29 Nov 2011

'Aku Ingin Dilubangi'

*LOL*...tidak pernah terlintas di kepala saya ada tajuk lagu macam di atas tu. Kalau akhbar-akhbar online kita kemarin tidak publish laporan di bawah, haram..saya tidak tahu ada lagu tajuk macam tu. So maknanya akhbar-akhbar kita ni pun berperanan juga promote lagu-lagu dari seberang ni kan :(


Radio dan stesen tv siar lagu lucah
28/11/2011 3:19pm

JAKARTA — Semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

"Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV,” kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Isnin.

Lagu-lagu yang dianggap lucah termasuk ”Mobil Bergoyang”, ”Cinta Satu Malam”, ”Hamil Duluan”, ”Aku Ingin Dilubangi” (hahaha...tiada pula ni lagu di YouTube) dan ”Mari Bercinta 2”.

Source: Kosmo Online


Salah satu lagu yang tersenarai hitam, but I found nothing wrong with this song. Cun pula video dia ni




P/s: Masa pembukaan dan penutupan Sukan SEA baru-baru ni saya tertunggu-tunggu juga persembahan lagu-lagu dangdut dari artis-artis dangdut sensasi Indonesia (maklumlah kan "ingat Indonesia..ingat dangdut"). Tapi nampak gaya macam kena tapuk pula durang...hehe(motif?).

0 comments: