Selama ini saya berpendapat penyanyi2 lelaki tempatan Sabah yang mendendangkan lagu Dusun kebanyakannya mempunyai gaya persembahan atau lontaran suara yang seakan-akan stereotype (walaupun 'tone" suara tidaklah semuanya sama). Rata-rata menggayakan suara ala-ala Tom Jones atau Engelbert Humperdink. Lagu-lagu yang didendangkan pula seakan-akan serupa dan sesuai dinyanyikan oleh mana-mana penyanyi. Kadang-kadang dalam hati pernah juga saya berkata..."kalau macam ni bagus saya dengar John Gaisah saja". Namun kehadiran penyanyi Jestie Alexius sedikit sebanyak memberikan sedikit kelainan dalam corak persembahan lagu-lagu Dusun. Pertama kali mendengar lagu "berhantu" beliau "Kosorou Kopo Nangku Doho" saya cukup terpegun. Alunan suara beliau begitu mengasyikkan. Beliau menampilkan satu "vocal delivery" yang agak berbeza dengan penyanyi2 lain sebelum ini. Persembahan vokal yang penuh emosi dan penjiwaan (sehingga ada bahagian yang seakan-akan "berbisik") lazimnya hanya sering kedengaran pada lagu2 yang dinyanyikan oleh penyanyi2 Latin....seperti Enrique Iglasius, Mark Anthony, Ricky Martin etc dan memang jarang dihidangkan dalam lagu2 Dusun. Gaya persembahan beliau yang agak berbeza samada dari segi persembahan vokal juga gubahan lagu berjaya membawa beliau lari dari kelompok stereotype. Tidak hairan lagu ini bukan sahaja mendapat tempat di hati penggemar lagu2 Dusun dari kalangan masyarakat Dusun sendiri malah berjaya juga menarik penggemar2 musik dari kaum2 yang lain. Saya amat terkejut apabila mendapati lagu ini tersenarai dalam koleksi lagu2 favourite my non-Dusun friend yang selama ini jarang mendengar dan ambil perhatian kepada lagu2 dalam Bahasa Dusun. Bila saya tanya kenapa? Jawapan beliau...melodi dan nyanyian lagu ini cukup romantik!! Itu belum lagi dapat terjemahan...sekali faham maksud lagu ni lagi2lah minat...sampai hafal!! hehehe...just click Track 12 for the song that I've been talking about...this is the acapella version...the original version actually is performed in slow rock....ENJOY!!
5 comments:
Album ke 3 dia best2 oh..
Nezz..apa pendapat kau harmoni c jestie..suara betul ka tu..atau pakai vocal machine??
Sounds like using a vocal machine...
Apa tu vocal macine??
Jack...yupp
Asi...doii!!mcmlah aku ni xpert..haha...I think separuh machine...separuh suara manusia...
Lyn...vocal machine tu alat khas yg boleh buat berbagai2 jenis harmoni...u mau buat style Destiny Child..Bee Gees...hampir semua boleh...:)))
Post a Comment