29 May 2006

Pranonton karaoke muzik video Ivye Alexandria

Duhh!!...inilah posting ketiga saya untuk hari ini saja..hehe...sebab posting yang seterusnya mungkin 2, 3 hari lagi baru ada...ehemm..maklumlah...cuti panjangkan!

Terimalah pre-view karaoke music video (KMV) Ivye Alexandria yang telah berada di pasaran sejak beberapa hari lepas. BEST! Macam-macam watak dilakonkan, ada watak gadis malang (ditampar kekasih), watak sumandak di tabasan tanam padi, watak gadis remaja, watak gadis pingitan menari joget dan macam-macam lagilah! Dalam KMV ini juga ada koleksi gambar-gambar fotogenik Ivye. Tidak ketinggalan dipaparkan aksi-aksi lucu di belakang tabir pembikinan video. Selamat mendapatkan KMV ini. Satu produksi tempatan yang boleh dibanggakan!




p/s: Tidak pasti pula kenapa saiz video di atas mengecil (tidak seperti lazimnya). Apa-apapun harap anda semua dapat nampak wajah si penyanyi. Semoga terhibur! ENJOY!

Konsert Prelude AF4

Gamat habisbah rumah semalam, mana tidak TV dalam ruang bilik sebelah kena pasang siaran langsung bolasepak My Team lawan pasukan kebangsaan (hehe...nasib baik pasukan kebangsaan menang, kalau tidak punyalah malu dikalahkan oleh team yang enam minggu saja berlatih!). TV di ruang tamu pula, tayangan perdana Konsert Prelude, so sayapun terlari-larilah berulang alik antara siaran langsung bolasepak dan Konsert Prelude. Disebabkan "sibuk berulang alik" saya cuma tumpukan persembahan dari peserta-peserta Sabah sahaja.

Rich

Bah..jaga-jaga kamurang dia ni, sudah mula menunjukkan taringnya. Cara persembahan amat bersesuaian dengan pengalaman beliau sebagai penyanyi utama sebuah kumpulan (macam Bo Bice, Chris Daughtry, Taylor Hicks dalam siri American Idol). Cara menyanyi agak skillful. Suara, kawal habis. Begitu juga stamina suara...habis dia control terutama part semasa big note guna resonance projection! SUPERB! Tone vokal bolehlah dianggap tone vokal penyanyi rock semasa (current) macam kumpulan The Creep dan sebagainya. Cuma satu saja persoalan saya, macam mana kalau dia diberi lagu Irama Malaysia, can he handle it??!!

(Tanpa degupan jantung, saya konfiden dia terpilih)

Velvet

Dari nama saja sudah ada ciri-ciri identiti yang lain dari yang lain (itulah kebaikannya kalau memiliki nama yang bunyi agak pelik dan jarang didengari-macam Elvis, mudah orang ingat). Tone vokal agak lembut dan husky (iras-iras tone vokal Nora dan juga Shariffah Aini, mungkin sebab itu jugalah dia pilih lagu Nora - adakalanya agak bahaya juga sebab pendengar pasti akan membuat perbandingan). Semasa nada normal/rendah, tone vokal beliau dihujung rangkap kedengaran agak kurang stabil (breathing problem). Mampu mencapai nada tinggi, cuma tone vokalnya agak kurang "tajam" pada bahagian-bahagian yang sepatutnya. Gaya persembahan agak bersahaja. Kalau digayakan dengan menyuntik sedikit elemen-elemen dramatik pasti akan memberi kesan mendalam. Untuk vokal wanita terbaik, Velvet bolehlah saya senaraikan dalam top three! Yang pastinya beliau mampu memberi saingan sengit kepada peserta-peserta lain. Teringin mendengar beliau nyanyi lagu dari Shariffah Aini terutamanya "Hapuslah Air Mata Mu"...dijamin stadium riuh gemuruh!

(Macam Rich juga, tanpa degupan jantung, saya konfiden pengadil akan pilih dia, sudah ada title Datin Velvet kan!)

Lotter

Juga satu nama yang unusually creative! Kekuatan diletakkan pada kemahiran menari (nyanyi lagu Sunday Morning dengan iringan tarian ala-ala breakdance?!...mana mau cari?!!...satu kejutan awal!). Tone vokal agak "nipis" dan agak rata/sekata (kalau pinjam istilah Adnan Abu Hassan dia bilang not full of colour). Mujur jugalah masa chorus part lagu tersebut beliau mampu membuat resonance projection (gema). Sukar jugalah saya hendak cadangkan lagu yang sesuai untuk beliau ni, sebab tone vokal beliau agak unik dan tersendiri. Tidak mudah terkapus-kapus, cuma ekspresi wajah beliau agak serius dan selamba (kurang ditunjukkan emosi gembira dsb) malah terlupa pula senyum semasa membawa penonton bertepuk tangan!

(Yang ini saya was-was sikit, berdegup jugalah jantung saya sikit-sikit masa Aznil buat pengumuman!)


Nora

Sayang, lagu yang dipilih tidak menunjukkan kemampuan beliau yang sebenarnya. Sebelum ini, ada beberapa kali saya menyaksikan beliau membuat persembahan pentas. Kebolehan beliau sebenarnya jauh berbeza dengan persembahan beliau di Konsert Prelude. Mujur juga beliau berjaya terpilih (thanks to the SMS votes). Tapi jika dibandingkan dengan Salima malam itu, Nora nyata lebih baik. Mungkin pengadil memilih Salima untuk mengelak kontroversi tahun lepas supaya tiada peserta yang mendapat undian luar biasa (gara-gara peminat membalas dendam)

(Disebabkan beliau mengharap undian SMS saya sudah agak beliau berjaya masuk kelompok 12, berdasarkan kedudukan nombor dua beliau di belakang Salima. Cuma terkejut sikit semasa Aznil tersilap! Kindett!!)

Haider

Duhh!!..sayapun tidak pasti macam mana mau komen si Haider ini. Beliau sebenarnya boleh menyanyi ada bakat, cuma beliau kurang menonjolkan identiti sendiri. Semasa menyanyi lagu "It's My Life" tahun lepas, agak ketara beliau sengaja "reka-reka" suara beliau agar kedengaran sebiji penyanyi asal. Semasa menyanyi lagu "Mungkin Nanti" (Peter Pan di KDCA) pula, sekali lagi dia "buat-buat" suara beliau agar kedengaran macam vokalis asal. Mungkin itulah kelemahan yang beliau sangkakan suatu kekuatan. Gaya persembahan juga agak stereotype, calculative (macam sedang mengira sesuatu semasa dia menyanyi...dia kira jumlah penonton kot!) dan cukup "berkaedah". Namun semalam beliau cuba menunjukkan satu kelainan dengan membuat kejutan memilih lagu "Untuk Mu Ibu", satu langkah yang saya anggap agak terlambat untuk memikat pengadil memandangkan peserta-peserta lainpun begitu bertungkus-lumus menonjolkan diri. Simpati dicurahkan kepadamu Haider. Mungkin bukan rezeki walaupun untuk kedua kali. Tapi tidak apa cuba lagi.

(Saya lebih berat memihak beliau tidak terpilih, kalau terpilihpun mungkin atas dasar errr.....semangat jitu yang dipamerkan dan tidak kurang juga atas dasar simpati)

YouTube dari kawan-kawan

Untuk pengetahuan anda semua terdapat beberapa site YouTube yang menampilkan video-video yang berkisar mengenai kegiatan seni muzik atau hiburan di Sabah. Saya berikan di sini alamat URL laman web berkenaan.

1. Bosou (ada klip video uijibakat OIAM di Sabah)
2. AngelVow (terdapat video promosi konsert Nikki dan Felix di Kompleks Karamunsing baru-baru ini)

p/s: Sebenarnya video rancangan OIAM boleh juga disaksikan di SINI. Tapi setakat ini saya sendiri kurang berjaya menyaksikan rakaman video berkenaan kerana asyik diberi amaran jenis codec yang sedia ada pada PC saya tidak sesuai untuk membuka/menonton fail video tersebut.

28 May 2006

Malam anugerah Carta Artis Sabah (CATS)

Walaupun ini bukanlah majlis penyampaian anugerah yang pertama pernah diadakan di Sabah, tapi saya rasa inilah majlis yang diadakan agak high-profile berbanding dengan majlis-majlis yang pernah diadakan sebelum ini. (rakaman acara ini bakal disiarkan di tv tapi tiada maklumat jadual tayangan)


A momentous night with Nikki and Felix






27 May 2006

Mana satukah pilihan hati anda?

Mungkin terlalu awal untuk dibicarakan, memandangkan Konsert Prelude hanya akan berlangsung malam ini. Tapi dari VT yang ditayangkan juga dari nyanyian singkat para pelajar, rata-rata peserta laki-laki lebih menampilkan imej current rock. Bagaimanakah tahap versatility mereka. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Velvet


Rich


Nora


Haider


Lotter

For the sake of one million ringgit!

WOW!...Wee!..I wonder how many of you guys watched the debut program of One in a Million on 8TV last night? It showed the audition in KK. Although I have so many things boggling in my mind, I had fun and truly enjoyed watching it. There were few familiar faces that I shall put in Category A in the Sabah local music scene. But then, hey! Who bother to ask why they were in the auditions. The first familiar face was Marcellus (Gatisi). He’s not a stranger to singing competition. He represented Sabah in TV3’s Sinaran (few years back). A finalist in Bintang RTM 2004 and even won the favorite contestant award for securing the most number of SMS votes. Unfortunately his rich, deep and bassy powerful voice failed to impress the judges (hmmm…how strange!). Next in the line of familiar faces was Atama. Surprise?!, hmmm maybe! But not as much as learning that Dayang Nurfaezah is also one of the hopefuls. After all, OIAM is opened to amateur and professional singers alike He performed the rap part of “Can’t Stop the Sumazau” and absolutely impressed the judges. Atama proceeds to sing, when asked to, by Syafinaz. But this is when the judges feel that he should stick to rap (as a polite way of saying “no” to him, I guess). It’s pretty obvious though, the program is actually looking for melodious vocals.

Next up, was Ivye, singing Ruth Sahanya’s “Kaulah Segalanya”. Her voice was absolutely fantastic but the judges were so reluctant and undecided to pass her through. This made you wonder why? Could it be that she lost her cute smiley face when she sings? The song “Kaulah Segalanya” really suited her voice, although the judges didn’t think so. In my humble opinion she had probably confused the judges over her tense facial expression while singing the song. On top of that, her gesture, body language and movement, all look so rough and tense and did not match with the theme of the song (with all the wrong combination the judges accused the song doesn’t suit her voice). Perhaps all she needs to do is to loosen up a little bit, calm down, stand up straight, face straight forward, raise her eyebrows and very important, is to put just a little smile to her face (yupp! After all she's suppose to happily telling someone that he’s everything to her in a song! Right!?) So the judges, who were still unconvinced, asked her for another song. This time she sang “Falling in Love” (by Alicia Key) and guess what, she repeated the same thing as before! After two songs, she’s sent to the KIV group (how pitty!) It’s all a matter of portraying a proper facial expression and gesture. There’s absolutely nothing wrong with her voice!

So! Obviously everybody was sooo nervous. When you are nervous you have two options. One, is to really show it off like what Jason did (he’s the most significant nervous rack out of the whole bunch). If you opt for this option, no matter how good you sound, the chances are, you’d be sent to the KIV group as what happened to Jason. The second option is to pretend that you are not nervous at all by simply doing some clowning act (even though you might look like a fool!). At least this is what the guy from Putatan did. (he said he’s working in a carpet factory, do we have a carpet factory in KK?). He slowly walked to the room looking at the ceiling as if being amazed by a pair of lizard making love. This has forced Syafinaz to laugh! (I said “forced” caused she was laughing so unnaturally – or perhaps that’s how she laughs!). Not so sure what to do, Paul reluctantly decided to laugh as well (or was it Syafinaz elbowed him, whispering “damn it!..can’t you see he’s clowning, please don’t just keep quiet! Do something!). So when you’ve made the judges laugh at the time when they mostly need it (in the moment of stress) they’ll unconsciously say “YES!” even if you’re merely able to carry a tune (they don’t bother sending you to the KIV group, that’s when I see, how unfair the judging being done).

The program last night also showed some kind of a new “breed” of Sabahans. Those individuals that make you feel “was-was”, prompting you to ask “ini orang local kah atau pelarian?”. When asked for a second song, one contestant without much thought sang a Tagalog number as if she’s munching her food and been singing it ever since she was born! Another contestant speaks (in English) with accent exactly similar to Gloria Acapagal Aroyo! Guess what, they both made it through despite the lack of package! Of course everyone is to show their MyKads, but have you heard of forged MyKad rampantly happening around. At a fun event like this, who cares to check the original and cetak rompak?

Nevertheless there were some good news last night; the Kadazan guy from Penampang named Jorge (pronounced Yoj!) was so distinctive. I almost couldn’t capture the language when he sang his own composition of a hardcore rock blues number, it was indeed a Kadazan song! The girl from Tuaran who sang her own composition “Hujan” was also given the nod, despite a dramatic argument beforehand due to the misunderstanding of Syafinaz’s statement. Reno and few other familiar faces were briefly shown. We know up to this moment, Ivye and Reno were no longer the contenders; I’m just wondering the fate of the rest who made it through. But somehow I’ve a strong feeling those selected to be featured in the behind-the-scene-bio segment (including the two girls with questionable citizenships) are highly likely move forward. But will they be in the final 12? The question remains!.

26 May 2006

Unduk Ngadau

Sempena sambutan Kaamatan yang sedang rancak berlangsung di sini sana, tidak sah kalau tidak ditayang wajah-wajah jelita Unduk Ngadau peringkat daerah. Saksikan saja gambar-gambar di bawah ini, mana tau ada yang kamu kenal....bekas girlfriendkah! (Klik gambar untuk versi raksaksa)

Penampang
Keningau
Sandakan
Ranau

Nazwa dan Ateng

Nazwa Naslie - Tudukai Oku

Boleh tahan stage performance dia. Pandai dia atur pergerakan mula dari tengah... ke kanan... ke kiri dan diakhiri dengan tengah (macam yang kami kena ajar dulu..hehe!) cuma suara (pernafasan) kena lebih kawalan (dressingpun kelas!)



Ateng - Norubat Piginawaan

Nampak gaya macam ada masalah sikit si Ateng ni mau tarik suara, kurang sihat mengkali (yang pasti tiada kaitan dengan style rambut dia..hehe!)

25 May 2006

Sunudai Oku (live)

Terimalah Sunudai Oku versi live dari Nikki.

24 May 2006

Nokosuai (live) - Felix

Akhirnya ada juga muzik minus one untuk mengiringi Felix menyanyi lagu ini secara live...dia bilang susunan muzik diubah sedikit.

Pinta (live) - Nikki

Glad to be able to see her perform this song live...but somehow I've to shut my eyes and tried to imagine a full scale orchestra plus a group of choir on stage, accompanying her..ahakks!

23 May 2006

"Filem" tanpa tayangan pawagam(?)






22 May 2006

Bulan Lima versi Felix

Dalam pada saya tercari-cari kaset kami yang ada lagu Bulan Lima (sampai sekarang tidak jumpa-jumpa) tiba-tiba saja dapat peluang dengar Felix nyanyi lagu tersebut. Itupun sikit lagi termiss, sebab dia tidak sound tajuk lagu terus nyanyi....terlepaslah rangkap "...korikot nodi bulan lima..". Just take a look at the hip yuppies doing the Sumazau in their own version. It didn't take long to get these guys on stage, Felix just snapped his fingers and their rush to the stage! They gave him a big lovely hug (in one go) after the song but I fail to capture it ...what a sight! Rugi siapa nda nampak!..kekekek!


Felix telah mula rakam album.

21 May 2006

Winnie Kuntip

Terimalah klip video dari persembahan Winnie Kuntip (Siou Noh) di konsert Malam Istimewa Bersama Nikki dan Felix semalam. Klip video Felix, Nikki dan yang lain akan menyusul kemudian...stay tuned!


P/s: Err....kualiti "hancur" sikit, maklumlah fail terpaksa dikecilkan dari 700 mb ke 17 mb! Yang penting kualiti bunyi tetap maintain!Lagu masih boleh dinikmati.

19 May 2006

Nikki n Felix

A very short VC of Felix and Nikki during their meet the fans session in Kompleks Karamunsing yesterday (18 May 2006). The VC is a courtesy of a friend who happened to be there when the session almost over. Please excuse the video quality..maklumlah hasil kerjatangan masa kelam kabut...kelaparan pula tu (on the way to lunch dia bilang)...anyway thanks a lot Mr. VGJ...you rock!

16 May 2006

Nada Cinta

Ini adalah versi diedit, lebih kurang 14 minit (panjang cerita asal lebih kurang 2 jam).

Create your own video at One True Media

15 May 2006

K-MTV Ivye di pasaran

Di pasaran...

Kenalan Sensasi

Inilah wajah kenalan sensasi kita untuk ruangan kali ini. Beliau yang dimaksudkan tak lain tak bukan, frequent visitor web blog ini yang mengguna nick Lesius. Nama sebenarnya ialah Alex Drunnsung dan kini sedang bertugas di Kuala Lumpur.

Senang ja mau kenal...mana yang paling handsome...dia laitu!

Berposing sebelum pergi menyelam mengkali ni..

Jadi kepada anda yang mengenali beliau sebelum ini, tapi lost contact...sudi-sudilah hantar e-mail kepada beliau. Klik saja nick beliau di shout box untuk mengetahui alamat e-mail. Kepada yang ingin berkenalan pula, jangan malu-malu bertanya...nanti sesat jalan!

12 May 2006

Promosi album Max




P/s: Max juga akan membuat rangka promosi album serta K-MTV beliau sekali, di sambutan Pesta Kaamatan bertempat di Monsopiad Cultural Village pada hari Ahad 14 May 2006. Beliau juga dilaporkan akan mengambil bahagian dalam majlis sambutan Hari Ibu anjuran Sabah VFM di Palm Square pada sebelah petang hari yang sama.

11 May 2006

It's the month of fiesta

...Korikot nodi bulan lima!..that's how the song goes, reminding us that the special month of May is here! Well..remember May...remember Harvest Festival! Anyway it's not the Harvest Festival alone celebrated in May....but a bunch of other special events as well.





10 May 2006

INTRO: Mawar Kg Bambangan.

Bertemu sekali lagi dalam ruangan INTRO. Sebuah ruangan khusus memperkenalkan tunas harapan baru, bakat seni tempatan. INTRO kali ini menampilkan seorang gadis manis bertudung yang berasal dari Kampung Bambangan, Tambunan (bukan Bambangan yang di Inanam tu). Beliau yang dimaksudkan ialah Cik Rosmawati Bte Majana atau lebih mesra dengan panggilan Atie. Mungkin ada yang tertanya macam mana pula gadis yang datang dari jauh dengan imej yang agak jarang ditampilkan oleh penyanyi pop wanita Sabah boleh mengisi ruangan INTRO kali ini? Sebenarnya Cik Rosmawati ni, merupakan salah seorang peserta pertandingan Pedalaman Idol 2006. Mungkin rezeki tidak menyebelahi Atie dalam pertandingan tersebut, tapi yang menariknya bakat Atie berjaya menambat hati salah seorang juri pertandingan.


Dengan imej bertudung, adakah genre lagu irama padang pasir (ala-ala Waheeda atau Bienda) bakal disajikan oleh Atie? "Sebenarnya saya meminati lagu-lagu sentimental, malah semasa bertanding dalam Pedalaman Idol saya membawa lagu "Adaa" dendangan Clarice, penyanyi yang saya cukup minati pula ialah Siti Nurhalizah" jelas Atie semasa sesi suai kenal di Tg Aru kelmarin. Selain Pedalaman Idol beliau juga sering mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian, termasuklah juga Akademi Fantasia 3. Setakat pertandingan anjuran sekolah, Atie pernah beberapa kali menjadi juara. Gadis manis berusia 20 tahun ini, baru sahaja tamat persekolahan peringkat STPM di SMK Gunsanad Keningau. Atie merupakan bakat kedua dengan imej bertudung yang pernah diketengahkan di persada seni hiburan Sabah. Sebelum ini Nabilla, menerusi pertandingan KDM Idol 2005, juga pernah ditampilkan (beliau adalah antara 31 peserta Sabah yang bakal berentap dalam One In A Million). Kalau segala yang dirancang berjalan lancar, Atie juga akan tampil dalam album artis variasi yang bakal diterbitkan oleh Fantasia Music Production (FMP) tidak lama lagi. Sama-samalah kita nantikan album yang bakal menampilkan bakat Atie kepada umum, pasti hebat!

Sebahagian daripada harapan Sabah

Uii..naa!!..kiut2...olundus...olumis.....macam muka Paris Benett (American Idol) pun ada! Harap-harap suarapun sama (habislah Dayang Nurfaezah...hehe). Hmmm...yang di kiri sekali tu (baju hijau) Bryan Arthur (?) anggota kumpulan Pangkis(??)

9 May 2006

Pemenang-pemenang Pedalaman Idol

Pertandingan ini sebenarnya ditentukan melalui undian awam. Namun undian dilakukan secara membeli borang undi (bukan SMS). Dikhabarkan ada peserta dari keluarga berada mendapat sokongan penuh dari kaum kerabat beliau hingga berjaya meraih undi yang memberangsangkan. Err...no komen!


Laporan pertandingan akhir Pedalaman Idol




8 May 2006

Good Luck to the 31!

Good luck to the 31 Sabahans who are leaving for KL today, in their quest to be one in a million....Ivye, Reno, Nabila (another KDM Idol finalist), Haider....and the rest! All the best to you guys!

INTRO: RnR

INTRO kali ini menampilkan Rich dan Rish, dua muka baru dalam bidang seni hiburan tempatan Sabah. Kedua-dua anak muda ini bakal muncul dengan album pertama berbentuk variasi, di bawah label FMP (Fantasia Music Production) milik penyanyi tempatan yang tidak asing lagi, Max.

Rich

Rich atau nama sebenarnya Richard Balitang, merupakan jejaka berasal dari Beluran Sandakan. Berusia 23 tahun, beliau pernah mencuba nasib dalam beberapa pertandingan nyanyian, samada yang kecil mahupun yang besar. Dalam percubaan beliau itu ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya. Antara pertandingan yang pernah disertainya termasuklah Malaysian Idol musim pertama, di mana beliau menyertai ujibakat tersebut di Kuala Lumpur (semasa masih menuntut di sana dalam bidang perhotelan). Meminati irama muzik R & B, beliau juga merupakan antara finalis pertandingan Bintang Remaja 2006 (malangnya pertandingan akhir tersebut tertangguh hingga ke hari ini atas sebab-sebab yang kurang jelas). Malah bakat beliau diterokai FMP melalui pertandingan tersebut (semasa Max menjadi salah seorang juri pertandingan berkenaan)

Manakala Rish atau nama sebenarnya Harris Omar, merupakan jejaka berasal dari Tamparuli. Tidak seperti Rich, pemuda berusia 21 tahun ini tidak pernah mengikuti sebarang pertandingan nyanyian sebelum ini. Selain muzik beliau juga menggemari bidang teater, malah bakat beliau disedari oleh FMP melalui satu pementasan teater. Kedua-dua bakat baru ini bakal memulakan sesi rakaman album mereka dalam bahasa Dusun minggu hadapan di sebuah studio yang dikendalikan oleh FMP.

Rish

Menurut Max, selaku penerbit, album tersebut mengandungi sepuluh buah lagu kebanyakannya berkonsepkan pop dan R & B. Kesemua material adalah hasil sumbangan beliau sendiri. Kebanyakan lagu akan dinyanyikan secara individu sementara selebihnya dalam bentuk duo berharmoni. Antara tajuk-tajuk lagu yang bakal dimuatkan termasuklah "Millenium Cinta" dan "Koupusan Ku" dendangan Rich, sementara Rish pula bakal mendendangkan lagu-lagu seperti "Ginawo Ku Ginawo Nu" dan sebuah lagu Melayu berjodol "Di Manakah Janji Mu Dulu".

Demikianlah serba sedikit info ruangan INTRO kali ini. Butiran lebih lanjut album, termasuk sample beberapa lagu dari kedua artis ini bakal menyusul di masa hadapan.


Sesi suai kenal di Rainforest Rimba Cafe Donggongon Square

6 May 2006

Just for fun

This is a short 2-min clip, with the background song by John Moduli (Nung Karati Koh). But I must inform you, the first loading is real slow even with braodband.
Create your own video at One True Media

Sekitar Sambutan Hari Lahir Felix di KK

Actually, saya memang ada merancang mahu hadiri majlis ni, tapi belum sempat buat pembayaran sudah dapat arahan kena bertugas outstation...errgghh!