21 Oct 2010

Ebi Anjur Bengkel Lakonan

Gigih betul Encik Ebi bergiat di belakang tabir sekarang ni. Selain jadi penyampai radio (Sabah FM) beliau juga mengusaha production house sendri, Empayar Bayu Movie nama syarikat dia dan bakal menganjur bengkel lakonan dan menulis skrip.



Kalau ikutkan memang sudah banyak kali dianjurkan bengkel lakonan dan penulisan skrip di Sabah ni. Mungkin yang diperlukan sekarang ialah bengkel "music production" yang boleh membantu pengkarya-pengkarya kita menghasilkan rakaman muzik yang betul-betul mengikut industry standard. Lepas tu kali tidaklah music producers kita (terutama yang baru) produce music mengikut citarasa masing-masing, sebab sudah ada guideline. Sekarang ni, lain orang lain kualiti dia (how nice if they can agree to one standard). Ada sekali tu saya terpaksa dengar siaran radio melalui radio transistor, suara penyanyi ja bah yang timbul kuat pula tu...hehe. Tapi bila turn imported songs (KL included) boleh dengar pula the punchy sound of the background music (macam itu beat, bass tumbuk2 speaker radio transistor sya dari dalam...suka berboxing kali durang ni kan). Tapi terpulanglah bah kan target pasaran durang, kalau setakat untuk pasaran di desa permai yang tercinta, dikasihi dan disayangi, buat apa industry standard semua itu, janji suara timbul dan ada iringan muzik sikit-sikit...siap!.


Mabuhay

Jemput berkenalan dengan penyanyi Filipino ini (bukan kategori pilak ah).


....gitu!

Musical career development di negara durang ni jangan cakaplah kan. Macam si Charice Pempengco tu walaupun dari golongan miskin tapi berjaya juga ke peringkat antarabangsa. Muncul dalam siri popular Glee pula tu. Saya respect betul communication skill si Charice ni (adakah golongan miskin yang berbakat di Malaysia ni yang communication skill dia boleh mencapai tahap sampai ditemuduga Oprah Winfrey? :=)). Eh terbercakap pula pasal si Charice...siou po ondu...isai motu ngaran nu...oh ie Anthony....salamat poh.

0 comments: