11 Feb 2009

Mas selamat tiba di Tawau

Mas AF2 telah selamat landing di Tawau pada jam 7 petang semalam. Demikian menurut laporan mStar. Beliau dikeluarkan daru Wad Psiakiatrik HKL pada jam 11.50 pagi kelmarin (10 Feb) dan dihantar ke KLIA untuk menaiki penerbangan MAS jam 2.30 petang (tiada tangguh-tangguh lagi bah).

Menariknya juga dalam laporan tersebut di atas ialah Mas juga pernah dimasukkan ke wad yang sama pada 4 Disember 2007! Bermakna ini adalah kali kedua beliau mendapat rawatan di wad tersebut :-).

Sheila Majid pengetua AF7?

AF7 mendedahkan tenaga pengajar barunya untuk musim ini mereka terdiri daripada

1. Siti Hajar - Vokal Persembahan
2. Fatimah Abu Bakar - Motivasi dan Bahasa Inggeris
3. Syafizawati Shariff - Vokal Teknikal
4. Ida Nerina - Lakonan
5. A. Aris Kadir - Koreografer (no Linda Jasmine this season...she's getting married)
6. Acis - Pengarah Muzik

Apa yang tidak diberitahu dalam sesi pengenalan tersebut ialah Pengetua AF musim ini. Pakar-pakar gosip meramalkan Sheila Majid bakal menjadi pengetua. Bayangan tersebut seolah-olah makin jelas bila suaminya (Acis) juga terlibat sebagai tenaga pengajar musim ini. Nampak gaya musim ini nama Jasmi Rejab selaku perunding imej (stylist) juga ditiadakan.

AC Mizal dan Sarimah kekal sebagai pengacara :-)

1 comments:

zrull said...

so itu lah barisan staff AF ye...

so..wait n see lah...