18 Apr 2006

Album Robert Williams

Album: Ama
Artis: Robert Williams
Terbitan: JMI (Jestie Music Industry)
Edaran: JMI
Rating: 4 bintang


Inilah dia album Robert Williams. Penat juga saya mencari. Ke sana ke sini, turun naik bukit sampai ke pedalaman, akhirnya jumpa juga. Semuanya gara-gara curious mahu mengetahui lanjut kandungan lagu-lagu yang ada dalam album beliau. Nampak gaya tidak mengecewakan. Oh sebelum itu, album ini sebenarnya dikeluarkan dalam tahun 2005 (kurang pasti pula bulan berapa?)


Bagi saya album ini mempunyai banyak daya tarikannya. Selain daripada rekabentuk grafik sampul yang unik dan agak berlainan, hampir kesemua sepuluh lagu yang dipersembahkan juga mempunyai kualiti yang boleh dibanggakan.. Selain “Kopusan”, lagu berjodol “Ama” yang diangkat sebagai jodol album ini tidak kurang hebatnya dengan lirik yang cukup menyentuh perasaan….”kada kaus oi ama kuma doho, tu kakal oku poh dot…oupus….dikoyu!” (wajib diputarkan sempena Mother’s Day!).Vokal Robert pula tidak kurang menariknya dan bolehlah saya klasifikasikan dalam kategori bernada tinggi. Malah semasa mula-mula mendengar lagu beliau “Kopusan”, persembahan vocal beliau dalam beberapa bahagian lagu tersebut, kadangkala mengingatkan saya kepada cara tarikan suara penyanyi kumpulan The Air Supply.

Imej gitar, sepertimana yang dipamerkan pada bahagian depan sampul,memberi isyarat awal muzik “bergitar” lah yang banyak ditonjolkan. Malah muzik intro untuk sebuah lagu berentak pop sumayau “Bulan Lima” mempamerkan skil plucking gitar yang cukup berwibawa. Kemahiran pemain gitar bass dalam album ini juga begitu menyerlah (tidak pasti pula siapa pemain tersebut, info hanya memetik nama-nama pemuzik seperti Jestie Alexius, Reuben Raymond, Philipus Jani serta Robert Sendiri. Tidak dinyatakan jenis alat muzik yang mereka mainkan masing-masingnya).Adakalanya seolah-olah skill pemain gitar bass sengaja ditonjolkan dalam beberapa lagu seperti dalam lagu berkonsep jazz “Pogun Sabah”. Seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah kualiti adunan dalam album ini. Secara keseluruhannya amat membanggakan untuk sebuah album yang perlu menggapai sumber bunyian muzik akustikal. “Paras” adunan bunyian agak seimbang termasuk juga adunan vokal harmoni (In fact I really love the sound for the song “Kopusan” as if it is being performed in a highly acoustical surrounding of a theatre hall – tabik dan syabas kepada mixer - Jestie Alexius). Pendek kata album ini merupakan satu produksi yang berbaloi untuk dimiliki.



P/s; Kepada Seriband yang bermurah hati e-mail lagu “Kopusan” dan “Koposian” kepada saya sebelum ini, terimalah serangkap pantun (berpantun sambil menghayun tangan ala-ala Karpal Singh)…”Meeda Hamzani nyanyi lagu Oh DD…sambil berlenggang menyeberangi titi….terima kasih daun keladi! Nanti kalau jumpa saya belanja roti capati!”

0 comments: