5 Dec 2011

Lagu 'Anak Rumah Panjai'

Lagu "Tanak Kampung" disadur ke bahasa Iban 'Anak Rumah Panjai' (ARP). Tapi masalahnya tiada kredit diberi kepada pencipta asal lagu, si Jimmy Palikat. How?



Ada pula yang bandingkan lagu saduran Iban ini dengan lagu-lagu saduran "Tanak Kampung" dalam bahasa Kelantan, Jawa, Bugis etc(yang berlambak di YouTube). Durang bilang itu lagu-lagu saduran pun teda kredit pencipta asal. Bezanya, lagu saduran Iban ni dibuat untuk tujuan komersil so pencipta asal layak dapat ganjaran. Yang Jawa, Kelantan etc tu durang buat main-main ja. Tapi tidak pasti pula kalau memang ada rundingan antara si Jimmy dengan penerbit lagu ARP ni pasal hak-hak copyright sebelum ARP dirakam.

*********************************************


Hari AIDS di KK

Hari AIDS Sedunia yang jatuh pada 1 Dec setiap tahun telah disambut secara besar-besaran di seluruh dunia (ambik ko!). Di KK pun ndak mo ketinggalan. Kemarin di Gaya Street 700 keping kondom percuma habis disambar macam goreng pisang panas! Syabas pada warga KK..kerana sudah ada kesedaran. Bukan macam dulu kalau kana tanya "kenapa ko ndak suka pakai kondom?". Jawapan "Sa malu bah habis pasangan sya selalu kasi ketawa dia bilang macam barang yang baru kena beli...masih bebalut plastik" (kekekek)







Pic Credit: Sabah AIDS Support Services Association (KASIH)

0 comments: