5 Jan 2009

Clare P. Edwin di Konsert Countdown

Apa kata kita dengar nyanyian adik perempuan si Lotter, Claire Petrus Edwin semasa membuat persembahan di konsert "KK City Countdown Concert". Menurut info pengacara beliau sedang belajar di UMS dalam bidang muzik pengkhususan vokal.

Audio clip - Listen (Beyonce) dan Tiada Lagi Logika (Agnes Monica)



Suara not bad, cuma lagu Listen tu ada ter"flat-flat" sikit (maklumlah persembahan live) tapi memang ada potongan bintang pujaan. Suara merdu beliau yang iras-iras Liza Hanim mengalunkan lagu Nung Noilaan Oku boleh didengari di Playlist_3.


Tersingkir


Setelah 6 minggu berhempas-pulas meneruskan perjuangan demi mengukir nama di persada seni, malam Ahad lalu menyaksikan gadis manis kelahiran Sabah, Julylen Liew Ei Ling atau lebih mesra dikenali sebagai Gzell tersingkir mengikuti jejak Elaine dan AG (Kumpulan A) dan Jessica (Kumpulan B) yang telahpun meninggalkan pentas My Starz LG.

0 comments: