29 Aug 2008

Forget Not - Digital Licks


YO! wazzup d-bosers! Check out FORGET NOT a song inspired by the forgotten soldiers of the WW2 in Borneo. Without whom there would not be a Merdeka for us to celebrate! (pay-tree-YO-tick..YO..kewl!) Without further a due DIGITAL LICKS presents their 1st single FORGET NOT.

DJ K to the I to the TTY...sayin' HAPPY INDEPENDENCE DAY YO! Make love not war!...Peeeeezzzzz!

*The song is on English by Sabahans playlist

Message from Defoo Infinatez

To all my beloved friends,

Be it from Sabah, Sarawak, KL and semua di Semenanjung Malaysia. I would really need your help, I'm representing Infinatez and our INF team.

Alhamdulillah Infinatez now is moving in a correct direction, we are getting invitation to appear in various events, shows, interviews etc. To those yang sudah dengar our songs "Paparazzi", "Ada Masa" & "Sayang Kinabalu", we hope you enjoyed it. Kalau belum you can listen to it here - myspace.com/infinatez

Ok, the help yang I need from you guys is to request our songs to be played in radio stations. To be exact we would like you guys to request "Ada Masa" as it is our latest single, tapi you guys boleh juga request our other songs.

One way is to request it at Xfm (previously known as Xfresh), ni link dia - http://www.xfresh.com/radio/zpx.asp

One thing at a time, we can focus on Xfm first. But if you prefer other stations like Suria fm, you can do so. You probably get a listen to it at DJ Hairil's Suria Intro every Sunday. To listeners in Sabah, you can ask DJ Othoe to play it @ Suria Pagi Kinabalu 105.9fm.

Guys, we really need your help on this one. Again, do have time to listen to it at our myspace and if you like it, kindly do request for it. We hope that our songs could be heard all over the country, and the rest of the world.

ps: Infinatez will be back with more sounds. We promise.

Thank you.

Yours truly,
Alvin MY aka Defoo




There you go folks, you can always lend a helping hand to make their presence felt, if possible, on every radio station...:)

28 Aug 2008

Stacy - special recognition award

Jangan makan hati ah! Rileks ja kamu...*LOL*

Xpress Indie - Syarikat penerbitan filem

Sebuah lagi syarikat penerbitan filem di Sabah

Kalau ikut artikel, website yang diberi ialah www.indiexpress.com tapi sekali saya klik keluar pula India Express...(sudah terpromote website India)..:(

Adam - Robot

Adam menyampaikan lagu Robot untuk pencalonan di Muzik2 TV3.



Rambut palsu bah tu kan dia pakai...:). Last time the hair appeared spiky macam tu rambut katun Jepun. Anyway yang penting penari pengiring tetap E-Voke...:D

Nampak gaya masih perlu kena belajar the art of lip-sync (miming). The same goes with Stacy.

One Nation Emcees - Final Gang Starz 2

Persembahan kedua mereka, medley Kuda Hitam,Madu dan Racun dan Don't Phunk With My Heart


Amacam? Best kah? Tidak pernah aku terbayang, Kuda Hitam boleh dinyanyikan segarang dan 'seserious' begitu....:). Harmoni suara lelaki mengingatkan saya pada kumpulan dikir barat. Apa pun tahniah dan syabas kepada mereka. Rezeki telah memihak kepada mereka (Sabah lagi!...:))

Mari ramal nasib kumpulan ini di masa hadapan (main nujum Pak Belalang dulu)

1. Akan dilamar oleh syarikat rakaman KRU
2. Tidak dilamar mana-mana syarikat rakaman
3. Terpaksa menggunakan wang dimenangi untuk buat album
4. Kumpulan tidak kekal lama (ada member yang pok duit saja dan terus menarik diri)
5. Penyanyi wanita bakal beraksi solo.


And here's Paragon Child, the trio who had displayed a superbly high class performance. Unfortunately the judges don't seem to like them (hmm can't figure out why). Shafinaz was totally in denial, she just can't accept the fact that these guys are good *LOL*

27 Aug 2008

Ayu - Kini hidup senang lenang

Dulu MyPublictransport...sekarang MyVii. Dulu sepasang kasut saja...sekarang 10 pasang! (I believe the number is growing). Dulu pinjam telefon bimbit kawan...sekarang Nokia Expres 5610 (siap kasi tau model lagi tu..:)). Apa pun syukur lah kan Ayu!
Semoga terus dimurahkan rezeki!

26 Aug 2008

Stacy - Persembahan di Muzik Muzik

Stacy's Aku Stacy (studio version) made its debut on TV3's Muzik Muzik singles chart on the 14th August. It went up straight to no.6! Bravo!



Good to see E-Voke male dancers back her up. Excellent choreography.

To keep this song on Muzik Muzik's chart, just type MM A384 and send to 33399. It has to remain on the chart for 12 consecutive weeks to qualify for the semifinal.

Marsha - bicara cantik, seksi dan lelaki

Dia suka mandi dia bilang, satu hari balik-balik mandi (melambung-lambunglah bil air macam ni)

Adalah yang bakal digelar Ratu Betis ni nanti...:)

25 Aug 2008

Yazer - lagu single terbaru

Yazer performed his new single at 1Borneo last Sunday and I recorded just a fraction of the audio. I couldn't capture the title though (Mentari Padang Pasir?), but written by M.Nasir and lyrics by the late Loloq. Entah berapa lama sudah single ni terperam sebab sampai sekarang album beliau belum muncul-muncul.

Mmm...not very friendly to my ear and it doesn't have that strong current taste.

Sian Yazer sampai kuyak jeans dia kan...

Sabah Bloggers Association

A group of bloggers plan to form an association for Sabah bloggers...:)

WHAT?! A blogger earns 5 digit just from blog advertisement? My word!! (Jangan-jangan si Iter ni kan!..:)) I swear it's not me...cause I earn 6 digit! *LOL*

Stacy and friends at 1Borneo

Stacy singing Aku Bukan Untuk Mu and Drama (duet with Candy) during AF stars meet the fan sessions on 24 August. Her other song is Darah Muda (tidak sempat rakam).


And the rest of the actions.


Ramai betul peminat-peminat durang ni, sampai kena tarik-tarik baju si Candy (that's why bahagian baju sebelah kiri bahu dia terturun and the strap was hanging...hehe...just kidding). Gambar Mama Rina dan Marsha pada banner hanyalah sekadar daya tarikan, kedua-duanya tiada muncul.

Memandangkan parking lot masa tu full house, terpaksalah saya parking kereta dalam 1Borneo...kelas kan! berdekatan pentas lagi tu...:)

22 Aug 2008

Ebi - Persembahan di PCC

Segmen persembahan Ebi di konsert amal Stacy and Friends di PCC Penampang pada 18 Ogos lalu. Anatara lagu-lagu yang dipersembahkan We Will Rock You, "Gadis Kadazan"..:), Ketahuan dan My Heart (duet dengan Stacy)



A good selection of songs will help you in entertaining the audience, just like Ebi did. But I've to say the sound system that night was pretty bad...:(

21 Aug 2008

Adam - Takut bungkus...

Harap-haraplah peminat-peminat wanita dia ni terus kekal setelah beliau berkahwin nanti..:)


Stacy - terus kenang zaman sebelum juara

Siap dengan statement berani mati "dulu tiada sesiapapun mengaku saudara" (hehe).

Habislah siapa-siapa yang terus mengaku saudara tu..."aku sama mama kau bukan orang lain bah"

Pasaraya Servay ranap!


Beginilah keadaan pasaraya Servay. Saya tidak sangka keadaannya seburuk ini (ingatkan melibatkan separuh bangunan saja). Masa gambar ini diambil pukul dalam 11 pagi tadi asap masih kelihatan dan tempat kejadian masih diawasi oleh pasukan bomba (masih kena sembur air)




Walaupun bukan milik saya, tapi menyayat hati juga tengok. Maklumlah banyak masa shopping dihabiskan di sini...:). Yang best shopping sini ni selain daripada harga yang murah, selalu juga dengar lagu-lagu tempatan KDM berkumandang. Entahlah apa perancangan taukeh pasaraya ini. Hendak membangunkannya semula?

20 Aug 2008

Candy - PCC Concert

Candy performing "Mencintai Mu" and "Drama" during the concert at PCC Penampang on the 18th August. Video diedit sebab bahagian yang lain banyak gangguan (penonton limpas-limpas depan kamera, lagipun masa Candy turun pentas scene video pun gelap - suasana dewan gelap sebab tiada spotlight)


Her rendition of Mencintai Mu was very good. In fact I always thought Candy is one of the AF female stars who has a rich vocal tone and should not be ignored (the rest maybe...Farah, Idayu, Velvet just to name a few)

19 Aug 2008

Stacy - MTPS di Penampang C.C

Persembahan Stacy ketika mendendangkan lagu Makhluk Tuhan Paling Sesi di Konsert Amal atau lebih tepat Konsert Hari Lahir beliau di Penampang Cultural Center semalam

Fuiyoh...malatup juga penari-penari dia ni. Those 'photographers' just stormed to the front stage, totally ignoring the VIPs sitting in the front row (including Tan Sri Bernard Dompok) *LOL*. No efforts to prevent them from blocking either...:).

18 Aug 2008

Ujibakat MyStarz LG 2 di KK


Uina...macam si Velvet pun ada..:)

MyStarz LG is at 1Borneo Hypermall for the Sabah auditions of the second season of the popular hit reality show produced by TV3 and NTV7 and sponsored by LG.A total of 150 people signed up for the first day audition Saturday to showcase their singing talent. Those who make it to the final round would undergo a mentoring process where participants would be tutored and receive partially professional advice and training support from mentors made up of some of Malaysia's top performers and producers.The winner of the competition stands a chance to win RM100,000 cash, a contract, products from LG and an album production with an international record label. Those who are between the ages of 18 - 25 are invited to come to the final audition today (Sunday) beginning 10.30 am. - AJ (Daily Express)

Kisah PTI

Bermacam-macam cerita tentang PTI sejak kerajaan memulakan gerak gempur menangkap mereka yang tiada dokumen sah. Yang Pelik bin Ajaib, tiba-tiba batang hidung durang tidak nampak (sakti kan). Padahal dulu berkeliaran sana-sini. Ada yang bilang durang balik ke negeri asal secara senyap-senyap dari pintu belakang (sepertimana kedatangan durang ke sini). Ada yang bilang durang bertapuk dalam hutan dan bermacam-macam cerita lagi (jangan-jangan ada yang sudah stand by korek lubang bawah tanah ala-ala menyelamatkan diri dari bahaya puting beliung)

Yang ni kononnya pura-pura berlagak tidak siuman untuk mengelak dari ditangkap (kalaulah saya yang drive tu Kancil biru, saya reverse ja kasi lecek dia ni..hehe). Teringat pula kes yang berlaku beberapa bulan dulu di KK, seorang PTI panjat crane dan mengancam untuk terjun membunuh diri (dari puncak crane) kalau terus diburu dan ditangkap.

Menurut cerita kedai-kedai kopi di Keningau, janda malang di bawah ni kononnya sudah kena bagi amaran jangan berkahwin si Aladin (PTI tiada dokumen). Tapi durang main 'try test' saja teruskan pernikahan dengan harapan ada simpati dari pihak tertentu. Si Aladin pun kononnya mengharapkan yang dia akan jadi orang tempatan setelah berkahwin. Why did they take the risk? Selain dari 'cinta karas' durang, they've also been told that it had been done by some people before and it worked! Sekali durang 'try test' begini pula jadinya.


14 Aug 2008

Keluarga 'miskin' beri penjelasan

Keluarga yang dipaparkan sebagai miskin tegar (miskin tahap gaban mengkali ni) oleh TV3 baru-baru ini, sebenarnya lebih kaya dari kami..oops...maksud saya tidaklah sesusah seperti yang dipaparkan. Mak Cik yang disebut namanya sebagai Ampuyin itu sebenarnya menerima kiriman duit RM 2000 sebulan dari beberapa orang anaknya yang kini bekerja di Singapura. Semuanya dijelaskan oleh adik beradik si Ampuyin seperti di bawah.

Kembalikan duit derma saya! (hehe...just kidding)

Mungkin pihak yang menghubungi TV3 tu bukanlah berniat jahat, mungkin mereka juga tidak tahu menahu duduk perkara yang sebenarnya (tidak mengetahui latar belakang sebenar keluarga tersebut) atau ada kemungkinan juga keluarga tersebut, bila ditanya, tidak memberitahu perkara sebenarnya...kan!

Bila kanak-kanak 'hodoh' disingkir

I found it’s odd and sad that the kid who suppose to sing the China national anthem at the Olympic opening ceremony, was rejected last minute by the communist party chiefs just because she’s not cute or good enough to represent China’s image.

"The first condition was that the director wanted the image to be very cute. The reason was for national interest. The child on camera should be flawless in image, internal feelings and expression" The event's musical designer said.

Here she is.


Macam cute juga saya nampak (boleh pakai juga bah kan?). cuma gigi dia ja yang mengkali kononnya boleh menjatuhkan imej China (hmm...gigi lagi! Mana sudah si Ayu OIAM tu...belum buat gigi lagi?)

According to the report she has the voice but not the image (balik-balik sudah dengar kenyataan macam ni kan).

And as solution they picked this girl instead, who has the image but not the voice, to be shown all over the world. Cantik sangat kah?


Tapi kononnya this girl juga tidak perasan masa dia menyanyi tu suara yang keluar di loud speaker sebenarnya suara budak pertama di atas. Patut pun masa saya nampak di TV dia macam terkejut tiba-tiba suara dia power...hehe. Maybe semasa dia menyanyi producer arah mikrofon dia switched off.

Kejam juga pemerintah komunis ni boleh menyebabkan gangguan psikologi di kalangan kanak-kanak (ni boleh dianggap melanggar hak asasi manusia juga ni).

But when I read this news, I found it a bit awkward. Just imagine China, a nation with one over billion population, just can't get a kid with the right package for the event. Don't you think it's strange?kalau setakat di Sabah, rasa saya berlambak budak-budak yang cute dan bersuara power, terutama yang ambil bahagian dalam pertandingan Sugandoi, Bintang Kecil. Belum lagi masuk yang pergi ujibakat Tom Tom Bak...:)

13 Aug 2008

Stacy - Persembahan kontroversi di FFM

Rupa-rupanya inilah persembahan Stacy yang diheboh-hebohkan. Ributlah juga seluruh Malaysia...alamak terlebih sudah!


Kalau ikut lagu asal (Ogy) sememangnya sudah masuk rangkap pada minit 0:18. Bermakna Stacy memang sudah betul bila dia masuk rangkap pada ketika ini (walaupun sedikit silap pada mulanya). Yang saya hairan kenapa tiba-tiba ada drum attack masa Stacy masuk pada ketika yang betul? So I thought probably they made a slight change in the musical arrangement to make it more jazzy. With the new arrangement the vocal should start at min 0:28. Obviously you need enough practice when it involves a new musical arrangement. Not too sure what happened though. Could it be that she practised only with minus one and never with the live band? But the way she handled it...I'm impressed...very..very impressed!

Seeing this kind of blunder, it's just makes me laugh cause it clearly flash back a memory where I, being the vocalist, sang one whole song with only the sound of the drum beat at the back *LOL*. It turned out that the rest of the band members just forgot the musical arrangement for that particular song. They were sort of blank! *LOL*(we've been practising religiously about a week). The difference between us and Stacy, our show was not broadcast live on TV...hehe. But it happened in front of a thousand people (including a Chief Minister and some VIPs). Although I acted cool with a smile throughout the ordeal (just like Stacy did), I wish somebody killed me at that very moment...*LOL*. It wasn't my fault so why should I blame myself...*grin*.

12 Aug 2008

Linda - Isyarat kebangkitan

More on Linda...:). Maklumlah kan tengah hot sekarang ni. Sumandak terhangat di pasaran lah katakan...:D


Infinatez - Sabah Tour

Kumpulan Infinatez yang dianggotai oleh Mr. Defoo sedang dalam perancangan untuk mengadakan beberapa siri konsert di Sabah pada hujung tahun ini. Konsert ini bukan hanya akan menampilkan Infinatez sendiri tetapi juga beberapa artis popular (Semenanjung). Walau bagaimanapun setakat ini mereka belum memutuskan artis popular manakah yang bakal ditampilkan bersama. Atas sebab itu mereka membuka peluang kepada umum untuk mencadangkan artis manakah yang anda mahu saksikan membuat persembahan bersama-sama mereka.

Mereka juga berhasrat menjemput artis tempatan Sabah untuk membuat persembahan pada konsert tersebut kelak. Namun sekali lagi belum diputuskan siapa artis berkenaan. Maka dengan itu juga mereka membuka cadangan dari anda semua untuk mencalonkan artis tempatan Sabah untuk ditampilkan di konsert mereka nanti.

Selain itu mereka juga mengalu-alukan cadangan dari anda berhubung lagu-lagu yang anda mahu mereka persembahkan nanti dan apa-apa juga bentuk cadangan untuk siri konsert mereka di Sabah hujung tahun ini.

So all you have to do is

1. Namakan artis popular Semenanjung (anda boleh kemukakan beberapa nama)
2. Namakan artis tempatan Sabah (juga beberapa nama...let them decide..:))
3. Lagu-lagu cover-version yang anda mahu Infinatez persembahkan
4. Apa-apa sahaja bentuk cadangan lain.

Hantarkan cadangan-cadangan anda itu ke e-mail defoosoul@gmail.com

OK! Selamat mencadang!

And another interesting thing, some merchandise such as t-shirts and stickers with the tagline "Buli Bah Kalau Kau" have been on sale at www.borneoutara.com . So hurry get them while stock last, sebab dengar-dengar they're exhausted of stocks....laris bah! Bolehlah pakai tu t-shirt masa konsert durang nanti...:)

With that...saya cadangkan they call their tour "Infinatez - Buli Bah Kalau Kau! Tour"...hehe!

Sukan Olimpik Beijing 2008

So have you been catching up all the Olympic actions in Beijing? Although we can monitor the games on Astro's Channel 816 (as if we're in a security control room at a shopping complex) I haven't got much time yet to watch it venue by venue. So far I depend entirely on the Highlight over Astro's Channel 824. The best thing about Beijing being the host is we are in the same global time zone. It's exactly the same "o'clock" we have here with Beijing so no confusion on the schedule. I like it also when names of the contenders are displayed as "Michael Phelps" for example and not as "Phelps, Michael"...:)


The opening ceremony was indeed breathtaking. Although the footprints formation by fireworks is a brilliant idea, I wouldn't say that Beijing 2008's ceremony is better than the previous Olympics. To me it's just a continuation of Olympic tradition to present a spectacular opening ceremony.


By now you must be very familiar with the Beijing 2008 logo

Logo ini dipaparkan menyerupai mohor (seal) yang bertulis perkataan 京 (jing, kependekan untuk Beijing) dalam bentuk badan seperti menari (sebab itulah logo ini juga dinamakan "Beijing Menari"). Lengkungan badan juga menyerupai tubuh naga Cina. Lengan terbuka badan itu melambangkan jemputan China kepada seluruh dunia untuk menghayati budayanya. Warna merah tu, biasalah kan warna kegemaran masyarakat China, besides a Chinese seal is always red, which also symbolizes the burning Olympic flame.

Tapikan setiap kali saya nampak logo ni di TV, saya mesti tersengih-sengih sebab teringat katun di bawah ini.

(Click the source here). Pereka katun ini mesti mengkaitkan kontroversi hak asasi manusia yang pernah mencetuskan pertumpahan darah di negara tuan rumah sukan Olimpik. Sekali pandang bentuk logo juga menyerupai badan manusia terbaring longlai dikelilingi darah...oops...hehe (a pure coincident). What a wild creative imagination. I've to say it's beyond my fantasy! It is meant as a joke (that's why I'm laughing). But certain parties can't take it as a joke.

11 Aug 2008

Lagu kualiti rendah kaum pendatang di Suria FM Kinabalu

Masa sibuk menaip-naip buat kerja sambil memasang Suria FM Kinabalu pagi tadi, saya terdengar sebuah lagu yang dinyanyikan macam sumbang-sumbang (kadang-kadang out of pitch oleh si penyanyi). Saya pun mula fokus sambil mendengar betul-betul. Kualiti gubahan muzik dan adunan pun lain semacam. Saya cuba mengecam bahasa yang digunakan, saya ingatkan lagu Bajau, rupa-rupanya Tagalog! Ya ampun! Kenapa awal-awal sudah dimainkan lagu durang?? (sudahlah kualiti rendah). Are we expecting more of their songs in the future?. Kepada penyanyi-penyanyi tempatan, as announced by the DJ, anda dialu-alukan menghantar CD atau single anda kepada beliau di email suriapagikinabalu@suria.fm.com.my. Bah hantar cepat, nanti lagu Tagalog saja yang kena kasi main.

9 Aug 2008

Linda - Sekitar pelancaran album

Sekitar majlis pelancaran album KadazanDusun Linda di 1Borneo Hypermall



Ucapan Huguon Siou tu, walaupun agak panjang tapi penuh dengah kata-kata semangat dan motivasi terutama untuk artis-artis KDM. Antara lain beliau meminta artis KDM menyahut cabaran beliau beraksi di arena antarabangsa...:).

Selepas majlis selesai, VIPs proceed to have some refreshment at Novotel Hotel. Linda then had autograph signing session with her fans and the ten persons who won the lucky draw will have a 'makan-makan' session with her at the cafe who sponsored the prize (err...can't recall the name of the cafe)

Nice ceremony...penuh dengan kesopanan dan kesusilaan...:=)

8 Aug 2008

Pra-nonton MTV Linda esok

Nama baru Linda "Nanual" (nasib baik bukan 'manual')...:)

Hip Hop melanda Kudat

...fulamak ada pula penyanyi bernama Priska Erra (nasib baik bukan prisky...oops..hehe)

About Suria FM Kinabalu

Saya berkesempatan mendengar siaran ini sebentar tadi. Seperti yang saya jangkakan siaran ini sebenarnya hanyalah untuk pendengar-pendengar di Sabah atau lebih tepat di Kota Kinabalu sahaja. Maknanya semasa siaran ini berkumandang dari jam 6 hingga 10 pagi, pendengar-pendengar di Semenanjung dan Sarawak masih mendengar siaran asal. Ini bermakna juga lagu-lagu Sabah yang diputarkan sebenarnya tidak berkumandang di seluruh negara...:(( dan kalau di Sabah hanya sekitar KK sahaja (not even the whole Sabah). Those who follow the FM online won't be able to listen this segment. Probably in the future they will have separate website for listeners to follow the program online.

Setakat yang saya dengar tadi (I started tuning in around 7 am) hanya empat buah lagu sahaja which are made in Sabah. Lagu dari Clarice, George Lian, Philix Don (lagu Melayu) dan Jovita Robert (lagu Melayu). Lagu Candy (Demam) ada juga diputarkan. The DJ Othoe is not that bad on air. Walaupun memang familiar sangat dengan slang bahasa yang beliau gunakan (typical Sabahans way of talking), kadangkala rasa macam janggal juga sedikit (lebih-lebih lagi bila saya masih dalam proses tertanya-tanya adakah segmen tersebut didengar di seluruh negara). Tapi bila menyedari yang segmen tersebut hanya untuk pendengar sekitar KK...then it's fine! No problem! Malah lebih dialu-alukan. Anyway this segment is still very fresh and new, so masih banyak lagi ruang untuk diperbaiki. Maybe setakat ni koleksi lagu-lagu tempatan DJ masih belum banyak. Harap-haraplah nanti lagu-lagu tempatan rules the airwaves over the segment...let's just hope for the best!...:=D




7 Aug 2008

Suria FM Kinabalu

I first heard about this news from Ading, who asked if I happened to listen to Suria FM this morning. Errrm...since I only tune to Xfresh FM obviously I missed the program. Well looks like Suria FM is allocating some airtime for made-in-Sabah songs over its program called Suria FM Kinabalu hosted by Sabahan DJ Othoe (Andrew Impungan) who was a regular MC during many shows involving AF stars last year. Since I haven't got the chance to listen to this program yet, I'm not sure what its content or format like. But I expect they will be playing any song made-in-Sabah, irrespective of the language. This is indeed something that we should be very proud of. It's like a dream, of having our songs played over the national airwaves, finally come true. A big boost to singers, song writers, musicians etc in particular and Sabahans in general. So guys don't forget to tune in to Suria FM tomorrow morning around 6 am to 10 am (105.9 FM in KK). You can also catch the tranmission online just click here. The program is still on test transmission, so whether it's gonna be a daily, weekly or monthly show, remain a question. Thumbs up to Suria FM and hopefully other radio stations will follow suit soon.

Just a bit puzzle though, a great new development as this one is not given due publicity....errm not even on Suria FM's website...oops! Hopefully non-Sabahan listeners will not switch channel everytime this show is on air..hehe (or is the channel split?...I mean one is a normal channel and the other one set to KK listeners only? Can they do that?). So Suria FM will have a new tagline..."Hidup Pasti Rancak BAH!"

Stacy - KDCA Show

This event will be held three days earlier than the one at PCC (18th August). Suddenly there are rows of concerts coming soon (hmm...macam mana juga durang buat scheduling ni?). Not too sure though if I'll be attending this one..:(. Joanna Henley is also reported to appear in this show

Sabahan Bloggers Gathering 2008

Some people asked if I attended the event (sponsored by Nuffnang)...


...nope I didn't.

Terry Peter was one of the performers that night (min 2:22). Other performers are a group of SIA (Sabah Institute of Arts) students (2:10) and a DJ named Chris (2:05). The song played on this video is by Terry Peter.

Just browse YouTube for more videos on this event.

6 Aug 2008

Bambazon - Sinopsis

Sinopsis pertama

Sebagai seorang mahasiswi dalam jurusan ekonomi, Ivy mahu keluar dari kemiskinan dan menjadi bangsa maju bukannya mewarisi kemiskinan yang dianggapnya disebabkan oleh pegangan terhadap adat resam. Disebabkan perkara itu juga, Ivy tidak menolak apabila dipilih sebagai calon Unduk Ngadau. Namun dalam pada masa yang sama Ivy terperangkap dalam cinta tiga segi antara Anggidau dan Dol. Ivy bertambah dalam dilema bila Datuk Sahar juga memilihnya sebagai ikon Unduk Ngadau.

Sinopsis kedua

Bambazon mengisahkan pelajar sebuah universiti tempatan bernama Ivy (lakonan Linda) yang enggan memenuhi permintaan keluarganya untuk dijadikan ikon ratu bagi sambutan Pesta Kaamatan di kampungnya. Ivy tidak mahu menunaikan permintaan keluarganya kerana tidak mahu terus hidup di alam fantasi. Ivy mahu memberi keutamaaan kepada soal ekonomi. Bekas kekasih Ivy Angidau (lakonan Felix) diminta oleh keluarga Ivy untuk memujuknya tapi tidak berkesan. Angidau tambah kecewa setelah mendapati Ivy ada kekasih baru Doi (Ebi). Angidau membawa berita yang sukar diterima oleh penduduk kampungnya sehinga mereka memulaukan keluarga Ivy.

dB: Betapa kuatnya pegangan adat resam perkampungan dalam cerita ini sehingga tanak wagu yang handsome dan moden pun diberi nama Angidau...:). Apapun, tunggu sajalah tayangan Bambazon untuk mengetahui sinopsis manakah di atas itu yang betul...:).

5 Aug 2008

MyStar Musim 2

Walaupun juara MyStar musim pertama senyap entah ke mana, MyStar musim kedua tetap akan muncul di kaca TV tidak lama lagi.



Cacat dan miskin

Sebuah keluarga di Kampung Tg. Batu Kota Marudu yang memerlukan bantuan



4 Aug 2008

Linda - Lancar album 9 Ogos



Tempat pelancaran album


Konsert vs Showcase

Sejak kebelakangan ini, terdapat artis yang gemar menggunakan istilah showcase untuk show mereka. Setiap kali istilah 'showcase' digunakan maka terbayanglah saya suasana show ala-ala di lounge, lobby hotel atau studio TV, dalam erti kata lain di tempat yang beruangan kecil dengan jumlah penonton yang terhad (agar memudahkan interaksi, kalau boleh, dengan setiap seorang penonton). Berlainan pula dengan Anuar Zain, 'showcase' beliau berlangsung di Dewan Chancellor UMS, yang mempunyai kapasiti yang hampir sama dengan dewan Hongkod Koisaan. Harga tiket pula bukan calang-calang ...RM100, RM200 dan RM300. Menurut sumber, jumlah penonton yang hadir tidak sampai setengah kapasiti dewan. Nampak gaya betul-betul bertukar menjadi 'showcase' dalam ertikata yang sebenarnya

Bambazon - tampilkan bintang-bintang AF

Jangan lupa saksikan kisah Anggidau, Ivy dan Dol...yang bakal ditayangkan di TV kira-kira 10 bulan dari sekarang!. Macam manalah kalau telefilem ini tidak mengambil bintang AF sebagai pelakon.

Gang Starz 2 - Carnival in KK

Some of the groups who are currently battling to be the champ of TV3's talent show, Gang Starz 2, were in town on weekend for the Hotlink carnival. Mmm...if only they did the same thing last season.


Winner of the Battle of The Bands Inter-University College competition

2nd place : Freeman (a combination of International University College of Technology Twintech -IUCTT and Advance Management and Technology Center - PTPTL)
3rd place : X- Candidate (IUCTT)

2 Aug 2008

Linda - Album Kadazandusun

Album Linda dalam bahasa Kadazandusun yang pertama telah mula menemui peminat sekitar 18 Julai lalu. Album ini merupakan keluaran sulung syarikat LNE (Linda Nanuwil Entertainment). Terdapat sepuluh trek kesemuanya, namun dari sepuluh trek tersebut hanya lapan trek merupakan rakaman lagu penuh, selebihnya (Trek 9 dan Trek 10) merupakan versi edit dan re-mix untuk dua buah lagu dalam album tersebut. Linda mencipta sendiri enam buah lagu dalam album ini, manakala dua buah lagu lagi adalah hasil sumbangan Asmin Mudin dan Mackey Apison. Penulis lirik pula terdiri daripada Mattinin Yukim, Francis Jainis serta Linda sendiri. Susunan muzik untuk kebanyakan lagu digubah oleh Roger Wang yang juga merangkap jurutera bunyi (mixing dan mastering). Selain itu Mark Paul Baklin turut menggubah muzik untuk tiga buah lagu. Kesemua lagu dirakam di RAM Studio Kota Kinabalu.

Setelah mendengar kesemua lagu-lagu dalam album ini, tidak dinafikan vokal Linda begitu bersesuaian sekali mendendangkan lagu-lagu Kadazandusun. Lontaran vokal beliau amat serasi dan begitu menjiwai lagu-lagu yang didendangkan. Lagu-lagu yang dimuatkan juga tidak kurang menariknya samada dari segi melodi serta susunan muzik. Antara lagu yang secara langsung atau sekali dengar menawan halwa telinga saya ialah Oi Odu (Trek 4), Upus Om Langad Ku (Trek 3) dan Upus Tolidang (Trek 1). Lagu Kotohuadan juga agak menarik bilamana muziknya digubah ala eurobeat (walau bagaimanapun re-mix untuk lagu ini agak mengecewakan sedikit kerana tidak banyak perbezaan dengan muzik rakaman asal). Lagu Mitongkiad Kito (Trek 8) juga tidak kurang menariknya, gubahan muzik berkonsepkan orkestra agak mengkagumkan malangnya bukan orkestra akustik yang digunakan. Linda juga tidak lupa menyelitkan sebuah lagu berbahasa Melayu hasil ciptaan beliau sendiri pada Trek 8.



1 Aug 2008

Nikki - Relakan

Nikki has a brand new single from her latest album (to be released soon). It's called Relakan written by Audi Mok and lyrics by Nur Fatimah

Relakan

Telah cuba ku bezakan
Kau ada kau tiada, sama

Entah berapa lama
Bisa jiwa ku bertahan

Salah kah aku, tak lagi menyinta
Dan segala lafaz oh bagai terpaksa

Relakan kasih
Relakan saja
Izinkan ku bawa
Hati yang sering, berahsia
Tak bisa aku memaksa

Relakan kasih
Relakan semua
Kenangan kita
Tak perlu berpura
Kau tak mengerti
Tiada cinta di hati ku

Tiada pernah kau sakitkan
Jiwa mahupun perasaan
Cuma bukan kemahuan
Tak suka cinta ku ditentukan

Maafkan aku, tak mampu menyayang
Di kala bertemu jiwaku melayang

Hati selalu meronta
Merasa berdosa
Tak berniat ku berdusta
Cuma jiwa ku rasa
Tak sempurna
Tanpa cinta


Best kan! I love it...ada ciri-ciri Jordan Sparks' Tattoo...:). I autoplay it on the radioblog

Konsert Makan Malam Amal

Konsert makan malam amal yang melibatkan artis-artis AF seperti Felix, Candy, Ebi dan Stacy akan diadakan pada 18 Ogos ini.

Berita bergambar (kunun)

Tolong bawa kad pengenalan diri anda ke mana-mana, kalau tidak kena hantar ke negara jiran (hehe). Selepas banner ini dipasang, berhilangan muka-muka suspicious di Pekan Donggongon...:). Pelik pula rasa sikit jadi pekan koboi. Tomorrow they're going to start the massive crackdown on illegal, let's wait and see...

Daiso kehabisan stock

So I 'tourist-guide' some relatives to 1Borneo (maklumlah durang mau melawat).
Sekali sampai tu kedai jipun (Daiso), kehabisan stok barang-barang durang. Yang ada pun item yang kecil-kecil yang boleh dibeli dengan harga RM 1 di kedai-kedai lain.

Nasib baik berus jamban masih ada stock...