17 Jul 2006

Permulaan bagi Lotter - semoga berjaya!

Tidak seperti AF musim-musim lepas, paling awal menyaksikan pelajar Sabah tersingkir ialah pada minggu ketujuh (Linda). Walau bagaimanapun nasib menyebelahi beliau bila diserap masuk semula melalui undian Afmasuk yang penuh kontroversi. AF musim ini, sebaliknya agak janggal sedikit bilamana berjurut-jurut pelajar dari Sabah turun pentas menarik bagasi (macam berlumba-lumba pula siapa dulu tersingkir). Mangsa malang kali ini ialah pelajar harapan dari Membakut, Lotter. Secara logiknya peserta-peserta AF dari negeri ini mengharapkan sokongan undian dari masyarakat setempat. Malang sekali sokongan yang diterima tidak memadai untuk membolehkan pelajar bertahan sekurang-kurangnya hingga ke minggu akhir. Mungkin juga ada alasan-alasan tertentu kenapa nasib peserta-peserta AF Sabah kali ini tidak lagi seindah dahulu (?). Namun dalam kes Lotter saya menyimpan kepercayaan pengundi beliau bukan sekadar datang dari Sabah terutama dari Membakut. Saya yakin beliau berjaya mengumpul pengundi-pengundi se Malayisa melalui persembahan beliau pada konsert pertama yang disambut dengan puji-pujian. Pengakuan beberapa peminat di KL, “meminati beliau” seperti yang ditayang dalam rancangan Trek Selebriti menambahkan lagi keyakinan kepada andaian yang Lotter memiliki pengundi se Malaysia. Namun begitulah hakikatnya, mangsa penyingkiran AF tidak mengenal asal usul pelajar bilamana jari jemari yang lebih menentukan nasib para pelajar.

Imbasan persembahan pelajar:

Amirul (Oh No Kamu) - Pembukaan persembahan beliau agak lemah sedikit. Namun pada bahagian pengakhiran lagu, persembahan belliau mula nampak bertenaga sedikit terutama selepas melakukan bahagian yang memerlukan beliau menari. Lontaran suara secara keseluruhan masih kurang stabil.

Farhan (Meniti Titian Usang) - Lagu ini kurang bersesuaian dengan tona vokal semulajadi beliau. Namun ini tidak menghalangnya membawa lagu tersebut mengikut keupayaan vokal serta style yang dapat menghidupkan lagu tersebut.

Faizal (Dealova) - Secara kasarnya persembahan beliau bolehlah diberi pujian terutama dari segi penghayatan dan ekspresi wajah.. Tapi jika dihalusi beberapa kelemahan yang nampak ialah pergerakan kaki yang kurang teratur dan seperti biasa aksi mendongak ke langit pada part nada tinggi (mendedahkan ketegangan leher) sehingga kitapun macam terasa sama keperitan beliau menarik suara tinggi.

Velvet (Cara Mu) - Sebuah lagu yang agak susah untuk dihayati hanya dalam tempoh lima hari! Mungkin “hebat” bukanlah huraian yang sesuai untuk persembahan Velvet, tapi yang pasti beliau dapat membawanya dengan baik dengan lontaran vokal tersendiri yang memaksa beliau menggunakan projeksi suara whispered falsetto pada beberapa bahagian lagu tersebut. Cuma yang saya perhatikan ada beberapa bahagian lirik di mana beliau tak yakin menyebutnya lalu cuba dihalakan mikrofon jauh dari mulut. Koreografi tarian dapat dilaksanakan Velvet dengan baik. (Kejutan Astro pada part rap Faizal betul-betul buat saya tergamam – ingatkan betul!)

Lotter (Chow Kit Road) – Memang saya mengharapkan Lotter diberi salah satu lagu dari Sudirman kerana tona vokalnya ada iras-iras Sudirman (saya sedari menerusi lagu Iris). Namun lagu “Chow Kit Road” agak sukar untuk dihafal liriknya (pelajar cuma ada lima hari sahaja untuk menghayati lagu). Akibatnya terdapat beberapa kesilapan lirik yang mengganggu kelancaran vocal delivery. Namun begitu, Koreografi serta tarian breakdance menghidupkan persembahan beliau dan sedikit sebanyak mengalih tumpuan penonton kepada kesilapan yang berlaku. (Pada saya lagu rancak Sudirman “Ku Budak Kampung” ataupun “Aku Penganggur” amat menghiburkan jika dipersembahkan di konsert AF. Lebih-lebih lagi jika tugas tersebut diberikan kepada Lotter)

Haziq (Tak Seindah Wajah) – Sekali lagi sebuah lagu “makanan” beliau, maka dapatlah dibawa dengan penuh penghayatan dan berkesan walaupun dengan tangan yang masih tergigil-gigil (Aiman tak kisah!)

Leez (Ku Gembira Di Samping Mu) – Sebuah lagu yang agak ringkas dan mudah untuk dibawa dan sesuai untuk mana-mana vokal wanita termasuklah Leez. Pergerakan Leez di pentaspun agak menarik. Tapi lebih elok jika part bridge music yang panjang dipenuhi dengan Leez melakukan synchronize dancing bersama-sama dua orang penari. Tidaklah nampak pentas kelihatan kosong.


Pilihan terbaik minggu ini

Vokal terbaik: Haziq (lancar dan kurang silap umpama membuat rakaman album)
Persembahan terbaik: Lotter

0 comments: