10 Jun 2010

Industri Muzik Di Sabah Ada Perkembangan

Articles on the My Music Part 1 showcase at Shenigan last month, was it 25 May? Can't recall..:).

Ricardo Unto
riqiriqi@gmail.com

ARENA muzik di Sabah semakin giat berkembang dan perkembangan ini mencuri perhatian
artis-artis dari luar Sabah untuk memberanikan diri menjejak kaki ke sini. Ini terbukti menerusi program My Music Part 1 yang diadakan di ibu negeri baru-baru ini.

My Music Part 1 menghimpunkan lapan artis individu dan berkumpulan yang dipersembahkan dalam dua malam. Program hiburan ini dijayakan oleh Alibi Music dan Cado Creative Events & Production (CCEP). Selain itu, Alibi Music juga menjadikan My Music Part 1 sebagai pembuka tirai kepada Alibi Promo Tour untuk tahun ini.

"Alibi Promo Tour pada tahun ini bermula di Kota Kinabalu. Antara artis-artis Alibi yang terlibat ialah The Fabulous Cats, Nabil Zamanhuri, Marsha, Lah Ahmad, Ezlynn, Han dan penampilan istimewa artis Singapura, Sleeq," jelas Pengurus Kanan Alibi Music, KC Ismail.

"Selepas KK, kami mengadakan gig di No Black Tie, KL. Insya Allah selepas ini kami akan ke Hard Rock Cafe Pulau Pinang dan banyak lagi tempat lain," tambahnya lagi.
Alibi Music adalah satu-satunya syarikat rakaman yang mempunyai rangkaian artis dari 3 negara Malaysia, Singapura dan Indonesia dan menjadikan Alibi Music antara syarikat rakaman terbaru yang agresif menyemarakkan industri muzik tempatan.

"Sebenarnya Alibi Music, namanya sahaja yang masih baru. Sebelum ini, semua urusan berkaitan muzik dikendalikan oleh Metadome. Melihat sejarah Metadome, sebenarnya syarikat ini sudah beroperasi hampir 8 tahun lamanya. Baik artis baru mahupun
yang sudah ada nama, kebanyakan mereka punya keyakinan terhadap Alibi, kerana melihat sejarahnya sebelum ini.

"Strategi dan rancangan pemasaran Alibi Music membuatkan banyak artis-artis mahu bekerjasama dan berada di bawah label kami. Alibi punya cara tersendiri. Malah kami juga pernah mengendalikan bintang antarabangsa seperti Anggun, Afgan, Dewa 19, Mulan Jameela dari Indonesia dan banyak lagi," kata KC.

Kepada satu soalan, KC menjawab: "Saya rasa industri muzik di Sabah secara keseluruhan ada improvement. Ini dapat dilihat dengan lahirnya ramai bintang-bintang baru dari Sabah yang telah berjaya mencipta nama di Semenanjung." KC, yang pernah menjadi DJ di sebuah stesen radio tempatan dahulu juga tidak menafikan prospek untuk membawa artis-artis naungan Alibi Music ke Sabah sekali lagi

"Ya, sudah tentu ada perancangan. Show yang lebih besar... masih dalam perancangan, insya-Allah," jelasnya. Namun demikian, di kala keghairahan artis-artis di bawah naungan Alibi Music menjayakan My Music Part 1, kedengaran suara-suara sumbang yang mengkritik program ini dan juga program-program lain yang dijayakan oleh CCEP.

"Ada yang mengatakan sesuatu yang besar seperti ini (My Music Part 1), perlu ada publisiti yang meluas. Ya, saya tidak nafikan ini," kata Richado Tawith, yang mengendalikan CCEP. Tambahnya lagi: "Ada juga yang memberi respons negatif mengenai barisan artis yang membuat persembahan. Mereka tidak berpuas hati kerana tidak dijemput untuk membuat persembahan, dan mempersoalkan kenapa perlu memanggil artis luar' dan bukan artis ternpatan di Sabah.

"Sebenarnya, kami hanyalah pengurus program ini, dan bukan penganjur... kami hanya menolong Alibi Music kerana mereka yang melantik kami. Walau bagaimanapun, ada juga artis-artis dari Sabah yang buat persembahan, seperti Marsha, Han dan Zizi. Tambahan pula, Alvin MY diberi penghargaan untuk membuat persembahan pembukaan untuk kedua-dua malam."

Artis-artis yang membuat persembahan pada kedua-dua malam itu ternyata tidak menghampakan penonton yang hadir. Rata-rata penonton berpuas hati dengan persembahan yang diadakan. Namun, kehadiran penonton pada malam itu agak hambar, dan ini mungkin disebabkan oleh harga tiket yang dilihat terlalu mahal, tambahan pula diadakan pada hari biasa dan bukan pada hujung minggu.

"Ya, harga tiket memang agak mahal. Lain kali, kami akan kurangkan harga tiket dan kurangkan artis yang akan membuat persembahan. Tapi harga itu ditetapkan disebabkan oleh perbelanjaan yang perlu ditanggung... logistik, penerbangan, dan lain-lain.

"Sebenarnya CCEP tidak berkira sangat pasal mengaut keuntungan. Yang penting, kita di sini tidak ketinggalan dengan perkembangan muzik di Semenanjung. Dan kami menunjukkan sokongan kami kepada industri muzik terutama orang Sabah, dan membolehkan mereka mendekati artis-artis kesayangan mereka," jelas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Lambang Cinta ini bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Richado juga sempat ditanya mengenai perkembangan karier muziknya sendiri. "Saya menyanyi?... kadang-kadang ada juga saya menyanyi. Kalau ada perminttin atau jemputan, saya pergilah. Lagipun saya sibukjengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya juga menceburi bidang pener..
.(err artikel asal pun memang tergantung di sini..hehe)

Apa pun syabaslah kepada penganjur...

Kredit Hiburan Harian Ekspres

0 comments: