8 Jul 2011

Pertandingan "Cipta Lagu Malaysia"


I have fun mendengar lagu-lagu yang dihantar ke Pertandingan lagu "Cipta Lagu Malaysia" (yang ditutup penyertaannya pada 30 Jun lalu). Best-best juga lagu durang ni. Sekarang ni semua lagu-lagu yang dihantar ke pertandingan tersebut di perdengarkan kepada umum di laman web eRama. Yang menariknya terdapat beberapa buah lagu yang telah dimuatkan dalam album beberapa artis terkenal, dipertandingankan juga. Lagu-lagu tersebut dicipta oleh artis-artis berkenaan sendiri dan dimuatkan dalam album durang tapi kurang mendapat sambutan (walaupun ada yang best). Antara artis-artis yang mempertandingkan lagu durang sendiri ialah juara AF5 Mila (best pula lagu si Mila yang dipertandingkan..motif tidak popular?). Penyanyi Nora pun ada juga hantar penyertaan. Dalam saya tercari-cari penyertaan dari Sabah, terjumpa pula nama si Ahmad Angkie yang mempertaruhkan lagu ciptaan beliau "Jawablah Rinduku" dan "Redha". Kedua-dua lagu ini terkandung dalam album sulung beliau yang juga memuatkan lagu popular "Mendongak Ke Angkasa". Saya tertanya juga perihal P & C lagu-lagu durang ni. Sebab kalau ikut syarat lagu-lagu yang dipertandingkan mestilah bukan hakmilik mana-mana syarikat rakaman. Mungkin juga durang berunding dengan syarikat rakaman minta pelepasan..kan. Siapa tidak mau menang hadiah RM 50,000!

Link

Cipta Lagu Malaysia

Ahmad Angkie - Redha

Ahmad Angkie - Jawablah Rinduku

0 comments: