18 May 2011

Aboi vs Lobou

Telefilem terbitan Empayar Bayu dan SAM Productions berjudul Aboi akan dilancarkan pada 27 Mei ini di Star City Conference Center KK. Serentak dengan itu satu tayangan amal akan diadakan untuk mengutip dana bagi membantu seorang OKU dari Keningau, Yanggor Saminting, 60 tahun. :=)

Saya rasa tentu ramai yang sudah terbaca perihal telefilem ini pada post-post saya sebelumnya. Menarik juga bila terbaca statement Aboi merupakan sebuah karya yang bermutu tinggi yang mempunyai standard sebuah filem walaupun dibuat dalam bentuk telefilem (wow).

Apa kata kita saksikan trailer Aboi




Amacam? Not bad jugakan, terutamanya sudut teknikal dengan bunyi-bunyian ala panggung wayang :=). Telefilem ini diarahkan oleh pengarah dari Semenanjung, Kamal Ishak :=), so ciri-ciri telefilem terbitan dari sana tu memang terserlah (maybe we can learn a thing or two from this production).

DVD Lobou hujung bulan ini

Kalau tadi Aboi yang sedikit high-profile, ini pula kisah si Lobou yang low profile (hehe) yang juga akan mula berada di pasaran dalam bulan ini.



Telefilem ini mengisahkan suka duka kehidupan seorang anak kampung yang rajin dan pintar bernama Lobou (lakonan Atama). Hiburan Daily Express melaporkan pengarah Lobou Tony Francis Gitom sebagai berkata, pemilihan artis kontroversi Atama menerajui telefilem ini tidak akan memberi impak negatif kepada filem arahannya "segala kontroversi yang menyelubungi seorang artis tidak semestinya akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesebuah produksi. Penggemar seni sekarang lebih matang dan tidak mudah menghukum seorang artis hanya kerana artis tersebut dilitupi 'kontroversi'," kata Tony.

Yang ini 100% hasil usaha anak watan Sabah :=).

Salma - Sedalam Mana Cinta Mu

Another classy performance by Salma



I give it 95% :=)...love it...simply love it! (persembahan Unbreak My Heart/Sangkar Cinta ni saya kasi 86% ja..:=))

14 May 2011

Peserta Sabah di Avon Voices GTS

Avon Voices Global Talent Search, sebuah pertandingan nyanyian antarabangsa yang dianjurkan oleh jenama kosmetik terkemuka Avon sedang berlangsung sekarang ni (untuk perempuan sahaja yer!). Undian untuk pusingan awal telah dibuka sejak 22 April dan akan berakhir pada 20 Mei ni (dekat sudah.....so capat!). Stacey Dave dari Sabah merupakan salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini (bukan Stacy AF6 ah jan silap :=))



Beliau mengalu-alukan sokongan dari anda semua untuk membolehkannya mara ke pusingan seterusnya. All you have to do is cast your vote for her di website Avon Voices - klik sini. (anda diperlukan mendaftar dahulu pada website berkenaan sebelum boleh mengundi). Letak '75' pada kotak "how many votes would you like to give this contender?". Gituu...mudah ja kan..free of charge pula tu bukan macam undi AF9 atau Mentor 5

Pautan lain yang berkaitan

http://www.staceydave.com
http://www.facebook.com/StaceyDaveFC
http://www.twitter.com/stazeydave

Tidak rugi juga kalau klik link Avon tu sebab ada juga maklumat tentang pertandingan international "Song Writing Competition" (ni lelaki pun boleh sertai). So selamat mengklik dan paling penting selamat mengundi untuk Stacey Dave (pertandingan ini juga diadili oleh nama-nama gah dipersada muzik antarabangsa antaranya Fergie 'Black Eyes Peas', Natasha Bedingfield, Sheila E dan Delta Goodrem).

****************************************************


Jamer Durbin Eliminated

Arrgh...James Durbin setakat sampai Top 4 ja di AI 10, what an anti-climax.

Persaingan memang sengit. Nothing wrong with James' performance everything seems perfect...or could it be, Americans thought he's the safest among the Top 4 hence focus their votes on the least safe..Haley maybe :=). So it is Haley, Lauren and Scotty remain in the race for the top two in the final. I have no favourite among these three but loosely predict Scotty and Lauren will be in the final and my instinct says Lauren will eventually emerge as the winner (maybe Steve Tyler is correct), I'll give my reasons only if she wins..haha :).

..and my favourite from James Durbin