Oleh Boyd PV
(boyd_pv@yahoo.com)
Nama Reno mula dikenali di kalangan peminat Kadazandusun selepas menjuarai nyanyian KDM Idol tahun lalu. Selepas itu, Reno atau nama penuhnya, Reno Rodney Fabianus, tidak menoleh ke belakang. Sebelum ini, Reno muncul dalam beberapa buah album kompilasi termasuk Live Concert KDM Idol, album Krismas menampilkan artis-artis Skyline, VCD Karaoke KDM Idol dan ernah juga berlakon dalam telemovie Kenapa Dengan Mereka?. Terbaru dalam rentetan kerjaya yang baru berputik buat artis kelahiran Kg Labak Kinarut ini ialah pelancaran album sulungnya yang disempurnakan oleh pengarah urusan Skyline, Edward C.K. Seah, di Likas Square, Ahad Lepas. Album ini menggunakan namanya sebagai judul dan mengandungi 10 buah lagu iaitu Sumandak Seksi (Gadis Seksi), Tupus Dii Pointopot (Cinta Sejati), Ralon Ku (Perjalanan Ku), Rikot Noh (Datanglah), Kaamatan, Silihon Noh Batos Toh (Tunaikanlah Janjimu). SMS, Imbulai Noh (Menjelmalah), Rombituon Ku (Bintang Ku) dan Sayang Kinabalu.
“Saya sukakan semua lagu dalam album sulung saya ini,” kata Reno ketika ditanya lagu mana yang menjadi kegemarannya. “Bagaimanapun, pihak syarikat rakaman meramalkan tiga buah lagu akan menjadi hits iaitu Sumandak Seksi, Rikot Noh dan Rombituon Ku,” ujar Reno yang kelihatan segak dengan kemeja putih dipadankan dengan seluar jeans biru pudar. Album ini jatuh dalam genre pop R&B tetapi ia turut menyelitkan rentak sumazau, balada dan easy hip-hop untuk memberi keadilan kepada peminat genre muzik sebegitu. Diterbitkan di bawah label Skyline, album ini menyaksikan kolaborasi tiga komposer yang sudahpun diiktiraf mutu kerja mereka – Asmin Mudin, Ading dan Ray. Ditanya mengenai perasaannya setelah album sulung menjengah pasaran, Reno tanpa berselindung mengakui begitu teruja kerana memang itulah yang dinanti-nantikannya selama setahun bergelar dia bergelar artis.
“Sebelum ini, saya pernah terbabit dalam rakaman album kompilasi. Tapi saya bersyukur kerana akhirnya album solo saya dapat menemui peminat. Kiranya ia impian yang menjadi realiti.Bagi saya album solo ini lebih memberi kepuasan berbanding album kompilasi. Dalam album kompilasi, saya hanya terbabit untuk rakaman satu atau dua buah lagu. Tidak terasa sangat keseronokannya. Berbeza dengan penghasilan album solo, saya perlu fokuskan sepenuh tumpuan dan tenaga saya untuk rakaman sepuluh buah lagu. Dari menghafal lagu dan lirik, sehinggalah kepada rakaman, itu semua memberi kepuasan kepada saya. Penat memang penat tapi apabila melihat CD dan kaset album sulung saya ini, saya lupa segala kepenatan yang pernah saya lalui.”
Reno tentunya mengharapkan album solonya ini dapat sambutan. “Ia buah tangan saya untuk peminat yang selama ini memberi sokongan kepada saya. Saya sedar saya tidak popular mana dan kalau ada peminatpun mungkin hanya dari kalangan peminat Kadazandusun,” katanya merendah diri. Tapi bagi penulis, Reno memang ramai peminat, jika tidak, mana mungkin lagunya Milangad Langad Toh dapat bertahan berpuluh minggu dalam rancangan popular carta lagu Dusun, Bontugan Sinding di Sabah VFM. “Itu satu petanda positif dan saya mengharap dengan adanya album solo ini, peminat akan terus memberi sokongan dengan membeli produk yang original,” katanya yang jelas tidak dapat menyembunyikan kebimbangan album sulungnya ini bakal menjadi mangsa cetak rompak.

Reno memiliki pakej yang lengkap untuk bergelar artis bukan sahaja di negeri ini tetapi di peringkat kebangsaan. Pernah juga diawal pembabitannya dulu penulis mencadangkan agar Reno menyertai program pencarian bakat bercorak realiti di televisyen. Bagaimanapun, ketika itu, Reno memberi alasan belum sedia. Namun, bukan satu rahsia bahawa Reno akhirnya menyertai program realiti di 8TV, One In A Million (OIAM), sekalipun terkandas di peringkat Top 40. “Mungkin disebabkan kurang pengalaman maka saya gagal meyakinkan juri program itu. Tapi itu tidak membunuh minat dan semangat saya untuk mengorak langkah lebih jauh dalam industri. Dulu saya memang pernah mengatakan belum sedia kerana ketika ditemuramah dahulu, saya masih terlalu baru, belum tahu apa yang saya inginkan. Tapi sekarang, selepas genap setahun terbabit dalam bidang ini, cita-cita saya semakin jelas. Saya ingin memahat nama di pentas nasional. Cuma sekarang ini, saya perlu terima hakikat bahawa saya masih terikat dengan kontrak tiga tahun Skyline. Jika masih ada peluang selepas kontrak saya berakhir dua tahun lagi, mungkin saya akan mencari ruang lebih luas di semenanjung,” kata Reno panjang lebar dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
Reno memberitahu, dia tidak ada masalah menyertai OIAM kerana konsep program itu membenarkan artis rakaman menyertainya. “Saya sekadar mencuba dan syarikat rakaman saya pula tidak ada halangan. Banyak pengalaman yang saya kutip dengan menyertai program itu. Tapi yang penting, ia memberi lebih keyakinan kepada saya untuk mengatur langkah pasti.”
Terkejut digosip bertunang denga Ivye Alexandra
Reno adalah antara artis tempatan yang kerap menjadi sasaran gosip peminat. Di awal pembabitannya dalam bidang seni, dia dikatakan kaki botol dan bercinta dengan rakan KDM Idol, Leena. Kini timbul pula gosip terbaru yang mengatakan dia sudahpun bertunang dengan penyanyi Hiti Oku Poingandad, Ivye Alexandra sekembali mereka daripada menyertai pertandingan One In A Million (OIAM) di Kuala Lumpur. Dengan wajah yang sedikit terkejut, Reno menafikan :”Mana ada, tolonglah jangan buat cerita macam ini. Saya dan Ivye hanya kawan. Saya akui kami memang rapat dan sering bertukar. Tapi kalau dikatakan kami sudah bertunang itu tidak betul sama sekali.” Ketika Reno dan Ivye berada di Kuala Lumpur untuk saringan OIAM, sumber yang rapat dengan kedua penyanyi ini memberi tahu mereka dijadualkan bertunang sekembali mereka dari sana. “Saya tidak kisah orang cakap apapun. Apa yang saya tahu, kami hanya kawan. Cuma saya bimbang bila timbul gosip-gosip begitu, nanti ada hati yang akan terluka. Tolonglah beritahu pada mereka, gosip itu tidak betul,” kata Reno dengan tenang. Biasalah tu Reno, kalau dah mula dikenali, gosip pun mula bertandang. Tapi kalau pun hubungan itu baru bermula, rasanya peminat turut merestuinya kerana anda berdua memang sepadan. Kata orang, seperti pinang dibelah dua.

0 comments:
Post a Comment