Mungkin inilah projek pencarian bakat yang terbesar di Negeri Sabah, selain daripada usaha yang pernah dilakukan oleh RTM Sabah dalam program-programnya. Usaha yang dilakukan oleh Penampang Studio (yang diterajui oleh Tony Francis Gitom, pengarah dan penerbit filem) dalam mencari seramai mungkin bakat-bakat baru di Negeri Di Bawah Bayu sememangnya harus diberi pujian. Program ini bukan sahaja mengenengahkan bakat-bakat dalam bidang seni suara tapi secara serentak melibatkan juga pencarian bakat-bakat baru dalam bidang penciptaan lagu serta penulisan lirik. Ini bermakna lagu-lagu ciptaan serta lirik terbaik yang terpilih bakal dinyanyikan sendiri oleh finalis Idola Sabah. Walaupun kedengaran juga suara-suara sumbang yang mengkritik proses perlaksanaan program ini namun yang pasti segalanya telah berjalan lancar dan kalau mengikut mukadimah yang diberikan oleh peneraju program pada label kaset Idola Sabah nampaknya beliau berpuashati dan mungkin juga objektif program ini telah tercapai dengan jayanya.
Dari dua persembahan pentas oleh artis-artis IS yang sempat saya saksikan, nyata sekali mereka yang terpilih cukup berbakat besar. Mutu suara penyanyi terutamanya penyanyi wanita agak memberangsangkan. Apa yang saya faham hanya finalis sahaja berpeluang terlibat dalam persembahan pentas dan juga rakaman album. Bercakap tentang album saya sempat mendengar sepuluh lagu yang dirakamkan dalam album Idola Sabah Sehati Sejiwa Waris Sabah (Bahagian 1). Lagu-lagu yang dipersembahkan kesemuanya hasil ciptaan peserta mencipta lagu dan menulis lirik dalam program tersebut. Dalam menghayati kesemua lagu-lagu tersebut nampak gaya tidak semua lagu-lagu yang terpilih mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan. Di samping itu pembikinan albumpun kata orang ala kadar sahaja. Walaupun ada seorang dua penyanyi yang kedengaran agak sukar menghayati lagu yang dipersembahkan (mungkin lagu kurang sesuai dengan jiwa mereka) namun secara keseluruhan kualiti vokal penyanyi layak diberi pujian. Lagu-lagu yang menjadi pilihan dBOS-fm menurut turutan dari yang paling disukai sehingga yang kurang disukai adalah seperti senarai berikut
1. Mungkin (Artis: Bidah Malanjang - Kota Marudu/Komposer: Lydia Dulima)
2. Cinta Jarak Jauh (Artis: Masitah Muntir -Tawau/Komposer: Noemy Eldo Michael)
3. Hilang (Artis: Nordawati Daud -Sandakan/Komposer:Khairul, Maskor, Sarah Iman)
4. Bohong (Artis:Ednestha Francis -Tuaran/Komposer: Alex Boyd Alam)
5. Hilang Tak Bertanda (Artis: Nainah Nasip-Sandakan/Komposer: Yuan Eddie Misban)
6. Sunudai Oku Koupusan (Artis: Wilton Hamdih Gudil-Kota Belud/Komposer: Andrew Poninting)
7. Mimpi Indah (Artis: Carrey Chrystoph Oliver-Tambunan/Komposer: Andrew Poninting)
8. Koupusan Ku Iziau (Artis: Stefhannie Robert-Tawau/Komposer: Noemy Eldo Michael)
9. Kau Tetap Di Hatiku (Artis: Ruthnetta Romedius-Tuaran/Komposer: Khairul, Maskor)
Satu lagi lagu bertajuk Idola Sabah merupakan lagu nyanyian beramai-ramai ala-ala lagu AF Menuju Puncak.
Bermain jugalah persoalan di fikiran saya, ke manakah artis-artis Idola Sabah ini seterusnya? Adakah mereka telah mencapai impian setakat ini atau hanya mengambil peluang menimba seberapa banyak pengalaman sebelum menyertai Akademi Fantasia? Tunggu dan lihat sajalah. Saya hanya memilih tiga lagu teratas dalam senarai untuk dimuatkan di radioblog ini. Walau bagaimanapun untuk hari ini hanya lagu Mungkin yang sempat di upload. Dua lagi lagu masih dalam proses digitizing. Enjoy the song on Track 27….check it out!

2 comments:
jan pandang rendah sma idola sabah...diorang suma suda bursusah pyah dan berusaha untuk memajukan diri sendiri..ingat senag ka mo nyanyi d dalam studio n d atas pentas....they had oredi learn how to improve theirselves....kamu support la local punya artist..teda guna bagi andaian kalo sendiri x yakin sma org tempatan..kada kotogod kie....harapon ku....idola sabah terus sukses!!
yo wassup sabahanz!! im a discreet fan of idola sabah.. but a big fan of Pangkis!! dengar2 crite, dorang ni akan merakamkan album utk tembus pasaran nasional.. wow!! awesome baby!! pangkis skrg dah ada 6 org dah(BRYAN,AZMI,SUMARLI,ROSDI,ANDY &CARREY).. dorang ni tak payah join AF coz peluang yg diberi oleh penganjur Idola Sabah ialah menjadi artis nasional melalui produksi org sabah sendri.. hmm..walaupun i dnt have d chance 2 join AF or Idola sabah etc.,but im proud coz dorang ni bakal membuka mata org malaya bakat org sabah yg natural dari lahir lagi... so all the best to pangkis..to all the sabahan, join me supporting our PANGKIS. yoyoyo pangkis RULEZZ!!!!!!!!!!!! sabahan rulez!!
Post a Comment