2 Jun 2009

Album Zee Avi di tangga 130 Billboard



Mungkin ramai sudah yang mengenali artis YouTube Malaysia bernama Zee Avi. Album sulung beliau yang dilancarkan di US pada 19 Mei lepas telahpun tersenarai di carta album Billboard 200 bermula minggu ini dan menduduki tangga 130 (mmm...hebat). I think this is by far the most celebrated made in Malaysia artiste in the U.S. (she's been featured in many magazines down there including The Rolling Stone!). Beliau juga dijadualkan untuk membuat persembahan di beberapa buah tempat yang kira gah jugalah di U.S dan dijadualkan juga membuat beberapa gig di UK. Walaupun suara beliau ini tidaklah sehebat Jaclyn Victor, Siti, Nikki etc (simple ja, tiadalah acrobatic-acrobatic suara dia ni) mungkin style gubahan lagu dan nyanyian beliau yang mirip jazz klasik (Ella Fitzgerald etc) berjaya memikat pendengar-pendengar muzik antarabangsa termasuklah beberapa record label di U.S. Mula-mula dengar suara dan style nyanyian dia ni, teringat pula saya si Megan Joy peserta American Idol. Mungkinkah selera muzik antarabangsa macam juga selera fesyen, style atau fesyen yang lama dikitar semula?

Best banget lagu "Bitter Heart" dia ni, silap dengar macam intro "I'm Yours" .



Find more about Zee Avi on her MySpace site (oh asal Miri Sarawak pula, Borneo lagi..hehe) and her official website . Lagu beliau berjodol 'Kantoi' pun best juga, lepas ni haruslah diputar berkali-kali di Hot Fm, Era FM dll (biasalah kan radio tempatan ni, kalau tu penyanyi sudah famous di luar negara baru kelam kabut putar lagu artis tersebut, padahal sebelum tu tidak kena peduli)

Don't you think it's weird, penyanyi-penyanyi Malaysia yang berangan ke persada antarabangsa berabis melalak ala-ala Whitney Houston, Mariah Carey, Celine Dion, last-last yang dapat peluang penyanyi sempoi and laid back *LOL*

So kepada anda yang bercita-cita seperti beliau, jangan putus asa teruskan ja menyanyi di YouTube..ok juga tu seluruh dunia nampak..hehe.

Zee Avi also reminds me of our very own Ratu Jazz, Mia Palencia (who is as good as Zee). Hopefully she'll get equal opportunity too :-)



0 comments: