5 Feb 2009

Mas Af2 mengamuk - Bhg 2

Oops! Laporan Kosmo pula memberi alasan yang berbeza disebalik insiden Mas mengamuk. Menurut laporan Mas ke balai polis sebab membuat laporan terhadap Maestro yang tidak menerbit albumnya!


KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi program realiti TV popular dimasukkan ke Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur semalam selepas dia menimbulkan kekecohan di Balai Polis Pandan Indah di sini.

Kejadian pukul 10 malam kelmarin itu berlaku ketika Mas atau nama sebenarnya Asma Ghani, 28, berada di balai polis itu untuk membuat laporan terhadap syarikat rakaman Maestro.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penyanyi wanita kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2) itu mendakwa dia tidak berpuas hati dengan syarikat itu kerana tidak menerbitkan albumnya.

"Ketika membuat laporan, wanita yang menetap di Pandan Mewah itu tiba-tiba beremosi sehingga ketawa seorang diri, marah-marah dan buat bising.

"Lebih menghairankan apabila dia enggan menandatangani laporan yang telah siap diambil anggota polis," katanya sambil memberitahu artis itu datang seorang diri ke balai polis.

Menurut beliau, melihat perubahan sikap artis itu, anggota polis pada mulanya menasihati Mas supaya menenangkan fikiran di satu sudut di balai tersebut.

Errm...wajarkah buat laporan di balai polis kes macam ni? Saya rasa lagi wajar kalau dia ambil tindakan undang-undang...guna peguam. Nasib baik dia tidak buka silat kipas satay..

0 comments: