Petikan artikel Hiburan Harian Ekspres 26 Mei 2010
STEPHEN Masil yang popular dengan lagu Guminavo Zou Diau bakal melancarkan album solo VCD Karaoke pertamanya pada 27 Mei ini (Khamis) di Pusakag Café, Donggongon Penampang, `)ermula pukul 7.30 malam."Album tersebut akan dilancarkan oleh aktivis seni tempatan, George Motuyun. Selain itu, penggiat seni hiburan tempatan, juruhebah RTM Sabah bahagian Kadazan, rakan artis dan peminat juga dijangka hadir untuk menyerikan lagi majlis itu," katanya. Album itu yang menggunakan namanya sendiri sebagai tajuk memuatkan sepuluh buah lagu. Antaranya ialah, Poingkuo Zou Sumanganu Diau, Guminavo Zou Diau, Koiho Koh Ii Nangku, Oi Ati, Karaja Putung Gata, Id Kohungguzan, Joget Kanou Manari, Monongkotohuod, Pason Dii Ina, Muhang Daa. Rata-rata lagu yang termuat dalam album pertama Stephen ini adalah hasil ciptaannya sendiri sambil dibantu oleh Jeffery Avitus, Jeffery Koroh, Roger Alum, Douglas Henry dan juga Asmin Mudin. Untuk pembikinan album pertamanya ini, Stephen berganding tenaga dengan komposer muda dan berbakat, Douglas Henry. Selain Douglas, pemuzik lain seperti Alex Anthony (Lexxband rdxx) dan Don (Apple Studio) turut sama menyumbang usaha dalam pembikinan album ini. Sementara itu, konsep kulit album Stephen Masil juga merupakan idea kreatif Douglas Henry. Katanya: "Format album terbitan Pusakag Production .ini adalah dalam bentuk VCD Karaoke dan Audio CD, iaitu kombinasi '2 dalam 1'." "Kami juga akan menjual album ini dengan harga promosi pada hari pelancaran itu nanti," tambahnya lagi. Stephen juga sempat merakamkan penghargaannya kepada mereka yang terlibat di dalam penghasilan albumnya. "Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan album solo pertama saya ini, sehinggalah album ini berjaya diterbitkan. Saya juga mengharapkan agar mendapat sokongan dan dorongan mantap dari peminat seni hiburan tempatan supaya saya dapat terus berkarya dan diterima ramai," katanya.
Album ni dijual sekali berserta CD karaoke (2 dalam 1). Terdapat sepuluh trek kesemuanya termasuk lagu Guminavo Zou Diau yang pernah dimuatkan dalam album variasi Pusakag dulu (boleh dengar di radioblog Playlist 3). Lagu ini masih menjadi lagu terbaik dalam album ini, mungkin pesaing terdekat ialah lagu Koiho Koh Nangku yang dinyanyikan secara berduet dengan Betcy Michael. Lagu lain yang menarik minat saya ialah Muhang Daa kerana susunan muzik yang agak kreatif, seakan-akan muzik pop biasa tapi bila didengar betul-betul ada paduan beat sumazau :).
Mari kita dengar lagu pada trek 3 berjudul Karaja Putung Gata, lagu ini dituju khas pada pengkritik lirik KDM hari tu :-).
4 comments:
hmm my schoolmate ne...ok juga album dia ni..he performed for our family day last June 1st..best lagu dia
I see...VCD karaoke dia pun best juga dari segi teknik gambar...scenery, visual effects..bravo to pusakag..they keep improving
Hahaha..ada lagi background sound-effect "dBos.FMmmmmmm..." hahahaha..Caya la bro! :D
Sy pun ada beli ni Double-CD dia..murah masa di Hongkod hari tu Kaamatan :)
TATAP!...trademark mahal tu...kekek
Post a Comment