Beginilah rupabentuk sleeve album kedua Esther Applunius Chin, hasil rekaan Shirley Marie Kenny. Album kedua ini mula dipasarkan pada penghujung Mei lepas dan memuatkan lapan trek kesemuanya. Walaubagaimanapun hanya lima trek merupakan hasil rakaman terbaru manakala tiga trek lagi adalah lagu-lagu yang diambil dari album pertama. Lagu trek pertama berjudul Selalu telahpun dimainkan diblog ini dan rasanya anda sendiri boleh menilai lagu tersebut (untuk tujuan review saya cuma sentuh lima trek yang terbaru sahaja).
Selain Selalu lagu yang tidak kurang menariknya ialah lagu berbahasa Inggeris Miss You Very Strong, not so sure if this phrase is acceptable in standard English but who cares, janji menghiburkan. Rentak dan gubahan muzik lagu ini sedikit sebanyak mengingatkan saya pada lagu Kantoi oleh Zee Avi.
Menyusul seterusnya, sebuah lagu Dusun berentak R & B berjudul Miilang Kito Koposion yang dinyanyikan Esther secara duet dengan Usal Jon Gavis. Hebat gandingan suara mereka berdua umpama mendengar James Ingram dan Anita Baker menyanyi lagu Dusun :). Cuma yang saya 'tidak ketehenen' durasi lagu ini 6:38 minit dan penampilan vokal latar kurang mantap justeru kurang mencapai piawaian telinga saya (tu dia ada piawaian pula telinga saya ni kan..hehe).
Yang menariknya juga dalam album ini ialah bilamana terselitnya sebuah trek lagu Cina berjudul Zhou Chien (bahasa mandarin bah ni kan). Walaupun saya kurang arif tentang lagu-lagu berbahasa mandarin ni, tapi bila mendengar Esther menyanyi lagu ini, tersentaplah juga dan boleh saya simpulkan penyampaian Esther dengan feel-feelnya sekali setaraf dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa Cina di pasaran dunia dan layak masuk mana-mana carta lagu pop mandarin.
Akhir sekali sebuah trek lagu bertemakan perayaan Kaamatan dalam bahasa Kadazan berjudul Lamazo Tokou Kaamatan. Walaupun bertema Kaamatan, tapi lagu ini terkeluar dari 'zon selamat' lagu-lagu dengan tema serupa bilamana rentaknya digubah dalam genre rock and roll dan bukannya pop sumayau seperti lazimnya (tapi sebelum ni pun memang ada juga lagu-lagu kaamatan dalam rentak conventional kan, terutama Cha Cha)
Demikianlah serba-sedikit ulasan untuk album kedua Esther A.C. Secara keseluruhannya album ini memang 'boleh ketehenen' dan berbaloi untuk dimiliki. Oh ya KTV untuk album inipun boleh diperolehi di pasaran (dijual secara berasingan).
0 comments:
Post a Comment