6 Feb 2009

Double Take ke MIJF

keKepada anda yang kurang mengenali kumpulan Double Take, mereka ni mula diwujudkan sekitar tahun 2000 dan dianggotai oleh Roger Wang dan Mia Palencia. Lebih memperjuangkan irama Jazz dan setakat ni sudah ada 2 album. Roger Wang juga kerap terlibat dalam pembikinan album-album tempatan Sabah antaranya album Atama dan Linda. Si Mia pula aktif memperjuangkan kerjaya seni dia di KL. Durang ni sering mendapat jemputan beraksi di pentas-pentas antarabangsa, maknanya cabaran si Pairin dulu (masa melancarkan album si Linda) yang menyeru bakat-bakat Sabah beraksi di pentas antarabangsa sebenarnya sudah lama terlaksana. Tapi kalau yang dia maksudkan tu artis KDM, rasa saya belum ada lagilah :-). Terbaru kumpulan ini bakal beraksi di Festival Jazz Antarabangsa Miri bulan May ini, seperti yang dilaporkan di bawah.



Mas @ Wad Neuro - Episod 4

Adakah keluarga dia akan datang ke KL melawat beliau? Setelah kekasihnya yang disayangi dan Fredie dilarang masuk wad, hanya keluarga dia saja menjadi harapan untuk berhubung dengan Mas yang sudah disarung dengan pakaian wad berwarna hijau (ni mesti pakaian pesakit hospital yang main ikat di belakang ni kan). Apa pun berbagai versi insiden Mas ni dilaporkan di akhbar. Entah mana versi yang benar

Kenangan manis Diva Tawau, semasa berposing maut
atas red carpet (oops silap green carpet)

Versi-versi berbeza

1. Beliau bergaduh dengan si Rock dalam kereta (dipandu si Rock) dan dilaporkan bercakar-cakaran (kelas!). Dalam bergaduh-gaduh tu tersalah kunun tempat u-turn lalu mengundang kemalangan jalanraya. Buat laporan polis, polis keluarkan saman kepada si Rock (tiada lesen dan menyebab kemalangan). Mas tidak berpuashati BF disalahkan sebab kononnya kemalangan tidak disengajakan atas alasan mereka bergaduh dalam kereta (kalau sudah accident tu accident lah jawabnya...no matter what reasons behind it). Beliau lalu mengamuk sakan (ala-ala defend si Rock lah ni...untung ko Rock ada urang defend).

2. Alasan ke balai polis adalah untuk membuat laporan polis berhubung syarikat rakamannya (Maestro) yang gagal menunaikan janji untuk membuat album beliau. Lepas buat laporan beliau disuruh menurunkan tandatangan tapi tidak berpuashati dengan isi kandungan laporan justeru enggan sign...lalu mengamuk sakan sehingga digari (punyalah high class!)

3. Versi yang terbaru, membuat laporan polis sebab ditipu RM20,000 oleh seorang individu!

Yang pastinya kebanyakan kisah ini disampaikan oleh kekasihnya yang maha rock itu ! Boleh picayakah BF dia ni?? :-)

0 comments: