20 May 2007

It's a GIRL!

So amacam? Puashati? Although ramalanku benar belaka...I'm a little bit frustrated. Kalaulah saya tahu saya ada bakat jadi penilik nasib for sure I will put my favourite on top of the list. The show last night was something like a grand finale of AF (seolah-olah tiada lagi AF selepas ini). Segala-galanya nampak 'grand'. Let's talk about the stage. No doubt it looked so grand. Tapi entah setiap kali kamera fokus dekat Aznil mata saya yang ala-ala mikroskop ni asyik ternampak segala paku-paku, nuts, bolts..entah apa benda lagi di background terutama pada bahagian elevator dan tangga. Penggunaan elevator amat dramatik dan glamourous but then anak tangga yang dipasang looks very industrious (not to mention cheap) and doesn't really match. It's like seeing a man wearing a tuxedo with a boxer shorts. The opening was not bad...I love the brass band. Tapi persembahan Phantom of the Opera was very der sumbang mahram...oops sorry for the words! But I like the makeover (berapalah agaknya Astro belanja nak bagi cantik 10 budak hitam tu?). Yang cheerleaders pula...punyalah funny...gedik-gedik...*lol*!

On to the review (in alphabetical orders)

Aswad
Bila Mati Cinta Terhenti
Sebuah single genre rock kapak yang dikatakan amat digemari Aswad. Namun bak kata Jee, penyampaian Aswad begitu straight forward. Beliau sekadar melunaskan tanggungjawab mengangkat tune lagu ini. Mengingatkan saya style kami menyanyi lagu Ba Ba Black Sheep semasa di darjah satu dulu....selamba...just carry the tune sambil tersenyum menjeling-jeling kawan. Tiada getaran menusuk kalbu dan sebagainya dari Aswad. In short not much improvisation. Line dia tak berapa clear untuk lagu ini. Creativity dalam vocal arrangement beliau masih kureng! dB - 60%

Mata Hati Jiwa - Awie
Memandangkan ini lagu cover version (Aswad sedikit sebanyak 'diajar' oleh Awie bagaimana menyanyikannya) maka persembahan Aswad agak menyerlah sedikit dari persembahan pertama. Penguasaan pentas agak baik (nampak sedikit pro). Good vocal delivery. Kehadiran empat orang penari genit menyuntik energy dalam persembahan beliau. Not much pitching problems and he's quite good in sustaining notes as well (orang bilang panjang nafas). Cuma pada part yang akhir-akhir tu aswad macam teragak-agak mengeluarkankan suara beliau (panik sebab gadis-gadis genit agak aggresif?). dB - 70%

Candy

Dedebu Cinta - Misha Omar


Firstly she looks gorgeous. Pada pandangan mata saya, the hairdo quite suits her. Terserlah bentuk wajah berbentuk "love" beliau yang sering dikaitkan dengan penampilan "cute". Candy really makes me proud of her rendition for this song. I was a bit worried initially but...hey she did it...di luar jangkaan saya (jangkaan taklah tinggi sangat sebab dia tak sihat). Candy nampak relaks, comfortable and graceful...seolah-olah tiada tekanan. Kelihatan juga beliau mula cekap dengan teknik mengawal mikrofon. Aksi beliau menarik jauh mikrofon untuk menseimbangi lontaran suara pada part note "semula..."..quite dramatic! (the audience's roars at this part says it all). Tak payahlah sentuh panjang lebar vocal tone Candy memang unik dan mengancam habis! However somebody needs to coach her on how to sustain her notes so that she can sing more flawlessly. This is her only weakness. Although Candy didn't perfectly nail it, it's still a superb performance from her...masih sedap didengari sebab tidak banyak sumbang. I have to agree with Ogy that "she (Ogy) really feels it". dB - 85%

Candy - Demam

I thought the song was good during her jamming session at the academy. Sebaliknya ia kurang menepati jangkaan saya. Saya jangkakan ia lebih berupa dance music (ala-ala lagu Adam) tapi nampak gaya lebih mirip kepada genre rock (ala-ala lagu Ezlynn). Tidak seperti persembahan pertama, genggaman mic Candy kali ini agak kurang kemas. (agak kurang bekerjasama dengan mic). Walau apapun penyampaian Candy masih layak diberi pujian. Banyak part big notes yang mampu dilunaskannya dengan baik. Penguasaan pentas, emotional expression, gestures etc harus diberi tabik. Kira Candy rock habis untuk lagu ini dan telah memberikan yang all outlah malam itu. Sepatutnya layak dapat empat lampu biru (aparaa...Mamat Khalid tu). dB - 80%

Ebi

Ebi - Sinar Cinta


Hmm...I don't quite prefer Ebi's new hairdo. He looks like pengawas sekolah. It's better if his original hair just straightened instead of cutting it short. On to his song...I didn't quite capture it as well. Namun lontaran vokal Ebi menampakkan kematangan. Vocal tone beliau macam berjaya 'diasah'. Dari bunyi keras sebelum ini, kedengaran semakin lembut. Namun bunyi sebutan 'Aa' beliau masih tetap 'leper' (belum cukup dibulatkan). Emosi melalui facial expression agak menjadi but not vocally. Mungkin Ebi belum dapat menguasai sepenuhnya lagu ini. Harap-harap beliau mampu memperbaiki penyampaiannya untuk versi studio nanti. dB - 70%

Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara


Jaket Ebi mengingatkan saya kepada penyanyi yang akan mendendangkan lagu-lagu ..twist dan rock and roll era 50-an. So dari segi penampilan sudah tak kena dengan konsep lagu ini. 'Farhana' yang dijerit-jerit tersorok dan hanya ditunjukkan sekejap saja. Persembahan yang banyak pergerakan dan gimik menyebabkan pitching beliau beberapa kali tersasar. Walau apa pun, Ebi berjaya mencetus suasana 'havoc' dalam lagu ini dengan aksi hyper-active beliau melompat, berlari....you name it...very energetic (bekas-bekas athletelah katakan). Tapi part yang akhir di mana beliau jatuh disambut lalu meracau-racau...err...susah pula saya nak terima. Anyway still an entertaining gigs from Ebi. dB - 70%

Heliza

Heliza - Cinta Boneka - D-Va
Masih tak pulih-pulih lagi tekak Heliza ni atau mungkin vocal tone beliau memang telah berubah macam tu (dari Datuk Siti ke Anita Sarawak). Apapun satu persembahan yang menghiburkan dari Heliza. Penampilan Heliza agak futuristic macam kostum dalam filem science fiction. Koreografi amat menarik sekali. Idea boneka menari memang menjadi. Tapi lagi menarik kalau boneka yang ditampilkan jenis boneka 'stuff doll' (dengan rambut ala-ala tali warna kuning...hah lebih kurang macam tu). Heliza semakin kurang mengkontrol ayu sebaliknya lebih banyak kontrol suara. Masih kedengaran beberapa flat notes tapi taklah bersepah sangat. A good performance from her. dB - 75%

Cinta Di Lautan Lalang
Not bad untuk penyampaian sebuah debut single. Teringat pula alunan suara Noorkumalasari...hehe! A well- controlled voice...very minimum pitching glitches. Heliza really gave out her best that night. Tak menghampakan. Cuma suara Aznil enterprem sebelum lagu habis teramatlah mengganggu kedamaian....betul-betul kacau daun. Memang dilahirkan unruk enterpremlah si Dollah Cantik ni. dB - 75%

Mila

Persis Mutiara
A very good rendition for a debut single. Penjiwaan, penghayatan, vocal arrangement and delivery all were just right. Mila truly curahkan segala pengalaman yang beliau ada dalam persembahannya. Yang membezakan Mila dengan Candy ialah teknik menyanyi. Candy has distinctive vocal tone but she lacks the technic that Mila has terutama part nak sustaining notes. Overall Mila did outstandingly in this song. dB - 90%

Cinta Pura-Pura - Ezlynn
It was good but the rusty-rough-rocky voice projection was a bit annoying and damaging her rendition. Kata orang suaranya pecah berderai. Namun secara keseluruhan persembahan beliau begitu happening. Stage performance was very impressive. dB - 80%

Persembahan pelajar tersingkir - *LOL*...aku ingatkan bila sudah banyak exposure di luar dorang ni sudah improve, rupa-rupanya makin sumbang mambang! Paling teruk sekali Dekna. Yang kira ok...Aizat, Dafi, Farha dan Fatin (tapi part Fatin singkat sangat)

Tribute to Aznil - Duhh...I wanted to say it was overly done. Macam terlebih-lebih pula. But then they said AF equals Aznil dan Aznil equals AF (betulkah?). So tak apalahkan...bagi chance. I only like the part kemunculan bekas-bekas pelajar AF. Tapi susah nak kenal siapa dan siapa....si Velvetpun makin kurus...sikit tidak kenal. Yang saya cam...Akma, Amylia, Ekin, Kefli, Farhan....yang lain tu macam tak dapat cam..hehe!

Juara - Tahniahlah kepada Mila..she deserves it. I'm not gonna call her ratu sms but a real champion..just like Vince and Jaclyn Victor. Cuma yang saya agak frustrated ialah kedudukan Candy. Selayaknya beliau berada di belakang Mila. Bukannya menafikan kemenangan Ebi, tapi jika dipersoalkan dari segi kekuatan vokal dan persembahan malam itu obviously Candy is the close fight to Mila...*sigh*. Apapun tahniah juga kepada Ebi...he worked hard in the academy untuk memperbaiki segala kelemahan beliau. So impian untuk menyaksikan wanita juara sudah tertunai. Another wish is to see a champion from Sabah. But will we be able to see one? Probably...itupun kalau Astro decides to continue AF.