2 Jul 2007

Malam Amal Bersama Finalis AF5

Tidak seperti konsert-konsert pertama bintang AF di Sabah sebelum ini yang hanya melibatkan artis AF Sabah (kecuali AF2). Musim ini konsert pertama yang menampilkan bintang AF menjemput sekali artis AF non-Sabahans. I personally welcome such move. Konsert "Malam Amal Bersama Finalis AF5" pada 30 Jun lepas sepatutnya hanya melibatkan lima finalis AF. Namun mungkin disebabkan kehadiran Farha dan kemunculan mengejut Noni maka perkataan "finalis" dipadam. Konsert yang sepatutnya dijadual bermula jam 7.00 malam hanya dimulakan pada jam 8.30 malam (biasalah tu kan?). Mereka yang duduk di meja makan terpaksa menunggu agak lama sebelum makanan dihidangkan (kesian!). Sebenarnya bukan artis yang lambat tapi VIP yang lambat. Konsert hanya dimulakan setelah VIP muncul. Sambil menu pertama dihidang, artis-artis dari Persatuan Orang Buta Sabah tampil menghiburkan hadirin. Hebat sungguh bakat dorang...perfect pitch...seolah-olah mendengar nyanyian dari CD. Mungkin kekuatan deria pendengaran mereka, sedikit sebanyak membantu mereka memberi fokus pada tempo dan pitching justeru menyanyi dengan agak sempurna (sedap halwa telinga mendengar). Syabas kepada empat artis dari persatuan berkenaan. Celoteh pengacara konsert Otho dengan artis buta bernama Des amat menggelikan hati. Persembahan dari persatuan pesakit jantung menyusul kemudian. Jangan silap, bukan pesakit jantung yang menyanyi tetapi mereka yang menerajui persatuan tersebut. Mereka mewakilkan seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang membawakan lagu Irwan Shah Pencinta Wanita. Tidak seperti persembahan dari artis cacat penglihatan persembahan kali ini begitu sumbang sekali (sakit telingaku!)

Rupa-rupanya persembahan dari dua persatuan tadi hanyalah sekadar selingan.
Konsert yang sebetulnya hanya bermula dengan kemunculan E-Voke selaku 'aksi pembuka' Ikuti saja klip video mereka di bawah.


Sesi E-Voke

E-Voke - Joget Lambak (video link)

I love it, walau bagaimanapun koreografi mereka yang menarik dicacatkan sedikit dengan ketidak seragaman pergerakan. I don't see the obvious weakness in their harmony. Nice! aku bagi 3.5 lampu biru!

Selesai persembahan E-Voke pengacara pun membuat gempak suspen untuk kemunculan artis-artis AF5, namun lemah saja reaksi dari penonton (hmmm!). And then artis-artis AF5 pun muncul satu persatu. Di mulakan dengan Noni, Farha, Candy, Aswad, Heliza, Ebi dan akhir sekali Mila.Gamat habislah dewan. Kemunculan Noni actually satu kejutan sebab sebelum ini nama beliau langsung tidak disebut untuk konsert tersebut. Mungkin keputusan drastik saat akhir kot (peminat-peminat diapun tidak ramai yang tahu). Anyway Ketujuh mereka mendendangkan lagu pembukaan "Let's Dance Together" OA Melly Goeslow. Ya ampun!! Bingit!! Teriak sana...jerit sini...tempo hampir lari...sakit telinga aku. Kenapa tadi masa orang buta nyanyi elok saja sound system, sekali turn artis AF5 pula... distort dan pecah habis bunyi-bunyian. I think those yang duduk dekat speaker lagilah terseksa!Dalam hati aku berdoa "cepatlah kamu habis!". Noni kelihatan hanya menari menggoyang-goyangkan badan (tiada practise?)


AF5 - Let's Dance Together

Habis saja lagu tersebut, akupun menarik nafas lega. Farha mengambil giliran pertama untuk persembahan solo. Atukk!...blonde habis rambut ko joe! Menyampaikan dua buah lagu rock termasuk Sedang Ingin Bercinta.Dia ni menyanyikah memekik? Lebih banyak pekikan screeching yang aku dengar...makin bingit telinga....silap sikit pecah gegendang telinga (I think he's the most distorted-sound). Tapi yang menarik dalam persembahan Farha habis satu dewan beliau jelajahi untuk bersalaman dengan penonton, mengingatkan saya pada aksi Felix. Pening cameraman mengejar Farha. I think Farha memecah rekod dengan naik sehingga ke bahagian teres untuk bersalaman dengan penonton...*LOL* "mantap ko joe!". Mungkin dia ni pernah merasa betapa penonton di teres mengharap untuk disalami. (Siapakah pula bakal memecah rekod dengan naik sampai ke bahagian teratas sekali teres? Hehe..)


Sesi Farha

Selesai Farha, Noni pula muncul membawakan lagu Tak Ada Logika OA Agnes Monica atau Agnes Mau Nikah dia bilang...hehe. Lincah... meliuk lentuk badan Noni siap dengan aksi ala-ala Beyonce, cukup mengasyikkan sehinggalah sampai part percubaan beliau menarik nada tinggi...tak menjadi...sounds very bad...lalu mengundang sarcastic cheers dari penonton.


Noni

Selepas Noni, Aswad muncul berikutnya. Mempersembahkan lagu Nak Kahwin Duit Tak Ada Beliau menyuarakan rasa teruja dan terharu beliau dijemput membuat persembahan di Sabah. Tak habis-habis memuji "kebaikan" Sabah...ahakss!



Aswad then called upon Heliza. Punyalah kuat bercakap minah sorang ni. Macam bertih jagung mulut dia....pot pet pot pet...slang Tawau...Penang...Terengganu semua dia goreng habis! Sebelum memulakan persembahan Heliza dan Aswad menjalankan operasi mencekup penonton ke pentas untuk didera. Dua pasangan lelaki dan perempuan berjaya dicekup. Deranya? menari sumazau mengikut rentak joget! (ampun!!) But then semua peserta dapat goodies bag.

Heliza dan Aswad - Joget Cinta Sakti

Heliza meneruskan persembahan solo dengan mendendangkan lagu Diam-Diam Jatuh Cinta. Percubaan beliau mencekup sepasang penonton ke pentas tak berjaya bila hanya seorang jejaka sahaja yang rela naik ke pentas. Heliza terus kontrol pentas selepas tu dengan persembahan lagu rock Ella, Kesal....errr...versi sopan santun.


Sesi Heliza

Selesai Heliza...Ebi pula mengambil alih pentas membawakan lagu Kasihnya Laila. Ebi sempat juga memberi penghargaan terima kasihnya kepada Ebi FC sambil mengarahkan tangannya ke tempat berkumpulnya ahli-ahli Ebi FC (oh sana pula dorang). Seperti Farha, Ebi juga hampir mengelilingi dewan tapi tidaklah sampai naik teres. Selesai persembahan pertama beliau Ebi teruskan dengan lagu singlenya Sinar Cinta. Kelemahan Ebi membawa lagu ini di final berterusan di konsert tersebut *sigh*, mau saja aku tolong dia nyanyi part korus! (I was hoping dia nyanyi lagi Samson 'Bukan Diri Ku).


Sesi Ebi

Next Ebi invited Farha to sing with him lagu Mentera Semerah Padi (I think tak ada persembahan yang satu ini pun tak apa). Lepas tu...Aswad pula join sekali Ebi dan Farha menyampaikan lagu Kenangan Terindah (kan best kalau lagu ini disampaikan secara finale oleh semua artis). Lepas tu...Ebi, Farha dan Aswad cabar keberanian tiga orang sumandak supaya tampil ke pentas untuk game show mereka. Tiga orang gadis pun dengan rela naik ke pentas menyahut cabaran. Dua orang berasal dari Menggatal dan yang seorang dari Menggaru...oopss I mean dari KK. Kelakar jugalah game show dorang ni. Gadis-gadis tersebut diminta turun dari pentas mencari cincin, sim card, burung (yang ni dorang joking sajalah) dan tali pinggang. Sempat pula Ebi bergurau "jangan pula lepas buka tali pinggang ada seluar yang terbelurut (terlondeh) terus jumpa burung!" (wakakakak!....ada underwear lagilah Ebi oi! bukan terus-terus nampak!)

Selesai sesi Ebi, Otho (pengacara) pun test populariti artis seterusnya dengan bertanya penonton siapakah yang mereka mahu selepas itu. Err...yang kuat kedengaran teriakan "Mila!!" Anyway when Otho shouted Candy's name the crowds appreciately roared!! Candy memulakan persembahannya dengan lagu Ka-ching. Sexy juga penampilan Candy. Hampir-hampir bare back gitu! Selesai Ka-ching Candy teruskan dengan "Perhaps 3x", before inviting Farha untuk lagu Dusun "Silik-Silikan Mato Nu". Habis tiga orang jejaka dikerjakannya. Kelakar habis persembahan beliau saksikan saja di v/c berikut. (I think with proper grooming...PR, communication....no doubt Candy can go far)


Candy - Perhaps

Candy - Ka-Ching, Silik-Silikan Mato Nu

Mila's session comes next after Candy's. Gamat habis dewan. Seperti Aswad Mila juga menyuarakan rasa terharu beliau dijemput ke Sabah. "Orang-orang Sabah, baaaaaik sangat!...frieeeeendly sesangat!" (ya kah Mila? Ko belum jumpa saya). Mila menyampaikan lagu Pudar disusuli dengan Persis Mutiara di mana beliau berjaya mencekup seorang jejaka ke pentas (tapi kesian juga jejaka sorang ni tidak dibagi goodies bag seperti mereka yang dicekup ke pentas sebelumnya...terlupakah apa?). Time Mila menyanyi level mic macam diperlahankan maka kuranglah distortion.

Mila - Persis Mutiara

Mila kemudiannya menjemput Candy, Heliza dan Noni menyampaikan lagu Semua Jadi Satu. Macam telah berpakat keempat-empat mereka turun meredah penonton. Satu ke utara, satu ke barat, timur dan timur laut. Maka berseleraklah penonton mengambil peluang ambil gambar...kecoh...huru hara dewan!. Artis hilang dikerumuni penonton. I lost them from my radar! Dengar suara mereka yang sumbang mambang saja!

4 Diva - Semua Jadi Satu

Mila kemudiannya menjemput Ebi untuk menyanyikan lagu romantik My Heart "as seen on Tv" siap dengan, you suap I...I suap you (swapping mic).

Mila - Pudar/My Heart with Ebi

Next up is Candy's turn again dengan membawa lagu Demam. Kali ini dia turun pentas menhampiri teres betul-betul depan kami. But damn! I ran out of cassette to record the moment!

Candy - Demam

Aswad re-appeared next mendendangkan lagu Aris Ariwatan (lupa pula nama lagu ni). Masa ni penonton dah mula berpusu-pusu keluar dewan.

Mila re-appeared next in different dress (ala-ala fesyen obor-obor) mendendangkan lagu Drama. It was close to 12.00 midnite so they wrapped up the show with Joget Lambak (as I said Kenangan Terindah should be the farewell theme)

As for the crowds turn up I think it's around 1000. As a hint, the dinner tables was about 80% full (not bad). The middle terrace was about 70% full unfortunately both of the side terraces were considered vacant!

4 comments:

Pleasantville said...

Wow..u pun datang rupanya..boleh jugak u buat review segala2x yer..bagus2x..i just come to enjoy the show..mmg best..:D hrp diorang turun KK lagik nxt time..

Pleasantville said...

Wow..u pun datang rupanya..boleh jugak u buat review segala2x yer..bagus2x..i just come to enjoy the show..mmg best..:D hrp diorang turun KK lagik nxt time..

dBOS-fm said...

Datang jgn tak datang!:))I tak boleh miss...lagipun KDCA tak jauh dri rumah boleh jln kaki. Ya harap dorang dtg lagi..mungkin dgn artis AF5 yg lain..

dBOS-fm said...

Gogds...thanks for the link. (The comment actually posted to the temporary topic with same title)