mengundi Rachel taip Mentor Rachel dan hantar ke 39003



Fiq - Berasal dari Sandakan dan membawa lagu slow rock yang agak susah juga. Memiliki vokal yang kata orang agak "jantan", persembahan Fiq agak baik juga namun persembahan bersemangat protege saingan beliau, Hat mungkin mengurangkan peluang Fiq untuk meraih undi yang banyak.
Untuk mengundi Fiq, tapi Mentor Fiq (hantar ke 39003)
Informasi lanjut Mentor, termasuk biodata dan gambar-gambar protege, boleh didapati dengan melayari tv3.com.my/mentor
OIAM - Syira dan Awien
Nampak gaya, berakhirlah sudah perjuangan Syira dan Awien dalam rancangan One In A Million. Rezeki tidak memihak kepada mereka dalam rancangan tersebut. Tak apalah, boleh cuba lagi dan perbaiki kelemahan-kelemahan sepertimana yang disuarakan oleh kedua-dua juri yang maha arif dan bijaksana (?!).

Hi! Hi! dan Bye! Bye!


Mungkin penyingkiran Diddy dalam konsert mingguan Akademi Fantasia adalah yang tersingkat pernah dilakukan. Tiada babak drama suspen, dengan sekali hembus saja Aznil mengumumkan Diddy tersingkir malam itu. Ini semua gara-gara memberi laluan kepada pengumuman penyerapan salah seorang daripada lapan pelajar tersingkir pada konsert Prelude yang akhirnya memihak kepada Leez. Jadi bye bye kepada Diddy dan Hi hi kepada Leez (ada baik juga jika lima orang pelajar yang tersingkir diberi mandat memilih salah seorang rakan mereka ke akademi). Melihat kepada kedudukan Diddy pada konsert minggu kelima keputusan penyingkirannya dalam konsert lalu bukan di luar jangkaan. Kedudukan kedua tercorot pada minggu kelima memberi pembayang beliau akan tersingkir. Nasib Diddy mungkin bakal menimpa Velvet andainya situasi ini berterusan pada konsert minggu ketujuh. Ini kerana berdasarkan kepada peratusan selepas undian ditutup, Velvet berada di kedudukan bottom two. Peminat-peminat Velvet kena melakukan sesuatu yang drastik jika inginkan beliau terus kekal dan beraksi di konsert akhir.

Ulasan persembahan pelajar

1. Faizal (Senandung Anak Laut) – Pakaian beliau yang ala-ala fesyen punjabi jauh melencong dari konsep tema lagu (there must be something terribly wrong with the costume department). Walaupun key lagu direndahkan untuk keselesaan beliau, masih terlihat keseksaan mencapai nota tinggi dengan trademrknya mendongak sambil mendedahkan urat-urat saraf di leher. Penghayatan beliau dan ekspresi wajah amat baik. Penampilan A.Ali dan S.Sahlan memberi sedikit daya penarik kepada persembahan Faizal.

2. Lotter (Da Bomb)– Sekadar menghabiskan tugasan menyampaikan lagu ini Lotter telah melaksanakannya. Persembahan menjadi semak dengan penampilan props yang agak ramai di pentas (termasuk Aznil). Persembahan vokal beliau bolehlah dianggap sekadar mengangkat tune lagu ini. Tiada tambahan “kesan-kesan sampingan”. Masih dapat dikesan beberapa kesilapan termasuk gagal mengagak tempoh yang tepat untuk menamatkan lagu ini. Ekspresi wajah lebih menampakkan seorang yang seakan-akan marah. Tarian beliau, walau bagaimanapun, sedikit sebanyak memberi daya tarikan kepada persembahan.

3. Haziq (Seruan) – Kejam jugalah panel pemilih lagu AF ni, sudahlah budak ni menggigil di pentas, di beri pula lagu dengan lirik "menggigil". Persembahan beliau yang agak teruk setakat ini. Nampak sangat pergerakan yang begitu “dikira” dan dirancang di samping berhempas pulas dengan lontaran vokal beliau. Pakaian beliau yang agak trendy sedikit sebanyak menutup beberapa kelemahan persembahan.

4. Velvet (Run Baby Run) –Satu persembahan vokal yang cukup mantap dari Velvet dan semua ini dilakukannya dengan begitu bersahaja. Sebuah lagu dari wish-list beliau yang sudah semestinya dapat dilakukannya dengan baik. Namun begitu kedengaran beberapa bahagian lagu yang agak sayup-sayup terutama pada bahagian nada rendah. Mungkin volume suara Velvet kurang kuat pada bahagian ini dan teknik penggunaan mikrofon yang betul berperanan untuk memperbaiki kelemahan sebegini.

5. Diddy (Air Mata Kasih) – Saya bersetuju jugalah dengan komen Adnan Abu Hassan tentang vokal Diddy yang agak kasar untuk lagu ini dan kurang lunaknya. Keperitan wajah yang nampak terseksa dan mengurangkan seri dalam persembahan beliau. Pakaian yang begitu "kebaratan" sambil mendendangkan lagu genre irama kemelayuan juga agak menjanggalkan.

6. Farhan (Kopi Dangdut) – Gelekan yang kurang menjadi serta kesemputan (akibat koreografi berlebihan) mengundang kritikan negatif buat Farhan kali ini. Namun semua itu tidak menjejaskan peratusan undian beliau yang kekal di tangga teratas (mungkinkah mendapat undian dari mat-mat juga minah-minah Indon?!).

7. Amirul (Sedang Ingin Bercinta) – Satu persembahan yang menyebabkan remaja-remaja perempuan (sekitar umur 12 – 15 tahun) berlumba-lumba dan berebut-rebut mencapai handphone milik emak, bapa, kakak, abang, makcik dan pakcik mereka untuk menghantar undian SMS! (berlaku di depan mata saya sendiri). Konsep lagu yang begitu menepati jiwa remaja beliau. Koreografi yang nampak begitu kemas tersusun, menarik dan menghiburkan (tak nampak sangat “pengiraan”). Showmanshipnya yang agak memukau, sedikit sebanyak melarikan perhatian penonton kepada beberapa kecacatan suara.


Pilihan ranking minggu ini

1. Amirul/ 2. Velvet/3. Faizal / 4. Lotter / 5. Diddy /6. Farhan. /7. Haziq

Vokal terbaik: Velvet
Persembahan terbaik: Amirul

7 Jul 2006

OIAM : Debaran peserta Sabah

Mereka adalah antara kelompok Top 20 yang gagal memikat hati juri untuk mara ke kelompok Top 10. Namun peluang masih terbuka buat Sheera dan Awien dipilih ke peringkat akhir melalui undian SMS yang berakhir hari ini. Sama-samalah kita saksikan malam ini samada mereka berjaya meraih undian SMS majoriti untuk membolehkan mereka mara ke peringkat akhir (dua peserta ke peringkat akhir ditentukan melalui undian SMS dan juga penilaian semula juri)



Sheera




Awien


TV3 Mentor - Rachel James Ansibin



Belum terlambat Nurul kongsi ilmu dengan protegenya bagi menghadapi Konsert Prolog Ahad ini

PENGALAMAN pahit manis sepanjang 10 tahun bergelar penyanyi akan dikongsikan Nurul kepada dua protegenya Nuriylia Jailani, 21, dan Rachel James Ansibin, 23, bagi menghadapi cabaran hidup baru sebagai penyanyi.

Nurul akan memberikan sepenuh perhatian kepada dua protegenya supaya mereka dapat melakukan yang terbaik bagi menghadapi Konsert Prolog, Ahad ini jam 9 malam. Biarpun terpaksa akur salah seorang daripada mereka akan kecundang.Walaupun masa sudah terlalu suntuk, tapi belum terlambat untuk Nuriylia atau Nieyl dan Rachel memperbaiki mutu vokal mereka. Sejak kelmarin, Nieyl dan Rachel giat menjalani latihan bersama mentor mereka di studio Wake The Baby, Taman Tun Dr Ismail, Damansara.Peranan yang dimainkan Nurul tidak hanya tertumpu kepada vokal saja, tetapi semua aspek untuk bergelar penghibur. “Saya memang seronok dapat berkongsi pengalaman dengan pendatang baru. Bagi saya ia satu pembaziran jika bakat mereka dipersia-siakan begitu saja. Memang semua orang boleh menyanyi tapi kadang-kadang mereka tidak tahu teknik menyanyi yang betul.“Kesempatan ini akan saya gunakan untuk mencurahkan pengalaman yang tidak seberapa kepada mereka. Saya sendiri yang menawarkan diri untuk mencurahkan tenaga dalam pertandingan ini.“Saya sudah merasai betapa susahnya untuk dikenali lebih-lebih lagi jika tiada sesiapa memberikan dorongan. Mereka wajar bersyukur sebab banyak program mencungkil bakat sekarang,” katanya.Bukan Nieyl dan Rachel saja berdebar-debar menantikan penentuan nasib mereka kelak. Nurul juga turut sama berdebar malah sukar baginya meramalkan siapakah antara mereka berdua yang akan mara memandangkan kedua-duanya cukup berbakat.Barangkali Nieyl mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman menyanyi di Restoran Cerana.

Sebaliknya Rachel pula agak gugup di pentas, tapi bakatnya juga tidak boleh dipandang rendah kerana gadis kelahiran Sabah ini pernah menimba pengalaman sebagai penyanyi gereja.

Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Seandainya mara ia adalah satu bonus, namun kecundang bukan bermakna perjalanan untuk mengharungi dunia seni berakhir.Tipu seandainya tiada keinginan untuk menang begitu juga hasrat yang tersimpan di dada anak jati Kuala Lumpur, Nieyl. Apa lagi ini adalah pengalaman pertamanya menyertai pertandingan sebesar Mentor, justeru dia sudah memasang strategi untuk meraih undi.“Kalau boleh memang saya berharap sangat dapat ke peringkat seterusnya. Saya tidak rasa Konsert Prolog sebagai pertandingan tetapi persaingan yang sihat.“Saya akan cuba curi ilmu Nurul sebagai persediaan untuk ke konsert nanti. Walaupun saya berpengalaman menyanyi tetapi Rachel juga mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya yang memilih lagu daripada Juliana Banos, Yang Mana Satu.Jika Nieyl mempunyai cara tersendiri untuk menarik penonton,

Rachel pula memasang strategi dengan memilih lagu Melayu untuk mengumpul undi daripada penonton Melayu. Lazimnya peserta dari Sabah sering meraih undi tinggi, tapi Rachel tidak menganggap dia sudah berada dalam zon selamat.Perasaan gemuruh di pentas adalah masalah utama yang cuba dibendung gadis Sabah ini sebelum menjelangnya konsert.“Saya akan cuba kawal perasaan takut kerana boleh menjejaskan mutu persembahan saya. Akibat terlalu takut saya menangis dan terjatuh semasa mengikuti kelas Azmeer. “Saya tidak anggap mempunyai kelebihan meraih undian dengan mudah kerana orang Sabah sudah pandai menilai sama ada penyanyi itu berbakat atau tidak,” katanya yang akan mendendangkan lagu milik Kris Dayanti, Cobalah Untuk Setia.

PROFILRachel James Ansibin
Umur: 23 tahun
Tarikh Lahir: 6 Disember 1983
Asal: Sabah
Penyanyi Pujaan: Celine Dion

6 Jul 2006

Linda is missing! (again?!)

Wonder where Linda of the second season of Akademi Fantasia is?

Seriously? We don’t really know either.

Sources from Maestro Talent & Management however tell us that the girl has gone AWOL. We don’t know what’s the matter with this girl, but she’s been turning down show offers and supposedly has locked herself home, despite her songs doing extremely well on the radio charts.

Word is that Maestro are not too keen on the problematic girl whose contract with the company is still active.

Maybe they should just terminate ties then if she's going to be a liability.

(Extract from The Buzz, Malay Mail, 6 June 2006)

P/s: Hmm...ada siapa2 tau mana si Linda ni?

4 Jul 2006

Konsert live Felix, YAKIN n Mas




P/s: Nampak gaya kena standby dengan kamera paparazi...hehe!

Nunuk Ragang - Celebrating the Legend




3 Jul 2006

Mp3 Lotter dan Velvet

Siapa-siapa berminat download mp3 Bila April - Lotter dan Sangkar Cinta - Velvet dari, sila klik dua link di bawah (hanya untuk tempoh 7 hari mulai sekarang lepas tu server akan otomatik delete)

1. Lotter - Bila April

2. Velvet - Sangkar Cinta

2 Jul 2006

Bila badut sarkas jadi pengkritik

Pemilihan lagu yang kurang sesuai kepada beberapa pelajar seperti Salima, Diddy, Haziq, Amirul dan Faizal, menjadikan Konsert AF4 untuk minggu kelima sedikit hambar. Konsert kali ini juga sekaligus menyaksikan pemergian Salima satu-satunya pelajar wanita bertudung yang berjaya menjejakkan kaki ke Akademi. Persembahan beliau yang ala kadar mendendangkan lagu Kelly Clerkson “Because of You” gagal meraih undi yang cukup untuk membantunya kekal bersama-sama pelajar lain di Akademi. Kehadiran AC Mizal dengan kostum Cek Mat Poinya (CMP, sebuah watak dalam show beliau “AC Di Sini”) pula seolah-olah menjemput badut sarkas sebagai pengkritik justeru memperlihatkan sebuah senario olok-olok (tidak serius)

Ulasan persembahan pelajar

1. Diddy (Biar Betul) – Sekali lagu menampilkan persembahan yang menarik seperti juga dengan persembahan-persembahan beliau sebelum ini. Mungkin juga beliau ini menganggap konsert mingguan AF sebagai salah satu sesi persembahan beliau di Bora Ombak (digambarkan melalui aksinya meminta sahutan penonton). Cuma yang tidak kena kali ini ialah bila beliau kelihatan keperitan dan terseksa pada bahagian korus lagu yang mungkin agak tinggi untuk tahap beliau.

2. Lotter (Bila April)– Hmm...pada pendapat saya alang-alang Lotter disuruh duduk lebih baik saja bagi gitar sebagai gimik (kalau tak silap saya, beliau juga boleh bermain gitar). Aksi beliau duduk sepanjang mendendangkan lagu ini macam kurang sesuai dan agak tense sedikit penampilannya. Walau apapun dari segi vokal tidaklah teruk sangat (kecuali satu bahagian korus akhir yang hampir-hampir tidak kesampaian). Lagu ini sebenarnya ada iras-iras lagu “More Than Words” salah satu lagu kegemaran Lotter (mengikut biodata beliau). Secara peribadi saya lebih menyukai tone suara beliau untuk lagu ini, seandainya Lotter suntik lebih penjiwaan, penghayatan serta melembutkan sedikit bahagian-bahagian tertentu pada lagu ini. Khidmat Amirul sebagai penyanyi latar begitu mencuri pendengaran (brilliant)

3. Salima (Because of You) – Lagu ini agak susah juga bagi seseorang yang baru mempelajarinya. Korus lagu dengan baris lirik “because of you..!” yang perlu dinyanyi berulang-ulang memerlukan kecekapan “mencuri” nafas (mungkin untuk tahap seperti Salima ada baik juga bahagian ini dinyanyikan saja oleh penyanyi latar). Penghayatan dan penjiwaan Salima untuk lagu ini agak kurang. Mungkin berkait rapat dengan faktor bahasa. Key lagu juga direndahkan justeru kedengaran sebuah muzik yang agak sepi tanpa elemen dramatik.

4. Haziq (Juwita Citra Terindah) – Secara amnya, Haziq gagal membawa lagu ini dengan baik. Cukup tersiksa kelibat beliau menyanyikan lagu ini. Tekak seolah-olah hampir-hampir tercekik pada bahagian bernada tinggi lagu ini. Aksi tarian beliau melompat-lompat juga agak janggal.

5. Amirul (Lagu Zaman) – Satu lagi contoh paling ketara kesilapan memberi lagu. Semuanya serba-serbi tak kena. Amat jelas kedengaran suara menggigil. Vocal support agak lemah dan vibrator suara tak stabil. Namun kesungguhan beliau menjiwai lagu ini harus diberi pujian walaupun kurang menjadi.

6. Velvet (Sangkar Cinta) – Kecuali sepatah perkataan yang Velvet tak tersebut (terlupa?) tiada kecacatan lain, dari segi vokal pada persembahan beliau. Mungkin dari sudut persembahan pentas serta penghayatan wajah beliau, sedikit sebanyak mengundang kritikan negatif. Pengkritik Juliza Adzilan seakan-akan kurang menyokong Velvet. Jelas kelihatan wajahnya macam dikerutkan (mimik muka yang lazim diguna untuk meluahkan perasaan benci) semasa memberi komen negatif kepada Velvet (saya perhatikan semasa Juliza memberi komen berbunyi negatif kepada Faizal dan Farhan kelihatan wajahnya tersenyum dan ceriah seakan berkata dalam hati “sayang awak!”...hmm!) Memandangkan ada scene dalam Diari AF di mana Velvet terlupa lirik lagu, saya berpendapat reaksi beliau yang seakan-akan bingung di pentas hanyalah sekadar berhempas pulas mengingati lirik, kalau tidakpun mungkin sedang menghafal step koreografi.

7. Faizal (Terharu) – Seperti Diddy, Faizal cuba membawa lagu ini dengan bersahaja. Malangnya kurang berjaya. Kelihatan juga betapa seksa dan peritnya beliau menarik suara sehingga kelihatan urat-uarat pada leher.

8. Farhan (Biarlah Rahsia) – Pembukaan serta penutupan lagu ini dilakukannya dengan baik dan berkesan, sehingga kecacatan suara beliau pada bahagian akhir korus lagu, tidak disedari (atau mungkin memang sengaja tidak diendahkan sangat) oleh pengkritik. Kecacatan suara yang saya maksudkan ialah bilamana Farhan terseksa dan hampir-hampir tak mensasari nota dengan tepat (walaupun key lagu ini sebenarnya telah direndahkan)


Pilihan terbaik minggu ini

1. Farhan/ 2.Velvet /3. Diddy/ 4. Lotter / 5. Faizal / 6. Salima. /7. Haziq/ 8. Amirul

Vokal terbaik: Velvet
Persembahan terbaik: Farhan


P/s: Lagu Bila April (Lotter) dan Sangkar Cinta (Velvet) boleh didengari di radioblog

1 Jul 2006

Nikki's Cara Mu video clip!

First and foremost, in my opinion, this VC shouldn't be on YouTube site (since it is a copyright item). Anyhow, since the owner of the YouTube site stated as Vernon Kedit himself, who is the manager of both Ning Baizura and Nikki, I guess there shouldn't be a problem sharing the VC with the netizens (I hope so!). Great VC...with universal standard/quality! KELASS!! MALAToops!!!





P/s: Hopefully they do a VC for "Sunudai Oku"...with the same standard/quality