Tanak Kampung Cermin Pengalaman Jimmy Palikat
Ricardo Unto
facebook.com/riqiriqi
YOKU nopo diti, tanok, do mosikin aiso nunu-nunu do posuruonku penggemar muzik tempatan pasti tahu demikianlah bait-bait permulaan Tanak Kampung. nyanyian Jimmy Palikat. Walaupun sudah lebih setahun lagu ini dikeluarkan, ia masih mendapat tempat di hati peminat muzik Sabah, malah Tanak Kampung menjadi lagu wajib karaoke pada majlis-majlis perkahwinan di sekitar negeri ini. Rata-rata peminat Tanak Kampung mengakui mereka, dengan mudah, dapat mengaitkan diri mereka dengan lagu tersebut. Mungkin kejujuran baris-baris lirik di dalam lagu ini dan susunan melodinya yang catchy menjadi faktor-faktor penawan hati pendengar. Apapun, hanya pemilik lagu ini yang mampu mengisahkan cerita di sebalik lagu ini.
"Sekarang sudah moden. saya terpaksa kembali kepada yang asal, merujuk kepada asal-usul saya. Saya berasal dari kampung. Di sanalah saya mendapat idea untuk menghasilkan Tanak Kampung. Semua orang pun berasal dari kampung. Bila saya menghasilkan sehuah lagu dengan tajuknya Tanak Kampung, setiap semua orang akan dapat mengaitkan diri mereka dengan lagu ini." jelas penyanyi yang menginjak usia 33 tahun pada tahun ini.Jimmy yang ditemui baru-baru ini turut mengakui, bahawa lagu ini adalah berdasarkan kepada pengalaman peribadinya, kerana "hanya apabila kita melalui sesuatu perkara itu, barulah kita dapat menyampaikan sesebuah lagu secara jujur kepada pendengar."
Menariknya, lagu berbahasa Dusun ini melangkaui sempadan bahasa dan menjadi siulan ahli komuniti lain tanpa mengira bangsa dan umur. Bagaimanpun, menyedari hakikat bahawa tidak. Semua orang memahami lirik Tanak Kampung Jimmy menghasilkan versi bahasa Melayu untuk lagu kesukaan ramai ini. "Ramai yang suka lagu ini tapi ada yang tidak faham maksud lirik lagu ini, jadi saya buat terjemahan. Sebenarnya, sebelum saya menterjemah lagu ini, ada orang lain yang menterjemah nya terlebih dahulu. Tapi terjemahan ini kurang tepat, jadi saya membetulkannya. Walaupun terjemahan ini dilakukan tanpa kebenaran dari, saya, saya tidak mengambil sebarang tindakan (perundangan) terhadapnya. Jimmy juga tidak menyimpan sebarang perasaan negatif terhadap orang yang membuat terjemahan itu, malah melihatnya dari segi positif kerana ia dapat membantu penyanyi ini mengembangkan lagu ini.Tambahnya: "Sehinggakan ada seorang penyampai radio dari Seremban, Adam Tahir. Dia datang ke Sabah dan mendengar lagu ini dan berminat dengannya. Jadi, sekarang lagu ini (versi bahasa Malaysia) sudah dimainkan di RTM Seremban."
Ada juga suara-suara nakal di luar sana yang mengatakan bahawa lagu ini berupaya untuk meraih taraf lagu evergreen. Apa respons Jimmy?"Mungkin ...tapi itu semua datang dari pendengar. Bukan dari saya sendiri. Jika pendengar merasakan ia mampu menjadi lagu evergreen, saya berbesar hati dengan pengiktirafan ini"
Lagu Tanak Kampung adalah single pertama yang diangkat dari album Jimmy yang juga berjudul Tanak Kampung. dikeluarkan tahun lepas. Antara lagu-lagu lain yang termuat dalam album ketiga ini adalah Ika Sawo Ku, koinsan Nogi, Koti-Koti, Langadon Nopo, Nokopitongkiad Nodi, Ompuno Oku, Raha Susumangod,Sumandak Dusun dan Timpu Sumikul.Sebelum ini, bapa saudara kepada penyanyi Nikki Palikat ini pernah mengeluarkan Album sulungnya pada 2003 dan juga kedua pada 2006 dengan tajuk Jimmy Palikat 2006.
Ditanya mengenai aktiviti seninya pada masa sekarang, menurut Jimmy, dia giat mencari dan mengumpul bahan baru untuk album seterusnya. "Tapi, selepas Tanak Kampung, sukar untuk saya mencari sesuatu yang baru. Walaupun ramai yang tercari-cari album baru saya, tapi saya rasa ini (Tanak Kampung) adalah yang terbaru daripada masa ini. Buat masa ini belum ada lagu baru. Untuk mencari sebuah lagu yang benar benar dikira sebagai killer song, ia melibatkan semua lapisan masyarakat. Bagi diri saya sendiri apabila saya membuat lagu, saya kena menjiwai semua orang," tuturnya.
Setakat ini, kata Jimmy, penerimaan dari peminat adalah baik berdasarkan kepada penjualan album yang memberangsangkan. Penjualan album terdahulu mencecah 40,000 unit. "Sejak saya mula mengeluarkan album pada 2003, produk saya boleh didapati di kedai-kedai, sehingga kini saya rasa ini salah satu kelebihan saya...saya sudah mempunyai link dengan mereka (pemilik kedai) dan mudah bagi saya untuk menjual album saya. Permintaan menggalakkan, jadi, kedai menjual CD pun sedia menerimanya," katanya.
Pada mulanya, penyanyi ini memulakan langkah bersendirian dalam dunia muzik namun dia menyedari bahawa ia tidak boleh dilakukan tanpa bantuan."Saya dibantu oleh syarikat tempatan Urbanstorm Entertainment dan juga sokongan daripada keluarga," katanya.
Jimmy juga menjangka industri seni Sabah akan bertumbuh dengan pesat, lebih-lebih lagi dengan penerimaan karya-karya anak tempatan di stesen-stesen radio. "Mungkin masalahnya sekarang, adalah siaran TV yang khusus untuk Sabah. Jika ada, hasil seni kita dapat dipertonton kepada lebih ramai orang, lantas setanding dengan artis-artis dari KL. Kita boleh maju, tetapi ada banyak kekurangan. Setakat ini, kita hanya ada radio. Orang hanya disajikan dengan audio tetapi tiada visual," kata penyanyi berasal dari Tambunan ini. Bercakap mengenai rancangan untuk mengembangkan sayap ke luar Jimmy berkata dia mempunyai perancangan sedemikian, tetapi "ia memerlukan kos yang besar, jadi, saya tangguhkan dulu rancangan itu."
Peminat penyanyi ini boleh mengakses maklumat lanjut di laman Facebook miliknya di bawah nama Jimmy Palikat.
dBOS: Masa saya gigih bercakap tentang outbound talent hari tu, yang macam nilah saya maksudkan :=). Sebuah karya tempatan (yang mempunyai strong public appeal) diterima ramai dan dipopularkan dulu di sini sehinggalah popularitinya melimpah-limpah keluar ;=). Syabas Jimmy dan Tanak Kampung....baru satu (hehe)...next!
~Penampilan Hulk Hogan di American Idol.~
My favourite part during AI elimination show last week (the 'up next' video below is better)
AI is becoming violent and not suitable for kids below 12 years old!;=)
3 comments:
yeahhh.....my favourite too...look at James' face!! He is soooo real hehehe
yeaaa..me too..hehe..i love Jamesss..(kunun;p)...
opss hmpir lupa..congrats Jimmy Palikat..siok bh tu lagu Tanak Kampung @ Anak Kampung...trus rindu mau balik kg klu dingar tu lagu..cayo2 jimmy..buat lg lagu yg baikkk pnya;p
..my prens from semenanjung also like the song.even here at sarawak...thumbs up for jimmy!!..:)..
yoku nga tanak kg..~~
Post a Comment