Showing posts with label Marsha. Show all posts
Showing posts with label Marsha. Show all posts

9 Sept 2011

Insiden Cetus Spekulasi

Insiden ala-ala Marilyn Monroe yang menimpa Marsha baru-baru ini mencetuskan berbagai spekulasi hangat...

Marsha Stabil, Tidak Telan Pil Berlebihan
Oleh FERIDE HIKMET ATAK




Source.
Antara spekulasi popular...extremely broken-hearted, over worked, stress..dan tidak ketinggalan
hubungan cinta mendapat tentangan...hmmm

24 Mar 2011

'Bila' - Marsha

Terimalah lagu single terbaru dari Marsha berjudul 'Bila'. Lagu ni dicipta sepenunya oleh beliau. Ianya mengisahkan tentang penantian seorang gadis akan hari perkahwinannya..ehemmm! (jangan ja ada yang sampai mengigau atau terbercakap dalam tidur "bila kita mo kawin?"...gara-gara ndak sabar-sabar mo kahwin :=)).

Wajah jejaka Melayu yang heboh dikatakan sebagai kekaseh hatinya itu ada di hujung-hujung footage di bawah...selamat menjamu selera!

credit:Marsha's Fan Site


Not bad juga lagu ni, walaupun muzik tu macam ketara betul keyboard base ja, tapi dengan teknik mixing yang betul maka jadilah ia sebuah lagu yang menepati industry standard ;=).

Untuk hiburan seterusnya mari kita nikmati sebuah lagu yang berjudul "Gila"..hehe..just kidding. Actually I'm talking about this next footage yang dirakam oleh jurukamera TV5 di Kompleks Karamunsing hari Selasa 22 Mar (during lunch time). Alkisahnya seorang budak berusia 10 tahun tiba-tiba dipukul mengguna botol oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di perkarangan Kompleks Karamunsing. Masa footage ni dirakam lelaki tersebut telah ditahan oleh pasukan keselamatan kompleks. Mereka hanya menanti kedatangan polis untuk membawa lelaki tu ke balai. Kamu boleh agak mana satu lelaki yang kurang siuman itu. Budak yang kena pukul tu ditunjukkan pada minit 1:34 (baju hijau).



Hmm...I wonder kalau ada kena mengena dengan fenomena 'super moon' baru-baru ini.

6 Aug 2010

Underneath Pokok Togop

Begitulah kali jodol single terbaru si Marsha nanti..."underneath pokok togop I will wait for you"


Macam pernah dengar juga kisah pokok togop ni :=)

8 Jun 2010

Marsha Digoda Lesbian

BUKAN mudah menjadi wanita cantik, sering mendapat godaan dari golongan lelaki adalah sesuatu yang normal namun bagi Marsha Milan Londoh atau lebih senang dipanggil Marsha mengakui sering mendapat perhatian dari golongan kaum sejenis (Lesbian).

Walau bagaimanapun, menurut Marsha, dia tidak pernah memberi sebarang reaksi negatif kepada golongan ini, malah menganggap mereka sebagai peminat yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

"Saya hairan juga kemana sahaja saya pergi sering mendapat perhatian, bukan dari lelaki tetapi kaum wanita.

"Tapi saya tidak pernah menghindari mereka malah menghargai salam perkenalan yang dihulurkan dan menganggap mereka sebagai kenalan baru," jelas bintang Akeademi Fantasia ini.

Ketika ditanya sebabnya, Marsha sendiri tidak tahu jawapan yang menyebabkan ramai golongan lesbian tertarik kepadanya.

"Entahlah, saya juga tidak tahu kenapa, mungkin sifat mesra saya kepada semua orang telah disalah anggap oleh mereka. Tapi apa pun selagi tidak menganggu keselamatan saya tidak kisah," jelasnya.

Dalam pada itu, Marsha juga bakal mempromosikan single terbarunya berjudul Ruang Kedua bersama Julian Cety dari Perancis tidak lama lagi.

"Lagu tersebut sudah diputarkan dicorong radio dan sambutan juga agak baik, kami tengah menunggu Julian Cety untuk datang ke Malaysia dalam jangka masa terdekat ini bagi mempromosikan single terbaru ini," katanya.(credit mStar online)


Mungkin lesbian-lesbian tu nampak si Marsha ni cantik, menarik tapi masih solo macam tiada orang berkenan, so durang pigilah approach dia mana tau ada nasib.....ini kes lesbian mencuba nasib lah ni :). Tidak cuba tidak tau kali durang bilang..hehe.

Dan pengakuan jejaka 'straight' Perancis terhadap Marsha.



Video bonus..

26 Apr 2010

Marsha: Hotel vs Rumah

Ramaikan peminat Marsha di sini...nah khas untuk anda! :=)




Selalu jugabah saya dengar orang cakap2 pasal ada gimbaran di bilik hotel...kalau di KK ni hotel 5 star pun ndak terkecuali...hantu dia pun 5-star juga kali kan...hehe.

10 Nov 2009

"Sia ndak mo bercinta dulu" - Marsha




Belum mau bercinta dulu, si Marsha bilang. Pandai datang sendiri juga tu cinta tu, dia bilang lagi...sekali ndak datang-datang...habis panick!

4 Nov 2009

Marsha - Yang Terbaik

Tidak sah kalau tidak letak video ni di sini..hehe. First time dengar lagu ni (ciptaan Edry KRU)terus kesiukan..tengok video dia...lagi tertarik :)



Best! Classy! Cuma komen dari seorang pakar dandanan rambut bilang..rambut Marsha kelihatan sedikit kejung (keras) sepatutnya lembut dan ringan macam model-model iklan syampu di TV :)...dia bilang.

22 Jun 2009

Marsha rawat luka

Salah satu artis AF3 yang masih bertahan (tahan ja ko Marsha...jan give up!)


24 Mar 2009

Marsha dalam 'Saus Kacang'

Macam manalah kunun lakonan Marsha dalam filem keluaran Indonesia ni. Kalau ikut laporan Murai.com lakonan beliau mendapat pujian.


Sinopsis Saus Kacang dalam Bahasa Indonesia (oh Saus ni makna dia sos pula)


Dewi (Bunga Citra Lestari) – Chef de Cuisine restoran di sebuah hotel bintang 5 di Bali – sudah berulangkali sial dalam bercinta. Fredo (Ashraf Sinclair), seorang turis dari Malaysia yang sangat menyulitkan karyawan hotel. Ia moody, sering complain dan yang paling parah, ia senang sekali menghina para pegawai hotel. Tapi buat Dewi dengan slogannya "Tak ada tamu yang tak bisa dihadapi", ini adalah tantangan

Usah Dewi terlalu berlebihan hingga mereka tak sadar telah keluar rumah disaat perayaan Nyepi. Mereka pun mendapat hukuman membersihkan pura selama beberapa hari. Masa-masa menjalani hukuman itu terungkap bahwa mereka memiliki nasib yang sama dalam cinta. Hubungan mereka makin akrab dan lebih ceria menjalani hukuman.

Disaat mereka berdua siap menjalani lembaran baru, mantan calon istri Fredo, Mea (Marsha) dating menyusulnya ke Bali, menawarkan cintanya kembali. Fredo bimbang, Dewi pun berfikir akankah kegagalan cerita cintanya akan terulang kembali?



Trailer Saus Kacang




Uiina...ada juga wajah sumandak Dusun dalam filem Indon kan..hehe (kira international star sudah lah ni). Apa kalian sudah nontonin? Bagus nggak?

At the same time, I found this v/c on YouTube, Mba Marsha duet dengan Idayu lagu Tell Me. Patutpun aku termiss sebab durang menyanyi masa Mawi kawin (masa promosi majlis perkahwinan 'malampau' Mawi, 7 hari 7 malam tu aku langsung tidak buka saluran Ria..hehe). I didn't know what happened on Ria, nasib baik ada YouTube.




Best banget kolaborasi durang ni (makan hati si Amylea yang terpacak di belakang)

5 Feb 2009

Daa! Saya ke Jakarta - Marsha


Kalau Mas mengamuk, Marsha pula dilaporkan oleh Murai akan ke Jakarta. Bukan untuk mengamuk di sana tapi mau pigi tengok wayang bertajuk Kaus Kacang kunun. Apa istimewanya filem Kaus Kacang ni (tajuk dia pun macam saya tidak faham). Alkisahnya filem terbitan Indon ni yang turut dibintangi oleh Marsha (entah watak apa?) sudah pun ditayangkan di Jakarta dan mungkin hanya ditayangkan di sini dalam bulan Mac. So gara-gara tidak sabar mau melihat lakonan sendiri, beliau sanggup terbang ke Jakarta! Hmm...kalau dia rajin pigi jalan-jalan sana Sinsuran KK, silap-silap ada sudah kena jual VCD filem ini.

14 Dec 2008

Here comes Marsha....

Some of you must probably aware Marsha has two new singles, Kerna and Sayang (unfortunately this one features Ajai..errgh!....oops hehe). Marsha was at Power Boat Race concert in KK on Saturday night but she didn't perform these two songs, instead she sang Pudar, Gemilang (berani mati!), Can't Take My Eyes of You, Pokok Kelapa (as selingan) and Manusia. I was standing right in front of the stage taking several photos of her using my friend's SLR camera (my very first experience using this type of camera). Sekali sampai rumah mau load all the pics to PC keluar warning "the disk on the camera is not formatted" then I went ahead formatting it, least that I know if I format it all data in the disk will be erased...arrgh! So I lost all the pics including a close up shot of Marsha's 5-inch high-heel

Kerna

Wow...class!....love it! Lovely voice...ada bunyi Sheila Majid sikit-sikit and then ada iras-iras Camelia (or shall I say Marsha is the improved version of Camelia..hehe)


Terus saya dibuai mimpi. Dalam mimpi saya telefon kunun dia...

Me : Hello Marsha...sa sudah dengar lagu baru kau. Punyalah best sa bilang kau...I love it a lot!

Marsha: Tengkiu...tengkiu...tengkiu!

Me: Tapikan sebutan "temu" ko kadang-kadang terbunyi "tomu" kadang-kadang "tamu"..."tempuh" kadang-kadang "tompuh"

Marsha: Sa sengaja bah tu...habis kalau sa kasi perfect betul-betul nanti orang tidak sangka pula yang menyanyi tu Diva Dusun. Kalau bulikan sa nda mo bah bila durang dengar tus durang guessing..guessing..."ini penyanyi baru indon mana pula ni?"..sa mau sekali dengar tus durang tau yang nyanyi tu sumandak Dusun....mantad Tamparuli!

Me: Oh yakah...macam tu pula...buli baitu kalau kau...alasan diterima!

Sayang

Terus saya terjaga and continue listening to Sayang sebelum terlena balik


Lagi-lagi termimpi call dia kunun...

Phone ringing and suddenly answered by a male voice

Male voice : Hello! sshaper (siapa) tu?

Me : *Silent*

Male voice : Hellooo! Yer! sSHAPER tu?... Marsha busy...tengah rekoding?

Me : Ma'apin ya pak...ssshhilap (silap) nombor pak!...ma'apin ya...permisshhi (permisi) pak!...ermm...pak pak...aaa...errm...nokosshhirit kuo no?! *caabut!*

...Kekekek!

Check out the full version on radioblog - Malay1 playlist. *Sigh* just can't wait for the full album..


18 Sept 2008

Marsha, Yazer sambung kontrak

Marsha dan Yazer antara empat serpihan bintang AF3 yang disambung kontrak mereka dengan Maestro baru-baru ini. Artis yang lainnya ialah Amelia dan Mawi

Menurut Freddy Fernandez "keempat-empat artis ini dipilih kerana kita nampak ada pasaran untuk mereka dan peluang untuk mereka teruskan karier secara serius. Saya akui hanya empat orang ini yang dilihat mendapat permintaan yang tinggi dan 'maintain' hingga sekarang".

P/s: Tak sangka tinggi juga permintaan untuk Yazer...:)


26 Aug 2008

Marsha - bicara cantik, seksi dan lelaki

Dia suka mandi dia bilang, satu hari balik-balik mandi (melambung-lambunglah bil air macam ni)

Adalah yang bakal digelar Ratu Betis ni nanti...:)

14 May 2008

Album bergantung kepada ekonomi negara

Memandangkan situasi sekarang lebih kepada eko-no-money, maka album Marsha pun terpaksa ditunda katanya...namun tetap dimurahkan rezeki...:)

MEREMANG bulu roma Marsha apabila menerima panggilan daripada orang kenamaan yang sanggup membayarnya RM6,100 semalam semata-mata untuk bertemu dan mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Kejadian itu berlaku selepas bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) itu menjayakan persembahan di Subang, Selangor, baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya dihubungi seorang lelaki yang memberitahu bosnya ingin berjumpa saya. Tapi apabila lelaki itu memberitahu sejumlah bayaran yang saya akan terima hasil pertemuan itu, saya berasa takut dan terus memutuskan talian telefon bimbit.

“Sejak kejadian itu, saya memang berasa takut untuk menjawab panggilan telefon orang tidak dikenali terutama daripada orang kenamaan,” katanya.

Bagaimanapun, Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh menganggap apa yang berlaku itu sebahagian asam garam dunia seni.

“Terus terang, saya sanggup bekerja keras siang dan malam daripada mendapat wang dengan cara mudah seperti itu. “Kejadian yang berlaku itu tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk terus menempatkan nama di persada seni tanah air,” katanya.

Buat masa ini, Marsha berkata, fokusnya hanya pada kerjaya seni.Justeru, apabila tersebar gosip mengenai dirinya dibuang keluarga kerana hubungan cinta tidak direstui dengan Kefli AF3, Marsha berkata, dia berharap pihak yang menyebarkan gosip itu menghentikannya dengan segera.

“Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai gosip itu.

“Apa yang penting, hubungan saya dan keluarga tetap utuh seperti dulu. Saya juga pulang ke kampung untuk bertemu keluarga ketika menjayakan persembahan bersama Felix sempena Pesta Menuai untuk RTM

“Saya terpaksa menerangkan perkara sebenar pada keluarga supaya tidak terpengaruh dengan cerita dan tohmahan seperti itu.


“Saya sedar memang ada segelintir orang yang ingin menjatuhkan nama baik seseorang artis dengan menyebarkan cerita seperti itu. Saya juga perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah,” katanya.

Sejak gosip itu tersebar, kata Marsha, hubungannya dengan Kefli juga renggang.

“Saya terpaksa menjarakkan hubungan dengan Kefli kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan.

“Kami juga sudah jarang berjumpa. Kami masih rapat lagi tapi sekadar kawan biasa saja. Buat masa ini, biarlah saya serahkan soal jodoh pada Tuhan,” katanya.

Sekalipun belum ada album, tawaran menjayakan persembahan makan malam korporat tetap tidak putus diterima anak kelahiran Tamparuli, Sabah ini.

“Saya lebih suka melihat setiap kejadian itu dari sudut yang positif.

Justeru, apabila ramai bertanya bila saya akan muncul dengan album, jawapan saya mudah saja, iaitu ada orang terpaksa menunggu 10 tahun baru dapat keluar album,” katanya. Marsha berkata, setakat ini, lima lagu sudah siap untuk dimuatkan dalam albumnya nanti.

“Setakat ini, pembikinan album berkonsep campuran itu sudah siap 60 peratus. Maklumlah, Ajai sibuk dengan pembikinan albumnya, Best Of Ajai.

“Saya juga berduet dengannya lagu Aku Cinta Aku Rindu (versi unplugged) dan ada beberapa lagu lagi dalam albumnya itu.

“Apa yang penting, Ajai tahu lagu yang sesuai dengan vokal saya dan faham tone suara saya. Saya harapkan album ini akan menjadi hit nanti. Menurut Ajai, album ini dijangka siap tahun ini juga,” katanya.

Bagaimanapun, kata Marsha, semuanya bergantung pada keadaan ekonomi negara nanti.

“Saya difahamkan pihak pengurusan Maestro, tahun ini tidak bagus untuk pasaran album tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, kerjaya lakonan Marsha juga berjalan lancar.

“Orang mungkin tidak nampak kerjaya nyanyian saya kerana tidak ada album baru.Tapi dengan berlakon sekurang-kurangnya saya masih wujud di persada seni tempatan

“Sementara tunggu album, apa salahnya kembangkan bakat lakonan sedia ada supaya orang tidak lupakan saya,” katanya.

Marsha ditemui sempena pelancaran drama online pertama Kerana Karina 2 di Kafe Bijou, Mont Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Teraju utama Kerana Karina 2 ini berkata, wataknya pada musim kedua ini cukup mencabar dan lebih berkembang.

“Apabila dapat skrip Karina 2, saya akui susah untuk melakonkannya. Saya juga perlu mengkaji skrip berkenaan lebih mendalam lagi.

“Musim pertama dulu, Karina mungkin nampak masih naif lagi. Bagaimanapun, pada musim kedua, Karina lebih jahat dan banyak babak menangis dan marah-marah.

“Suara saya sengau pada musim baru ini kerana demam ketika itu,” katanya.

Pada masa sama, Marsha mengakui dia beruntung kerana pelakon lebih berpengalaman seperti Sazzy Falak, Zizan Nin dan Norman Hakim tidak kedekut ilmu membantunya menjiwai watak Karina dengan baik.

Selain Karina 2, Marsha juga menjadi hos untuk program Gaya Ratu untuk RTM.

“Gaya Ratu akan disiarkan Jun atau Julai nanti. Saya berpeluang menemu bual pereka fesyen terkenal tanah air dalam program ini.

“Selain nyanyian dan lakonan, bidang pengacaraan juga cabang seni yang saya minati. Apa salahnya saya merebut apa saja tawaran yang datang, demi misi menjadi anak seni versatil,” katanya.

Sumber

12 Mar 2008

Marsha diet gemuk



Bibir I yang 'plum' macam Angelina Jolie tu...
bukan suntik botox tau, tapi sekadar mengaplikasi
teknik terbaru bergincu...awas jangan kutuk!


...some article about Donggongon

I just goggle looking and reading this article about Donggongon. Firstly out of the many other places in that town, they choose to publish the picture of the messy verandah (most top photo) goodness me! Yet i'm thankful they didn't publish the sewerage treatment plant. There are few other interesting spots, joints and restaurants that are not mentioned (Egypt, The Rock, Hinompuka etc. a new hotel is being constructed and not to mention the controversial Mega Long shopping complex) And what's so important to mention that people with 'alternative lifestyle' frequent pubs in Donggongon *LOL*

Anyway i've to agree with the Tamu though, very well organized and lots of varieties.

4 Jan 2008

Confession! Confession!

After Dr. Chua's infamous confession, here's another one.

It took some irresponsible person to steal her wedding photos to be published on magazine, as proof that she has gotten married..and finally she confesses of being the second wife of Datuk 'S'. Whatever it is all the best to Azharina, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Wow! The 'dagu' now looks so 'runcing'..:)

"Kami kenal sejak enam tahun lalu di Kuala Lumpur melalui adik angkat kepada mak angkatnya. Sebelum ini saya memang tak tahu yang dia seorang ahli politik dan peguam. Dia menyamar jadi pemandu lori dan saya pula cakap tak bekerja..." (full article here)

So who says all ladies go for rich men? Some don't even bother if he's a lorry driver you know!...

...and Marsha's confession (hold your breath!)


*LOL* Confessing that she likes pearl lah!

12 Dec 2007

Kerana Karina : Episod 20 (Final)



Finally comes to an end...so what did she choose? Imran or her career/friends/Malaysia? The later ler tu...senang ja...tak kan lah bodoh mau pilih si Imran kan?..:=)

Bosou tetap di hati

Hai! Khusus untuk peminat-peminta I sempena krismas...terimalah
pose-pose I yang tak seberapa ni! Genit tak!?
Nanti I pose lagi yer...jan maurah! MmuahH!

In case you're not aware Linda Nanuwil also appeared in Majalah Hai (click here)

10 Dec 2007

Just FRENZ!


Kerana Karina : Episod 19



Oops!...babak comolot..:=) (first time in local movie scene kah?)