Mungkin penyingkiran Diddy dalam konsert mingguan Akademi Fantasia adalah yang tersingkat pernah dilakukan. Tiada babak drama suspen, dengan sekali hembus saja Aznil mengumumkan Diddy tersingkir malam itu. Ini semua gara-gara memberi laluan kepada pengumuman penyerapan salah seorang daripada lapan pelajar tersingkir pada konsert Prelude yang akhirnya memihak kepada Leez. Jadi bye bye kepada Diddy dan Hi hi kepada Leez (ada baik juga jika lima orang pelajar yang tersingkir diberi mandat memilih salah seorang rakan mereka ke akademi). Melihat kepada kedudukan Diddy pada konsert minggu kelima keputusan penyingkirannya dalam konsert lalu bukan di luar jangkaan. Kedudukan kedua tercorot pada minggu kelima memberi pembayang beliau akan tersingkir. Nasib Diddy mungkin bakal menimpa Velvet andainya situasi ini berterusan pada konsert minggu ketujuh. Ini kerana berdasarkan kepada peratusan selepas undian ditutup, Velvet berada di kedudukan bottom two. Peminat-peminat Velvet kena melakukan sesuatu yang drastik jika inginkan beliau terus kekal dan beraksi di konsert akhir.
Ulasan persembahan pelajar
1. Faizal (Senandung Anak Laut) – Pakaian beliau yang ala-ala fesyen punjabi jauh melencong dari konsep tema lagu (there must be something terribly wrong with the costume department). Walaupun key lagu direndahkan untuk keselesaan beliau, masih terlihat keseksaan mencapai nota tinggi dengan trademrknya mendongak sambil mendedahkan urat-urat saraf di leher. Penghayatan beliau dan ekspresi wajah amat baik. Penampilan A.Ali dan S.Sahlan memberi sedikit daya penarik kepada persembahan Faizal.
2. Lotter (Da Bomb)– Sekadar menghabiskan tugasan menyampaikan lagu ini Lotter telah melaksanakannya. Persembahan menjadi semak dengan penampilan props yang agak ramai di pentas (termasuk Aznil). Persembahan vokal beliau bolehlah dianggap sekadar mengangkat tune lagu ini. Tiada tambahan “kesan-kesan sampingan”. Masih dapat dikesan beberapa kesilapan termasuk gagal mengagak tempoh yang tepat untuk menamatkan lagu ini. Ekspresi wajah lebih menampakkan seorang yang seakan-akan marah. Tarian beliau, walau bagaimanapun, sedikit sebanyak memberi daya tarikan kepada persembahan.
3. Haziq (Seruan) – Kejam jugalah panel pemilih lagu AF ni, sudahlah budak ni menggigil di pentas, di beri pula lagu dengan lirik "menggigil". Persembahan beliau yang agak teruk setakat ini. Nampak sangat pergerakan yang begitu “dikira” dan dirancang di samping berhempas pulas dengan lontaran vokal beliau. Pakaian beliau yang agak trendy sedikit sebanyak menutup beberapa kelemahan persembahan.
4. Velvet (Run Baby Run) –Satu persembahan vokal yang cukup mantap dari Velvet dan semua ini dilakukannya dengan begitu bersahaja. Sebuah lagu dari wish-list beliau yang sudah semestinya dapat dilakukannya dengan baik. Namun begitu kedengaran beberapa bahagian lagu yang agak sayup-sayup terutama pada bahagian nada rendah. Mungkin volume suara Velvet kurang kuat pada bahagian ini dan teknik penggunaan mikrofon yang betul berperanan untuk memperbaiki kelemahan sebegini.
5. Diddy (Air Mata Kasih) – Saya bersetuju jugalah dengan komen Adnan Abu Hassan tentang vokal Diddy yang agak kasar untuk lagu ini dan kurang lunaknya. Keperitan wajah yang nampak terseksa dan mengurangkan seri dalam persembahan beliau. Pakaian yang begitu "kebaratan" sambil mendendangkan lagu genre irama kemelayuan juga agak menjanggalkan.
6. Farhan (Kopi Dangdut) – Gelekan yang kurang menjadi serta kesemputan (akibat koreografi berlebihan) mengundang kritikan negatif buat Farhan kali ini. Namun semua itu tidak menjejaskan peratusan undian beliau yang kekal di tangga teratas (mungkinkah mendapat undian dari mat-mat juga minah-minah Indon?!).
7. Amirul (Sedang Ingin Bercinta) – Satu persembahan yang menyebabkan remaja-remaja perempuan (sekitar umur 12 – 15 tahun) berlumba-lumba dan berebut-rebut mencapai handphone milik emak, bapa, kakak, abang, makcik dan pakcik mereka untuk menghantar undian SMS! (berlaku di depan mata saya sendiri). Konsep lagu yang begitu menepati jiwa remaja beliau. Koreografi yang nampak begitu kemas tersusun, menarik dan menghiburkan (tak nampak sangat “pengiraan”). Showmanshipnya yang agak memukau, sedikit sebanyak melarikan perhatian penonton kepada beberapa kecacatan suara.
Pilihan ranking minggu ini
1. Amirul/ 2. Velvet/3. Faizal / 4. Lotter / 5. Diddy /6. Farhan. /7. Haziq
Vokal terbaik: Velvet
Persembahan terbaik: Amirul
0 comments:
Post a Comment