23 Feb 2009

Adam as 'Nunchakuman'

Superman, Batman, Spiderman, Cicakman dan akan datang Nunchakuman..hehe. Actually nama Nunchakuman tu saya saja reka sempena telefilem yang bakal diarahkan oleh Adam sendiri.


Khabarnya Adam akan mengarahkan sebuah telefilem yang berkonsepkan kisah 'superhero'.

Bukan setakat mengarah, beliau juga bakal memegang watak utama telefilem tersebut sebagai superhero yang digelar Wira Malam. Menurut beliau watak Wira Malam memerlukan beliau mengenakan kostum khas di samping banyak melakukan babak 'fighting' bersenjatakan "nunchaku". Telefilem tersebut merupakan projek bersama bapa saudaranya di bawah syarikat yang ditubuhkan mereka iaitu Curio Communications (ni syarikat dia yang ke berapa ni?)


Tambah Adam, idea cerita yang mengangkat kisah 'superhero' itu dicetuskan olehnya sendiri manakala skripnya akan dibuat bersama penulis skrip, Farah Alya.

P/s: Daripada namakan superhero itu sebagai "Wira Malam"? yang macam bunyi sang kasanova baik namakan saja "Nunchaku Man"...hehe!

0 comments: