(More clips of the Unduk Ngadau happenings coming soon...)
31 May 2007
Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2007
(More clips of the Unduk Ngadau happenings coming soon...)
30 May 2007
29 May 2007
Miss SMS?
Caj SMS menggunakan Hotlink ialah 50 sen, manakala caj SMS melalui pembekal khidmat telco yang lain ialah 65 sen.
*Hmm...siapa saya mau undi ni? Tuaran?
Carta Artis Tempatan Sabah
Persembahan pilihan dBOS - kumpulan Nokuro 29
28 May 2007
Gang Starz: E-Voke harungi laluan sukar.
Lagu pertama kurang sesuai. Tapi lagu kedua mengalahkan penyanyi asal...Oops!
27 May 2007
E-Voke buktikan
Oleh FIRDAUS SAHAT
RAMAI mengaitkan kejayaan mereka terpilih menyertai program realiti televisyen, Gangstarz, menggantikan kumpulan dari Singapura, De L’Stellars adalah kerana simpati dan bukan berdasarkan bakat dimiliki.
Ada juga khabar angin mengatakan mereka hanya bernasib baik dan terpilih berdasarkan status sebagai ‘backup group’, namun semua itu tidak mengubah keadaan.
Pun begitu, jika hadir dalam industri kerana simpati dan bukan bakat, tentu kumpulan diberi nama E-Voke itu hanya mampu bertahan seminggu dua.
Namun, keadaan adalah sebaliknya. Ternyata, kumpulan ‘tiada bakat’ ini mampu melayakkan diri untuk bergelar finalis program popular itu. Terbukti, semua yang diperkatakan terhadap mereka tidak berasas.
E-Voke yang dianggotai Mailin Antikoh 19, Eryani Sahat, 24, Camellus, 19, Stracie Angie, 17, dan Eryande Sahat, 23, menerima kritikan itu dengan tangan terbuka.
Bagi mereka, kritikan akan menjadi sandaran demi mengukuhkan kedudukan manakala kritikan yang membunuh pula dilemparkan jauh-jauh.
Stracie berkata, kejayaan mereka menyertai program itu bukan kerana simpati, tetapi disebabkan rezeki ditakdirkan buat mereka.
“Kami tidak pernah mengenali pihak pengurusan. Jadi, bagaimana kami boleh meminta simpati mereka. Kami berusaha keras untuk layak pada peringkat pemilihan dan mungkin bukan rezeki, kami tidak terpilih hinggalah kumpulan dari Singapura itu menarik diri.
“Namun jika mahu mengatakan kami sekadar ‘backup group’, ada juga betulnya. Tapi tidak dinafikan sudah menjadi rezeki kami menyertai program itu. Bergelar peserta Gangstarz menjadi idaman dan impian kami semua.
“Namun jika tiada bakat, tidak perlu menyertai pertandingan ini. Kerana bakat dan minat mendalam membawa kami ke sini.
“Pun begitu, kritikan yang dilemparkan kepada kami dianggap sebagai pembakar semangat. Sebagai orang baru, ia sememangnya menjadi asam garam,” katanya.
Ketika awal pembabitan mereka dalam program itu, E-Voke dikecam kerana tidak mempunyai vokal untuk dilontarkan, sebaliknya mengutamakan tarian bagi memukau penonton.
Sebagai kumpulan baru, mereka tidak menolak perkara itu berlaku, malah menyedari ia sebahagian daripada kelemahan mereka. Namun, selepas berusaha mempelajari kesilapan daripada pengalaman dan tenaga yang sudi mengajar mereka, E-Voke kembali mendapat tempat di hati penonton.
Menurut Eryande, mereka sedar kesilapan dan kelemahan yang mereka miliki, tetapi berusaha menanganinya.“Kekuatan kami ada pada persembahan tarian dan mungkin sebab itu vokal menjadi lemah. Selepas menyedari ia adalah kesilapan, kami cuba memperbaiki mutu vokal supaya ada harmoninya.
“Pun begitu, kami tidak akan mengabaikan tarian, malah memperbaikinya supaya bersesuaian dengan vokal. Kali ini persembahan, termasuk tarian dan vokal, akan menjadi lebih baik,” katanya.
Jika dilihat menerusi program itu, saingan kuat datang dari kumpulan yang layak, terutama dari Indonesia, namun pada setiap minggu penyingkiran, E-Voke tidak tersenarai, malah kedudukan mereka semakin stabil
*Vokal harmoni kumpulan E-Voke is not that bad. Sekurang-kurangnya mereka menampilkan sedikit kelainan dari peserta-peserta lain. Kebolehan mereka menari dan menyanyi 'live' lebih baik daripada kumpulan-kumpulan yang pernah muncul sebelum ini seperti Elite, Res-2, X-Factor etc. Teringat pula kes tarik diri Zana AF5, kalau bukan kerana beliau menarik diri sudah tentu Mila tak jadi juara. Adakah E-Voke bakal mengalami nasib seperti Mila? Jeng...jeng...jeng!
Pasangan MyHeart
Oleh NORHAYATI NORDINAKSI
Aksi romantis di antara Norsyarmilla Jirin atau Mila dan Ebi Kornelis @ Firdaus Yimal (Ebi) ketika mendendangkan lagu My Heart pasti masih lagi diingati ramai. Apa tidaknya, mereka umpama pasangan merpati dua sejoli yang hangat bercinta.
Biarpun adegan itu dijadikan sandaran untuk mendapatkan ‘air lagu’ dan ‘mood’ pada persembahan duet mereka, ternyata ia berjaya dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Alangkah indahnya bertukar mikrofon berdua ketika menyanyikan lagu cinta.
Hingga pada saat pertemuan Metro Ahad bersama dua pendatang baru itu, disangkakan mereka ‘bercinta’. Aura keserasian di antara Mila dan Ebi jelas terpancar sekalipun Akademi Fantasia 5 (AF5) berakhir seminggu lalu. Mereka sememangnya secocok.
Apapun, masih terlalu awal untuk mereka ‘bercinta’ kerana misi sebenar dua anak muda ini terlalu jauh. Selain baru menjejakkan kaki ke dunia realiti hidup sebagai insan seni, soal hati dan perasaan lebih senang ditolak jauh-jauh terlebih dulu.
Buat masa ini, misi besar menanti, terutama bagi Mila sebagai juara wanita pertama AF. Anak jati Pulau Pinang itu mahu bangkit ‘membuktikan’ dirinya benar-benar berbakat serta gelaran juara diraih adalah kerana bakat dan bukan simpati.
“Terus-terang saya sedih kerana kemenangan ini mencetuskan kontroversi dan ‘dipertikaikan’ segelintir pihak. Saya kecewa kerana tidak pernah terlintas di hati ini mahu menang secara simpati. Selama ini saya berusaha bersungguh-sungguh.
“Ingin dijelaskan, yang anda tonton mengenai saya di dalam akademi dulu, itulah Mila yang sebenar. Saya bukan saja suka bercakap, tetapi ramah. Malah, tindakan saya yang sering berinteraksi dengan kamera disebabkan rasa bosan.
“Sesiapa yang masuk ke akademi tahu apa yang ada di sana, tiada apa di akademi untuk menggembirakan hati kami selain dua kamera disediakan. Jadi, untuk mengisi rasa sepi dan rindu di hati, saya bercakaplah dengan kamera,” katanya.
Menurut gadis berusia 19 tahun itu, baru dia faham mengapa Farah (AF2) dulu bersikap demikian. Sebenarnya, bukan hendak meraih simpati tapi itu saja yang ada (kamera). Biarpun televisyen juga ada, mereka tidak boleh menontonnya.
“Kalau menonton sekalipun, hanya konsert yang pelajar lakukan setiap minggu. Itupun, kemudian kami dikritik tenaga pengajar supaya pada konsert seterusnya, pelajar yang tinggal akan melakukan persembahan lebih baik lagi.
“Apapun, sepanjang 10 minggu di akademi, pelajar tidak pernah tahu apa diperkatakan orang ramai mengenai kami, termasuk kedudukan dalam carta. Saya juga tidak pernah menyangka setiap minggu saya di kedudukan rapuh.
“Malah, setiap kali selepas konsert, saya berasakan bakal tersingkir. Namun, semuanya ketentuan dan rezeki Tuhan. Oleh itu, saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berharap tiada lagi spekulasi mengenainya,” katanya.
Ditanya apakah dia terguris dengan spekulasi kemenangannya, Mila berkata sedikit sebanyak rasa sakitnya tetap ada. Kerja keras dilakukan selama ini dipertikaikan. Namun, Mila bersedia menghadapinya kerana sedar itu asam garam sebagai anak seni.
“Oleh itu, saya memohon diberikan peluang untuk menonjolkan bakat seni sebenar. Usah mengadili saya lebih awal tanpa membenarkan saya membuktikan keupayaan diri. Saya juga akui masih memerlukan masa untuk memantapkan vokal.
“Kini, saya masih dalam sesi menyesuaikan diri sebagai artis. Biarpun kekok kerana beberapa jadual berubah iaitu waktu tidur dan bersama keluarga, saya akur. Ini jalan yang saya pilih dan seharusnya saya tahu apa perlu dilakukan,” katanya.
Bagi Ebi pula, tidak dinafikan dia sedih dan kecewa kerana tumpas di tangan Mila sebagai juara AF5. Katanya, sesiapa saja di tempatnya pasti sedih selepas mengetahui setiap minggu namanya di tangga teratas. Justeru, pada saat akhir penguasaannya berjaya disingkirkan.
“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan tempat kedua. Malah, sepanjang di AF5, saya juga seperti berasakan wanita akan menjadi juaranya. Lebih-lebih lagi bila melihatkan persembahan Mila yang konsisten selepas konsert minggu kelima.
“Sejak itu, saya percaya dia akan menjadi juara dan memecah tradisi monopoli lelaki sebagai juara AF. Bukan itu saja, pada konsert minggu pertama, saya pernah mensasarkan juara AF5 adalah Heliza.
“Ketika itu, saya dapati Heliza mendapat komen memberangsangkan daripada tiga pengkritik tetap iaitu Kak Jee (Fauziah Latiff), abang Hattan dan Kak Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud). Tak sangka, akhirnya Mila yang berjaya mengubah ramalan saya,” katanya.
Jelas pemuda berusia 23 tahun dari Sabah itu, dia setuju Mila menjadi juara AF5.
“Kalau dilihat persembahan Mila, memang patut dia menang. Boleh dikatakan setiap minggu persembahannya ‘menjadi’ dan berjaya menghiburkan penonton.
“Pada konsert akhir AF5, persembahan Mila berjaya membuatkan suasana di Stadium Putra Bukit Jalil menjadi riuh-rendah dengan sokongan penonton. Bukan itu saja, Mila satu-satunya peserta berjaya mendapat lapan butang biru daripada pengkritik.
“Oleh itu, apa yang hendak dipertikaikan lagi. Semuanya jelas. Selain itu, saya juga tidak pernah merasakan ada ‘pilih kasih’ dalam akademi kononnya pelajar ‘kegemaran’ diberikan lagu popular. Setakat ini, pada saya semuanya adil,” katanya.
Kata Ebi, dia juga tidak tahu bagaimana dia tiba-tiba menjadi mangsa ‘gosip’ dengan Heliza. Terangnya, di antara dia dan Heliza memang tiada perasaan, apatah lagi bercinta. Pada Ebi, dia hanya menganggap Heliza sebagai teman seperjuangan.
“Saya tidak pernah rapat dengan Heliza. Malah, dia (Heliza) juga suka membuat hal sendiri dalam akademi. Justeru, macam mana boleh mengatakan saya jatuh cinta dengannya. Bagi saya, cinta masih jauh lagi kerana saya mahu menumpukan pada kerjaya ini,” katanya.
Mengulas mengenai wang tunai RM10,000 dimenanginya selaku naib juara AF5, Ebi berkata, dia mahu membina rumah baru yang lebih selesa untuk orang tuanya. Selain itu, dia bercadang membuat kenduri kesyukuran atas kejayaannya.
25 May 2007
Bintang RTM
Nory
Komen pengkritik: Style dan tone suara not bad. Cuma pitching ada terlari sikit-sikit. (Kalau tidak silap dia ini pernah menyertai OIAM).
Chal
Komen pengkritik: Woww...power! Cuma kaki tu boss kalau boleh jangan terlalu kangkang sangat...setakat satu hingga satu setengah kaki tu oklah juga jangan terlebih. Kurang cantik di pandangan mata.
I didn't watch this program till the end. Hopefully Chal qualified for the next round (separuh akhir).
24 May 2007
It's another GIRL!
Hiburan tempatan
22 May 2007
Rancangan-rancangan pencarian bakat
Pada masa yang sama, sebuah lagi program pencarian bakat bakal menemui penonton-penonton di TV3 pada bulan hadapan. Program tersebut dinamakan My Starz! Ikuti butiran selanjutnya di sini. Sekali imbas program ini seolah-olah cuba memperbaiki kelemahan yang disedari pada program AF. Walau apapun yang menariknya salah seorang pengacara rancangan tersebut ialah Daphne Iking (jangan saja dia bias dengan peserta dari Sabah...hehe). Ujibakat di KK akan diadakan pada 1 dan 2 Jun di Centrepoint. Ingat tu!
21 May 2007
Gangstarz 20 May
Defoo n Infinatez
And the results (click here) ...*sigh* (sorry guys!). I guess the compettition is just getting tougher and tougher.
20 May 2007
It's a GIRL!
Aswad
Sebuah single genre rock kapak yang dikatakan amat digemari Aswad. Namun bak kata Jee, penyampaian Aswad begitu straight forward. Beliau sekadar melunaskan tanggungjawab mengangkat tune lagu ini. Mengingatkan saya style kami menyanyi lagu Ba Ba Black Sheep semasa di darjah satu dulu....selamba...just carry the tune sambil tersenyum menjeling-jeling kawan. Tiada getaran menusuk kalbu dan sebagainya dari Aswad. In short not much improvisation. Line dia tak berapa clear untuk lagu ini. Creativity dalam vocal arrangement beliau masih kureng! dB - 60%
Mata Hati Jiwa - Awie
Memandangkan ini lagu cover version (Aswad sedikit sebanyak 'diajar' oleh Awie bagaimana menyanyikannya) maka persembahan Aswad agak menyerlah sedikit dari persembahan pertama. Penguasaan pentas agak baik (nampak sedikit pro). Good vocal delivery. Kehadiran empat orang penari genit menyuntik energy dalam persembahan beliau. Not much pitching problems and he's quite good in sustaining notes as well (orang bilang panjang nafas). Cuma pada part yang akhir-akhir tu aswad macam teragak-agak mengeluarkankan suara beliau (panik sebab gadis-gadis genit agak aggresif?). dB - 70%
Candy
Dedebu Cinta - Misha Omar
Firstly she looks gorgeous. Pada pandangan mata saya, the hairdo quite suits her. Terserlah bentuk wajah berbentuk "love" beliau yang sering dikaitkan dengan penampilan "cute". Candy really makes me proud of her rendition for this song. I was a bit worried initially but...hey she did it...di luar jangkaan saya (jangkaan taklah tinggi sangat sebab dia tak sihat). Candy nampak relaks, comfortable and graceful...seolah-olah tiada tekanan. Kelihatan juga beliau mula cekap dengan teknik mengawal mikrofon. Aksi beliau menarik jauh mikrofon untuk menseimbangi lontaran suara pada part note "semula..."..quite dramatic! (the audience's roars at this part says it all). Tak payahlah sentuh panjang lebar vocal tone Candy memang unik dan mengancam habis! However somebody needs to coach her on how to sustain her notes so that she can sing more flawlessly. This is her only weakness. Although Candy didn't perfectly nail it, it's still a superb performance from her...masih sedap didengari sebab tidak banyak sumbang. I have to agree with Ogy that "she (Ogy) really feels it". dB - 85%
Candy - Demam
I thought the song was good during her jamming session at the academy. Sebaliknya ia kurang menepati jangkaan saya. Saya jangkakan ia lebih berupa dance music (ala-ala lagu Adam) tapi nampak gaya lebih mirip kepada genre rock (ala-ala lagu Ezlynn). Tidak seperti persembahan pertama, genggaman mic Candy kali ini agak kurang kemas. (agak kurang bekerjasama dengan mic). Walau apapun penyampaian Candy masih layak diberi pujian. Banyak part big notes yang mampu dilunaskannya dengan baik. Penguasaan pentas, emotional expression, gestures etc harus diberi tabik. Kira Candy rock habis untuk lagu ini dan telah memberikan yang all outlah malam itu. Sepatutnya layak dapat empat lampu biru (aparaa...Mamat Khalid tu). dB - 80%
Ebi
Ebi - Sinar Cinta
Hmm...I don't quite prefer Ebi's new hairdo. He looks like pengawas sekolah. It's better if his original hair just straightened instead of cutting it short. On to his song...I didn't quite capture it as well. Namun lontaran vokal Ebi menampakkan kematangan. Vocal tone beliau macam berjaya 'diasah'. Dari bunyi keras sebelum ini, kedengaran semakin lembut. Namun bunyi sebutan 'Aa' beliau masih tetap 'leper' (belum cukup dibulatkan). Emosi melalui facial expression agak menjadi but not vocally. Mungkin Ebi belum dapat menguasai sepenuhnya lagu ini. Harap-harap beliau mampu memperbaiki penyampaiannya untuk versi studio nanti. dB - 70%
Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara
Jaket Ebi mengingatkan saya kepada penyanyi yang akan mendendangkan lagu-lagu ..twist dan rock and roll era 50-an. So dari segi penampilan sudah tak kena dengan konsep lagu ini. 'Farhana' yang dijerit-jerit tersorok dan hanya ditunjukkan sekejap saja. Persembahan yang banyak pergerakan dan gimik menyebabkan pitching beliau beberapa kali tersasar. Walau apa pun, Ebi berjaya mencetus suasana 'havoc' dalam lagu ini dengan aksi hyper-active beliau melompat, berlari....you name it...very energetic (bekas-bekas athletelah katakan). Tapi part yang akhir di mana beliau jatuh disambut lalu meracau-racau...err...susah pula saya nak terima. Anyway still an entertaining gigs from Ebi. dB - 70%
Heliza
Heliza - Cinta Boneka - D-Va
Masih tak pulih-pulih lagi tekak Heliza ni atau mungkin vocal tone beliau memang telah berubah macam tu (dari Datuk Siti ke Anita Sarawak). Apapun satu persembahan yang menghiburkan dari Heliza. Penampilan Heliza agak futuristic macam kostum dalam filem science fiction. Koreografi amat menarik sekali. Idea boneka menari memang menjadi. Tapi lagi menarik kalau boneka yang ditampilkan jenis boneka 'stuff doll' (dengan rambut ala-ala tali warna kuning...hah lebih kurang macam tu). Heliza semakin kurang mengkontrol ayu sebaliknya lebih banyak kontrol suara. Masih kedengaran beberapa flat notes tapi taklah bersepah sangat. A good performance from her. dB - 75%
Cinta Di Lautan Lalang
Not bad untuk penyampaian sebuah debut single. Teringat pula alunan suara Noorkumalasari...hehe! A well- controlled voice...very minimum pitching glitches. Heliza really gave out her best that night. Tak menghampakan. Cuma suara Aznil enterprem sebelum lagu habis teramatlah mengganggu kedamaian....betul-betul kacau daun. Memang dilahirkan unruk enterpremlah si Dollah Cantik ni. dB - 75%
Mila
Persis Mutiara
A very good rendition for a debut single. Penjiwaan, penghayatan, vocal arrangement and delivery all were just right. Mila truly curahkan segala pengalaman yang beliau ada dalam persembahannya. Yang membezakan Mila dengan Candy ialah teknik menyanyi. Candy has distinctive vocal tone but she lacks the technic that Mila has terutama part nak sustaining notes. Overall Mila did outstandingly in this song. dB - 90%
Cinta Pura-Pura - Ezlynn
It was good but the rusty-rough-rocky voice projection was a bit annoying and damaging her rendition. Kata orang suaranya pecah berderai. Namun secara keseluruhan persembahan beliau begitu happening. Stage performance was very impressive. dB - 80%
Juara - Tahniahlah kepada Mila..she deserves it. I'm not gonna call her ratu sms but a real champion..just like Vince and Jaclyn Victor. Cuma yang saya agak frustrated ialah kedudukan Candy. Selayaknya beliau berada di belakang Mila. Bukannya menafikan kemenangan Ebi, tapi jika dipersoalkan dari segi kekuatan vokal dan persembahan malam itu obviously Candy is the close fight to Mila...*sigh*. Apapun tahniah juga kepada Ebi...he worked hard in the academy untuk memperbaiki segala kelemahan beliau. So impian untuk menyaksikan wanita juara sudah tertunai. Another wish is to see a champion from Sabah. But will we be able to see one? Probably...itupun kalau Astro decides to continue AF.
19 May 2007
Wanita bakal juara?
1. Mila
2. Ebi
3. Aswad
4. Heliza
5. Candy
Tetapi kalau mengikut kekuatan bakat, terutama kualiti lontaran vokal ranking saya;
1. Mila
2. Candy
3. Ebi
4. Aswad
5. Heliza
Berbalik kepada tajuk topik, saya rasa tidak mustahil malam ini buat pertama kali kita bakal menyaksikan seorang wanita dinobatkan Ratu SMS AF. Secara peribadi saya teringin sekali menyaksikannya, namun pada masa yang sama terbayang wajah-wajah Farah AF2, Linda AF2, Farhan AF4 dan Velvet AF4. Kenapa? Sebab kalau adapun seorang juara wanita, sepatutnya dari kalangan salah seorang mereka ini. Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki. Mungkin bukan rezeki wanita di musim AF yang mereka sertai. Apapun syabas kepada kelima-lima finalis malam ini kerana berjaya menjadi graduan dan tahniah kepada yang bakal meraih gelaran Juara SMS!
18 May 2007
Gang Starz: E-Voke mula bangkit!
Persembahan malam itu diteruskan dengan 'kejutan' yang ditampilkan oleh E-Voke menerusi lagu There You'll Be dan Papa Jahat. Saban minggu, E-Voke teruk dikritik oleh juri tetap mahupun juri jemputan yang merasakan tahap persembahan mereka agak mengecewakan. Kumpulan yang berasal dari Sabah ini dilihat hanya bergantung sepenuhnya kepada kehebatan koreografi mereka, tetapi 'tenggelam' dari segi vokal. Malah, mereka juga adalah antara kumpulan yang sering berada di tangga terbawah. Namun tidak pada Ahad lalu apabila buat pertama kalinya, persembahan mereka berjaya menambat hati pihak juri. Pujian harus diberikan kepada mereka yang berjaya memberikan satu showmanship yang hebat serta peningkatan dari segi vokal.
Diari AF 17 May
Ganjaran Ebi dan Mila
Wow scuba diving...hehe! Syok nya.
Candy edit
(Looks like she'd changed her hairstyle/colour...not bad). Juat wanna have a sneak pre-listen to her original single "Demam". Nice song. Macam sudah pernah popular lagu ini (lepas ni lagi-lagilah popular). Her jamming version is on the radioblog or you can download it here
Ebi edit
Another great song by M. Nasir. Will it be as popular as Aduh Saliha? Only the fans can decide. Hopefully Ebi will be able to blast it off. Hmm..kenapalah bukan M. Nasir yang datang.
17 May 2007
Kejutan
15 May 2007
Lagu tugasan konsert akhir AF5
Mmm...not too familiar with this song. Macam kurang sesuai dengan Aswad. Kekejangan otot lagilah nampak gayanya dia ni.
Candy - Dedebu Cinta (Misha Omar)
A soothing pleasing ballad but quite challenging with a number of big notes. Saya perhatikan gangguan kesihatan terhadap suara Candy menyukarkan beliau membuat projeksi suara soft whispery falsetto dengan baik. Projeksi suara macam itu agak banyak dalam lagu ini. Tak tahulah macam mana Candy akan handle. Lagu ini juga ada beberapa part growling. Another big song for Candy. Kalau vokal Candy sihat 100% nescaya dapat digalasnya dengan baik...otherwise....*sigh*
Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) (Jinbara)
Lagu yang ada lenggok-lenggok irama padang pasir sedikit. Well he sang Kasihnya Laila before...so shouldn't be a problem to Ebi. Tapi janganlah pula dia terlebih-lebih melompat dari pentas lagi.
Heliza - Cinta Boneka (D-va)
I like the musical arrangement of this song, sound fun but a bit tricky sebab sebuah lagu bertema kekecewaan dinyanyikan dalam rentak up tempo. Semenjak Heliza mengalami gangguan suara beliau jarang diberi lagu sentimental. Mungkin akan kedengaran ketara gangguan vokal beliau kalau menyampaikan lagu slow. Adakah bakal lagu/single original beliau sebuah lagu slow?
Mila - Cinta Pura-Pura (Ezlynn)
Never heard of this one before... sebab jarang dengar lagu dari Ezlyn. The only song I know from her is Hai Hai Bye Bye. Anyway shouldn't be much problem to Mila yang mampu membawa hampir semua jenis lagu dan digembar gemburkan bakal menjadi juara AF5 (nothing impossible)
Check out those tunes on radioblog (except for Cinta Pura Pura)
*Err....no updates from me for the next few days (probably one or two days) pakcik dikerah ke kutub selatan! Tak dapat tengok TV...apa lagi AF.....huuwaaa!! Harap-harap terjumpalah kedai mamak yang pasang Astro.
Adnan cari bintang
14 May 2007
Gangstarz 13 May
Hebat persembahan Papa Jahat dorang. Syabas kerana terus bertahan.
Defoo and Infinatez
Woww...dwi bahasa lagi..nasib baik tiada bahasa Dusun..hehe! Syabas...walaupun berada dalam kelompok bottom three tapi terus mampu bertahan. (Suspend juga saya time result)
13 May 2007
Konsert AF5 minggu 9
Let's Dance Together-Melly Goeslow ft BBB (semua pelajar)
Walaupun menampilkan satu kelainan di mana para pelajar muncul dari kalangan penonton, ianya kelihatan agak janggal. Koreografi begitu simpel dan harmonipun kurang menarik pada pendengaran saya. Overall it's not a good performance for me but I like the fashions.(betulkah kes Aswad tak boleh perform tu?)
Candy/Shawal-Menari Denganku (zahid n Sara)
Satu persembahan yang bertenaga dari Shawal dan Candy. Malangnya tiada lampu biru diberikan. Pengkritik asyik membebel mereka terkejut kononnya tak menyangka akan di arah mengkritik persembahan tersebut. Adakah ini bermakna pengritik menganggap persembahan tersebut hanya lagu bonus selingan dan mereka tak diperlukan mengkritik justeru tak perlu memberikan lampu biru? Saya perhatikan pengkritik perlu pengumuman terlebih dahulu dari Aznil untuk menekan lampu biru. Memandangkan tiada pengumuman dari Aznil sebelum persembahan Shawal dan Candy, maka tiadalah lampu biru (kalau tak silap perkara sama berlaku pada persembahan pembukaan Dafi di konsert minggu 8, justeru tiada lampu biru untuk Dafi - he deserved at least two blues).dB-75%
Aswad - Langit Biru (Mawi)
A stereoptype performance from his act last week. Except for a different song, different tune, etc...not much difference in Aswad performance. But still not a bad vocal delivery. dB - 78%
Heliza - Ya Atau Tidak (Erra Fazira)
Again a repeat of her performance last week. Good showmanship but still weak in vocal delivery. dB - 75%
Ebi - Bukan Diriku (Samsons)
Ebi did an all out performance this time. The first 70% of the song was very good. Unlike his past performances where he showed emotional expression through his face alone, this time he equally shows it through his voice as well. However there were some high notes that he was unable to hit properly. But as Jee said he managed to cover it through his emotional delivery of the song. A very good effort in doing justice to the song. dB - 80%
Mila - Pudar (Rossa)
Everyone knows that Mila was a pub/lounge singer. I guess this is one song that she normally performs in her many shows (at pub/lounge). She did it with extra comfort and ease. Interesting performance from Milla and the best that night. dB - 85%
Shawal - Copacabana (Barry Manilow)
An anti-climax performance from Shawal. Very contrary with what I've expected. His 'damaged' voice ruined his performance. Poor fellow. He needs to have a good rest to fully recover his voice.
Candy - Cahaya Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
This is a song that Candy suppose to do all out. Her best chance to make full use of her vocal ability in order to further shines. Although she didn't quite achieve that objective, overall, I think Candy didn't perform that bad. She still has the dynamic in her voice. Penyampaian lagu mengikut acuan tone vocal beliau sendiri amat menarik dan terserlah. Cuma pada pendengaran saya paras volume suara beliau kurang seimbang. Kadang-kadang dapat didengari dengan baik dan adakalanya kurang jelas (terutama part falsetto). Adakah ini disebabkan oleh muzik yang agak kuat? Masalah sistem bunyi mikrofon ataupun Candy sendiri yang masih kurang mahir dengan teknik penggunaan mikrofon yang betul? Yang nyata paras kekuatan bunyi suara beliau agak kedengaran tenggelam timbul.(berbeza dengan persembahan lagu Perhaps minggu lepas, segala-galanya agak jelas). Tidak banyak masalah hitting the right pitch cuma masih kedengaran kelemahan in terms of sustaining some notes dengan baik (this is mostly due to improper tempo or timing of breathing). Tempo pula? Ada sedikit tercepat pada dua, tiga part (lagu ini memang mencabar dari segi tempo untuk beberapa bahagian). The dress?...ouchh! Why the oversize dress Mr Jasmie?. Obviously Candy looks uncomfortable moving in that long swelly gown. I think for all those weaknesses, just blame it on her health problem. Candy once said that due to her health she learnt the song mostly by 'theory' and not much 'practical' . Thanks to Dato' Siti for understanding (she does have time watching Diari...doesn't she?) dB - 70%
Heliza/Aswad-Joget Cinta Sakti (Rosma n Haziq)
Not as good as Shawal and Candy but still given three blue rays. While Heliza's voice sounds not so energetic, Aswad sang out of tune towards the end. dB-60%
Ebi/Mila-My Heart (Acha n Irwanshah)
Well the crowds' responds said it all. What more can I say! You heard it...you watched it. The only set back perhaps is Mila's voice sometimes was louder than Ebi's. dB - 85%
Lagu Jamal Abdillah dan Ning (semua pelajar)
The harmony did not turn out to be like what it sounds during their practise. But overall it's better than their first bonus song.
12 May 2007
Diari AF 11 May
Woww...hadiah gitar Hello Kitty lagi. Talking about Hello Kitty, I think ngam juga kalau Candy nyanyi lagu Hello Kitty dendangan Karen Kong (Karen Labuan)
Pembentangan pelajar
Apa sudah jadi AF ni, ramai pelajar bersuara 'rosak' (vocal health problem). The environment I think is just not too conducive....enclosed (fully air-cond) building (how much do they get fresh air in a day?), over-stressed vocal chord, and not so proper vocal coaching (I dare to say Cikgu Syafi is not the accurate coach for them...untuk mengajar koir yes! But for pop music like AF..no! She needs further coaching on pop music herself)
11 May 2007
Klip-klip menarik AF
Ebi dan Mila
Other clips Candy lagu Dusun: A very brief clip semasa Candy cuba menyampaikan lagu Dusun di konsert minggu 8.
Dekna dan tunang
10 May 2007
Jimmy's debut Malay album
How shall I start…macam beginilah, .setiap kali kalau saya mendengar CD album produksi luar ataupun KL saya sentiasa kagum dengan hasil kerja mereka terutama dari sudut teknikal. Adunan muzik, sound effects dan vokal penyanyi latar terhadap vokal utama cukup seimbang dan sedap didengari. You can enjoy every piece of the musical instruments and voices involved. Tiada yang timbul dan tiada yang tenggelam. It’s very lively and arousing. Masuk part gitar elektrik…’ggrreeng!” you can feel the sensation, as if the guitar itself is jumping out of the loud speaker. Kalau saya pejam mata, tidak susah membawa diri saya melayang ke sebuah dewan yang mempunyai kualiti akustikal tinggi di mana sedang berlangsungnya konsert rock….kumpulan Samson (contohnya). Kadang-kadang tu terfikir dan tertanya-tanya juga, kenapalah susah sangat mahu enjoy that kind of sensation in our local productions. Tapi tiada lain jawapan saya sendiri ialah (mungkin) bajet But dude…you know what….(just let me shout for this one) YOU CAN ENJOY ALL OF THOSE I WAS TALKING ABOVE IN JIMMY’s NEW ALBUM…YOO!!. Woww!! Excellent! The production team must have made detail research on Indonesian’s albums…Samson, Radja, Peter Pan you name it. Hasilnya!? Sebiji! But I don’t blame them cos it’s the kind of ‘in-thing’ right now. Even Estranged and Sofaz are heading to that direction (I predict many more will follow suit). Back to Jimmy’s album you can expect the sounds of Indon contemporary bands especially Radja (I think). The materials, the ingredients and the ambiance are all in there. If you like the materials presented by those bands, I don’t see any reason why you shouldn’t like this one too. I really wanted to say that this is a local product that I won’t feel embarrass to show to the outsiders BUT then (just let me whisper for this one) they’re some minus points as well (hah…ada juga tapi sikit saja ndak banyak!). The CD sleeve although not bad, something not to shout about. The graphics presentation especially the photo shoot still looks amateurish and needs further improvement. Information is very minimal They are asterisks (‘*’) marks on some of the tracks but no info on what they suppose to be. I was jumping on the first track and feel like calling the team but they were no address and contact numbers whatsoever *sigh* (yalahkan mana tau juga bisuk-bisuk mau juga buat album kunun and then mau guna kepakaran durang). If it is only for local (Sabah ) market, it’s ok! But in my opinion a good production like this should be exported at least across the South China Sea. Anyway putting those minus points aside, the whole efforts are still something that I’m proud of. If you like those bands….Samson, Radja, Dewa, S.O.7, Peter Pan…etc go and grab this one too. It’s a local production (I hope they’re not hiring any foreign experts). After all it’s only RM 16.90 (audio CD)
Take a listen to the demo on radiolog.
*And just as info for those who are not familiar. Jimmy (Palikat) is actually the uncle of Niki Palikat. He’s the one who writes the song Sunudai Oku in Nikki’s album.
9 May 2007
Glamorous shots of AF students
Male
While Ebi no doubt looks very professional, Aswad's motion especially his shoulder movement looks naturally masculine (boleh cari makan jadi runway model). Shawal on the other hand....mmm...walaupun tinggi tapi gaya berjalan macam menggertak budak kecil...*LOL*.
Female
The graphic shots are very glamor. The girls look like professional photo models (I almost couldn't recognise Candy). Bravo! to the photographic crew.
Bintang-bintang AF5
Uiinaa...gelaran 'seksi' tu yang mahal...hehe
8 May 2007
7 May 2007
Tugasan Minggu 9
Ebi - Bukan Diriku (Samsons)
Shawal - Copacabana (Barry Manilow)
Mila - Pudar (Rossa)
Aswad - Langit Biru (Mawi)
Heliza - Ya Atau Tidak (Erra Fazira)
Heliza/Aswad-Joget Cinta Sakti (Rosma n Haziq)
Ebi/Mila-My Heart (Acha n Irwanshah)
Candy/Shawal-Menari Denganku (zahid n Sara)
Lagu Bonus Perempuan : Let's Dance Together-Melly Goeslow ft BBB
Lagu Bonus lelaki : Lagu Jamal Abdillah dan Ning (?)
Nampak gaya, lagu-lagu tugasan minggu ini agak mencabar vokal pelajar. Candy bakal menyampaikan lagu Datuk Siti Cahaya Cinta. I hope she'll be able to handle this with ease. Eby will sing Samson's Bukan Diriku. All the best to him. Mila should have no problem with Pudar (even a kid can sing this song). Aswad with Mawi's Langit Biru, whether Mawi's fans will support him....we'll see. Heliza..mmm...another fast song. Sebab kalau bagi lagu slow...ke Datuk Sitilah jadinya. Out of all the songs Copacabana is the one i'm really looking forward to (really suits with Shawal's voice, surprisingly he never heard of this song!?). This gonna be really entertaining. I just like the music. It's very lively (konsep Kabaret Buluh Perindu lagilah nampaknya). The girls will sing Melly Goeslow latest hit (I don't know why this song become a hit in Malaysia....biasa-biasa saja saya dengar nothing special)
Catch some of the tune on radioblog
6 May 2007
Konsert AF5 minggu 8
Tidak pasti samada suara Mila yang serak-serat berkarat tu sengaja dibuat atau mengalami gangguan vocal health? (seperti yang melanda Heliza dan Shawal) Sampai terkucil suara si Mila. Suara terkucil is the last thing I wanna hear when listening to live show. Kalau diberi pilihan antara off key dan suara terkucil saya lebih prefer off-key. During her second repeat, saya standby jari di lubang telinga, sebab risau dan tidak sanggup mendengar kekucilan kali kedua. Luckily she handled it well (so tidak jadilah saya sumbat telinga). Anyway except for that glitch the rest of her performance was very good. Kekuatan Mila ni saya perhatikan beliau agak confident (tapi bukan over confident) kurang gementar dan begitu selesa di pentas (hampir sama tahap dengan keselesaan Aznil di pentas). Another good performance from Mila. dB – 75%
Ebi memulakan persembahannya dengan baik sekali. Kalau dalam beberapa persembahannya sebelum ini beliau nampak macam mengunyah chewing gum, tapi kali ini sebutan beliau amat jelas. Pada awalnya saya begitu khusyuk dan fokus, sehinggalah sampai part di mana dia tiba-tiba melompat (atau terbang?). Tersentaklah juga! Kenapa dia buat aksi yang tidak padan-padan macam tu ah? Suara diapun terus terlompat sekali*sigh*. Hilang terus fokus saya. After that saya agak keliru dengan konsep sebenar yang cuba ditampilkan. Konsep kecewa? sedih? atau konsep lawak? Aksi melompat, berpusing dan tambahan kepada “yeah...yeah...yeah” diakhir lagu agak mencacatkan sedikit persembahan beliau. Tidak cukup dengan itu, selesai saja lagu, ada pula remark tambahan “you next!”..hehe (next what?). Duh aku bingung! Anyway vocal wise, very lively, energetic dan tidak banyak gangguan pitching (I think his second best vocal after Al-Jannah). Cuma kekadang kurang vibrator di penghujung baris-baris lagu. dB – 73%
Heliza- Kesal (Ella)
Aswad - Korban Cinta (Aris Ariwatan)
Lagu bonus: Bolehlah tahan!
Aznil announcement: Perlukah? Kalau ya pun apa salahnya umumkan di konsert akhir nanti. Another question is, will there be AF6 next year? Sebab kalau tak silap Astro franchise AF ni untuk tempoh lima musim/tahun saja, right?
Penyingkiran: Malangnya nasib Dafi. Apa boleh buatkan. persaingan semakin sengit. Personally I like his personality and attitude. Very humble, friendly, helpful (not to mention the moment he defense his friends when attacked). It’s the kimd of person you want to befriend with.. All he needs is a little bit of vocal polishing just to make hos voice more acrobatic. With the right vocal grooming and with the right materials, I’m sure he can go farther. I understand he’s taking music and sound engineering Good choice! All the best to him
Akhir sekali Kuiz khas;
b.Do your best?
c.I’m gonna afundi you?
d.I love you?
Siapa berani jawap? Hehehe