30 Oct 2009

Rentak Kita Bah!

Atas permintaan ramai maka di upload di sini artikel hiburan untuk hari ini (100 org bah yang request ni! banyak juga tu kan...kira popularlah juga kunun blog sia ni..:P)


Rupanya 17 Oct lagi rancangan ni start (hmm...termiss 2 episod)

World largest gong

29 Oct 2009

Giliran Stacy di Melody Vision

Kepada anda yang mengikuti pertandingan lagu antarabangsa online, Melody Vision, tentu telah maklum ‘pencalon’ dari Malaysia kali ini mencalonkan lagu Pakai Buang oleh Stacy. Melody Vision pertama kali dianjurkan dalam bulan Mei tahun ini dan kini telahpun masuk siri keenam. Setakat ini 56 negara mengambil bahagian. Setiap negara diwakili oleh seorang ‘nominator’ (pencalon) yang bertanggungjawab mencalonkan lagu mewakili negaranya. Lagu tadi, seterusnya diadili pula atau dinilai oleh 55 pencalon lain dari negara-negara yang menyertai pertandingan ini. Maklumbalas, dalam bentuk markah serendah 1 point sehingga 12 point, akan diberi oleh pencalon-pencalon berdasarkan penilaian mereka terhadap lagu yang dicalonkan oleh sesebuah negara.

Walaupun pertandingan ini tidaklah sebesar mana dan bukannya dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang besar serta berpengaruh (probably run by one person), tapi bagi saya ia satu platform yang menarik juga untuk menjemput dan mencuri perhatian penggemar muzik dari seluruh dunia menikmati lagu-lagu dari Malaysia. Secara tidak langsung juga, berperanan untuk mendapat maklumbalas dari negara luar terhadap lagu-lagu kita (sekali sekala kita kenalah juga minta maklumbalas atau pendapat dari pendengar luar..right! Otherwise kena label pula ‘syok sendiri’).

But I guess there are some weaknesses of this contest too. Only one person, the nominator, is allowed to vote. The rest who follow this show, like me and you, have no role at all to determine the winner (except listening or watching the songs nominated on YouTube, or perhaps giving some comments hoping to influence other countries to vote for our song). We are also clueless over the background of the nominators from each nation (Are they really qualified to judge music?). Anyway, despite those weaknesses, what is important to me ialah dapat mengikuti atau menikmati lagu-lagu pop dari 56 negara yang mengambil bahagian. Pendek kata, pertandingan ini menjadi tempat serenti (one-stop place) bagi saya menikmati lagu-lagu pop dari merata dunia (what a varieties...best-best pula tu).

So far the songs from Malaysia include Oh My by Nikki (Contest 1) , Yang Besar-Besar by Pianka (Contest 2)), Cuba by Faizal Tahir (Contest 3), Drama by Ning, Yanie and Nikki (Contest 4) and Di Taman Teman by Siti (Contest 5). Unfortunately none of them manage to reach the final. Will the same thing happen to Stacy? Keputusannya bukan di tangan anda tapi di tangan pendengar-pendengar muzik dari negara luar.

Semifinal 1 of 2 (Pakai Buang appears at 8:45)


28 Oct 2009

Cap jari vs irama lagu

Seperti yang kita maklum cap jari memang telah diguna pakai untuk membeza identiti antara manusia sejagat. Memang cukup unik dan menakjubkan cap jari manusia ni. Pakar-pakar forensik mengakui cap jari manusia berbeza antara satu sama lain. Malahan dalam satu keluargapun cap jari ni dikatakan berbeza-beza. Kalau saya sendiri fikir pun memang sukar juga menerima fakta ini. Tapi kata orang itulah salah satu kebesaran ilahi (ko berani pertikai?). Pernah juga saya bertanya pada diri sendiri, mungkinkah cap jari kita (orang yang hidup) ada persamaan dengan mereka yang telah mati berkurun-kurun. Entah-entah cap jari aku ni sama dengan cap jari Elvis Presley! Kekekek.

Seperti juga cap jari, salah satu lagi misteri yang perlu dirungkaikan ialah perbezaan irama-irama lagu yang dihasilkan oleh pencipta-pebcipta lagu di muka bumi ini. Entah berapa juta sudah (irama) lagu yang ujud didunia, jarang kita dengar sebuah lagu tu sebiji dengan sebuah lagi lagu yang lain. Satu fenomena yang saya sendiri akui mengherankan (ada juga yang mengkali cakap "iyakan baru saya sadar!"...hehe). Malahan lagu-lagu yang dihasilkan oleh seorang komposer yang sama juga berbeza-beza. Dalam sesebuah album pun kita tidak pernah disajikan lagu-lagu dengan irama yang sama (kecuali trek re-mix dsb). So kiranya otak komposer-komposer ni cukup hebat bergeliga menghasilkan irama lagu yang berbeza-beza. Mungkin semua ini gara-gara mau melarikan diri dari dilabel penciplak lagu orang dan sebagainya.

Antara lagu-lagu dari seantero dunia. Sah! Memang berbeza-beza :-).



Setakat ini saya belum pernah terbaca manusia dengan cap jari yang sama (adakah?) kalau yang tiada cap jari langsung tu pernahlah juga terbaca, itupun was-was juga mo percaya. Dalam hal irama lagu ni pula, misteri dia sedikit mengatasi cap jari bilamana ada irama lagu yang dikesan sama. Tapi kes-kes yang ujud setakat ini lazimnya melibatkan satu dua baris atau paling banyak pun satu rangkap ja. Samada kebetulan atau sengaja, tu masing-masing punya pendapatlah kan. Sebab bagi saya bila ujud kes-kes macam ni layak dimasukkan dalam buku “The UneXplained”...:-)

Irama lagu kumpulan Wali band yang ada persamaan dengan lagu Demam (oleh Candy ciptaan Edry KRU)



Siapa tiru siapa? Yang herannya kumpulan Wali Band bising sana-sini sekarang ni...tuduh lagu popular durang "Cari Jodoh" dicetak rompak di Malaysia.

26 Oct 2009

Simpang Mengayau - Siti Sarina Mansur

As usual a couple of youtube videos had 'landed' on my email, I still have no time to watch them all, but among those I've watched....I found these two are interesting and amusing.

Simpang Mengayau by Siti Sarina Mansur (Johan Sugandoi Kaamatan 2007)



Telekom tagih hutang sama seorang pakcik nelayan di Semporna




Hahaha...patut juga sekarang ni Telekom guna machine ja time menagih hutang. They dial your number and once you pick up the phone, a recorded voice reminds you about your bill.

Bajet 2010

So what do you think of the budget? Quite a lot of goodies juga kan, especially the establishment of RM200 million - Creative Industry Fund yang bertujuan untuk membiayai aktiviti seni kreatif seperti penerbitan filem, drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. Does it mean we can loan from this fund to cut an album? *LOL*. Tapi persoalannya...how easy or how accessible is this fund in Sabah? Biasalah kan kalau sering kena diskriminasi. Selain itu bajet si Najib juga mengumumkan penubuhan "Tabung Kebajikan Penggiat Seni" untuk menjaga kebajikan penggiat seni. Again not so sure how much this 'tabung kebajikan' is applicable to 'penggiat seni' in Sabah. Pandai-pandailah pihak-pihak tertentu di Sabah pegi lobi untuk dapat peruntukan for this state...RM 50 juta pun cukup..hehe.

22 Oct 2009

Persembahan artis Sabtu ini.

Wajah Sabah dulu-dulu

Ingin melihat wajah atau keadaan negeri kita ni di zaman silam?. Baru-baru ini sebuah buku atau mungkin tepat sebuah album gambar berjudul "The Spirit of Borneo" telah dilancarkan. Buku ini memuatkan gambar-gambar suasana kehidupan di Sandakan, sekitar tahun 1920 dan 1935, yang telah dirakam oleh sepasang pengembara suami-isteri dari Amerika Syarikat, Martin Johnson dan Osa. I haven't seen the book yet since it's only available at selected places and not for sale at bookstores. Lebih kurang beginilah wajah-wajah orang North Borneo dulu-dulu (semua foto di-scan dari artikel berhubung buku tersebut, di akhbar Daily Express)

Posing maut! pilihan model-model yang tepat :-)






"Water Vine" yang dikhabarkan sudah pupus


Handsome-handsome and pretty-pretty kan!

Based on reports about this couple adventures in North Borneo they met only the Rumanau and Tenggara (Tangara). Kalau tidak silap saya these sub-ethnics of Dusun mostly available di kawasan sekitar Labuk, Beluran, Telupid. Unfortunately only the Tenggaras are seen on photos but not the Rumanau (motif? camera shy mengkali kan). Kalau boleh mau juga bah tengok bagaimana penampilan other sub-ethnics dulu-dulu, especially the majority Bundu-Liwan :O. Pakai jeans mengkali kan..kekekek (loin-cloth bah juga..right?). Too bad this couple only reached areas along the Kinabatangan river yang entah berapa kilometer saja dari Sandakan. Berangan pula tu mau tengok 'headhunters' (hehe). Probably it's not too much to say that they ain't seen nothing yet...not even a glimpse of Mt. Kinabalu. But of course those photos they've taken are undeniably priceless. At least we have a glimpse of how our fellow Sabahans looked like in the past..kan!(reportedly 2,700 images altogether but only few hundred published in the book). Tapi kalau ndak silap kan, some of these images are being displayed in State Muzium.












19 Oct 2009

16 Sep Cuti Umum seluruh Malaysia

Hari Malaysia diisytihar sebagai cuti umum bermula tahun depan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.


Hahaha...akhirnya! Gembira sakanlah kawan2 di S'jung.Ini mesti ada kena mengena sama tu majlis sambutan 16 Sep yang PKR buat si Selangor ni kan (talking about ikhlas!).

Masih Bawah Umur-Honarius Basil

Mari dengar sebuah lagu genre sindiran/nasihat (layak dipanggil genre kah?:D)




Berhati-hati kalau nyanyi lagu ni sebab memang diakui banyak kes macam ni kan..silap haribulan orang yang tersindir tu bagi hadiah saguhati penumbuk di mata kau..hehe.

16 Oct 2009

Video muzik 'Sopirosi Rosi' oleh Ridah



Nice and I like the image quality, sedikit berlainan dengan video-video tempatan yang lain. Cuma yang saya perhatikan pergerakan kamera di minit 1:22 dan 2:22 tu macam kurang smooth :).

14 Oct 2009

Ular berkaki dua (?)

Gambar haiwan aneh ini dipaparkan di muka depan akhbar The New Sabah Times hari ini. Menurut laporan ianya dijumpai oleh seorang remaja 18 tahun di Keningau. Terdapat sepasang kaki di bahagian tengah haiwan...errr...yang menyerupai ular ini.

Reaksi saya mula-mula melihat gambar ini ialah, ianya memang seekor ular yang kekenyangan menelan mangsanya yang berkaki dan kaki yang terlunjur itu ialah milik mangsa yang ditelan tadi. Tapi bila diamati betul-betul, I guess I have to take back my theory and join the rest scratching the head..hehe. Looks like we have to wait for some feedback from Jabatan Hidupan Liar.

13 Oct 2009

Michael Jackson's new single

"This Is It" a new single by Michael Jackson was officialy online yesterday. This song will be featured on the soundtrack for the upcoming documentary to be premiered at selective theaters on the 28 Oct.


This is it...here I stand....I'm the light of the world...I feel grand!


This single was co-written by Paul Anka dan menurut beliau, single ni sebenarnya dirakam oleh Michael pada sekitar tahun 80-an lagi. Pita yang mengandungi rakaman suara MJ ditemui dengan pita-pita lain dalam sebuah kotak. Rakaman asal lagu ini hanya menampilkan suara MJ dengan iringan piano sebelum diberi nafas baru dengan menambah iringan muzik penuh dan suara latar. Versi asal lagu ini bertajuk "I Never Heard" dirakam oleh kumpulan Sa-fire sekitar tahun 90-an.

P/s: Ni kira rakaman masa jamming lah ni kan, no wonder ada sedikit gangguan distortion dan suara MJ pun bunyi macam live. Another interesting points here is we can actually record our vocal first dan muzik dirakam/dimasukkan kemudian..:-)

12 Oct 2009

Introducing Ray Ridzuan

This guy actually was one of the semifinalists of 'So You Think You an Dance' this season, rupanya asal KK pula anak kepada bekas anggota band Sweet Melody yang agak popular jugalah di Sabah dulu.

Boyzone's Stpehen Gately dies

*Sigh* looks like another star unvoluntarily joins the list of demise celebrities this year.

Stephen Gately, the member of the defunct group Boyzone has been found dead on Saturday while on holiday in Majorca. He's only 33. It's a bit shuddering though to learn how he died....it happened while he's asleep! I hope there are other reasons leading to the tragic incidence, otherwise don't you feel like thinking twice of going to bed? :-)..

Talking about Boyzone, it's hard to imagine that this is indeed a five-member boyband when they feature only one (or sometimes two) lead vocalist. The rest merely acts as backup vocalists/dancers while exhibiting their handsome faces. Despite not being a big fan of this group, some of their songs like-"No Matter What" and "Everyday I Love You" remain as favourites.





10 Oct 2009

Menggegar Dunia - Stacy dan Adam

Lagu baru yang menggabungkan Stacy dan Adam

Budak-budak lurus bendul

Out of topic sekejap, I've changed the title of my previous post "Killing KDM Artistes". A friend sms yesterday saying "takajut juga saya baca title post kau..ingatkan ada artis mati kena bunuh!"..haha.

Back to the topic, kelakar bah ni katun di bawah...hehe.



Kids!...ada satu cerita ni kan, si kawan ni mau reverse kereta dia. There were a couple of kids at the rear seats. One of them, age 7 years old, was standing and looking to the back of the car (biasalah budak-budak suka berdiri macam ni kan kalau naik kereta). Si kawan cakaplah "kalau ada kereta limpas kasi tau ah"..and then she start driving reversely out of the parking lot and keep asking "ada?"..but the kid just kept quiet and looked real confuse. Since there was no reply, si kawan pun reverse ja lah. Tiba-tiba the other kids shouting "bas! bas!" simulatenously with the full blast sound of the bus horn. Panick tahap gaban si kawan "si oboi diam2 ja...bukan cakap bilang ada kereta!" and si Oboi replied? "Aunty bilang 'kereta' bukan 'bas'"...*LOL*

9 Oct 2009

Saluran TV RTM.

Klip video di bawah ni adalah rakaman persembahan Ebi semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya SESB (same stage with Defoo the other day). Sedang dia feeling habis nyanyi intro lagu Al-Jannah, tiba-tiba ja kena overtake iklan (oops!). Kalau sayalah si penyanyi itu, sudah tentu saya akan merasa kecewa dan terkilan (don't you?)



And this prompts me to write something about RTM's TV1 and TV2 (when did you last watch them?). Actually if you notice, the image quality of RTM channels nowadays are really superb (lebih kurang kualiti Astro jugalah). Better than TV3 and other TV channels under Media Prima. Lebih-lebih lagi kalau tengok melalui flat/LCD screen. Thanks to its conversion from analogue to digital system (RTM is said to be fully digitized by 2012). On top of that the local contents on RTM channels are abundance, these include programs produced in Sabah, walaupun masih belum banyak tapi orang bilang...adalah juga (jangan kempunan). Unfortunately to me the good things about these channels stop here.

What I really sick is the primitive way of promoting their programs. They really need to buck up to effectively sell or promote their products. Situasinya sekarang bolehlah diumpamakan seolah-olah kita disajikan menu makanan yang begitu banyak tapi makanan-makanan tersebut tidak dihidang sebaik yang mungkin untuk menimbulkan selera orang ramai menjamahnya, kena campak dan kena lambak saja atas meja besar..you want to eat..eat! Don't want...who cares!. Ketiadaan info yang cukup sebagai panduan menyebabkan orang ramai keliru menu mana yang harus dinikmati. Berbeza dengan TV3 maupun Astro, menu-menu tadi disusun kemas dan rapi, siap dengan label serta info yang mencukupi sebagai panduan orang ramai, in short cukup memudahkan. I'm not sure about RTM's corporatisation status, a move to turn it into a profit-earning corporation just like TV3 and Astro. Whatever it is, it's wise to compare it with private TV stations. After all we're talking about professionalism, don't they wish to be on par and as professional as private TV stations?

Back to Ebi's video, this is one example of their unprofessional works, infact this is a common feature on the channel. Tengah-tengah orang menyanyi atau bercakap tiba-tiba ja dipotong iklan. Ada satu rancangan tu very informative (berhubung Kampung Budaya Sarawak). They invite a guest to studio to explain deliberately on KBS and while the guest was about to say "sa..." (for 'saya') terus kena potong iklan. Kalau iklan tu iklan komersial macam iklan syampu, tuala wanita kah, susu budak kah, ubat gigi kah...boleh dimaaf juga, sebab kita faham those are income, besides the advertisers are monitoring closely for their slots. Ini tidak, iklan yang dimaksudkan adalah iklan...yg mcm di video tu lah...either promoting their own programs or in-house productions on some government campaigns. To me this kind of interruption can be delayed or featured only once in a while. Dan setahu saya ada slot-slot khas kalau mo 'interrupt' sesuatu rancangan ni, lazimnya every 15 minutes (say 6:15, 6:30, 6:45... for an hour show). But they interrupt their programs almost every 5 or 10 minutes...ndak ko bengang! As if ada budak-budak tadika sedang main bubut-bubut dalam control room durang and tertekan tu butang 'interrupt'.

Obviously TV1 and TV2 need to work real hard to attract more viewers, itupun kalau durang mau bersaing dengan stesen yang lain lah. Perhaps they have their own agenda, which is not to compete...who knows (or they've given up competing..hehe), yang pasti a viewer like me is often tortured watching its channels. Why can't they emulate British Broadcast Corporation (BBC) or SBC in Singapore! (both formerly owned by government and now had been corporatised)

Duh..kedapatan pula aku selalu menonton siaran RTM ni..hehe!...ter-tinguk di kedai mamak bah! Mana ada lagi kedai mamak tayang Astro kan!

P/s: Teringat pula dulu persaingan antara rancangan Mawi/Ina Naim (RTM/Astro) vs Siti Nurhaliza Kahwin (TV3). Menurut Nielsen Media Resaerch rating Siti Nurhaliza kahwin mengalahkan rating Mawi/Ina Naim. Pengarah RTM masa tu menafikan sekeras-kerasnya sebab menurut beliau dari kajian di kedai-kedai mamak (LOL...punya high-tech), semua kedai mamak menyajikan rancangan Mawi/Ina Naim masa tu. ;-)

Killing the career of KDM artistes

This guy provides free download of KDM songs on his blogspot. I don't know where he keeps his brain (if he has onelah). Betulkah orang Tambunan tu? Kalau betul bikin malu ja!.

Sekiranya lagu-lagu anda adalah antara lagu-lagu yang ada dalam simpanan beliau dan anda merasakan perbuatan beliau adalah salah di sisi undang-undang atas alasan anda telah dirompak/dicuri (macam juga ko penat-penat tanam padi, orang lain senang-senang curi hasil tuaian kau) atau hasil usaha anda berkarya sangat-sangatlah tidak dihargai, saya sarankan anda memberikan sepatah dua kata kepada si tompinai ni. Lainlah kalau pendapatan jualan album artis-artis KDM ni mampu mencecah berjuta-juta ringgit macam Michael Jackson, ini balik pukuk pun tidak.

P/s: Lagu-lagu si Atama yang macam banyak sana tu

8 Oct 2009

VCD - Misteri Taman Gunung Alab


Tu dia, mana mo cari wajah hantu terpampang di dinding zink (seramnya). Dari gambar-gambar yang ditayangkan sebahagian besar penggambaran dilakukan waktu siang, sedikit sebanyak melemahkan keseraman sebuah cerita seram (ni mesti mo save bajet mengkali kan..:))

Anugerah Emas dan Platinum

Baru-baru ini, RIM (Recording Industry Malaysia) telah membuat semakan semula pengiktirafan Anugerah Emas dan Platinum untuk jualan album di Malaysia. The revised certifications are as below

Anugerah Emas - Jumlah jualan 7,500 unit (dikurangkan dari 10,000 unit)

Anugerah Platinum - 15,000 unit (dikurangkan dari 20,000 unit)

Paras pengiktirafan dikurangkan sebab...faham-fahamlahkan...situasi penjualan album yang kian merundum sejak kebelakangan ini. Malah ada ura-ura untuk memansuhkan langsung format penghasilan album secara CD (fizikal)dan diganti dengan format digital (single) saja (yang memang sudahpun berlaku sekarang ini).

Legal on-line radio

Do you intend to have a legal on-line radio (streaming music on the net)? According to MACP, the licence fees for such purpose is....RM xx,xxx (5 figure) per year **lariiii....selaju yang mungkin**

7 Oct 2009

The local Hakka singer

I was quite taken aback upon reading the article below, that this guy is the first one to record a Hakka album in Sabah, which means that this is suppose to be the first ever Hakka album produced here! Weird, isn't it, cos as far as I know, Hakka is widely spoken here and there should be a big demand for songs in Hakka dialect.


This is probably the song mentioned by the article above.



And I love this one (too bad no mention about the padang lumba kuda in Tg. Aru..:-))



I wonder which studio he had his songs done.

6 Oct 2009

Kaset terperap

Masa saya mencari sesuatu dalam compartment kereta saya, teramas pula dua kaset ni yang sudah lama terperap dalam kereta. Kebetulan time tu dalam perjalanan jauh, so layan sajalah :-)

Boleh nikmati lagu beliau Kakal Poingompi Ku di Playlist_3 (DJ memilih satu lagu ja)



DJ hanya memilih empat lagu dari album ni, Asi Tambalut Ku, Hani Koupusan, E'ony dan Joget Kampung (durang pakai keyboard Casio yang pandai marak-marak lampu kah buat lagu Joget Kampung ni?..hehe). Malangnya untuk album kompilasi Rungus, tiada dinyatakan siapa penyanyi untuk lagu-lagu yang dirakam...hmm.

5 Oct 2009

Diva Putatan nikah bulan ini?

Ruangan 'Teropong' Bi-pop BH melaporkan juara OIAM musim 2, Ayu Damit, bakal bernikah dengan seorang duda. Pernikahan beliau bakal berlangsung dalam bulan ini (Oktober), di Sauk Kuala Kangsar Perak, kampung bakal suaminya. Khabarnya Ayu sedang menetap sementara waktu di Perak supaya dirinya tidak menjadi tumpuan media massa yang pasti inginkan cerita sensasi perihal pernikahannya nanti (lari dari media lah ni). Cerita penuh


Hmm...kalau betul lah gosip ni, nampak gaya ini satu lagi kes kahwin 'emergency' dan tertutup..hehe. Biasalah kalau ada kes kahwin macam ni, akan timbul prasangka yang kurang enak. Pandai-pandailah orang yang empunya diri menjawab soalan wartawan nanti:-)

3 Oct 2009

Radio-radio 'online'

Sekarang ni setakat yang saya tahu, sudah ujud tiga 'stesen' radio online, dedicated to Sabahan listeners. Tabik hormat kepada rakan-rakan kita atas usaha mereka yang begitu gigih dan juga semangat yang cukup tinggi mengujudkan stesen radio masing-masing.

Senarai radio online

1.
Sabahan.fm
2.
Utara.fm
3.
O-88FM Kinabalu City (am still unable to listen to this one)

All the best to them...jangan ja kedapatan MACP kio...oops.

Walau bagaimanapun kemunculan siaran radio-radio di atas boleh dikatakan agak kelewatan bilamana RTM Sabah telah melancarkan terlebih dulu siaran-siaran radionya secara online bermula November 2007. Sekarang ini
Sabah FM, Sabah VFM, Keningau FM dan Tawau FM semuanya boleh diikuti menerusi internet. Tapi ndak apa...janji kita banyak pilihan kan! :-)

Filem Bruno

Siapa berminat mo tinguk tu filem Bruno yang kerajaan Malaysia haramkan baru-baru ini, nah banyak kana tayang di
SINI (matilah kerajaan haramkan aku pula pi promote). Kamu pilih ja mana link yang kamu mau tengok (tapi kualiti dia belum tahap DVD). Kelakar dan gila habis punya cerita (out of the ordinary). Ngam jugalah kena ban..kekek. Terbayang pula saya masa 'jawatankuasa mengharam filem' tu bermesyuarat buat keputusan mungkin durang buat decision sambil ketawa-ketawa!

2 Oct 2009

Animasi 'Lagenda Gunung Kinabalu'

Sebuah siri animasi yang diberi judul "Lagenda Gunung Kinabalu" bakal diterbitkan oleh Studio Animasi Kolej Yayasan Sabah. Demikian dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili semasa merasmikan pelancaran studio animasi kolej berkenaan di kampus cawangan Sembulan KK, pada Khamis. Menurut beliau kementeriannya telah memperuntukan geran sejumlah RM 1.5 juta kepada studio animasi berkenaan untuk menghasilkan lima siri animasi tersebut.

Dr Maximus (2nd left)I wonder if he's looking at
the drawing or the guy's tatoos

Macam manalah kunun cerita animasi ni, tidak sabar mau tengok..:-)

1 Oct 2009

Kumpulan Struggle

Dalam interview di bawah ni kumpulan yang menggelarkan diri mereka Struggle (tapi sekarang tukar nama ke Albab) bilang mereka membuat keputusan untuk muncul semula atas desakan peminat. And then the reporter asked or shall I say sindir, "ada peminat ker?" (hehe). They replied "di Sabah ramai peminat". Err...ya kah? Anybody here know about this group? Mind sharing?






...and Zizi tak dikenali

Or is the reporter trying to play some sort of psychological game (pura-pura tidak kenal) maklumlah kan reporter Mediaprima ni haruslah buat-buat tidak kenal artis hasil keluaran Astro (atau mungkin genuinely tidak kenal..huhu). Matilah ingatkan kalau join AF semua orang kenal :-)