23 Jul 2007

MyStarz: perlukah emosi berlebihan?

Kalau dalam AF apabila peserta yang tersingkir ditanya perasaan mereka lazimnya jawapan mereka, sedih sebab tidak dapat meneruskan pengajian...rindu kawan-kawan dan juga tenaga pengajar di akademi. Dalam erti kata lain mereka mempunyai alasan yang logik untuk bersedih. Tapi lain pula dengan rancangan MyStarz, di mana peserta yang tersingkir masih boleh mengikuti pengajian seni dan berjumpa rakan-rakan mahupun tenaga pengajar mereka. Malah saya nampak dua orang peserta yang tersingkir sebelum ini masih muncul bersama-sama peserta lain di pentas. Atas faktor ini saya tidak nampak kenapa peserta MyStarz seperti Mimi, yang tersingkir dalam konsert ketiga terlebih-lebih pula emosinya. Apapun terimalah persembahan Rubisa yang sungguh mengasyikkan.




Kelas! Penghayatan dan tone suara ala-ala artis Indon. Malangnya sudah dua konsert beliau berada di kedudukan dua tempat terbawah. Hmm..pelik pula bila pengkritik pilih Emeer sebagai MyStarz pilihan mereka. Takkanlah hanya kerana gimik berbaring di lantai dan bergayut pada pemain gitar terus pengkritik terpegun. Kualiti vokal peserta perlu dipertimbangkan juga. To me tiada istimewanya suara beliau. Mungkin kekuatan dia ni sebab dia budak kecil dan nampak comel.

Lagi..lagi pasal jambatan

Aiyoo!! Bengang...lu tara baca itu keratan akhbarkah? Terang-terang dia cakap masih dalam peringkat cadangan dan 'kajian kemungkinan' akan dijalankan dahulu. Samada jambatan jadi dibina atau tidak bergantung kepada hasil kajian tersebutlah!. Maknanya belum ada tarikh yang tetap untuk membina jambatan tersebut. Saya sendiri tulis "If it becomes a reality" (menggambarkan sesuatu yang belum pasti). 'Kesusahan' peribadi yang saya luahkan memang berkaitan besar dengan isu jambatan dan mewakili 'kesusahan' orang ramai yang terseksa kerana tiada pilihan lain. Cukup jelas...tak baca tulisan sayapun tak apa...boleh faham dari keratan akhbar. Yang lu tanya pasal tarikh jambatan akan dibuat apa hal? (lu tara bacakah atau tara paham B.I.?) Nah versi B.M....ambik kau!

Klik imej untuk saiz besar agar boleh dibaca dan difahami

0 comments: