30 Apr 2010

Esther Muncul Dengan Album 'Selalu'


Kalau belum dengar sample lagu Selalu klik sini. :=)

28 Apr 2010

Meninjau Peserta AF8

There was Shariffah Aini, then Siti Nurhaliza and now....Adira! How's that sound as a promo to Adira..hehe.

I hope AF8 fanatics will always look at this video of Adira performing Sri Mersing (a hard to sing song) to help them answer the question "who deserves to win AF this season?"



Fabulous performance, the trill (lenggok) is perfect, intonation..I give 99% (just a mild struggle over two lowest notes there, I think she could handle it better if only she didn't move too much...as it affects her breathing)

Sri Mersing S.Aini and Siti version

As for Ain, I think her rendition of Kawan is her best performance so far.



She should perform this song in a laid back or relax manner but it appears to me, from her gestures, she tried hard enough injecting a rock treatment to this song, which I think is not necessary.

Lagu Menampilkan Zizi AF7

Kalau post sebelum ni menampilkan Nonny dengan single pertamannya, video kali ini pula menampilkan seorang lagi bekas pelajar AF7, Zizi yang sekarang ini menganggotai kumpulan Fabulous Cats (FC). Walau bagaimanapun beliau berduet dengan seorang lagi anggota wanita kumpulan FC, Wangi (minah Indo) dalam lagu Syurga Seketika lagu runut untuk filem Niyang Rapik

Zizi is the one standing on the rock in the middle of the stream.


Seramnya tempat itu tapi cantik, macam hutan Pandora Avatar pun ada :=)

27 Apr 2010

Single 'Pesona' dari Nonny

Kepada anda yang mengikuti siri drama "Kau dan Aku" di Astro Ria, pasti maklum Nonny (AF5) merupakan salah seorang pelakon dalam drama tesebut. Thumbs up to her acting skill in that series, boleh pergi jauh sebagai pelakon. Nonny juga telah melancarkan sebuah single berjudul Pesona pada 15 April baru-baru ini. Tapi kalau ikutkan catatan di blog beliau single ni sebenarnya sudah lama diputarkan di X-FM (sejak tahun lalu lagi)

Rakaman video persembahan Nonny di pelancaran single Pesona pada 15 April



Boleh tahan, mengingatkan saya lagu-lagu fast tempo Erra Fazira...:=). Macam manalah video muzik lagu ni? I think kalau buat ala2 Wondergirls menarik juga ni...multiply ja si Nonny tu jadi 3, 4 orang dengan fesyen berbeza-beza :=)

Nonny's Facebook

26 Apr 2010

Marsha: Hotel vs Rumah

Ramaikan peminat Marsha di sini...nah khas untuk anda! :=)




Selalu jugabah saya dengar orang cakap2 pasal ada gimbaran di bilik hotel...kalau di KK ni hotel 5 star pun ndak terkecuali...hantu dia pun 5-star juga kali kan...hehe.

24 Apr 2010

Ayu Akui Sudah Berkahwin

Ayu akhirnya tampil menjelaskan isu telah berkahwin...

“Saya akui saya telah berkahwin pada awal tahun lalu dan kini telah pun mempunyai seorang anak lelaki. Saya harap jawapan ini dapat menjawab persoalan yang timbul. Kehilangan saya selama ini adalah kerana saya ingin berehat panjang serta sibuk menguruskan rumah tangga dan anak saya yang masih kecil,” jelas Ayu berterus-terang. Ditanya mengapa dia menyembunyikan perkahwinannya itu daripada pengetahuan umum, Ayu menjelaskan dia berbuat demikian kerana menghormati permintaan keluarganya dan juga keluarga suami yang tidak mahu menghebah-hebahkan tentang perkahwinannya itu.

Cerita selanjutnya.

No komen... :=)

Lagu Murut Dari Sindey

Sebuah lagu Murut dari penyanyi yang sedang meningkat naik, Sindey Obren

Sindey Obren - Nakatibusu








Sungguh sentimental dan romantisnya alunan lagu Murut itu...



Tolong berlaku jujur...

Sementara itu ibubapa Ain AF8 menyeru mereka-mereka yang ada menubuhkan kelab-kelab peminat Ain AF8 di mana saja agar berlaku jujur dan menghubungi mereka


Persolannya adakah betul-betul kelab tersebut ditubuhkan? I have a feeling those who contacted them earlier did it just for fun...mau tumpang glamour ja kali kan!

21 Apr 2010

Gandingan Suara 'Power'

Sebelum berpisah untuk hari ini, terimalah sebuah lagi menarik gandingan dua buah suara yang power, mantap dan berapi-api...Diana Cleven dan Kathy Voritus

Diana & Kathy - Uha Noh








I like, tiba-tiba teringat lagu-lagu duet dari penyanyi-penyanyi soul i.e. Pattie Labelle, Aretha Franklin, Gladys Knight etc.. :=)

Fiq - Manifestasi Cinta

Seterusnya mari layan single terbaru dari Fiq...

Fiq - Manifestasi Cinta








Masih menampilkan lagu ala-ala rock 80-an, mungkin Fiq kena cuba style rock baru ala-ala lagu indie, progresif rock kah macam Faizal Tahir punya style..kan!

Donna - Aku Ku

Pelik juga tajuk lagu ni, sebuah lagu dari Donna Masida yang juga merupakan juara KK City Idol..errr kalau ndak silap tahun 2008.

Donna - Aku Ku








Fulamak...sebutan tu bah...kelass! :=), vokal memang power mengingatkan saya pada penyanyi Anastashia

Johan Pertandingan Mencipta Lagu KDM

Kita teruskan hiburan kita yang terputus-putus ini (kekekek..sibuk bah!) dengan menampilkan lagu yang telah dinobatkan sebagai johan pertandingan mencipta lagu dalam bahasa KDM anjuran UPKO baru-baru ini. Jangkamasa lagu lebih kurang enam minit :=)...maklumlah kan lagu untuk pertandingan.


Charles Robert - Ina Koupusan Ku








OK juga kan..

19 Apr 2010

Esther - Selalu

Single bertajuk Selalu yang bakal dimuatkan dalam album sulung Esther Applunius.


Layannn...









Setelah mendengar dan mengamati lagu ni soalan yang berputar di kepala otak saya ialah adakah lagu atau album ini disasarkan untuk pasaran Indonesia? Alasannya sebab penggunaan bahasa dan sebutan Indo yang amat berleluasa sehingga perkataan 'perlu' pun disebut 'b***h' *grin*. I mean cukuplah perkataan macam bisa, kapan, kamar...kita pinjam...ndakkan perkataan 'perlu' pun mo disebut 'b***h'! *LOL*. Macam ndak sopan bah kan sebut Ku b***hmu! Bagus pakai ja bahasa tempatan...ku ginawo mu...(or is it ku goson mu?) at least ter-promote juga bahasa KD kan...hehe


But other than the 'b***h' issue...overall I think Esther did a commendable work in this song which she writes herself. As usual great vocal performance (i think I better mum on the technical aspect)

16 Apr 2010

Stacy - Kisah Kita

Di kala peminat-peminat Stacy sibuk berbicara tentang single terbaru beliau Jahat yang belum lagi dilancarkan, tiba-tiba muncul pula single bertajuk Kisah Kita


Stacy - Kisah Kita








Hmm..macam set-set lagu untuk Ezlyn ja..hehe (entah-entah antara lagu yang sepatutnya dirakam oleh Ezlyn dulu tapi kena rejek..oops). I have also heard Jahat, not that bad but not much difference with other songs from KRU. I'm keeping my fingers cross for a 'cute' song macam Gagap...setakat ni lagu Jahat and Kisah Kita saya kategorikan jenis 'ganas' :=)

Anum AF8 - Berakhir Sebelum Bermula

Bertuah sungguh si Anum ni, cepat betul keluar single dia walaupun baru beberapa hari tersingkir dari persaingan di akademi. Mungkin single beliau ini merupakan salah satu trek yang bakal dimuatkan dalam album variasi bintang-bintang AF8, seperti lazimnya diterbitkan pada AF musim-musim lepas, tapi yang menariknya ia dilancarkan dalam jangkamasa yang singkat (satu rekod?). Adakah Anum terlalu istimewa di mata AF8? Sebab dua peserta yang tersingkir sebelum beliau iaitu Shah dan Ema belumpun merakam single. Apa pun mari kita dengar


Anum - Berakhir Sebelum Bermula








Nice song, susunan muzik menarik dengan bunyi rakaman yang 'gempak'. Suara Anum memang sesuai dengan lagu ini tapi pada sayalah suara beliau masih kedengaran 'raw' dan kurang vibratonya. Kalau ditambah alunan 'vibrato' yang betul pada part-part tertentu akan menyerikan lagi alunan suara dia ni. Ironically she sounds more like Stacy in this song, instead of Mas (as in most of her live performances during weekly concert).

14 Apr 2010

Sambutan Kaamatan Bermula

Belum pun masuk bulan Mei, tapi ada sudah beberapa tempat yang mula sambut Tadau Kaamatan seperti di Toboh (Sabtu-10 April) dan Sunsuron (12 April - Isnin) kedua-duanya dalam daerah Tambunan. Ngam la bah juga tu kan timing durang sebab lama sudah habis mengatam padi, takkanlah mo delay-delay celebrate...hehe.


Antara headline kata-kata hikmat Huguon Siou semasa berucap di kedua-dua sambutan perayaan ini ialah...


1. Television, computers causing indigenous youths to stray away from cultural identity (siapa berani jawab?)


2. Masyarakat Kadazandusun perlu perturunkan bahasa ibunda kepada anak-anak (keadaan sudah bertambah kronik dia bilang).


Tapi yang menarik ialah alat muzik saxofon yang dibuat dari bambu, seperti dalam gambar, yang dimainkan semasa sambutan Tadau Kaamatan Mukim Sunsuron.



Macam ni lah tu bunyi dia kan...

12 Apr 2010

Featured Songs

Before that, in case you haven't noticed we have new champs on our Top 10 Charts :=)

Back to our featured songs, here they are..

Ebi - Dalam Seminit








This is a brand new single by Ebi, obviously he improves a lot in this song.

Trio - Piupusan Kito








The 'Trio' is actually in the form of Jalius, Ferdolina and Francis Landong (3-in-1 kah ni?)

Tahniah Kepada Pemenang

Bintang Ai-Minnal

Pertandingan Akhir Bintang Ai-Minnal yang berlangsung semalam di Auditorium Angkasapuri RTM menyaksikan kedua-dua peserta Sabah, Wen dan Bonny mengungguli dua tempat teratas, iaitu juara dan naib juara masing-masingnya. Mungkin ramai juga yang mengagak (termasuk saya) si Bonny mampu meraih salah satu tiga tempat teratas, tapi bila pengacara menyatakan 'ada kejutan', sebelum mengumumkan siapa juara, sedikit sebanyak menggambarkan Wen bukanlah peserta favourite. Kalau saya perhatikan fokus peserta favourite seolah-olah ditumpu pada Vincent dari Pulau Pinang (macam konfiden pula dia ni...mentang-mentang peserta terakhir). Tapi bila pertandingan berlangsung, hampir kesemua peserta 'patah'...kecuali Wen, Bonny dan Emily. Ada yang suara huru-hara, lari tempo dan paling malang ada yang tersilap masuk cue (a big mistake that shouldn't happen during singing contest). Kalaulah sebutan dan 'feel' Melayu yang diutamakan, Wen, Bonny dan Emily should be given higher marks among the Chinese. Peserta-peserta berketurunan India pula walaupun kesemuanya mempunyai sebutan dan 'feel' Melayu yang bagus namun kebanyakan persembahan vokal durang goyah dan seorang peserta yang memiliki suara ala-ala Datuk Siti balik-balik salah masuk cue..hehe. I kept my fingers cross that either Bonny or Emily will be the champ, tapi rezeki lebih memihak pada Wen, manakala Iris (one of the Indian participants) won third place. Emily pula sekadar meraih Bintang Paling Popular.

Apa pun tahniah kepada kesemua pemenang terutama si Bonny (ko nyanyi juga lagu 'Harapan' yg aku rekomen kan...hehe...memang lagu tu sesuai bah untuk pertandingan...very mencabar)

Laporan di blog si Zir Gcarl


Juara Pertandingan Mencipta Lagu UPKO

...dan pemenangnya..

10 Apr 2010

Tolong Kami Bantu Kami

Mungkin lagu P.Ramlee "Tolong Kami Bantu Kami" amat sesuai dinyanyikan oleh peserta-peserta pertandingan nyanyian sekarang ini...

Ain AF8 - Kelab Peminat Ain sedang gigih memohon bantuan dari orang ramai untuk menyelamatkan bintang mereka.




Bonny - Pertandingan Akhir Bintang AI-MINNAL.

Pertandingan akhir ini bakal berlangsung esok, jam 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2. Selain daripada merebut tiga hadiah utama yang ditentukan oleh juri-juri profesional, kesepuluh finalis juga berpeluang memenangi gelaran Bintang Popular menerusi undian SMS. Untuk memastikan Bonny bakal menyandang gelaran ini, sila ikuti langkah-langkah mengundi seperti di bawah :=).

Undian sms BINTANG AIMINNAL RTM 1 MALAYSIA ( BINTANG POPULAR ) , dengan menaip AIMINNAL(jarak)BONNY & hantar ke 32776.

8 Apr 2010

Alvin MY Bakal Bergelar Suami?

BAKAL menginjak usia 29 tahun pada 26 November ini, mungkin Alvin MY (gambar) sudah bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Baru-baru ini, ada khabar angin yang mengatakan bahawa dia sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Tambahan pula, dia memuatkan sebuah lagu berjudul Cincin di dalam EP terbarunya. "Sebenarnya, lagu Cincin bukanlah pembayang bahawa saya akan berkahwin. Ya, saya akui ia memang sebuah lagu perkahwinan. Saya mendapat inspirasi daripada lagu nyanyian mendiang John Gaisah berjudul Miniagal do Sinsing. Lagipun, saya banyak menerima undangan untuk membuat persembahan untuk majlis perkahwinan. Jadi, saya rasa saya patut mempunyai lagu perkahwinan saya sendiri," kata Alvin sambil tersenyum ketika majlis pelancaran albumnya di Vino Lounge, Venetian di Lido baru-baru ini.

Album EP berjudul Learning You itu sepatutnya dikeluarkan pada Disember tahun lepas, namun, ia dikeluarkan pada Mac tahun ini. Jelasnya: "Kelewatan ini disebabkan oleh masa studio...kerana saya perlu bekerja dengan seorang sound engineer yang sangat sibuk. Saya juga perlu melalui proses pemilihan lagu yang ingin dimuatkan dalam EP ini. Saya amat berhati-hati dalam pemilihan lagu. Dan proses pencetakan dan pra-produksi juga menyebabkan kelewatan ini," tambahnya lagi. Alvin MY atau nama sebenarnya, Alvin Mahathir Yunus bukanlah nama baru dalam arena seni tempatan. Pada 2004, dia mulai menyanyi dengan sebuah kumpulan vokal yang diberi nama Fourvoices, dan dia mulai menulis lagu secara serius pada 2006 - antara single hitnya ialah Ada Masa. Menjelang penghujung 2006, dia menganggotai Infinatez dan bertanding dalam Gangstarz musim pertama pada 2007. Menerusi siri realiti TV inilah, nama Alvin mulai dikenali ramai.

Kepada satu soalan, penyanyi kelahiran Devon, England ini menjawab: "Sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang muzik, ia sedikit banyak menghalang saya untuk menjadi seorang pemuzik yang lebih dinamik. Jadi, saya sekarang belajar teori muzik dengan Andrew Peninting (Apai), dalam aspek yang lebih meluas dalam penulisan lagu yang lebih baik. Disebabkan saya bekerja dengan pemuzik profesional, kami semua bercakap dalam bahasa yang sama, dan bila saya ingin membut lagu, saya kena menulisnya dalam cara yang difahami oleh semua pemuzik." Alvin, pernah bekerja dengan beberapa nama besar dalam pe rsada seni tanahair, antaranya, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Hajar, Helen Yap, Azmeer, Cat Farish, Atilia, dan penyanyi dari Singapura, Imran Ajmain, dan juga beberapa artis Sabah –Atama, Richado dan Jonathan Tse.

Sebagai seorang penghibur, dia banyak membuat persembahan dalam pelbagai majlis seperti majlis korporat, perkahwinan dan juga di kelab-kelab sekitar Kuala Lumpur dan Ibu Negeri. Antara pencapaian utama penyanyi berperwatakan ceria ini ialah apabila dia diberi peluang untuk turut sama menjayakan pementasan teater muzikal P Ramlee. Album EP solo pertamanya ini memuatkan lima buah lagu, Learning You, I'm Back, Sing a Song, Cincin, Raya di Kinabalu, dan dua teaser – Intro dan Outro – untuk album penuh Kadazan Dusun yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

"Kesemua lagu dalam album ini ditulis, dicipta dan diterbitkan oleh saya sendiri. Ia merupakan satu personal statement, bahawa saya ingin tonjolkan diri saya sebagai seorang penyanyi, pencipta lagu dan juga penerbit untuk album pertama. Tetapi untuk album yang akan datang, saya akan bekerjasama dengan artis, penerbit atau pencipta lagu yang lain," kata pengasas komuniti sosial dan rekaan baju BBKK (Bulih Bah Kalau Kau) ini. Majlis pelancaran album Learning You pada malam itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun yang sempat memberi kata-kata nasihat dan semangat, bukan sahaja kepada Alvin tetapi juga kepada artis-artis Sabah yang lain. Kehadiran beberapa artis Sabah lain, antaranya, Richado, Atama, Dayang Noraini, Jonathan Tse, dan lain-lain, yang memberi sokongan kepada Alvin turut memeriahkan lagi malam itu.

Penyanyi yang mengidolakan Boyz II Men dan Babyface ini tidak menghampakan pengunjung pada malam itu dengan persembahan lapan buah lagu – dua buah lagu dari albumnya dan enam lagu lain adalah cover version – yang cukup bertenaga. Keligatan Alvin di atas pentas dimantapkan lagi oleh kugiran pengiring yang terdiri daripada graduan muda IPTA tempatan yang cukup berbakat. Dia turut mengundang dua orang pemuzik Indie, Hezron G Koro dan Clinton Liew, untuk membuat persembahan pada malam itu.

"Bagi saya, album ini adalah satu permulaan kepada perjalanan saya dalam penerokaan muzik dan mengekspresikan diri saya menerusi muzik. Pelancaran dan penampilan album solo pertama saya ini juga adalah satu usaha simbolik saya untuk bekerja dengan muzik live pada masa akan datang," kata Alvin. Maklumat lanjut mengenai Alvin MY boleh diperolehi melalui laman web www.alvinmy.com atau laman Facebook, di bawah nama Alvin MY

Kredit: Ricardo Unto (Hiburan Harian Ekspres)

7 Apr 2010

UPKO Song Contest

Pertandingan mencipta lagu dalam bahasa KDM anjuran UPKO akan berlangsung di Buhavan Square Donggongon pada hari Jumaat ini (9 April).

Nampak gaya kira banyaklah juga penyertaan yang diterima. Sebab kalau tidak silap pada awal March lalu keluar laporan di akhbar penganjur agak kecewa pertandingan ini macam tiada sambutan walaupun promosi dibuat sejak Januari lagi. Dalam laporan tersebut juga penganjur bilang, borang penyertaan boleh diminta melalui e-mail. Out of sympathy...adalah yang terus call penganjur minta hantar borang melalui e-mail...malangnya tidak kena kirim-kirim...haha...macam mana tu? They sound upset sebab kurang penyertaan tapi bila orang minta borang...durang tidak kasi pula...weird!

Gigihnya produksi LRX

Peserta Paling Berani Tersingkir

Yeah...yeah...saya balik Tawau!

Setelah penyingkiran Ema minggu lepas nampak gaya giliran si Anum, peserta yang dikatakan paling berani, pula tersingkir. Malang sungguh nasib rocker Tawau ini (rocker ker?). Ramai juga yang terkejut bila dia tersingkir, saya pun terkejut jugalah sikit, sekurang-kurangnya dia ni mampu bertahan sampai ke minggu-minggu akhir...alasan? Sebab dia antara yang ada daya tarikan tersendiri untuk menyerikan Diari Akademi dan satu-satunya yang mampu menghibur si Adlin...hehe. Tapi penyingkiran si Shah dulu tidak kurang juga mengejutnya, sebab dia ni kira pelajar yang mempunyai big voice di kalangan peserta-peserta lelaki...bersemangat pula tu bila menyanyi di pentas ...tapi apa boleh buat kejutan tetap kejutan.

Let's recap the Top 10 concert last week. Having seen their performances through YouTube....oops...kedapatan tidak tengok live, my ranking..

1. Aliff - Tebalnya suara dia, jantan habis..:=). Kira OKlah, not that pitchy except kena improve lagi nyanyian low notes. Kawalan suara boleh tahan...kurang semput...walaupun banyak pergerakan . Cuma sebutan kurang jelas.

2. Shahir - Wah lagu makanan dia..no wonder. So not much issue on vocal performance, except yang iras2 Jamal tu.

3. Maulana - Persembahan vokal sekadar boleh tahan. Sebab kalau dengar dengan teliti 'vibe' soul/R & B sebagai penyeri lagu ni memang tiada. Saya rasa koreografi tu pun tidak payahlah..he looked very unnatural and not original.

4. Daus - After the key is lowered, this song seems very easy for him, but still he's unable to nail it completely...almost.

5. Ain - Tone suara ok, not very stylish but sounds quite polished (ada...what I call sound effect), as if she's been singing for years. Tapi bab kawal-mengawal suara masih goyah. Nyanyian sebelum korus ok...masuk ja korus ada messy sikit.

6. Farina - Walaupun tidak sehebat vokal Nikki tapi tidak banyak cacat cela dalam persembahan dia ni, kira smooth ja. Tapi bahagian nada-nada rendah di awal-awal rangkap, sounds kurang menarik (macam she emphasized more on her movement instead of nailing the right notes).

7. Adira - Sounds unpolished. keras, kuat dan tajam betul kedengaran suara dia nyanyi lagu ni. She needs to play around with her voice a bit...varying her vibrato, her tone, add some sound effects etc. Penghayatan pun macam kurang kena dengan ni lagu yang sepatutnya bertema sedih. On the plus side she sang mostly in tune.

8. Anum - Bab vocal tone and voice control lebih kurang si Ain juga.

9. Iwan - Actually i'm not sure what is so special about this contestant, ramai pula peminat tu. Vokal hampir tiada style, sekadar mampu mengangkat nada..hmm.

10. Nad - Just like Iwan, I'm puzzle why this girl is chosen in the first place...no style at all plus very pitchy.

Hilang betul keghairahan menonton AF musim ni, I think semua orang pun tahu kan. Kalau tengok pun siaran ulangan atau di YouTube ja sebagai pengisi masa lapang...hehe.

5 Apr 2010

Felix Juara "Carta Artis Tempatan Sabah"

Inilah dia keputusan Pertandingan Akhir "Carta Artis Tempatan Sabah" (CATS)


Kredit: Sabah Times

This gundohing picture is paste on all major newspapers today for arguably being the oldest Murut (112 years old! Mind you). Could he be the oldest person in Sabah as well?

Talking about post-octogenarians, it just brings back one funny story while we were in Telupid looking for diesel to fill up our tank. It so happened that the only petrol kiosk in Telupid was closed on that particular day. A local then informed us of an alternative place to get diesel. Having reached the place (a kampung sundry shop cum petrol kiosk) we saw no one but a pakcik. He looked like in his 70's or maybe 80's, nothing like the gundohing above. We approached him with full of manner and told him about our intention. To our surprised he raised his voice as loud as yelling at someone who is 50 meters away...*LOL* (takajut habis bah). Luckily there was a woman not very far who was quick explaining to us that the man we were talking to is indeed 100 years old and could hardly hear. After exchanging 'shouts' with him several times we finally asked the woman to be our spokesperson, besides there was a slight language barrier..hehe. Seeing the two of them talking is like seeing two persons in heaty argument *LOL*. We finally told to wait for the pakcik's grandson who was suppose to be the person on duty but away just for a little while. While waiting kami berteriak-teriak sama tu pakcik...PAKCIK ASAL MANA!? (repeated at least three times)...sempat lagi kami bergurau sama cucu dia supaya letak amaran "Saya 100 tahun dan pekak...harap maaf"...haha!

Pelancaran EP Alvin-MY

...not to mention a tiring week! Oops.

Apa kata kita hayati intipati ucapan Datuk Masidi di pelancaran EP si Alvin pada Sabtu lepas.



Tu dia...satu ucapan yang sarat dengan kata-kata membakar semangat :=)

Untuk hiburan terimalah sebuah lagu dari Alvin yang berjudul I'm Back

I'm Back - Alvin MY








One word...CUTE! (ada suara chipmunk bah kan)...hehe..

Laang Ku - Sindey Obren

Fuhh...what a long and busy week! Now I can relax a little bit...hopefully.

Anyway let's take a listen to this song by a singer, that I've to admit, I've never heard of her name before :=)

Laang Ku - Sindey Obren








My comments...love the intro, love the first two verses. The vocal tone is somewhat fascinating as well...thick, husky, gemersik and I like how it sounds towards the end of lines. Love to hear more from this singer terutama lagu-lagu yang ada big vocal range.


To know more about this sumandak Keningau just search for 'Sindey Obren' di Facebook, keluarlah nanti Facebook page dia tu (pelik bah Facebook ni adakah bagi URL address yang panjang-panjang)

1 Apr 2010

Events This Weekend

First of all Happy April Fool's Day...hehe. OK I'm not gonna talk about AFD, I'm kinda phobia or trauma everytime I hear the words..haha. Good luck to those who wish to poke fun to others and for the would be victims be alert!

There are a couple of interesting events going around this weekend...

Alvin MY EP Launch

Congrats and all the best to Alvin.


The Final of Carta Artis Sabah

This event will be held at 1Borneo at 2 pm this Saturday

Pesta Kalimaran 2010

A splendid cultural event in Tenom from 2 - 4 April.


Spoiled for choice? But...errr...very much coincides with the Holy Week pula kan...Good Friday tomorrow (yeah Sabah cuti!)...a blessed Good Friday to all Christians and Happy Easter.