18 Feb 2009

Hairi melangkah ke final

Mohd Hairi Kenneith @ Jojie (Hairi), 19 dari Kg Tempurong Kuala Penyu berjaya menempatkan dirinya di kalangan empat peserta akhir dalam rancangan MyStarz LG sebuah pertandingan pencarian bakat anjuran TV3. Tiga lagi peserta yang berjaya ke pertandingan akhir ialah Cassie, Nashrin dan Wana. Salah seorang peserta favourite iaitu Azri tersingkir di saat-saat akhir. Hairi merupakan salah seorang dari tiga peserta Sabah yang terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut musim ini. Dua lagi peserta iaitu Julylen Liew @ Gzell, 21 (Inanam) dan Ag Sri Iskandar Bahrain @ AG, 21 (Kg Gadong Beaufort) tersingkir di minggu-minggu awal. Perjalanan ke peringkat akhir bukanlah sesuatu yang mudah buat Hairi bilamana beliau sering sahaja berada di dua kelompok terbawah (bottom two) hampir setiap minggu. Namun rezeki sentiasa memihak kepada beliau.

Finalis dari kiri Nashrin, Wana, Hairi dan Cassie(kredit)

My Starz LG Grand Final akan diadakan pada hari Ahad, 22 Februari 2009 disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC) menerusi siaran TV3 pada jam 9.00 malam. Finalis akan menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu medley secara solo dengan genre pilihan masing-masing dan berduet bersama penyanyi tanah air pilihan masing-masing. Hairi yang serasi dengan genre rock memilih Fiq sebagai pasangannya ketika Grand Final itu nanti.

0 comments: