Showing posts with label AF7. Show all posts
Showing posts with label AF7. Show all posts

24 May 2009

Reality show vs gambling

Bila rancangan pencarian bakat realiti (AF, OIAM) disamakan dengan berjudi :-)


Klik imej untuk baca. Credit to The Daily Express

The writer has very good points there. Tapi apapun bagi saya rancangan pencarian bakat realiti ni merupakan suatau fenomena. Ianya seperti satu realiti kehidupan sebenar dunia hiburan di mana dalam sepuluh muka-muka baru yang muncul dalam industri hiburan mungkin hanya satu atau dua orang sahaja yang akan berjaya. Begitu juga dengan rancangan realiti ini dalam 12 (lazimnya) yang ditampilkan hanya seorang sahaja yang juara. Walau apapun rancangan sebegini sepatutnya dijadikan sebagai satu platform untuk menampilkan atau mempromosikan diri/bakat kepada khalayak penonton yang ramai. Mana tahu ada rezeki (tidak semestinya menang) :-)

17 May 2009

AF 7 - Carutan terakhir musim ini

Maka berakhirlah Akademi Fantasia musim ketujuh. Walaupun produksi tahun ini secara keseluruhannya tidak sebaik musim-musim lalu, sekurang-kurangnya peserta yang diinginkan menang (Hafiz) akhirnya dinobatkan juga sebagai juara.

Good choice to win this season


Kalau saya teliti peserta-peserta yang bertanding di konsert akhir, hanya Hafiz dan Isma saja yang saya rasa betul-betul layak bertanding. Aril, Yazid dan Akim terpilih rasa saya lebih kepada pengaruh sentimen yang kuat. Penyampaian ketiga-tiga peserta ini, setakat menyanyi live, sukar untuk dibanggakan. Ketiga-tiganya menyanyi hampir tiada seni dan kemahiran. Yang paling memaksa saya menutup telinga ialah masa Akim menyanyi nada tinggi lagu beliau. Bukannya nyanyian yang saya dengar tapi teriakan secara langsung dari anak tekak. Suara serak dan sasaran nada gagal dicapai...rosak! very bad!. Sama seperti teriakan orang yang cemas ketakutan (yet the audience cheer and the media write "mempamerkan peningkatan dari minggu ke minggu"...what the heck!). But who is the best among the worse three. Vocal wise I go for Yazid, it's not that he has the finest tone but more to less issue as compared with the other two guys. However taking into consideration both the vocal and stage presentation, Aril displayed just a little good quality.


My personal ranking: 1.Hafiz, 2.Isma, 3.Aril, 4.Yazid, 5.Akim. Obviously very different from the actual result (1.Hafiz 46% (44% before voting is closed), 2.Aril 22% (22%), 3.Akim 18% (13%), 4.Yazid 9% (15%), 5.Isma 5% (8%)).

The five rejected top 20 were also given the chance to perform. Not a good song choice from Ab. Image wise...err..no comment! Having seen the rest performed...mmm...why am I not surprised over them being rejected. In fact Kelana and Faezah didn't fulfill my expectation. Cabby and Amim showed slightly better performances among the five. Hang on, one person is missing, yupp looks like Lizda didn't show up (reason?)

The nine eliminated talents were also on stage. All the ladies showed great improvements but not the guys. Stacy did perform as well and as usual a solid performance by her, but I would prefer if she wears something different or something unique that distingush her from the dancers. Like she did during the recent ABPBH.

Eventhough the stage is slightly upgraded, the overall setting is nothing much to shout about (well only if you've seen better than that before!). The same goes with the overall production e.g., sound system, lighting etc...perhaps Astro needs to send someone to Fox TV to learn about good production or for budget reason just visit 8TV for a quick study tour! :-)

3 May 2009

Drama AF7

Kelaskan drama prinsipal Tiara masa konsert AF7. Selepas nama Claudia dan Aishah diumumkan tersingkir, dia pun kelihatan ala-ala bingung dan marah seolah-olah berkata to her colleagues ‘Aper ni?! Biar betul!? Teruk lah pengundi-pengundi Malaysia ni, bodoh, dahlah singkirkan Aril last week. I balik rumah karang habis husband I tengking, husband I kan dari Sarawak. Ni tak boleh jadi ni, I must do something!” and then bangkit dan berjalan ke hulu ke hilir, talk to some crewlah, AClah and boss Astro Ria lah sebelum naik ke pentas buat pengumuman (betul-betul macam scene TNA Wrestling..hehe). So bad, no orchestra accompanying the whole scene *LOL*



So there you go, ‘Tadika Fantasia’ did it again for the third time. Another AFMASUK and why am I not surprised. But since I had practically abandoned AF, why bother! Ramai mengatakan undian yang masuk musim ini betul-betul merundum. I’m not so sure how true it is, but one thing for sure AF had lost one of its active voters, in the form of myself..hehe.

Bagi saya kalau betullah AFMASUK ni diujudkan secara jujur, tiada motif lain selain daripada memberi peluang semula kepada pelajar yang tersingkir, ada baiknya juga AF mengadakan saluran undian percuma secara online seperti yang dilakukan oleh OIAM baru-baru ini to determine the number of grand finalists.

6 Apr 2009

AF 7 - Transfomasi TNA Wrestling dalam AF7

AF is not about singing competition? So what is it then?! TNA Wrestling? Looks like it...AF7 had transformed itself to upacara berbalas-balas cakap, jelas menjelas. Saksikan aksi AF7 dalam video d bawah ini...Kevin Nash (the tall guy) mewakili tenaga pengajar, Kurt Angle mewakili pengkritik (Edry Hashim) dan AC diwakili Karen (the girl)...how I wish AF7 ada suara latar pengulas macam dalam video ni ("Oh man! Look at that! Tell'em Fati! Tell them!).



Anyhow as Faty said AF is not all about singing competition (yet berselindung disebalik konsert nyanyian). Untuk tidak mengelirukan orang ramai apa kata konsert mingguan AF diselang selikan tema, minggu ni pelajar menyanyi, minggu depan menari saja, minggu berikutnya mengacara, seterusnya berlawak and then berlakon (teater)...hah yang tu barulah transfomasi. Ataupun tiru saja rancangan Audition terbitan NTV7, peserta membuat persembahan 3 dalm 1

On to my carutan

Aishah – lagu kurang sesuai untuk Aishah, walau bagaimanapun nyanyian tidaklah teruk sangat. Cuma beliau kelihatan berhempas pulas melakonkan watak rock (mesti pegang-pegang rambut kan..hehe) siap dengan aksi macam ‘menurun’ bak kata Dato’ Siti. Not a very good performance

Qhaud (Taman Teman) – Sorry tidak termenonton persembahan pertama dia ni. Tapi kalau prsembahan kedua yang perlu dinilaikan, hancur! Lupa lirik, teragak-agak dsb.

Claudia – Good vocal control, banyak bunyi ditebalkan (gema, some people call ‘dibulatkan’). Lakonan pentas pun menjadi lah juga.

Aril – Persembahan suara kurang mantap di awal rangkap. Dan aku sependapat dengan komen Dato’ Siti berhubung memfokus kan kepentingan menari dan nyanyian. Tapi apa boleh buat dia ni kan muda dan energetic, he can do both; singing and dancing at the same time.

Yazid – Seperti juga persembahan-persembahan beliau di minggu-minggu sudah. Calculative (macam mengira step), berkaedah, kekok, teragak-agak. Suara not bad tapi agak monotonous dan kurang ‘trill’ (lenggokan).

Akim – Can’t figure out why most people puji persembahan dia ni. Bagi saya lebih mirip penari a go go. Tarian langsung lintang pukang tidak synchronise dengan penari latar. Very bad voice control. Getaran suara mengingatkan saya bunyi kambing kesejukan .

Isma – Satu lagi lakonan penyanyi rock yang agak menjadi. Suara juga ‘dilakonkan’ agar bebrunyi rock namun barisan yang berbunyi “oh yea...yeahh...gila kan kau” terlalu lembut (sepatutnya dikeraskan juga).

Rubisa (Tiada Lagi) – Lagu yang agak mudah. Malang sekali olahan Rubisa begitu mengikut lagu asal. Korus yang diulang-ulang berbunyi serupa saja untuk setiap ulangan. Tiada ‘counter melody’ atau susunan vokal yang lebih mencabar, hence Adlin pun komen round 1 and round 2 sama saja (I guess what he meant the song melody should be dynamic soft in the beginning and loud, dramatic, etc, towards the climax or the ending)

Hafiz (Cinta Ini) – A little bit monotonous in his voice projection. As if starting and driving a car right at gear four and five. Not a good performance by him compared to his previous weeks but still one of the best, that night, compared with the rest.

Sidi (Ku Milik Mu) – Ini ikut-ikut Adam Lambert dengan akustik band kah apa ni? Permulaan nyanyian bagus. Tapi dari pertengahan dan akhir macam kucar kacir sikit. Vokal Sidi macam sedikit tertekan (a very struggle voice) namun masih mampu melangsaikan beberapa big note.

Zizi (Aku Dah Bosan) – Persembahan keseluruhannya bagus, walaupun ada babak lakonan ala-ala bohsia membonceng motosikal. Seperti juga Rubisa, ulangan rangkap korus juga berbunyi serupa tiada olahan vokal yang mencabar, tarik-tarik suarakah (play around with the vocal a little bit towards the end)

My ranking: Claudia/Zizi/Hafiz/Isma/Rubisa/Sidi/Aril/ Aishah/Yazid/Akim/Qhaud

Penyingkran dua peserta Sabah serentak amatlah mendukacitakan (sekurang-kurangnya Zizi mampu mara), walaupun perit sebab inilah julung-julung kalinya tiada peserta Sabah beraksi di final kelak, tapi apa boleh buat mungkin inilah sebahagian daripada tranfomasi AF tahun ini...so terima sajalah hakikat.

30 Mar 2009

AF 7 - Carutan Konsert 3

Pelajar yang bakal dicampak ke dalam bas gergasi KL Hop On ialah.....


Mungkin ramai yang tidak setuju kalau saya katakan konsert AF minggu ni lagi-lagilah membosankan. Samada lagu-lagu pilihan yang membosankan, para pelajar atau the whole production itself yang membosankan. I think the sound system quality plays a major role to liven up the mood of TV viewers (just like AI or OIAM productions) but I don’t get this in AF (tak terangsang aku noks! *LOL*). I’ve no problem with lagu-lagu retro tapi pilihlah lagu-lagu yang mampu mencabar kemampuan vokal pelajar (lagu yang ada range, big notes etc). Nasib baiklah juga ada komen-komen Adlin yang menghiburkan (terhibur jugalah saya). Juri yang tahap profesor tu tidak payahlah jemput, tidak pandai bercakap (we need someone who can deliver good comments smoothly not just a word or two). Dato’ Khaty on the other hand had improved as compared to her first week.

The choral presentation of Menuju Puncal was very nice. Lebih baik disampaikan saja ala-ala choral macam tu! After all this is about singing academy and not dancing. I mean we should hear more vocal harmony of the students instead of their physical harmony in dancing.

On to the carutan

1. Yazid (Pawana) – The good thing, not much of pitch issue as before, he sang mostly on tune. Vocal wise, adalah improvement than his last two performances. Tapi pergerakan beliau nampak begitu calculative (ketara direncanakan). Selain tu ada stamina issue dan as Adlin said ‘groove tak blend dengan music’ (5/10)

2. Aril (Andainya Aku Pergi Dulu) – His soft husky (rusty) tone is interesting cos it distinguishes him from other singers (but that doesn’t mean it’s appealing). Aril macam malas mo angkat suara and hit the precise notes resulting in a couple of pitch issues. Bunyi nyanyian kurang dinamik macam setara saja. Secara kasar persembahan nampak malas, ditambah lagi dengan suara back up vocal yang ala-ala sumbang begitu menjejaskan ketenteraman lagu ini. But I kinda like the musical arrangement. (5.5/10)

3. Claudia (Lama Tak Jumpa) – Was it just my eyes or she’s been transformed into Dayang Nurfaezah. Good stage presentation but a little bit disconnected with the audience. Not much of singing problem, cuma suara kurang range dan part suara normal pada korus disampaikan secara falsetto (and it’s a weak falsetto too) (6/10)

4. Rini (Seloka Cinta Remaja) – Lagu kurang mencabar dari segi menampilkan dinamik suara penyanyi. Secara dasarnya nyanyian Rini bolehlah dikatakan baik dari segi kurangnya sumbang mambang dsb (maklumlah lagu mudah). Dari sudut phrasing masih banyak ruang boleh diperbaiki. I thought she could do more with her gestures and movement (buat lebih gedik-gedik sikit) tapi bila fikirkan dia ni bertudung, so kira oklah juga gestures dia tu. (6.5/10)

5. Qhaud (Pilihlah Aku) – He failed to hit the low notes precisely and had some phrasing issues too. He didn’t make full use of the female props. Falsetto juga tidak menjadi. Not a good performanc to me, but Qhaud has a nice male vocal tone that needs further polished. (5.5/10)

6. Akim (Anak Gembala) – Everything seemed uncontrol, samada pergerakan beliau dan juga suara (getaran suara Akim ni macam sudah kena program...hehe. Almost setiap line hampir sama, tiada variations). The good thing about his performance is he had fun and enjoyed himself. (5/10)

7. Rubisa (Angan Angan) – Macam lagu ‘Rasa Sayang’, kurang mencabar, melodi hampir sama ja dan diulang-ulang. It didn’t challange much of Rubisa ability. (6/10)

8. Zizi (Ini Rindu) – Interesting! Persembahan 2 dalam 1 (dangdut dan rap sekali). First part was very good. Masuk bahagian rap, dia lontar habis-habisan hingga terlupa mo bajet stamina, nafas dan energy. Masuk part dangdut balik...punctured! *LOL*. Gimik pengsan di akhir lagu as if telling it all. But overall it’s a good execution! (7/10)

9. Sidi (Hanya Radio) – To me Sidi has the nicest tone among the male students. Mungkin dia belum mahir menggunakan teknik yang sepatutnya untuk menjadikan nyanyian beliau strong dan solid (if only he can sing like Hafiz). He still needs to improve breath management dan nyanyian semalam juga kurang groove. (5.5/10)

10. Obri (Abang Beca) – Breathing and tempo issues, kurang volume, macam main bantai saja. So sad that he’s out sebab time dia nyanyilah saya selalu ambil kesempatan melawat toilet, pi buat nesface, cari makanan di fridge etc... *LOL*. (3.5/10...fail)

11. Aishah (Mata) – One of my fave retro songs, sebab lagu ini sound so advance during its era. Malang sekali Aishah didn’t execute it very well. Low notes were too low and high notes (chorus) just too high for her (kalau ikut lagu asal, she’s not suppose to join the chorus part, it's only for back up singers). She didn’t play enough with the male props too, not to mention she’s almost terpacak di pentas. Too much weaknesses this time. (5/10)

12. Isma (Rambu Ramba) – Good voice control tidak semput-semput macam last week. Very smooth delivery. Phrasing, pitching and everything were very well in place. (7.5/10)

13. Hafiz (Mat Travolta) – Very entertaining and very nostalgic sudahlah penampilan ala-ala Herman Tino..hehe. Before the chorus, adalah juga tersasar-sasar sikit (mungkin koreografi tarian sedikit mengganggu konsentrasi kawalan suara beliau). Masuk part korus ja, his trademark - the amplified resonance - showed up. Again the best performance that night (8/10)

Ranking: Hafiz, Isma, Zizi, Rini, Claudia, Rubisa, Aril, Qhaud, Sidi, Yazid, Aishah, Akim, Obri

22 Mar 2009

AF7 - Carutan Konsert 2

Artis profesional, mangsa penyingkiran pertama AF7

Ramai betul yang memuji kononnya konsert Af7 minggu pertama adalah yang terbaik. Saya rasa ramai yang beranggapan sedemikian gara-gara dipengaruhi oleh kritikan para juri pada konsert pertama. Rata-rata pengkritik malam itu, Edry Hashim, Dato’ Khatijah dan Adlin tidak banyak memberi kritikan-kritikan negatif yang pedas justeru membuat orang ramai bependapat konsert pertama tersebut kononnya yang terbaik. Berbanding dengan dua musim sebelumnya (AF5 dan AF6) semasa Ogy, Fauziah Latif dan Ning Baizura menduduki kerusi pengkritik tetap, mereka lebih banyak memberi kritikan negatif seolah-olah memberi gambaran kononnya kritikan positif tidak sesuai atau tidak layak diberikan semasa konsert pertama (pelajar belum cukup pengetahuan dan perlu dikritik pedas) walaupun pada pendapat saya prsetasi pelajar di konsert pertama dalam dua musim tersebut tidak jauh bezanya dengan musim sekarang. Dalam erti kata lain pengkritik mempengaruhi pendapat umum. Apabila banyak kritikan negatif dilemparkan maka dikatakan konsert pertama tersebut kurang berjaya, sebaliknya bila banyak yang positif maka disimpulkan konsert tersebut berjaya. Padahal persembahan pelajar dari musim ke musim lebih kurang sama saja.

Berbalik kepada AF7, nak cakap inilah kelompok pelajar-pelajar terbaik yang pernah dipilih (sepertimana yang dijerit oleh Edry Hashim minggu lalu) rasa saya tidak juga. Setakat ini hanya Hafiz saja yang kira outstanding. Pelajar-pelajar lain lebih kurang sama saja dengan musim-musim lepas. Konsert kedua semalam mula mendedahkan kelemahan pelajar. Kalau konsert pertama memberi kelonggran kepada pelajar memilih lagu kegemaran mereka, konsert kedua pula mencabar pelajar membawa dua lagu sekaligus dalam bentuk medley.

Carutan persembahan pelajar

Tapi sebelum itu, tarian Menuju Puncak pertama kali dipersembahkan. Agak baik juga walaupun lebih menampilkan pergerakan setempat (mungkin ada kaitan faktor jumlah pelajar dan ruang pentas)

Akim – Pembawaan yang baik untuk lagu pertama tetapi kurang sedikit pada lagu kedua. Ada baiknya beliau tidak menggunakan mic stand yang dikatakan mengganggu persembahannya.

Rubisa – I thought of rooting on Rubisa, but so far she’s so disappointing. Nothing like Rubisa I’ve seen in MyStarz. So Ok..she has throat related sickness (tonsile) simpati tu simpati juga, but in Diary AF, she talks a lot, menjerit-jerit, bergurau, ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku. (Setau akulah kalau ada masalah tekak ni, selain jaga pemakanan pesakit kena kurangkan bercakap, kalau boleh jangan bercakap selama 24 jam - berkomunikasi guna isyarat or in writing - leher kalau perlu, dibalut untuk menseimbangkan suhu). Dari pemerhatian kasar saya si Rubisa ni macam kurang serius. On to her performance, persembahan lagu Gagap agak baik walaupun sedikit-sedikit semput. Lagu dingin pula mendedahkan kerosakan suara beliau. Memang rosak suara dia ni. Do you want to hear the voice of sick person?

Qhaud – Not bad, very energetic.

Aishah – My favourite among the female contestants. Sebutan jelas, mirip-mirip cara penyanyi Indonesia. Penguasaan pentas yang agak baik juga. Perwatakan menarik, comel, cuma gigi dia ja ni perlu adjust sikit (baru tambah cun).

Obri – Mak aih! Lagi-lagilah peserta AF yang tiada kualiti. Kan kah bagus kalau tempat dia ni diisi samada oleh AB atau Kelana.

Zizi – Nampak berani di pentas macam tiada tekanan, persis penyanyi professional. Instead of letting the stage and the ambience ‘consumed’ her, she consumes them all. Lazimnya penyanyi macam ni mampu mengawal betul-betul nada suara agar close to perfection but not Zizi. Her action on stage seemed more important dari mengawal nada suara.

Sidi – Actually his first song was not bad, very much on tune (but Edry Hashim commented the opposite, in fact there were some comments by him which I disagree). Cuma bila masuk lagu kedua...habis! Sudahlah tidak pandai menari...hehe.

Adilla – Mendengar persembahan nyanyian Adilla, susah mau terima hakikat yang dia ni sudah ada dua album dan terbaru ada sebuah single. Vocally she sounds so amateur. Kawalan nafas belum mahir, banyak kedengaran flat notes. Tapi kawalan pentas cukup hebat, nampak sangat tidak kekok.

Aril – Macam putus-putus sebutan perkataan pada note-note rendah. Satu perkataan with two syllables contohnya jadi dua perkataan. But things improved during the chorus dua perkataan pun dia boleh sambung jadi satu. I was waiting for his specialty, dancing (shuffle)...but none! Yang ending tu kah?

Rini – First song slightly sharp and just a fairly good job for the second song.

Yazid – Aiyo! Nampak sangat gugup dia ni (tertekan) kalau sudah macam tu, mana lagi boleh kawal suara dengan baik tapi sempat pula dia tunjuk skil breakdance (jangan kempunan dia bilang..hehe)

Claudia – Tone suara ok and not much glitch cuma kurang colourful...sama saja from start right till the end..

Hafiz – All the while I thought there were some technical problems in the sound system, sebab rata-rata suara peserta-peserta kedengaran macam sayup-sayup, tidak kuat dan tidak terang sehinggalah si Hafiz ni mengambil mikrofon. Kuat dan jelas suara dia ni, kedengaran begitu stabil dan seimbang tidaklah tenggelam timbul. Kawalan nada pun baik. I think he is one step ahead from the rest.

Isma – The good thing is she didn’t actually sound like Siti in those performance (tapi entah kenapa Edry brought up the issue...mungkin dia dengar masa dalam diari). Cuma ketara semput dan a couple of flat notes too.

15 Mar 2009

AF 7 - Konsert 1

Saya perhatikan, sebelum menyanyi VT ditayangkan, selesai menyanyi peserta berdiri lalu berpaling ke arah juri (yang dialih lokasi mereka dari depan ke sisi pentas) dan juri terus beri komen (tanpa arahan pengacara). Selepas juri beri komen, pengacara bersembang dengan peserta (short and simple) dan muzik latar pun dimainkan'. Eh...eh...macam pernah nampak saja scene ini, di mana ya? Oh American Idol rupanya *LOL* (konsert Top 36). Tu dia tranformasi ke American Idol.

Suasana konsert AF semalam bolehlah saya simpulkan agak 'suram dan bisu'(kalau menonton dari TV). Pentas kecil, kalau kamera fokus dari depan nampak macam pentas di pub. Lagu-lagu yang diambil dari ‘wish list’ pelajar rata-rata lagu yang mudah dan selamat yang tidak banyak menguji kemampuan vokal pelajar (dari segi vocal range) tapi sekadar memperkenalkan vocal tone mereka (rasa saya cuma lagu ‘Matahari’ oleh Rubisa yang agak mencabar)

Dan carutan saya...

1. Adilla – Di Bawah Pohon Asmara : Setelah memiliki dua album solo dan satu single....haruslah beraksi selamba ala-ala penyanyi profesional yang menjadi artis jemputan rancangan tersebut...tak gitu?. Suara semput...who cares this is not a competition, but a concert.

2. Sidi – Terimakasih Cinta : Not a bad vocal tone but singing unstable, bumpy and limited vocal range .

3. Zizi – Molek: Suara ada ciri tersendiri, pitching generally ok, well connected with the audience too dan tidak nampak tertekan.

4. Yazid – Di Penghujung Rindu: Ada sedikit-sedikit ‘bumpy’ masa note-note rendah tapi agak baik masa korus. Part yang sepatutnya suara ‘dibulatkan’ kedengaran agak ‘nipis’. Nampak sedikit tertekan, feeling juga kurang but nice vocal tone.

5. Isma – Sepi: Mungkin sebelum ini ramai komplen tone suara beliau mirip Siti dan dari persembahan semalam beliau seolah-olah cuba melarikan diri dari terus disamakan dengan Siti, agak berjaya jugalah, walaupun masih kedengaran sedikit-sedikit persamaan tersebut.

6. Akim – Hati Ku Kau Luka: Quite confident, macam tidak sabar-sabar mau tunggu giliran dan nampak macam tidak gemuruh 9tak tertekan). Tidak banyak gangguan suara tapi vibrato masih perlu kawalan. Unfortunately I don’t quite like his vocal tone.

7. Claudia – Sempurna : Adalah sedikit-sedikit mirip Dayang suara dia ni walaupun belum full blast lagi. Kalau sudah mirip Dayang tu memanglah tone suara bagus kan! Tapi lagu kurang mempamerkan vocal range beliau (safe and simple) dan a little bit pitchy.

8. Hafiz – Lagu Kita: Yupp he did quite an impressive job. Tersemat emosi dalam nada suara beliau (adalah juga 1, 2 flat note). Perfect song choice for his vocal tone.

9. Rini – Elegi Sepi: Another safe and simple song...hmmm!

10. Obri – Jeritan Batin Ku: Could be the worst among the finalists, suara kurang attitude dan style. Nasib baik muzik R & B kalau tidak tertidur aku depan TV. So I concentrate on the musical arrangement sajalah.

11. Aishah – Dan Sebenarnya: Penampilan atas pentas yang menarik dan ceria, tidak kelihatan tertekan, nice jazzy singing style (walupun semput sikit-sikit), bersahaja dan well connected with the audience. But again, lagu safe and simple almost no dymanic.

12. Qhaud – Suara bagus tapi feeling kurang dan persembahan lebih mirip orang mendeklamasi puisi yang berlagu.

13. Rubisa – Some pros and cons. Lagu memang mencabar (dynamic with variation in melody, note range plus some big notes too) kualiti suara Rubisa memang bagus, tak perlu disangkal (setakat konsert semalam, suara yang terbaik di kalangan pelajar wanita) dan memang sesuai lagu tersebut dengan suara beliau. Malangnya dua orang juri tidak memberikan komen positif. Terkejut? My theory lah kan, pertama kurang identiti tersendiri (nyanyi lagu Rosa, style dan lontaran suara macam Rosa, nyanyi lagu Marsha “Untuk Terakhir Kali” persis Marsha). In short, vocally impersonating the style of the original singers. The attempted drama pun macam not well connected with her song (copycat video Agnes jugakah ni?) noticeable Adlin bilang. But I'm still in the opinion she did a good job coz the song is risky, challenging and she almost nail it

14. Aril – Rahsia Perempuan: Kalau Dato' Khatijah Ibrahim sudah cakap “boleh mengganti Allahyarham Sudirman” perlukah lagi saya beri komen..hehe

Ranking

1.Hafiz 2.Rubisa 3.Isma 4.Aishah 5.Akim 6.Aril 7.Claudia 8.Zizi 9.Qhaud 10.Rini 11.Yazid 12.Sidi 13.Adilla 14.Obri.

Hmm...next week I'd really love to see more challenging songs.

4 Mar 2009

Lagu-lagu dendangan AB


Beberapa lagu tempatan yang pernah dirakam oleh Abraham (AB). Kalau tidak silap dalam album Pusakag Vol 2. Kepada mereka yang bertanya, ya tak syak lagi...dia lah AB yang sama dalam OIAM2 (berkedudukan keempat dan considered the last male standing..:-)). Semoga beliau berjaya menjadi salah seorang finalis dan berjaya mencapai impiannya bergelar bintang popular.

Abraham-Ika No Id Ginawo (Engkaulah Di Hati)




Abraham (with Winnie Kuntip) - Kotohuadan (Terima Kasih)




(Kalau ada masalah mendengar, boleh juga dengar di radioblog Playlist 3. Kalau ada masalah juga tunggu ja lah saya upload ke singingbox...hehe...dua kali kerja bah mo upload ke singingbox)

Pelajar AF7 Top 20 (Sabah)

Peserta-peserta dari Sabah yang berjaya tersenarai dalam Top 20 AF7 dan khabarnya sedang dikuarantin.

ABRAHAM EDWIN DUNGOT (AB),26,Dusun, Ranau

CABRINE BLAIRE BERNARD SOLIBUN (Cabby)m 20, Kadazan, KK


ALPAEZAH BINTI MANAF (Faezah), 20, Suluk Keningau


LIZDA NURYANTI BINTI ABIDIN (Lizda),27, Banjar, Tawau (berkahwin, tiada anak)


NUR FAZELAH @ ZIZIE BINTI MOHD TAHIL (Zizi), 24, Bajau Semporna


RUBISA BINTI TIASIN (Rubisa), 23, Bajau/Banjar, Kota Marudu (berkahwin anak 1)



Source Murai

11 Feb 2009

Mas selamat tiba di Tawau

Mas AF2 telah selamat landing di Tawau pada jam 7 petang semalam. Demikian menurut laporan mStar. Beliau dikeluarkan daru Wad Psiakiatrik HKL pada jam 11.50 pagi kelmarin (10 Feb) dan dihantar ke KLIA untuk menaiki penerbangan MAS jam 2.30 petang (tiada tangguh-tangguh lagi bah).

Menariknya juga dalam laporan tersebut di atas ialah Mas juga pernah dimasukkan ke wad yang sama pada 4 Disember 2007! Bermakna ini adalah kali kedua beliau mendapat rawatan di wad tersebut :-).

Sheila Majid pengetua AF7?

AF7 mendedahkan tenaga pengajar barunya untuk musim ini mereka terdiri daripada

1. Siti Hajar - Vokal Persembahan
2. Fatimah Abu Bakar - Motivasi dan Bahasa Inggeris
3. Syafizawati Shariff - Vokal Teknikal
4. Ida Nerina - Lakonan
5. A. Aris Kadir - Koreografer (no Linda Jasmine this season...she's getting married)
6. Acis - Pengarah Muzik

Apa yang tidak diberitahu dalam sesi pengenalan tersebut ialah Pengetua AF musim ini. Pakar-pakar gosip meramalkan Sheila Majid bakal menjadi pengetua. Bayangan tersebut seolah-olah makin jelas bila suaminya (Acis) juga terlibat sebagai tenaga pengajar musim ini. Nampak gaya musim ini nama Jasmi Rejab selaku perunding imej (stylist) juga ditiadakan.

AC Mizal dan Sarimah kekal sebagai pengacara :-)

7 Feb 2009

Mix-up

Nikki langkah bendul

komposer terkenal Audi Mok, 38, khabarnya memberikan hantaran-hantaran tambahan yang berupa kasut, payung, kek dan barang kemas yang diperbuat daripada emas untuk tiga orang kakak Nikki yang belum berkahwin sebagai memenuhi adat melangkah bendul :-). Demikian menurut mStar. Pasangan tersebut dijangka melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah gereja di KL pada 27 Jun akan datang. Ini disusuli dengan majlis resepsi di Melaka dan di Sabah (tarikh tidak dinyatakan). Memandangkan Nikki mengimpikan sebuah resepi di tepi pantai, saya ramalkan mungkin ianya bakal berlangsung di Nexus Karambunai (sana ada private beach kan) :-).

Harapan Sabah di AF7

Rubisa Tiasin (tengah), Nurfazelah Mohd Tahir, dan Rosdiana Daunah
Kredit

Rubisa Tiasin 22 (ibu kepada 2 cahayamata), Nurfazelah Mohd Tahir, 24 (bujang) dan Rosdiana Daunah 27 (3 cahaymata) antara peserrta yang melepasi ujibakat AF7 di Sabah. Ketiga-tiga rakan karib ini merupakan artis Lembaga Kebudayaan Sabah

"Memang kami banyak menyertai pertandingan nyanyian dan kerap menyanyi, tapi peluang menyertai AF adalah platform terbaik untuk bawa kami terus ke depan. Bukan untuk tujuan populariti semata-mata, tapi ia adalah pendedahan terbaik untuk kami naik ke setangga," ujar Nurfazelah (gitu!)

Bila teringatkan si Mas, macam sedih pula saya pada nasib tiga wanita ini. Semoga mereka tidak tersalah menuju puncak.


Candy memulakan rakaman album Dusun

Menurut sumber yang teramatlah boleh dipercayai, Candy AF5 sedang giat memulakan sesi rakaman untuk album Dusun beliau, sekaligus merealisasikan impiannya memiliki album KDM yang sudah lama dipendam-pendam malah sebelum menyertai AF lagi. Album tersebut bakal diterbitkan oleh Etnik Muzik Production dan memakan belanja sebanyak? (siapa sanggup jawab?). Walaupun angka 10 dalam genggaman, namun kemungkinan jumlah lagu melebihi angka tersebut tidak mustahil (terlebih material kah ni?). Dua buah lagu dalam album tersebut adalah dalam bahasa Melayu.


An undated studio-leaked photo, authenticating this report -AFP
(credit)

Suria Pagi Kinabalu kembali

Bagi mereka yang sering mengikuti siaran radio Suria Pagi Kinabalu, kendalian DJ Othoe setiap Isnin hingga Jumaat, akan dapat mengikuti semula siaran tersebut minggu depan. Demikian menurut info dari Hiburan The New Sabah Times. Siaran tersebut tiba-tiba 'hilang' sejak 4 Feb tanpa sebarang pengumuman.

1 Feb 2009

Ujibakat AF 7 di KK

I've to say AF7 audition is not as hyped as before. Except murai.com, major newspapers seem shying away from reporting the event :-).


I went to the venue this afternoon. Well it looked crowded but I wonder what it would be like, if it is held at some other venue (not at shopping mall).

Antara peserta-peserta ujibakat

Oh Ok... so AF finally stage a show during its audition tour.
I remember saying about having a stage show when posting an entry
about Tom Tom Bak's audition months back. Now AF is doing exactly like TTB did :-)

Stacy Frenz Club and Murai.com having their own promotion.
CDs of AF stars (concert version) were sold for RM10..lelong!

Eby performing a medley of songs,backed by self-played acoustic guitar.
Other singers include Nadia, Nubhan, Syawal, Mila, Riz and Zainal Alam (the MC).

The audition was carried out in private rooms (not on stage). But I guess it's not a bad idea if they call upon some of the aspirants (peserta ujibakat) to come up on stage to show their capabilities...pasti gempak kan and the sound system is one of the worse I've ever heard.