Saya rasa tentu ramai yang sudah terbaca perihal telefilem ini pada post-post saya sebelumnya. Menarik juga bila terbaca statement Aboi merupakan sebuah karya yang bermutu tinggi yang mempunyai standard sebuah filem walaupun dibuat dalam bentuk telefilem (wow).
Apa kata kita saksikan trailer Aboi
Amacam? Not bad jugakan, terutamanya sudut teknikal dengan bunyi-bunyian ala panggung wayang :=). Telefilem ini diarahkan oleh pengarah dari Semenanjung, Kamal Ishak :=), so ciri-ciri telefilem terbitan dari sana tu memang terserlah (maybe we can learn a thing or two from this production).
DVD Lobou hujung bulan ini
Kalau tadi Aboi yang sedikit high-profile, ini pula kisah si Lobou yang low profile (hehe) yang juga akan mula berada di pasaran dalam bulan ini.
Telefilem ini mengisahkan suka duka kehidupan seorang anak kampung yang rajin dan pintar bernama Lobou (lakonan Atama). Hiburan Daily Express melaporkan pengarah Lobou Tony Francis Gitom sebagai berkata, pemilihan artis kontroversi Atama menerajui telefilem ini tidak akan memberi impak negatif kepada filem arahannya "segala kontroversi yang menyelubungi seorang artis tidak semestinya akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesebuah produksi. Penggemar seni sekarang lebih matang dan tidak mudah menghukum seorang artis hanya kerana artis tersebut dilitupi 'kontroversi'," kata Tony.
Yang ini 100% hasil usaha anak watan Sabah :=).
1 comments:
perkemangan baik. tq kpd dbos-fm kerana memaparkan info sebegini. saya pun kurang tahu pasal semua ini
Post a Comment