7 Dec 2005

Gracie bakal muncul dengan single pertama

Hari ini saya cedok bulat-bulat artikel siBoyd, dari ruangan hiburan Daily Express untuk dikongsi bersama dengan member-member di luar Sabah yang tertanya-tanya "Any news about Gracie? what happen to her?...I hope my votes don't go to waste!"....ahaksss!!

Gracie bakal muncul dengan single pertama

Oleh Boyd PV (Ruangan hiburan Daily Express)

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru Gracie, artis yang dicungkil bakatnya lewat program realiti Audition 2. Seakan menyepi, tidak banyak tulisan mengenai artis yang bernaung di bawah Articulate TV (ATV) ini. Kerinduan peminat terhadapnya bagaimanapun terubat apabila Gracie muncul dalam program raya di kaca TV baru-baru ini. Hakikatnya anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini tidak duduk diam.Walaupun tidak banyak diwar-warkan, Gracie khabarnya gigih mencari ruang dan peluang untuk mengetengahkan dirinya dalam industri hiburan di Negara ini. “Saya akui buat masa ini saya ini saya belum berpeluang untuk terbabit dalam projek besar yang boleh memperkukuh nama saya dalam bidang ini. Kejayaan saya dalam Audition 2 adalah satu permulaan yang baik tetapi bukan satu jaminan. Kerana itu, saya perlu berusaha lebih gigih untuk memahat nama,” kata Gracie ketika dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagaimanapun, Gracie bersyukur kerana gelaran juara pilihan juri yang diperolehinya lewat program yang disiarkan di NTV 7 itu membuka laluan untuk dia terus mengorak langkah. “Saya sebenarnya masih menunggu peluang untuk tampil dengan album penuh. Namun sementara menunggu peluang itu hadir, saya terlebih dahulu akan muncul dengan single pertama agar peminat tidak melupakan kehadiran saya. “Apapun, semuanya masih dalam perbincangan. Setakat ini, itu sahaja yang dmaklumkan kepada saya oleh peengurus projek, Kak Ramona (Rahman). Komposer juga masih belum diputuskan tetapi dalam senarai kami ialah Hattan dan Loloq,” katanya yang berharap untuk menyempurnakan rakaman single itu dalam masa terdekat ini. Umum mengetahui Gracie bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi juga lakonan. Untuk mengembangkan bakat lakonannya, Gracie khabarnya akan melakukan screen test untuk drama 13 episod yang bakal ditayangkan di RTM.” Saya suka kalau dapat berlakon dalam drama itu kerana penggambarannya akan turut dibuat di Kota Kinabalu. Saya tak kisah membawa peranan pelakon pembantu sekalipun kerana sebagai pendatang baru, saya kena bermula dari bawah dan tidak boleh terlalu memilih. Persaingan dalam bidang ini begitu sengit,” Jelas Gracie yang turut dilamar produksi teater Puteri Guning Ledang (PGL) yang akan dipentaskan di Istana Budaya tahun depan. “Kalau semuanya berjalan lancar dan selari dengan jadual seni saya, sudah tentu saya tidak akan menolak kerana terbabit dalam projrk besar seperti pementasan teater PGL tentu satu pengalaman yang menyeronokkan. Apa lagi ia satu peluang untuk saya bekerjasama dengan nama-nama besar. “Masalahnya, sekarang ini saya perlu menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kepada projek single saya. Tapi kalau jadual latihan PGL tidak bercanggah dengan jadual rakaman, saya akan melibatkan diri dalam pementasan teater PGL. Dalam hal ini, saya perlu berhati-hati mengatur jadual kerana tidak mahu nanti yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. “Apapun saya dan Kak Ramona akan ke Istana Budaya Ahad ini untuk berbincang lebih lanjut dengan mereka mengenai pembabitan saya dalam teater PGL,”kata Gracie yang turut sibuk dengan tugas sambilannya di sebuah firma broker insurans di Ibu Negara. Sebagaimana ketika Hari Raya dulu, Gracie sekali lagi akan muncul di kaca tv untuk sebuah program sempena Krismas 25 Disember ini. “Pembabitan saya dalam program RTM itu sudahpun disahkan dan sekarang in saya sibuk dengan latihan untuk rakaman vokal yang akan dibuat pada 10hb ini. Saya gembira untuk terbabit dalam program itu yang akan turut menampilkan juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor,” kata Gracie yang akan kembali ke Sabah Krismas ini untuk bersama keluarganya.

P/s: Untuk Track hari ini nikmatilah "Cinta Jarak Jauh" (Track 32) oleh Masitah Muntir peserta akhir Idola Sabah dari Tawau...lagu ini menjadi pilihan terbaik kedua dBOS-fm....ENJOY!!

0 comments: