28 Apr 2006

EPISOD KE 4: Part-II

Sempena genap seminggu interview di RTM yang tak dapat dilupakan oleh tiga orang tanak wagu Nokuro29, maka saya siarkan detik-detik manis mereka menghadiri temubual tersebut seperti yang diceritakan oleh Seriband (malangnya tiga lagi gambar - dalam format .PNG, setelah dicuba beberapa kali, gagal dimuat naik dalam post ini. Nanti saya cuba lagi). Enjoy reading as much as I do!


Episod Ke 4 Nokuro29 Membolosi Kosolimbahan Boros Dusun

17 April 2006 , setelah 17 hari Nokuro29(N29) menempel di celah-celah nama-nama besar artis dusun di beberapa kedai keset terhad, jam 9.20 malam lebih kurang, malam pertama Nokuro29 muncul dari kelopaknya, ‘Sarapon’ mencatat memorandum diari pendukung N29 dan rasa macam mau nangis putung bawang setelah akhirnya DJ-DJ yang disayangi (eh..bodek kaini) sudi juga menekan track ke 8 itu. Million thanks saudara Credance , U lah rakan seni yang sangat berjasa, usaha beliau merangkap ejen CD promo N29 sangat membantu N29 dekat dengan DJ RTM. Lepas ini mudah-mudahan home studio U akan lebih maju.


Pada hari itu juga kami dapat info bahawa pihak kosilambahan Boros Dusun panggil untuk mengisi program ‘Miampai Artis’ pada 21 April.

Pang…! Cabaran besar muncul dalam had masa 4 hari saja. Alamak….cabaran betul ini..Apa macam si Rydu, Si Uyu ? Dapatkah diorang get ready. Si Vincent konpiden semacam sebab, dia buat masa ini lepak di rumah saja praktis gitar, spiking dia pun lancar. “Kamu punya taulah…” bisik si Seriband sambil merancang soalan-soalan dan jawapan untuk dibawa berlatih.

20 April lepas sekolah, si Transport rasmi kembara meluncuri laluan berurusan dengan warden asrama SMK Sook. Setelah ke sana sini berurusan beserta surat rasmi pelepasan sehari si Rydu, dapat juga kebenaran keluar selepas si warden minta rasuah 1 buah keset…harharhar…gurau saja.


21 April jam 10.00 pagi kami bertolak dari Tambunan , ‘RTM KAMI DATANG MENCABARMU’, eh….kalau bahasa kita apa ‘mencabar’ ah? Sampai KK kami lepak dulu tempat si Iduk Kompleks Karamunsing , tapi sepanjang perjalanan itu sia teruskan latihan diorang dengan mengharamkan berbahasa selain dusun melainkan dusun belaka. Singgah Gunung Emas kami teruskan latihan dengan megindusun itu sumandak jaga jualan runcit makanan ringan sebelah tandas berbayar. Minsimputul kasari dusun si sumandak telumis , jarang mangkali gia dia kena ambush begitu. Eh…tapi rasa cool dan ruggedlah…bila mana 4 orang jejaka dressing Peter Pan (perasan) turun dari kereta berspek-spek, bersnow cap tapi megindusun mendalam beli chewing gum.

Dalam debaran diorang bertiga, sempat juga berlatih 2 kali lagu yang mungkin dinyanyikan live malam itu. Vincent main gitar, Rydu nyanyi, Vincent&Uyu backing…ah buli laitu…yang penting ini malam jawab soalan DJ dan para pemanggil, itu nyanyi no 2 laitu. Kami Pigi Tanjung Lipat jam 5.30 petang, panjang betul Jem itu jalan, DJ Maidah Yungkit hantar SMS ‘minta pas lawatan di pondok keselamatan sebelum masuk RTM’ dia bilang. Sempat juga kami pikir-pikir idea video klip di itu pantai . tebayang pula Vclip George Lian.

Jam 7.30 kami mula besiap-siap , sedia gitar, handycam, skrip-skrip, pen, air mineral, CD, keset untuk 4 DJ lain, malahan kraftangan Batu Lunguyan (sebagai cendera kenangan buat DJ Maidah) turut tersenarai dalam list penting. Niat hati mau jalan kaki saja dari Kompleks Karamunsing ke RTM lebih kurang 150 meter saja. Tapi lepas mandi pun boleh berpeluh (peluh gemuruh?) terpaksa naik kereta be aircond juga laini.

Lepas tinggalkan driving lesen di gate pengawal. Nah ….masuk juga kami di RTM. DJ Maidah tunggu depan pintu staf tingkat 2. Jam 8.00 itu N29 diminta isi borang butiran diri dan sedikit perbincangan. Kesportingan dan keperamahan DJ Maidah banyak membantu N29 mencari timing kemesraan. Bila kemesraan itu ada, pasti temu bual itu akan berjalan dengan santai dan ‘suasana kawan-kawan’. Mudah-mudahanlah.

Jam 9.00 hingga 9.45 adalah 45 minit yang paling kura-kura bagi trio ini, sempat juga diorang warm up otot-otot organ pertuturan dengan saling bersoal jawab soalan ramalan. Dan jeng….9.44 malam, signal masuk konti 1 diterima dan bemulalah sesi temuramah yang mengundang banyak call gelak ketawa geng-geng N29 yang mengikuti rancangan itu di rumah masing-masing. Macam berpesta pula kamurang dingar N29 bedusun di rediu aa…(Preview temuramah ada di blog si Yan, Thanks Yan…si Rydu marau-arau ucapan akhir sampai telupa Yan, Dbos, member internet, sampai promosi suruh beli keset pun dia buli telupa)

Ada satu soalan menarik yang tidak sempat dijawab oleh si Vincent, si pemanggil tanya (setelah ditranslate ) “Kau bilang kau main gitar utama koni? Jadi macam mana, kau menyanyi , kau juga main gitar ?

Jawaban si Vincent daitu “ Mimang begitulah sudah biasa di function2 menyanyi sambil main lead,”

Payah juga itu. Curt Cobain pun respek ni.Itulah kelebihan Nokuro29.Diorang lah buat lagu, lirik , susun musik, masa show kawin-kawin yang hanya dibayar rm150-250 saja pun nyanyi sambil pegang instrument masing-masing, umur pun muda-muda lagi. Harap-harap pakej mereka ini dapat pengiktrifan mereka2 yang menghargai bakat Sabahan. Sejujurnya seriband katakan persembahan live mereka lebih baik daripada studio kerana mereka lebih jujur dan santai di tapak mereka.

10:30 malam keluar dari konti 1 , rasa macam tida percaya, sekali mereka mengindusun terus satu Sabah dengar.Harap-harap rancangan ini membantu penjualan album mereka agar matlamat Nokuro29 tercapai.


Terima kasih banyak-banyak tompinai Creedance Arthur , DJ Maidah dan DJ-DJ yang memainkan lagu N29, Iduk, pemanggil2 dan penghantar SMS yang tidak putus-putus malam itu sampai terpaksa pilih soalan sms yang ringkas dan mudah untuk menjimatkan masa. Nokuro29 akan cuba muncul buat promosi album dalam tiap pesta kaamatan Tambunan, keningau, Sook, Nabawan,Tenom dan mana-mana daerah yang tesampai bulan Mei ini. Okey bye….

Seriband

27 Apr 2006

Artis baru

Jangan keliru, jejaka di bawah ini bukanlah seorang pelakon drama bersiri Hong Kong tapi artis baru dalam duna seni hiburan tempatan Sabah. Memperkenalkan, Kuan Tet Tondoliu! atau lebih mesra dipanggil Entet.


Seperti biasa klik saja keratan akhbar untuk versi jelas dibaca

26 Apr 2006

Rentak Juara - RTM1

Lupakanlah One In A Million buat seketika, nampak gaya tiada seorangpun peserta dari Sabah di antara sembilan peserta akhir yang telah diumumkan. Sepertimana yang diberitahu SELBORN.

Sedar tidak sedar, rupa-rupanya ada pula sebuah lagi talent show yang sedang hangat di TV sekarang ini. Rancangan yang dimaksudkan ialah Rentak Juara di TV1, hari Sabtu 9:00 malam. Secara tak sengaja saya 'terberpeluang" menyaksikan rancangan tersebut Sabtu lepas. Dalam rancangan tersebut peserta kumpulan mewakili Labuan terpilih ke pusingan seterusnya (rancangan diadili juri). Juri memilih tiga kumpulan ke pertandingan seterusnya dan mana-mana kumpulan yang tidak dipilih, masih berpeluang untuk mara melalui undian SMS (hmm..!). Antara peserta kumpulan dari Sabah ialah Absolute Vibes dan Sandaran. Kalau tak silap saya Absolute Vibes berjaya mara ke peringkat seterusnya melalui undian SMS, manakala nasib kumpulan Sandaran pula kurang pasti (mungkin mereka telah membuat persembahan pada rancangan lebih awal, yang saya ketinggalan menyaksikannya). Apapun klik saja keratan-keratan akhbar di bawah (untuk versi besar) sekiranya berminat mengetahui cerita selanjutnya kedua-dua kumpulan tersebut.


25 Apr 2006

K-MTV - Reno

MTV dari juara KDM Idol 2005, Reno Rodney Fabian. Beliau juga adalah antara 31 peserta "One In A Million" dari Sabah yang terpilih ke peringkat seterusnya di KL. Harap-harap dapat sampai ke peringkat akhir dan berjaya menjadi juara. Namun kalau nasib tak menyebelahi beliau (saingan sengit beb!) yang penting beliau telah mendapat publisiti besar-besaran seluruh Malaysia! Publisiti sedemikian agak penting dan memang diperlukan, agar dapat memudahkan promosi/penjualan album beliau kelak.


Sambil itu, K-MTV Leena dan artis beramai-ramai dari Skyline boleh disaksikan pada "sidebar"

21 Apr 2006

Nokuro 29: Episod 4 - The Interview

Jangan ketinggalan mengikuti sesi temuramah antara DJ rancangan Dusun Sabah VFM dengan tiga jejaka terhangat di pasaran, Vincent, Rydu dan Uyu a.k.a Nokuro 29 malam ini jam 9:00 p.m...OK!

Album baru tempatan



Album baru tempatan kali ini menampilkan sebuah album yang dijayakan oleh empat orang penyanyi yang mempunyai nama bermula dengan huruf "J", mereka ialah Jaslinah Mojinol, Junih Mojinol, Junis Korom dan Justin Jailip. Keempat-empatnya bergabung tenaga menjayakan album yang diberi jodol Mixed Pop Sumayau. Dari jodol album, memang tepat kesemua sepuluh lagu lagu dalam album ini berentak pop sumayau (tiada lagu sentimental). Antara lagu yang menambat hati saya ialah lagu yang berjodol "Arud" dan "Raraa Di Oi Timbang" kedua-duanya nyanyian Junih Korom. Lagu-lagu ini menampilkan sedikit kelainan dengan penglibatan vokal latarbelakang berharmoni yang agak menarik. Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini sebenarnya dinyanyikan dalam bahasa Dusun dari suku kaum Dusun Sungoi-Lingkabau dan ada juga dalam bahasa Dusun Sonsogon. Kepada anda yang meminati irama muzik Pop Sumayau dan ingin menyanyi lagu dalam bahasa Dusun dari suku kaum yang disebut tadi, inilah peluangnya.

P/s: Klik gambar untuk versi besar, jelas dibaca.

20 Apr 2006

Album sulung: Marsha sudah rakam satu lagu.

"Sekarang saya sedang dalam pembikinan album sulung. Baru satu lagu yang saya rakamkan....", demikianlah penjelasan Marsha sepertimana dilaporkan dalam majalah hiburan Mangga keluaran terbaru edisi Mei 2006. Tak pastilah pula lagu yang dimaksudkan itu "Untuk Terakhir Kali" atau memang sebuah lagu baru yang lain. Ikuti artikel selanjutnya di bawah.

Marsha teringin nak berlakon dengan Hans

Bintang AF3 - Marsha yang cantik ni semakin diminati ramai. Sewaktu konsert Malam Amal Kasih BALKIS 4 April lalu. Ai sempat ke belakang pentas untuk berjumpa Marsha. Apa cerita Marsha ye?

Marsha: "Sekarang saya dalam pembikinan album sulung. Baru satu lagu yang saya rakamkan dan antara komposernya ialah Hadi Hassan. Yang lain-lain tak confirm lagi. Mungkin dalam bulan ni harap dapat disiapkan album saya ni. Tapi bila akan keluar itu saya tak pasti sebab kami masih lagi tunggu giliran. Tentang lakonan tu memang saya ada dapat tawaran, tapi tak boleh nak ambil sebab jadual padat. Filem pertama saya Misi 1511 akan ditayangkan tidak lama lagi. Kalau nak tanya hero filem yang saya suka, kalau boleh saya teringin nak bergandingan dengan pelakon Hans Isaac. Bagi saya dia sangat berbakat dan saya suka cara lakonan dia. Kalau ada orang offer untuk saya berlakon dengan Hans memang saya suka sangat. Rasa macam impain jadi kenyataan."

Marsha turut dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-17 bagi kategori Artis Harapan. Tahniah Marsha!

19 Apr 2006

Mari ketawa...kekekek

....kalau nak senyum-senyum sajapun boleh..





Penangkapan seorang wanita baru-baru ini, yang mengendalikan perniagaan membuat/menjual MyKad, Sijil Kahwin, IMM13 tiruan...all in the comfort of her home...memberi ilham kartunis Langkawit menghasilkan katun di bawah

Kartunis Mz. Apple memberi idea bagaimana mengelak driving tester gatal (yang suka meramas pelajar memandu perempuan...dikhabarkan...kononnya tester berkenaan tidak kasi pass pelajar sekiranya beliau gagal meramas!...kekekek!)

18 Apr 2006

Senarai 31 peserta OIAM dari Sabah

Keratan akhbar di bawah ini (tarikh 15 April) memuatkan laporan juri program reality talent show "One In A Million" (OIAM), Paul Moss dan Syafinaz mengumumkan seramai 31 peserta Sabah berjaya ke peringkat seterusnya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur (tanpa memberikan senarai penuh peserta-peserta tersebut)

Belum sempat saya post keratan akhbar tersebut, blogger SELBORN telahpun memperolehi maklumat berhubung senarai 31 peserta berkenaan yang diperolehi melalui akhbar Kosmo. Saya jangkakan pegumuman akan hanya dibuat setelah proses ujibakat KL selesai. Nampak gaya jangkaan saya kurang tepat.

Terdapat beberapa nama artis popular Sabah yang tersenarai antaranya ialah Ivye Alexander, Haider (top 20 AF3) dan sebuah nama yang dieja sebagai Teno Rodney Fabianus (adakah beliau ini Reno Roney Fabian, juara KDM Idol 2005?)

Album Robert Williams

Album: Ama
Artis: Robert Williams
Terbitan: JMI (Jestie Music Industry)
Edaran: JMI
Rating: 4 bintang


Inilah dia album Robert Williams. Penat juga saya mencari. Ke sana ke sini, turun naik bukit sampai ke pedalaman, akhirnya jumpa juga. Semuanya gara-gara curious mahu mengetahui lanjut kandungan lagu-lagu yang ada dalam album beliau. Nampak gaya tidak mengecewakan. Oh sebelum itu, album ini sebenarnya dikeluarkan dalam tahun 2005 (kurang pasti pula bulan berapa?)


Bagi saya album ini mempunyai banyak daya tarikannya. Selain daripada rekabentuk grafik sampul yang unik dan agak berlainan, hampir kesemua sepuluh lagu yang dipersembahkan juga mempunyai kualiti yang boleh dibanggakan.. Selain “Kopusan”, lagu berjodol “Ama” yang diangkat sebagai jodol album ini tidak kurang hebatnya dengan lirik yang cukup menyentuh perasaan….”kada kaus oi ama kuma doho, tu kakal oku poh dot…oupus….dikoyu!” (wajib diputarkan sempena Mother’s Day!).Vokal Robert pula tidak kurang menariknya dan bolehlah saya klasifikasikan dalam kategori bernada tinggi. Malah semasa mula-mula mendengar lagu beliau “Kopusan”, persembahan vocal beliau dalam beberapa bahagian lagu tersebut, kadangkala mengingatkan saya kepada cara tarikan suara penyanyi kumpulan The Air Supply.

Imej gitar, sepertimana yang dipamerkan pada bahagian depan sampul,memberi isyarat awal muzik “bergitar” lah yang banyak ditonjolkan. Malah muzik intro untuk sebuah lagu berentak pop sumayau “Bulan Lima” mempamerkan skil plucking gitar yang cukup berwibawa. Kemahiran pemain gitar bass dalam album ini juga begitu menyerlah (tidak pasti pula siapa pemain tersebut, info hanya memetik nama-nama pemuzik seperti Jestie Alexius, Reuben Raymond, Philipus Jani serta Robert Sendiri. Tidak dinyatakan jenis alat muzik yang mereka mainkan masing-masingnya).Adakalanya seolah-olah skill pemain gitar bass sengaja ditonjolkan dalam beberapa lagu seperti dalam lagu berkonsep jazz “Pogun Sabah”. Seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah kualiti adunan dalam album ini. Secara keseluruhannya amat membanggakan untuk sebuah album yang perlu menggapai sumber bunyian muzik akustikal. “Paras” adunan bunyian agak seimbang termasuk juga adunan vokal harmoni (In fact I really love the sound for the song “Kopusan” as if it is being performed in a highly acoustical surrounding of a theatre hall – tabik dan syabas kepada mixer - Jestie Alexius). Pendek kata album ini merupakan satu produksi yang berbaloi untuk dimiliki.



P/s; Kepada Seriband yang bermurah hati e-mail lagu “Kopusan” dan “Koposian” kepada saya sebelum ini, terimalah serangkap pantun (berpantun sambil menghayun tangan ala-ala Karpal Singh)…”Meeda Hamzani nyanyi lagu Oh DD…sambil berlenggang menyeberangi titi….terima kasih daun keladi! Nanti kalau jumpa saya belanja roti capati!”

17 Apr 2006

Sekitar birthday Felix - 1

Slurrrppp!! Punya sadap ni kek!!



Sekitar majlis sambutan Hari Lahir Felix-2

Baca bermula dari kolum yang di bawah sekali... then... kolum atas dari kiri ke kanan (klik kolum untuk versi besar dan jelas dibaca). Gambar-gambar yang berkaitan, dalam posting di atas (keratan dari akhbar The NewSabah Times)



15 Apr 2006

MAX: MTV KARAOKE

Yang ini lagi hebat! Memuatkan lagu-lagu seperti Guli Noh Id Doho, Mamanau Ih Kowosian dll. Video lagu Jambatan Tamparuli pula amat melucukan!



MTV Karaoke: Aldro John Gaisah

Jangan ketinggalan memiliki album MTV Karaoke Aldro John Gaisah...BEST!




Preview video coming soon!

14 Apr 2006

Sharing the news

Amber Chia wannabe

It's in the media all over the world, Malaysian supermodel Amber Chia (the ex-Miss Malaysia.....Tawau mali punya amoi!) posed for the tame version of Playboy. And now some hopeful bunch are taking their first step to be the next Amber in the Sabah Model of the Year contest! (err...minus the five male contestants of course..but who knows one of them could end up in GQ magazine!) . Click photo to enlarge.


Another Idols! (sigh!)...

....and this time it's the inaugural City Idol singing contest! Organized by Kota Kinabalu City...(hopefully the next edition will involve cities from all over the world!)

13 Apr 2006

Azharina bangga dengan suara sendiri


Kelunakan suara penyanyi berusia 21 tahun ini tatkala mendendangkan lagu "berhantu"nya Elergi Sepi memang tidak dapat disangkalkan lagi. Vokalnya bukan saja dikagumi oleh peminat-peminat mahupun penggemar muzik tanahair, malah turut menjadi kebanggaan tuan empunya badan sendiri.......(ikuti kisah selanjutnya)



DATUK WAH IDRIS BAKAL PENGETUA AF4?

PETALING JAYA: Siapakah yang bakal menjadi Pengetua untuk musim keempat Akademi Fantasia (AF4) Jun ini? Persoalan ini masih belum terjawab walaupun teka-teki di dalam industri muzik banyak menyebelahi beberapa orang personaliti termasuklah penghibur terkenal Anita Sarawak..... (selanjutnya)


AMERICAN IDOL (LATEST)

Bottom three: Bucky Covington, Ace Young, Elliot Yamin
Voted out : Bucky Covington (the country song crooner)

12 Apr 2006

More news update on "One In A Miilion".

Click here to read more news update for the auditions in KK.

"Sumandak Power" monopoli Pedalaman Idol

Peringkat akhir Pedalaman Idol yang akan berlangsung pada 16 April di Dewan Masyarakat Tambunan bakal menyaksikan sepuluh peserta akhir bersaing untuk dinobatkan buat pertama kalinya sebagai Pedalaman Idol. Yang menariknya kesemua sepuluh finalis ini terdiri daripada peserta-peserta wanita! Hmmm...macam Unduk Ngadau pula.

10 Apr 2006

Breaking the news: Atama at Mamutik Tribal Beach Party!

When was the last time you really had a blast in any beach party in KK?

If your answer is never, then the time has come for you to be part of the latest touri-entertainment experience held in Mamutik Island, Tunku Abdul Rahman Park for the first time ever!For more info, please visit Mamutik Experience!

Hunting for the ONE in KK!

The new reality show "One In A Million" kicked off in KK yesterday, in its efforts to hunt for the special one in a million talent. Having seen so many good talents from Sabah, such as Adam, Linda, Mas, Nikki, Rydee, Felix, Marsha, Yazer, Yani, JIAJA etc..... pop out with a bang! in previous reality shows, the organizer must have realized by now that there are many great talents from this land. Instead of auditioning in Kuching (as they did for the previous two series of Malaysian Idol) they headed for KK



Well..hopefully the real talents, especially those local pub singers, come out in full force for this 3-day event (9 - 11 April)......good luck guys!

Click here for more details and photos of the happenings in KK.


8 Apr 2006

dB(S)-fm trial montage...

Testing...testing...1..2..3...3..2..1!

Terbaru dari Skyline

Album kompilasi dari artis-artis di bawah naungan studio Skyline. Antaranya Clarice, Den, ABE, Lydia dan beberapa artis lagi.


Memuatkani lagu-lagu dalam berbagai bahasa seperti Melayu, Dusun, Bajau dan Murut! Lagu duet Clarice dan Den "Demi Cinta Kita", yang merupakan soundtrack untuk video movie berjodol Cinta PTI, juga dimuatkan dan lagu ini memang BEST!...KELAS!!

5 Apr 2006

Nokuro29 Episod ke3 - Usaha untuk menarik minat golongan muda berjiwa rock!

Artis : Nokuro 29
Album : Nokuro Tu?
Edaran : N29
Rating : 3

Kehadiran golongan remaja bermain muzik secara berkumpulan bukanlah sesuatu yang baru. Pergi saja ke pusat-pusat jamming di sekitar Kota Kinabalu, malah di bandar-bandar juga pekan lain di negeri Sabah, sudah pasti kelihatan kelibat mereka lepak menanti giliran memasuki studio jamming. Kreativiti mereka terserlah seawal menamakan kumpulan mereka lagi. Dengan bunyi nama kumpulan yang pelik-pelik, lazimnya muzik rocklah yang menjadi santapan.


Dari kelompok jammers ini tampil sebuah kumpulan trio yang menamakan diri mereka Nokuro 29, yang muncul dengan album sulung mereka, Nokuro Tu (Kenapa Tu?). Menariknya Nokuro 29 ini ialah bahasa Dusun dipertaruhkan sebagai lingua franca curahan emosi menerusi genre muzik yang cuba mereka ketengahkan iaitu "freepop punk ska" .Hasilnya? Bolehlah ditinjau dari dua aspek, aspek seni/karya muzik dan juga aspek teknikal. Untuk aspek pertama, jauh dari mengecewakan, malah tahap kreativiti trio ini dalam bidang penciptaan muzik amat mengkagumkan. Semuanya telah dibuktikan menerusi lagu-lagu ciptaan mereka sendiri seperti "Nokuro Tu", "Aramaiti Ska", "Koupusan Ku", "Ona Ku", "Trust Pada Bulan" (yang ini dijamin membuat pihak Dewan Bahasa pening!) dan selebihnya. Kekuatan vokal ketiga-tiganya tak perlu disangkal, masing-masing dengan keistimewaan tersendiri. Vincent memiliki vokal yang sesuai membawakan lagu "heavy" (dan memang itulah tugas beliau dalam album ini). Sementara Uyu (Trust Pada Bulan) dan Rydu (Ona Ku) pula selesa dengan lagu yang sederhana berat dan ringan masing-masingnya. Dari aspek teknikal pula (kualiti bunyi/adunan), hanya yang mampu saya katakan ialah, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki.

Trio ini mampu melangkah lebih jauh dan andaikata segalanya berjalan dengan baik, mereka mampu menyaingi kumpulan muzik lain. Dari segi penampilan imej, tidak jauh bezanya dengan penampilan imej kumpulan Peterpan, Sheila On 7, Radja dan yang lainnya. Vokal serta mutu komposisi lagu juga agak setanding. Walau apapun, segala kekurangan dalam album pertama ini besar harapan ianya akan dapat diatasi dalam album-album Nokuro 29 yang seterusnya. Semoga Nokuro 29 akan berjaya menarik perhatian lebih ramai kelompok remaja mendekati album tempatan dan seterusnya menjadi perintis serta pendorong kepada golongan jammers remaja yang lain untuk menghasilkan album.

Muzik video 1, Muzik video 2


P/s: Ucapan jutaan terima kasih (tahap gaban)...kerana menyebut sekali dbos-fm dalam kredit (terharu!)

4 Apr 2006

Episod Ke 2 Nokuro29

(Artikel dicedok 100% dari e-mail Seriband)


Setelah selesai episod pertama, rakaman musik dan suara serta proses-proses pembentukan hasil akhir yang dipanggil sekeping CD atau kaset, episod ke dua yang rupanya bukan mudah, mula memaksa peluh kami membintik di dahi. 31 Mac, 1000 unit keset Nokuro29, sudah siap dipek dalam lima kotak yang menyesakkan ruang studio Bamboo Sound, beralih tangan setelah wang akhir bertukar dompet. Si Felix Don, Jude (pemuzik) dan si Rayner (cameraman BSS) mula menggeratak..” Ha…sikarang suda jadi artis oooo… mesti pandai layan peminat ooo…”. Vincent29 dan Uyu29 serta saya (seriband), dalam hati “artis apa…1 album pun belum tentu terjual… jangan2 jadi macam ‘Rimba Bara’- Sebuah band yang hampir terkenal- filem Rock…arggg.. Oh ya..si Rydu tidak dapat ikut pasal tidak dapat kebenaran keluar asrama har..har..har

Petang 31 Mac sekitar jam 4:30 ptg, karya N29 diperdengarkan secara rasmi dengan diakui sticker ori di ruang legar kedai keset Bamboo . Agak kelucuan serta sedikit gementar (campur sikit panik) bila lagu ‘Nokuro tu..’menyisip telinga orang ramai yang entah apa reaksi mereka. Bediri bulu tengkuk tedengar lagu sendiri di khalayak ramai. Haraplah konsep ini boleh diterima…. Si Dawirondu senyum lebar time kami singgah kejap. Eh…senyuman dia tidak menyeramkan tau!

1 April sekitar 8.00 pagi dengan azam yang tinggi dan semangat berkobar-kobar, 3 kotak (600 unit) kami sumbat dalam transport rasmi si kembara EX ( non- full aksesori, keset player je) menuju puncak…KOTA KINABALU, KAMI DATANG MENCABAR ENGKAU..
Destinasi pertama kami tiba, label ‘Sabah Record’ tertera megah satu bangunan 2 atau 3 tingkat(lupa) . “okey Uyu… bawa 30 unit, alala…tiada tempat, lupa bawa beg kecil,” cari punya cari nampak beg plastik celah bangku belakang. Hantam sajalah.. jangan bekas plastik ikan masin..sudah. “Bagus bawa satu kotak”, cakap si Uyu. “Kita test dululah sikit2,” balas saya.

Konpiden masuk SR , dengan peluh sana-sini ( tida berapa biasa cuaca KK) cari kunun Boss SR. Boss SR tiada, jumpa …(?) “Aaa..apa lagu? Lagu mulut (murut) ka? Boss tiada oo…tida belani ambil oo..”

Itulah yang dikatakan episod ke 2. Pemasaran, penjualan produk. Datang jauh-jauh, semangat mendidih-didih , konfiden 101% last-last dibantutkan dengan halangan yang langsung kita tiada kuasa mengubahnya.

“Lu datang lain kali lo…bila ada boss, kasi tinggal 1 keset lo… kasi dingar boss, you ada nombor pon ka? Kami melangkah longlai dari kedai keset Sabah record. Nasip kau tida usung satu kotak Uyu…har…har…har

Plan ke-2 cari OPT asia city..menurut Puan Dusiah (boss BSS) depan panggung wayang Kilan , pusing-pusing jalan kaki (pakai kereta takut susah cari paking) jumpa juga. Selepas tekan track 1 ‘Aramai Aka’…Mr Jimmy angkat ibu jari kanan, “ ini yang saya mau…musik kamu ini sebenarnya lebih bagus dari artis tempatan yang kunun top sekarang” jelas beliau sambil guyang kepala. Tekan track 3, intro distort ‘Nokuro tu..’ sekali lagi kami nampak ibu jari naik. Hati agak terubat…You mimang best Mr jimmy, 29 unit percubaan bertukar tangan. Belum selesai sain resit, 1 keset sudah ada pembeli. Huu.. itu baru harga si Vincent usung 29 unit dalam bakul plastik putih sambil jalan kaki.

Pemborong Ligo Blok H lorong Sinsuron turut ambil 30 unit percubaan.”Tapi you jangan satu minggu sudah telepon tanya harga ooo…macam orang lain…kurang2 enam bulan baru tanya oo…” kata si Amoi Ligo yang pandang saya atas bawah 2 /3 kali time masuk dalam opis diorang, macam pula saya ni budak Pilipin jual rokok yang tercalar kereta orang. Nampaknya budi bahasa ni semakin kurang bila manusia meningkat dewasa.

Hu..mencabar juga jadi jurujual. Tia apa bah…nanti kalau kita sudah pemes, hu..orang cari minta supply mesti telepon waktu pejabat saja oo… kata si Uyu menyedapkan hati dalam kepanasan KK sambil meneliti orang turunkan ikan dari bot di pasar Ikan KK.
Okey..jumpa lagi..dapatkan Nokuro29 di pasaran, kalau tida dapat sila berhubung dengan pegawai pemasaran kami Si Uyu 019 8417056 (time ini tida terikat waktu pejabat…har..har..)

Seriband

P/s: Kenapa staff Sabah Records tidak telefon boss durang? Minta izin pakai telefon! Hmmm...anyways syabas atas daya usaha kamu...semoga memperolehi kejayaan!

3 Apr 2006

Album-album tempatan

Annie J. Gipil - Pilangadan Toh (Mac 2006)



D'Hunters - artis variasi (Feb 2006)