8 May 2006

INTRO: RnR

INTRO kali ini menampilkan Rich dan Rish, dua muka baru dalam bidang seni hiburan tempatan Sabah. Kedua-dua anak muda ini bakal muncul dengan album pertama berbentuk variasi, di bawah label FMP (Fantasia Music Production) milik penyanyi tempatan yang tidak asing lagi, Max.

Rich

Rich atau nama sebenarnya Richard Balitang, merupakan jejaka berasal dari Beluran Sandakan. Berusia 23 tahun, beliau pernah mencuba nasib dalam beberapa pertandingan nyanyian, samada yang kecil mahupun yang besar. Dalam percubaan beliau itu ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya. Antara pertandingan yang pernah disertainya termasuklah Malaysian Idol musim pertama, di mana beliau menyertai ujibakat tersebut di Kuala Lumpur (semasa masih menuntut di sana dalam bidang perhotelan). Meminati irama muzik R & B, beliau juga merupakan antara finalis pertandingan Bintang Remaja 2006 (malangnya pertandingan akhir tersebut tertangguh hingga ke hari ini atas sebab-sebab yang kurang jelas). Malah bakat beliau diterokai FMP melalui pertandingan tersebut (semasa Max menjadi salah seorang juri pertandingan berkenaan)

Manakala Rish atau nama sebenarnya Harris Omar, merupakan jejaka berasal dari Tamparuli. Tidak seperti Rich, pemuda berusia 21 tahun ini tidak pernah mengikuti sebarang pertandingan nyanyian sebelum ini. Selain muzik beliau juga menggemari bidang teater, malah bakat beliau disedari oleh FMP melalui satu pementasan teater. Kedua-dua bakat baru ini bakal memulakan sesi rakaman album mereka dalam bahasa Dusun minggu hadapan di sebuah studio yang dikendalikan oleh FMP.

Rish

Menurut Max, selaku penerbit, album tersebut mengandungi sepuluh buah lagu kebanyakannya berkonsepkan pop dan R & B. Kesemua material adalah hasil sumbangan beliau sendiri. Kebanyakan lagu akan dinyanyikan secara individu sementara selebihnya dalam bentuk duo berharmoni. Antara tajuk-tajuk lagu yang bakal dimuatkan termasuklah "Millenium Cinta" dan "Koupusan Ku" dendangan Rich, sementara Rish pula bakal mendendangkan lagu-lagu seperti "Ginawo Ku Ginawo Nu" dan sebuah lagu Melayu berjodol "Di Manakah Janji Mu Dulu".

Demikianlah serba sedikit info ruangan INTRO kali ini. Butiran lebih lanjut album, termasuk sample beberapa lagu dari kedua artis ini bakal menyusul di masa hadapan.


Sesi suai kenal di Rainforest Rimba Cafe Donggongon Square

0 comments: