7 Feb 2009

Mix-up

Nikki langkah bendul

komposer terkenal Audi Mok, 38, khabarnya memberikan hantaran-hantaran tambahan yang berupa kasut, payung, kek dan barang kemas yang diperbuat daripada emas untuk tiga orang kakak Nikki yang belum berkahwin sebagai memenuhi adat melangkah bendul :-). Demikian menurut mStar. Pasangan tersebut dijangka melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah gereja di KL pada 27 Jun akan datang. Ini disusuli dengan majlis resepsi di Melaka dan di Sabah (tarikh tidak dinyatakan). Memandangkan Nikki mengimpikan sebuah resepi di tepi pantai, saya ramalkan mungkin ianya bakal berlangsung di Nexus Karambunai (sana ada private beach kan) :-).

Harapan Sabah di AF7

Rubisa Tiasin (tengah), Nurfazelah Mohd Tahir, dan Rosdiana Daunah
Kredit

Rubisa Tiasin 22 (ibu kepada 2 cahayamata), Nurfazelah Mohd Tahir, 24 (bujang) dan Rosdiana Daunah 27 (3 cahaymata) antara peserrta yang melepasi ujibakat AF7 di Sabah. Ketiga-tiga rakan karib ini merupakan artis Lembaga Kebudayaan Sabah

"Memang kami banyak menyertai pertandingan nyanyian dan kerap menyanyi, tapi peluang menyertai AF adalah platform terbaik untuk bawa kami terus ke depan. Bukan untuk tujuan populariti semata-mata, tapi ia adalah pendedahan terbaik untuk kami naik ke setangga," ujar Nurfazelah (gitu!)

Bila teringatkan si Mas, macam sedih pula saya pada nasib tiga wanita ini. Semoga mereka tidak tersalah menuju puncak.


Candy memulakan rakaman album Dusun

Menurut sumber yang teramatlah boleh dipercayai, Candy AF5 sedang giat memulakan sesi rakaman untuk album Dusun beliau, sekaligus merealisasikan impiannya memiliki album KDM yang sudah lama dipendam-pendam malah sebelum menyertai AF lagi. Album tersebut bakal diterbitkan oleh Etnik Muzik Production dan memakan belanja sebanyak? (siapa sanggup jawab?). Walaupun angka 10 dalam genggaman, namun kemungkinan jumlah lagu melebihi angka tersebut tidak mustahil (terlebih material kah ni?). Dua buah lagu dalam album tersebut adalah dalam bahasa Melayu.


An undated studio-leaked photo, authenticating this report -AFP
(credit)

Suria Pagi Kinabalu kembali

Bagi mereka yang sering mengikuti siaran radio Suria Pagi Kinabalu, kendalian DJ Othoe setiap Isnin hingga Jumaat, akan dapat mengikuti semula siaran tersebut minggu depan. Demikian menurut info dari Hiburan The New Sabah Times. Siaran tersebut tiba-tiba 'hilang' sejak 4 Feb tanpa sebarang pengumuman.

0 comments: