16 Apr 2010

Anum AF8 - Berakhir Sebelum Bermula

Bertuah sungguh si Anum ni, cepat betul keluar single dia walaupun baru beberapa hari tersingkir dari persaingan di akademi. Mungkin single beliau ini merupakan salah satu trek yang bakal dimuatkan dalam album variasi bintang-bintang AF8, seperti lazimnya diterbitkan pada AF musim-musim lepas, tapi yang menariknya ia dilancarkan dalam jangkamasa yang singkat (satu rekod?). Adakah Anum terlalu istimewa di mata AF8? Sebab dua peserta yang tersingkir sebelum beliau iaitu Shah dan Ema belumpun merakam single. Apa pun mari kita dengar


Anum - Berakhir Sebelum Bermula








Nice song, susunan muzik menarik dengan bunyi rakaman yang 'gempak'. Suara Anum memang sesuai dengan lagu ini tapi pada sayalah suara beliau masih kedengaran 'raw' dan kurang vibratonya. Kalau ditambah alunan 'vibrato' yang betul pada part-part tertentu akan menyerikan lagi alunan suara dia ni. Ironically she sounds more like Stacy in this song, instead of Mas (as in most of her live performances during weekly concert).

2 comments:

Buli Bah Kalau Kau said...

hehe... mantap la.
ble tahan ko bro.. ble dpat suma lagu latest durang.. hehe

dBOS-fm said...

kdng2 ja tinguk nasib :)