Sekali imbas tajuk ini mungkin sudah biasa dipaparkan di dada akhbar. Saya kurang pasti suasana sebenar yang berlaku setiapkali terbaca tajuk akhbar yang hampir-hampir serupa seperti tajuk hari ini. Yang pasti semalam semasa berlangsungnya Malam Duta Perpaduan di dewan Hongkod KDCA, bintang-bintang AF3 yang terdiri daripada Felix, Marsha, Yazer dan Ekin betul-betul menjadikan suasana yang mulanya kemas teratur bertukar menjadi havoc! Majlis yang diadakan khusus untuk melantik Duta Perpaduan Negeri Sabah (yang dahulunya dikenali sebagai Ratu Perpaduan) adalah satu majlis yang dianjurkan oleh salah satu agensi kerajaan. Sudah semestinya bila kita bercakap mengenai majlis anjuran kerajaan seperti Malam Pembukaan/Penutupan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya, kita terbayangkan suasana yang kemas, teratur, berprotokol dan begitu formal di mana hadirin lazimnya terpaksa mengikut mood majlis yakni kena bersopan santun. Pada permulaan majlis, memang begitulah suasana yang terpapar di depan mata lebih-lebih lagi majlis dihadiri oleh beberapa orang-orang penting kerajaan, datuk-datuk, datin-datin dsb. Barisan AJK penganjur siap berpakaian seragam kemas. Tiba-tiba lebih kurang jam 8:57 malam sejurus selepas majlis utama hendak dimulakan (sebelum itu hadirin, sambil menjamu selera, telahpun dihiburkan oleh beberapa persembahan pentas pembukaan oleh artis-artis tempatan Sabah) kelihatan para hadirin yang duduk di meja makan ruang arena berterabur dari berbagai arah menuju ke dua sudut di hadapan. Rupa-rupanya mereka menuju ke meja makan yang diduduki oleh bintang-bintang AF. Marsha, Ekin dan Felix duduk semeja di sebelah kiri pentas manakala Yazer duduk berasingan di meja sebelah kanan pentas.
Saya merasakan pihak penganjur memang tidak menjangka langsung suasana begini akan berlaku disebabkan konsep majlis yang formal dan mengharapkan hadirin akan bersopan santun, sebab itu mereka berani menempatkan bintang-bintang AF3 di meja makan lagipun saat itu sebenarnya para hadirin sepatutnya sedang sibuk menghadapi juadah (dan tak mungkin akan meninggalkan meja). Keadaan ini menjadikan suasana agak kelam kabut, percubaan beberapa AJK penganjur untuk menyuraikan hadirin pada awalnya tidak berjaya. Pengacara hampir tidak tahu apa nak dikatakan sehinggalah salah seorang AJK naik ke pentas berbisik sesuatu kepada pengacara. Pengacara lalu membuat pengumuman agar hadirin bertenang, jangan mengganggu artis AF3, beri mereka peluang makan dan menyeru agar hadirin balik ke meja masing-masing kerana sebentar lagi acara utama malam itu akan bermula. Walaupun masih ada beberapa hadirin yang degil keadaan agak reda sedikit Majlis juga tertunda beberapa minit hanya kerana pengacara terpaksa menunggu para hadirin yang keras kepala selesai berposing dengan artis2 AF3!(personally I feel the crowd’s action is so disgusting!). Selepas disuraikan entah untuk kali ke berapa barulah suasana tenang dan membolehkan pengacara dengan suara lantang memulakan acara rasmi, “dari dewan Hongkod KDCA Jabatan Perpaduan...bla...bla..bla....dengan bangganya mempersembahkan Malam Amal Duta Perpaduan!!!” (hanya sepertiga penonton bertepuk tangan yang selebihnya, termasuk saya seolah-olah tercengang atau masih terkejut dengan aksi hadirin yang mengerumuni artis AF3).
Artis-artis AF3 mula menguasai pentas sementara majlis menunggu keputusan Duta Perpaduan diumumkan. Dimulakan dengan Ekin yang tampil dengan pakaian evening dress berwarna hitam dengan corak-corak berwarna light brown (dari jauh persis fabrik yang selalu digunakan untuk membuat pakaian tradisional di Sabah) beliau mendendangkan singlenya Jangan Berjanji (malangnya ramai yang tidak menyedari keujudan lagu ini sedangkan telah lama di upload di radioblog sini). Ekin seterusnya menyampaikan lagu Joget Sayang di Sayang dengan menarik naik seorang jejaka bernama Jeremy yang seterusnya menjemput seorang gadis lengkap berpakaian tradisi naik ke pentas untuk menari bersama. Sejurus selepas gadis tersebut memperkenalkan diri beliau sebagai Ratu Perpaduan tahun lepas Ekin, yang menampakkan sedikit keyakinan malam itu, seolah-olah agak segan untuk terus berbual dengannya apatah lagi bergurau dengan si ratu (as if saying “opps! I took the wrong person!) maka terjadilah scene yang agak awkward di mana Ekin hanya menumpukan perhatian pada Jeremy dan menari berduaan di satu sudut pentas sedangkan si ratu macam terpinggir jauh berdiri keseorangan di atas pentas sambil hanya menggoyang-goyangkan sedikit badannya mengikut irama lagu. Selesai, Ekin kemudiannya memanggil Yazer. Seperti biasa mereka secara casual berbicara dan bergurau senda seakan-akan hanya mereka berdua sahaja malam itu! Keadaan ini sedikit sebanyak memakan banyak masa. Pasangan tersebut lalu meneruskan persembahan dengan lagu Pulanglah, keasyikkan mendengar lagu ini terganggu dengan dialog2 jenaka YAKIN sepanjang menyanyi lagu tersebut (pada saya untuk sebuah lagu yang serius, dialog2 jenaka tak perlu kerana hanya merosakkan kemerduan lagu). Yazer kemudiannya mengambil pentas dengan lagu Merah Warna Cinta. Yang menariknya vokal Yazer dikawal baik sekaligus mengurangkan bunyi “rusty rock” yang pada pendapat saya elok juga dikurangkan dalam lagu ini. Beliau seolah-olah menyedari penyampaian vokalnya yang agak rusty dan kasar untuk versi studio lagu ini lalu melakukan sedikit “vocal refine” untuk persembahannya malam itu. It works! Lagu beliau seterusnya ialah “Azam Bertekad” yang dinyanyikan oleh beliau untuk lagu tema rancangan Soccarstar sebuah rancangan tv realiti yang baru di Astro. Yazer kemudiannya menjemput Marsha yang muncul dengan figure hugging evening dress berwarna magenta. Selesai bergurau senda dengan Yazer (kelakar habislah joke dorang ni) Marshapun memulakan persembahan dengan lagu Cobalah Untuk Setia. Excellent! Itu sahaja yang dapat saya ucapkan untuk persembahan lagu ini. Beliau keseluruhannya menggunakan normal voice siap dengan tarikan “big note” tersendiri pada akhir-akhir lagu. Cukup meningkat, matang dan ketara perbezaannya dengan cara penyampaian beliau semasa konsert AF ke 8. Selesai lagu pertama Marsha mengambil peluang turun ke pentas beramah mesra dengan penonton. Saat ini jugalah hadirin macam semut yang berlarian mengerumuni gula. Malam itu Marsha memang kelakar habis. Lagu beliau seterusnya tak lain dan tak bukan Untuk Terakhir Kali. Sistem bunyi yang cukup canggih malam itu menyerlahkan lagi kekuatan vokal beliau lalu disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton (untuk kedua-dua persembahan ini saya berikan 4.7/5!).
Akhir sekali seperti biasa muncul kelibat Felix. Mengenakan jaket dan potongan seluar fesyen tanpa tali pinggang berwarna hitam di samping kemeja berwarna putih. Cukup segak penampilan jejaka ini (ala-ala male model). Beliau memulakan persembahan dengan lagu Warkah Berlagu Pilu yang menampakkan peningkatan dari persembahan beliau pada 3 Dis lepas. Cuma kalau boleh Felix kena kurangkan bergerak ke sana sini ketika menyampaikan lagu ini kerana aksi tersebut menampakkan beliau kurang penghayatan. Persembahan beliau yang kedua cukup menaikkan bulu roma! Menyampaikan sebuah lagu sentimental dari kumpulan Dewa (malangnya tak jelas tajuk lagu) hanya dengan iringan gitar solo yang dimainkan sendiri oleh beliau. Beliau cukup selesa dengan lagu ini, justeru suara beliau begitu smooth and flawless tanpa cacat cela. Keindahan lagu serta penyampaian beliau diserikan lagi dengan kehadiran suara latar yang di sampaikan ala soprano opera oleh Marsha tanpa muncul di pentas. Ini menjadikan hadirin tercari-cari dari mana datangnya suara tersebut. Felix meneruskan persembahannya dengan lagu Teratai sebelum mengakhiri persembahannya berduet dengan Yazer untuk lagu Pupus. Sepanjang persembahan Felix, kerap muncul peserta-peserta Duta Perpaduan di pentas menghulurkan bunga kepada beliau. Kecuali lagu unplugged beliau dengan iringan gitar solo, persembahan Felix yang lain hampir2 sama dengan persembahan2 beliau yang sudah2. Saya juga perasan Felix sering “clear his throat” menggambarkan beliau masih menghadapi masalah pada tekak (kesian!), sebab pada pendapat sesetengah pihak...clearing your throat too often on stage is not a polite or appropriate thing to do...tapi kalau memang kita dah ada masalah tekak nak buat macam mana kan! Artis2 AF3 kemudiannya tampil berempat menyanyikan lagu Pilihlah Aku. Semasa mereka turun ke arena maka berterabur habislah para hadirin berebut-rebut mengambil gambar menjadikan suasana semak, sesemak-semaknya!! Selesai persembahan artis AF3 jam sudah menunjukkan pukul 11:36 malam. Majlispun meningkatkan “gear” kerana dewan semakin lengang gara-gara hadirin terus meninggalkan dewan selesai persembahan artis2 AF3. Kamipun beredar tanpa menunggu keputusan. Harap2 peserta favourite kami wakil dari Tamparuli bakal menjuarai Duta Perpaduan! Sekian!
0 comments:
Post a Comment