Begitulah lebih kurang rangkap yang terdapat dalam single Adam Tak Tahu. Tak payahlah saya perkenalkan siapa Adam, sebab ramai yang sudah mengenali jejaka dari Inanam Sabah ini melalui program reality TV Akademi Fantasia Musim 2. Mujur jugalah dalam AF musim 2 sedikit penekanan diberikan terhadap kebolehan menari peserta uji bakat, kalau tidak besar kemungkinan Adam tidak terpilih sekiranya criteria ujibakat adalah berasaskan kekuatan suara semata-mata. Tak silap saya salah seorang pengadil yang menguji bakat Adam masa tu ialah koreografer yang tak asing lagi iaitu Cory (seterusnya menjadi koreografer bersama dengan Linda Jasmine untuk musim kedua AF). Walau bagaimanapun sepanjang AF 2 berlangsung Adam begitu banyak menunjukan peningkatan. Sesuatu yang menarik tentang Adam (selain daripada bakat menari beliau) walaupun tone suara beliau tidak begitu “full of color” (sekadar meminjam perkataan Cikgu Adnan Abu Hassan) tetapi jarang sekali tercicir dari landasan nada yang betul dan mampu mencecah nada tinggi tanpa terseksa. “Stage stamina” beliau agak baik, bijak mengatur langkah dan pernafasan untuk mengatasi masalah kesemputan di atas pentas. Namun di sebalik kelebihan tadi ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan beliau “klon” Yusry (KRU). Saya rasa ini semua gara-gara minat beliau yang cukup kuat terhadap kumpulan ini sejak dari kecil lagi, sehingga seolah-olah “terkenan” Yusry (Semasa pertama kali mendengar lagu “Terhangat Di Pasaran” amat sukar saya membezakan mana part Yusry dan mana part Adam) Secara peribadi kalau boleh saya ingin melihat beliau lari dari ciri-ciri Yusri. Mungkin inilah juga yang cuba dibuktikan oleh Adam dalam album sulung beliau. Setelah meneliti persembahan Adam dalam album tersebut, berani saya katakan Adam ada identiti tersendiri terutama ketika membawa lagu-lagu yang bukan dicipta oleh KRU. Mungkin dalam album2 akan datang Adam kena kurangkan sentuhan dari KRU untuk beliau lebih tonjolkan identity beliau tersendiri. Lagu2 ciptaan Ajai, Adnan, Alvy Durin malah ciptaan Adam sendiri tidak kurang hebatnya. Nikmatilah lagu yang dicipta oleh Adam sendiri “Ku Bertanya” (Track 8) yang lahir dari memori putus cinta belaiu dengan seorang gadis (ehemm…gadis yg tinggal di Lido tu ker??...itu cerita sebelum AF…mungkin menyesal kot gadis tersebut kerana ex-bf dah menjadi jejaka terhangat di pasaran sekarang ni…hehe!)
2 comments:
..doiii...sumbang juga dia nyanyi masa Anugerah Era hari tu..hehe!
Jack...part yg awal ja bah tu..towards the end...he fixed it (biasalah mcm tu...kalau gugup!)
Post a Comment