10 Mar 2012

Candy - Noilaan Ku Nodi

Single Dusun Candy yang hangat di war-warkan dulu...:=)



Terlampau drastik pembaharuan dia, macam buli takajut peminat-peminat lagu Dusun di kampung-kampung dengar..kekek. Tidak pasti pula macam mana sambutan lagu ini. Kalau tinguk kedudukan terkini carta lagu Dusun Sabah VFM, lagu ini sudah tiada dalam senarai (kalau nda silap sya, sempat tersenarai 2, 3 minggu).

14 comments:

Anonymous said...

tepelanting tinggaton sia dangar, siuk tapi takajut pun ada..hehe

dBOS-fm said...

Biar terpelanting...jgn ja te-talan..haha

Anonymous said...

Memang bikin tkejut kan? Tapi saya yakin lagu2 dusun harus berkembang dan berevolusi dalam pelbagai genre. Bila saya baca pendapat anda, saya tidak merasa ada motivasi di dalamnya. Ia semacam pelik Tetapi tidak mengapa, kita cuma ada pendapat masing2. Saya cuma tahu anda biasanya sentiasa mempunyai pendapat yang baik dan meningkatkan semangat artis berkarya, tetapi entah untuk lagu ini saya seperti merasa sesuatu sindiran yang kurang memberangsangkan. Ok pendapat peribadi saya, lagu ini merupakan sebuah karya yang seharusnya dicapai dalam muzik / lagu2 Dusun. Saya rasa istilah perubahan Drastik tidak sesuai digunakan kerana itu bermakna anda tidak perasan bertapa muzik dan lagu2 Dusun sepatutnya sudah berkembang lebih daripada ini. :)))) apa yang kita lihat, orang masih kesiyokan dengan hasil2 berbentuk lawak, jenaka dan hiburan untuk orang kampung. Bukan, saya bukan menghina jangan salah faham. Kita harus mempunyai lagu2 untuk hiburan orang kg dan kita harus mempunyai pencapaian yang membolehkan muzik kita bersaing dengan muzik nasional, dan apa salahnya internasional. :)

dBOS-fm said...

Doi dogo...itupun anda tersindir? Rilekslah. Mungkin anda ni seorang yang sangat sensitif bah kan. Sebenarnya saya belum lagi memberi pendapat tulen saya pasal lagu ni (penting sangatkah pendapat saya ni?). Bila sya tulis ‘terlampau drastik pembaharuan dia’ saya cuba bercakap pasal ‘pembaharuan’, yakni sesuatu yang positif (lainlah kalau anda anggap perkataan tu bersifat ‘negatif’..hmm). Saya tidak guna perkataan ‘perubahan’ seperti yang anda tuduh, sebab perkataan itu ada dua maksud, perubahan ke depan dan perubahan ke belakang. Untuk sebuah lagu Dusun, saya rasa tidak salah guna perkataan ‘drastik’ sebab pengaruh teknologi yang kuat dalam lagu ni. Dari tinjauan rambang, komen lazim yang saya dengar ‘BEST ! Tapi kenapa suara dia macam robot?’, ‘mantap, cuma suara dia sengau’, ‘hebat, tapi suara dia macam selsema’. Yg sudah berumur pula ‘struggle’ mo tangkap apa dia cakap. Tidak kurang yang tanya ‘lagu Dusun kaitu?’. Saya rasa mungkin ni antara sebab lagu ni hilang dalam senarai carta lagu popular Dusun. Satu kejutan, sebab lagu ni penyanyi dia si Candy (sampai Australia org kenal). Lagu ‘Guli Noh Id Doho’ ciptaan komposer yang sama mampu bertahan lama dalam carta Dusun..padahal penyanyi dia nda pun pernah masuk AF. So mungkin ada ‘sesuatu’ yang tidak kena dengan lagu ni, ‘sesuatu’ itulah yang harus dikaji.

Akhir kata, memang saya akui selama ini saya TIDAK perasan bertapa muzik dan lagu2 Dusun sepatutnya sudah berkembang lebih daripada ini. Sebab saya hanyalah urang kampung (isk..isk)....dan TIDAK perasan langsung ujudnya lagu-lagu macam Hiti Noh Pitongkiadan (The Divine Master), Tulang Bosi Turat Dawai (Kristo Umok), Sunudai Oku (Nikki) dan beberapa lagu lagi yang memang sudah menunjukan perkembangan dan kemajuan tapi tidaklah sampai menjejas ketulenan dan 'essence' sebenar suara si penyanyi. Saya cuma perasan ada lagu Langgar Pantat Karabau !.....huwaaaa !

Anonymous said...

kakakaka lawak ko bos

sa suka ni lagu. tapi sa rsa mcm kana tapuk-tapuk ba ni lagu. kenapa tu ah. lama sa cari online baru skang jumpa. kalau kena promot online dari awal dulu sa tolng juga undi di carta Dusun.

dBOS-fm said...

Durang protect kali, takut org donlod free.

Joe said...

I undesrtand they record this song in australia, if it's true than it should be expensive. They have the right to control/protect it from being download, pass around for free.

Anonymous said...

bos carta dusun nda ngam ni mo carta billboard kali..wekekek

ngingut

SciaS said...

alamak..saya (langsung) x faham apa yg disebut dlm lagu ini.

ngamlah itu perkataan 'drastik'! hehehe

ps.
why did u allow anonymous' comments?

dBOS-fm said...

good questions..just want to excersice openess...welcoming all sort of feedbacks :=)..all including from non-regular commentars who prefer to use anonymous. After all comments are moderated.

SciaS said...

as i read the comment, i can sense that he or she is a tegar fan of the artist. sorry to say, but i never like her esp. when she made a comment like "saya berjanji, bila saya keluar AF nanti, saya tidak akan BERTAPUK!" Hmm...mcm saya tau siapa dia sindir masa tu. siapa lagi kalo bukan penyanyi pujaan ku hahaha

talampau juga sensitifnya. nasib baik ko tidak jawab "this is my blog! i can say whatever i want to say!" LoL

dBOS-fm said...

Tapi betul2 juga dia tdk bertapuk kan :=)

..maybe i expect ppl to fully understand u can say just abt anything in ur own blog :=)

Actually i don hv problem with the song....cuma it's kinda mistery tdk kekal dlm carta dusun..then I ask around n got some feedback.

Anonymous said...

Hai d-Bos, SciaS....:) bagus pendapat2 anda selepas komen saya. Rasanya saya harus beritahu, saya bukan menyamar..cuma tanpa menoleh kiri kanan saya terus menulis di sini dengan ikhlas. Ok saya bukan penyanyi lagu ini tetapi saya orang kampung, lagi kampung dari anda berdua. Orang yang tiada kelas juga sebagai keterangan lanjut....anda boleh kenal saya di fb saya, http://www.facebook.com/ONEW.PH. :) ...macam ini lah terima kasih kerana sekurang-kurangnya anda memberi sedikit respon mengenai lagu ini. Tapi jawapan saya mengapa lagu ini macam betapuk..tiada sebab yg bersifat 'negatif atau semacam itu" semuanya kerana kesulitan 'kami' Tuhan saja yang tahu. Jadi tiada pendapat saya untuk komen2 yg berikutnya ini. Saya positif saja, bagus atau tidak nadanya saya ucap terima kasih.

dBOS-fm said...

Saya rasa bagus juga kamu try rakam tu lagu dalam BM atau English (kekalkan konsep teknologi rakaman yg sama). Utk single Dusun pertama si Candy...kamu buat lagu yang sentimental, balada..bila org sudah boleh/dapat terima barulah perlahan-lahan ubah konsep lagu2 dia ke genre2 lain