Ada sesuatu yang membuat saya gembira sejurus membuka blog saya hari ini, maka dengan itu saya mo menjerit "Yahoooooooo!..ya..ba..ya..badooo!" :=)
Back to the article about Candy.
So ada satu blog ni, yang saya teserempak dulu, bilang Luke Mason tu "Candy punya..ehemm..ehemm" silap lah tu kan *wink*...sekadar kawan rupanya (kah jawapan standard artis? Hehe)
***********************************************
Nera - Gelora Jiwa
Mengancam juga persembahan si Nera nyanyi lagu ni :=)
Very nice, menggetar sukma gitu...cuma macam lambat sikit keluar 'cabaret' vibrato dia on each phrase (most of the gegaran sounds just a little bit short)...but no doubt her best performance so far.
Setelah ditampilkan dalam single seorang penyanyi dari Iran, Candy nampak gaya tidak duduk diam, khabarnya beliau baru kembali dari Australia setelah berada di negara itu selama enam minggu untuk menyiapkan album sulung beliau (international juga ko kan). Semasa ditemubual oleh sebuah majalah hiburan inggeris terkemuka Australia *kidding*, Candy menjelaskan, I quote..
"I am pure KadazanDusun, and I have been dreaming of an album for my people. All my singing with AF is in Malay. I have a couple of singles in English. but no album, even in Malay or English,1 wrote the lyrics for three songs, and I wrote one melody for my album, A few of my songs have been written by Asmin Mudi's team, and then arranged by my producer Luke Mason. who is Australian."The album, it's really a Western style: I like the energy of Avril Lavigne, you know, very edgy. So we are doing a couple of songs in that style. Some musicians will be from Australia. Maybe I need to pick a musician from Sabah. a local, its more interesting for me. We've done 8 songs already so we need to make two more,
Paham!? Apa? Mo saya translate lagi :=)
Candy juga melahirkan perasaan gembiranya dapat balik kampung setelah enam minggu berada di rantau orang
"I've been staying in KL a few years, and I haven't been interviewed by people in Sabah for a long time I'm so happy to be back here to see my people, see my parents. We went out to the kampung and had a lot of tapai. I want to bring something new into this industry, in Sabah especially, in my language Dusun. If you hear Dusun songs, it has not developed much.
Wow... confession of a pure Dusun girl gituu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Please do not enlarge! Haha
Oh tidak!
Tapi macam ndak sabar-sabar juga mo dengar album sulung dia ni.
Kepada kawan kita hari tu yang bertanyakan perkembangan terbaru si Candy, ni dia artikel terbaru about Candy...
Candy masih ada Oleh MURSHID EUNOS metahad@hmetro.com.my
ORANGNYA ringkas dan bersahaja. Namanya juga unik dan tersendiri, tapi sayang ia belum sinonim untuk menjadi sebutan ramai. Mungkin kerana kurang menonjol dan tiada kontroversi, Candra Clement (Candy) masih lagi asing.
Bekas finalis Akademi Fantasia (AF) 5 kelahiran Tambunan, Sabah ini tidak menafikan, ketiadaan berita baru untuk dikongsikan bersama peminat menyebabkannya tercampak jauh berbanding teman seangkatan.
Persoalannya, adakah masih wujud penyokongnya yang dulu melaungkan jeritan setiap minggu ketika AF5? Si empunya diri punya jawapannya.
Gadis kecil molek berusia 20 tahun ini kini mampu menarik nafas lega, akhirnya ‘single’ terbarunya, Trouble Maker ciptaan komposer Iran, Ali Samadi berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus tenggelam.
Hey guys! I'm still around ok!
Baginya, single ini membuktikan namanya masih wujud di industri ini meskipun tertinggal berbanding Mila, Dafi dan Aizat. Walaupun ia tidak sebesar mana, sekurang-kurangnya dia punya cerita untuk dikongsikan.
“Trouble Maker sebuah lagu Inggeris. Walaupun saya sangat gementar menanti reaksi peminat, saya melihat perkembangan ini sesuatu yang mampu memberi lebih peluang pada saya untuk terus bertahan di sini. Maklumlah, keputusan untuk menjadi penyanyi adalah muktamad dan mustahil untuk saya berpatah balik.
“Saya peserta AF pertama tampil dengan single Inggeris dan itu lebih memberi cabaran buat saya sebagai penyanyi baru. Malah ramai terkejut dengan lagu baru ini, mungkin ini satu semangat yang perlu saya ambil secara serius untuk menyampaikannya dengan lebih baik. Namun saya yakin dengan lagu yang turut mendapat sumbangan vokal daripada seorang lagi penyanyi Iran, Stumer.
“Muziknya ‘dance’ yang sangat bersesuaian dengan pasaran hari ini. Melodinya juga serasi dengan kemampuan vokal dan personaliti saya.
“Sebenarnya semua urusan berkaitan single ini diuruskan seorang teman yang juga bekas pekerja di Maestro Records dulu. Dia yang memperkenalkan saya dengan Ali sebelum saya setuju untuk bekerjasama,” katanya.
Menurut Candy, Ali yang juga penyanyi Iran menetap di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Muzik yang dihasilkan juga berbeza dengan sentuhan pop dan elemen moden.
“Saya berharap lagu ini dapat mengembalikan nama saya selepas single pertama ciptaan Edry dulu, Demam,” katanya.
Penyanyi yang juga sibuk dengan pelbagai rangka promosi buah tangan barunya ini turut ‘memasang’ strategi untuk turun padang dalam kerja pemasaran dan publisiti seperti berjumpa wakil stesen radio secara sendiri.
Meskipun kerjaya seninya tidak secerah teman AF yang lain, tidak secalit pun terlintas di hatinya untuk merasa cemburu, sebaliknya ia dijadikan satu inspirasi serta semangat bagi terus membina nama di persada seni.
Inilah lagu Inggeris yang dimaksudkan tu
Fuiyoo...lagu...*matilah Lady Gaga*. Terbayang juga saya album Dusun si Candy nanti ada lagu dengan arrangement muzik macam tu...kan Reny!
This is indeed the same "I Got Talent" published earlier. 19 finalists selected to compete in the final round. Besides winning some great prizes, the winner will stand the chance to sing at D-Junction backed by its resident band, Rimba. Looking at the finalists looks like Cabrini (Cabby AF7) is one of them :-).
I wonder who can sing like Adam Lambert?
And a reader mailed me some photos of Candy during Gempak Selebriti Astro in Parit Buntar Perak (16 May). Thanks to Erny! :-)
komposer terkenal Audi Mok, 38, khabarnya memberikan hantaran-hantaran tambahan yang berupa kasut, payung, kek dan barang kemas yang diperbuat daripada emas untuk tiga orang kakak Nikki yang belum berkahwin sebagai memenuhi adat melangkah bendul :-). Demikian menurut mStar. Pasangan tersebut dijangka melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah gereja di KL pada 27 Jun akan datang. Ini disusuli dengan majlis resepsi di Melaka dan di Sabah (tarikh tidak dinyatakan). Memandangkan Nikki mengimpikan sebuah resepi di tepi pantai, saya ramalkan mungkin ianya bakal berlangsung di Nexus Karambunai (sana ada private beach kan) :-).
Harapan Sabah di AF7
Rubisa Tiasin (tengah), Nurfazelah Mohd Tahir, dan Rosdiana Daunah
Rubisa Tiasin 22 (ibu kepada 2 cahayamata), Nurfazelah Mohd Tahir, 24 (bujang) dan Rosdiana Daunah 27 (3 cahaymata) antara peserrta yang melepasi ujibakat AF7 di Sabah. Ketiga-tiga rakan karib ini merupakan artis Lembaga Kebudayaan Sabah
"Memang kami banyak menyertai pertandingan nyanyian dan kerap menyanyi, tapi peluang menyertai AF adalah platform terbaik untuk bawa kami terus ke depan. Bukan untuk tujuan populariti semata-mata, tapi ia adalah pendedahan terbaik untuk kami naik ke setangga," ujar Nurfazelah (gitu!)
Bila teringatkan si Mas, macam sedih pula saya pada nasib tiga wanita ini. Semoga mereka tidak tersalah menuju puncak.
Candy memulakan rakaman album Dusun
Menurut sumber yang teramatlah boleh dipercayai, Candy AF5 sedang giat memulakan sesi rakaman untuk album Dusun beliau, sekaligus merealisasikan impiannya memiliki album KDM yang sudah lama dipendam-pendam malah sebelum menyertai AF lagi. Album tersebut bakal diterbitkan oleh Etnik Muzik Productiondan memakan belanja sebanyak? (siapa sanggup jawab?). Walaupun angka 10 dalam genggaman, namun kemungkinan jumlah lagu melebihi angka tersebut tidak mustahil (terlebih material kah ni?). Dua buah lagu dalam album tersebut adalah dalam bahasa Melayu.
An undated studio-leaked photo, authenticating this report -AFP
Bagi mereka yang sering mengikuti siaran radio Suria Pagi Kinabalu, kendalian DJ Othoe setiap Isnin hingga Jumaat, akan dapat mengikuti semula siaran tersebut minggu depan. Demikian menurut info dari Hiburan The New Sabah Times. Siaran tersebut tiba-tiba 'hilang' sejak 4 Feb tanpa sebarang pengumuman.
Stacy singing Aku Bukan Untuk Mu and Drama (duet with Candy) during AF stars meet the fan sessions on 24 August. Her other song is Darah Muda (tidak sempat rakam).
And the rest of the actions.
Ramai betul peminat-peminat durang ni, sampai kena tarik-tarik baju si Candy (that's why bahagian baju sebelah kiri bahu dia terturun and the strap was hanging...hehe...just kidding). Gambar Mama Rina dan Marsha pada banner hanyalah sekadar daya tarikan, kedua-duanya tiada muncul.
Memandangkan parking lot masa tu full house, terpaksalah saya parking kereta dalam 1Borneo...kelas kan! berdekatan pentas lagi tu...:)
Candy performing "Mencintai Mu" and "Drama" during the concert at PCC Penampang on the 18th August. Video diedit sebab bahagian yang lain banyak gangguan (penonton limpas-limpas depan kamera, lagipun masa Candy turun pentas scene video pun gelap - suasana dewan gelap sebab tiada spotlight)
Her rendition of Mencintai Mu was very good. In fact I always thought Candy is one of the AF female stars who has a rich vocal tone and should not be ignored (the rest maybe...Farah, Idayu, Velvet just to name a few)
dBOS-fm simply stands for The Best of Sabah Infotainment. It has been around since 2005 and created primarily to promote and support Malaysian artistes of Sabah origins.
All songs presented here are merely for preview and personal review. If you like the songs, please buy the original version of the respective song/album. Do support our local artistes.